Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Pertengahan Akhir Tahun


Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah. Pertengahan, Akhir Tahun

Kementerian Pendidikan Malaysia KPM sentiasa memikirkan apa sahaja cara yang boleh mempertingkat pencapaian di sekolah setiap tahun.

keputusan peperiksaan sekolah

Contohnya portal Semakan Saps Ibu Bapa yang dibangunkan bukanlah sebenarnya untuk membandingkan pencapaian dan keputusan peperiksan sekolah bandar vs luar bandar.

Tetapi Semakan Saps Ibu Bapa ini adalah bertujuan untuk mengesan kelemahan pelajar dari peringkat awal lagi supaya dapat membantu guru, ibu bapa mengatasi masalah pelajar bersama lebih awal.

Ibu Bapa boleh memantau pencapaian keputusan peperiksaan pertengahan, keputusan peperiksaan akhir tahun ataupun exam percubaan.

Semuanya boleh anda semak terus result anak masing-masing secara online walau di mana sahaja. Mudah sahaja.

  • Ia akan berkongsi markah peperiksaan anak anda dan juga slip result yang boleh dimuat turun

Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online

Caranya mudah KLIK pada pautan yang dikongsikan di jadual ini. Kemudian pilih samada Sekolah rendah atau Sekolah Menengah serta tahun yang ingin anda semak.


Perkara Pautannya
Semakan Saps Ibu Bapa KLIK SINI

Kemudian akan terpapar maklumat dan info lengkap seperti gred, markah, kedudukan dalam kelas atau kedudukan dalam darjah atau kedudukan dalam Tingkatan. Mudah bukan?

Jadi diharapkan dengan kemudahan seperti ini dapatlah ibu bapa memantau terus perkembangan dan prestasi anak masing-masing di sekolah terus di komputer atau telefon bimbit masing-masing. Anak-anak pun tiada lagi peluang untuk sorok keputusan peperiksaan sekolah atau tiru tandangan ibu bapa semata-mata.

P/S : Pesanan kepada ibu bapa semua, jikalau keputusan peperiksaan peperiksaan anak-anak kurang memberangsang jangan terus mengecam anak-anak, sebaliknya cuba memberikan teguran dan membantu mereka memperbaiki prestasi daripada masa ke semasa. Jangan dibiarkan tanggungjawab mendidik anak-anak diletakkan di bahu guru semata.