Keputusan 4D Toto Magnum Hari ini. Kenapa Berlambak?
Keputusan 4D ada merata-rata di Berita Harian, Harian Metro tetapi Utusan Malaysia tiada.
Mereka ini jaguh dalam memberikan informasi kepada kaki judi dan pelaris kepada jualan akhbar-akhbar tersebut..
“Saya nak betting bola cik”
Kemudian apabila tiba Piala Dunia nanti, makin ramai kaki Judi termasuk orang Melayu pergi ke kaunter memperdagangkan nasib mereka dengan cara termudah dan terhina.
Industri judi di Malaysia semakin meriah. Sampai sahaja di kaunter dengan muka mengharap………….
Isu Lesen Judi Di Malaysia. Keputusan 4D Toto Merata
Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah meluluskan lesen judi kepada Kumpulan Berjaya. Tak kisah la apa cara sekalipun, janji boleh kutip cukai dan tambah pendapatan negara. Kalau tidak nanti tahun 2019, boleh sampai jadi Malaysia Muflis. Kata seorang Menteri……
Kerajaan Malaysia ada mengatakan yang Malaysia akan muflis dan bankrap sama seperti malapetaka kemelesetan ekonomi yang dialami di Greece.
Sebenarnya, Kerajaan Greece bankrap bukan disebabkan pemberian subsidi kepada rakyat dalam erti kata lainnya membantu golongan bawahan dan berpendapatan rendah. Tetapi Kerajaan Greece bankrap disebabkan 3 faktor :
1. Rasuah
2. Tipu angka ekonomi
3. Urus ekonomi dengan cukup lemah sekali
Memetik daripada kenyataan yang diberikan kepada Bernama semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen judi bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.
Isu perjudian haram? Adakah formula judi di Malaysia :
Tanpa Lesen + Judi = HARAM
Lesen + Judi = HALAL
Oh…rupanya kerajaan tiada pilihan dalam erti kata lainnya gagal mencari jalan penyelesaian terbaik walaupun kita ada unit judi dan maksiat contohnya. Oleh itu, siapa yang ada cadangan bernas boleh bantu kerajaan dan diharap kerajaan ALERT!!! Kalau tanya saya senang sahaja….
- Benda-benda yang merosakkan rakyat Malaysia seperti ini sepatutnya dibanteras habis-habisan. Kalau semasa melakukan usaha banteras pun pihak berkuasa boleh “longlai” selepas dijanjikan habuan dan rasuah, usaha hanya tinggal usaha dan sia-sia sahaja. Yang atas meja, yang bawah meja pun sapu sekali. Gaji polis pun dah naik. Apa nak lagi? Kerja…………………..Itu “sifirnya”. Kalau isu judi tak boleh nak diselesaikan, bagaimana dengan jenayah yang lain?
- Bayangkan rakyat Malaysia tengah susah sekarang, ditambah dengan lambakan pertaruhan judi bola sepak membuatkan rakyat Malaysia yang sedang susah + pendek akal akan terjerumus dengan masalah hutang. Yang senyum Along!!!! Siapa nak jawab kalau ada rakyat Malaysia yang dirantai, diancam dengan Along. Punca sebab apa?
- Adakah judi haram (Pinjam ayat kerajaan walaupun judi sememangnya haram) berkurangan di Malaysia apabila sport toto, Keputusan 4D dan genting memperolehi lesen judi dari kerajaan. Adakah kes judi haram dapat dibasmi?
Lesen judi yang diberikan kerajaan Malaysia kepada Kumpulan Berjaya (di bawah naungan antara individu dan orang terkaya di Malaysia : Vincent Tan) bukan sahaja memberikan meliputi pertaruhan bola semasa kejohanan Piala Dunia berlangsung nanti, tetapi juga pertaruhan bagi EPL dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, sebaliknya berlaku apa yang berlaku di dewan parlimen semalam mengenai isu lesen judi ini :
Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.
Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/ memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan di Malaysia.
“Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia. “Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia,” kata kenyataan bertulis itu.
P/S : Mana satu ye?
P/S : Akhirnya berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima menunjukkan di sini yang kerajaan Malaysia terpaksa tunduk dengan desakan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam apabila lesen judi sukan terpaksa ditarik semula atas nama agama dan kesan politik.
Tahniah kerajaan. Bagus, nasib baik anda sedar kesilapan, Tetapi saya cuma ingin bertanya, kenapa katakan kerajan tidak akan keluarkan lesen judi bola? Kenapa tidak menggunakan ayat menarik balik. Bukankah kerajan sudah mengeluarkan lesen judi tersebut? Bukan orang lain yang buat pengakuan, iaitu antara orang terkaya Malaysia iaitu Vincent Tan sendiri membuat pengakuan yang mana Berjaya Group telah mendapat kebenaran membuat pertaruhan bola secara berlesan. Lagi satu…
Masih ingatkah kita kenyataan Vincent Tan yang mengatakan keuntungan RM500 juta daripada pertaruhan bola tersebut akan disedekahkan. Jadi kalau tidak lulus, mana datangnya keuntungan tersebut. Kalau tak diluluskan mana datangnya keuntungan yang Vincent Tan katakan tu?
PP/S : Walaupun apapun kesimpulannya berfikir dahulu sebelum bertindak….Kalau sudah tersedar baguslah….
PPP/S : Berita Semasa sedikit kecewa melihatkan keputusan 4d toto magnum merata-rata melihatkan lambakan kedai judi Malaysia. Mengapa mahu timbulkan masalah di negara sendiri? Bukankah lebih banyak keburukan daripada kebaikan?