Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya Naik Harga 2015 Untuk Rakyat atau Bayaran Pampasan RM558.69 Juta. Taikun Konsesi Tol Tunggu Habuan
Nampaknya, ketika rakyat Malaysia mula mengikat perut bagi meneruskan kelangsungan dengan kos sara hidup di Malaysia, kalangan kapitalis & taikun konsesi tol sedang menunggu giliran dan ternanti-nanti habuan yang bakal diterima mereka atas nama perjanjian yang cukup memihak kepada mereka.
Ratusan juta bakal terhidang untuk mereka tidak lama sahaja lagi.
Ada 2 pilihan sahaja samada mereka menerima habuan terus daripada kerajaan Malaysia melalui bayaran pampasan yang bakal diberikan kepada mereka ataupun konsesi tol ini akan mengutip terus daripada rakyat melibatkan harga baru apabila kenaikan tol naik harga “diizinkan” oleh kerajaan Malaysia.
Kedua-dua mekanisme ini tetap melibatkan daripada hasil rakyat Malaysia juga. Pusing macam mana sekalipun, yang untungnya tetap taikun konsesi tol di Malaysia.
- Bayaran pampasan tol kepada konsesi tol daripada kerajaan Malaysia. Kerajaan terus kehilangan dana, akhirnya bagaimana mahu menampung kekurangan tersebut?
- Kutipan terus daripada rakyat Malaysia selepas kenaikan kadar tol naik harga, bakal mengurangkan lagi perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia setiap bulan
- Yang untung? Konsesi tol terus tersenyum lebar berniaga “skim cepat kaya versi taikun kaya” di atas bumi Malaysia
Senarai Kenaikan Tol Naik Harga 2015 atau Terima Pampasan Kerajaan?
Antara tol yang terbabit dengan bayaran pampasan bernilai jutaan dan puluhan jutaan ringgit Malaysia ini atau bakal mendapat lesen besar daripada kerajaan Malaysia untuk mengumumkan kenaikan tol naik harga 2015 kelak ialah :
- Tol Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
- Tol Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)
- Tol Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
- Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk)
- Tol Storm Water Management and Road Tunnel (Smart)
- Tol Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
- Tol Lebuhraya Senai Desaru (SDE)
- Tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
- Tol Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
- Tol Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)
- Tol Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke)
- Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
- Tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
- Tol Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
- Tol Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1)
- Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
- Tol Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga)
- Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar)
- Tol Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
20 tol yang terbabit seperti di atas ini, akan menerima pampasan sejumlah RM558.69 juta.
Inilah yang dinamakan skim cepat kaya kalangan taikun di Malaysia. Sudahlah untung puluhan, ratusan juta malahan berbilion ringgit. Dapat pula, pampasan duit daripada kerajaan. Hebat cara mereka beniaga. Hebat…..
Terbaru lain pula ceritanya dibelah kem Kementerian Kerja Raya Malaysia (KRM) apabila Menteri Kerja Raya sendiri Kementerian Kerja Raya (KKR) berpendapat lebih baik Putrajaya membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol naik harga berbanding kerajaan menggunakan peruntukan untuk membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.
Berbanding kata-tanya daripada timbalannya sendiri di Dewan Rakyat, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirli yang mana kerajaan tiada rancangan untuk mengumumkan berita kenaikan kadar tol naik harga 2015.
Sepatutnya kerajaan Malaysia perlu umumkan berita kenaikan kadar tol naik harga pada tahun 2014 ini, tetapi disebabkan desakan dan tentangan hebat oleh rakyat Malaysia.
Akhirnya, kerajaan terpaksa tangguhkan kenaikan tersebut. Walaubagaimanapun, pemegang konsesi tol tetap mendapat habuannya sejumlah RM400 juta atas nama pampasan.
Bagaimana pula dengan siri kenaikan tol naik harga 2015. Jadi atau tidak? Apa reaksi anda dan rakyat Malaysia kali ini?