Kenaikan Kadar OPR di Malaysia Naik 25 Mata 3.25 peratus. BLR Naik! Beban Hutang Bertambah! Ekonomi Malaysia Sedang Rancak?

Kenaikan Kadar OPR di Malaysia Naik 25 Mata 3.25 peratus. BLR Naik! Beban Hutang Bertambah! Ekonomi Malaysia Sedang Rancak?

Akhirnya benarlah jangkaan dan kajian penyelidikan serta analisis ekonomi Moody’s Analytics (Moody’s Corporation) menerusi pakar ekonominya Matthew Circosta

opr malaysia

Beliau telah mengatakan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan umumkan kenaikan dasar semalam (Overnight Policy Rate BNM OPR) sebanyak 25 mata lagi daripada 3.00 peratus kepada 3.25 peratus seperti yang diumumkan lewat petang semalam melalui mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari.

Dan sudah pastinya….

Dan sudah pastinya BLR (Base Lending Rate) juga turut akan terkena tempias dan kesan seperti kelazimannya tidak lama lagi. Nantikan bersama…

Punca Kenaikan OPR Naik?

  • pertumbuhan ekonomi yang kukuh
  • dalam pada masa yang sama inflasi yang semakin meningkat
  • mengelakkan gelembung aset melibatkan hutang isi rumah yang berada pada paras terlalu tinggi
  • menggalakkan rakyat Malaysia membuat simpanan lebih awal

opr

Berita Utama TV3 : 9 Julai 2014

Kronologi OPR Naik dan Kesan Kenaikan OPR?

  • Daripada sudut ekonomi, apabila ekonomi kukuh akan menyebabkan kenaikan inflasi Malaysia di mana wang semakin kurang nilainya dek kerana ramai orang sudah mempunyai wang.
  • Sehingga mewujudkan permintaan yang tinggi disebabkan keupayaan tunai yang banyak dikalangan rakyat Malaysia dan ia boleh menyebabkan kenaikan harga dan kadar perkhidmatan naik
  • Oleh sebab itu BNM terpaksa naikkan OPR bagi memperlahankan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan harapan dapat mengelakkan rakyat Malaysia membuat pinjaman, mengurangkan permintaan, contohnya harga aset tidak naik mendadak.
  • Dalam pada pada masa yang sama NPL (Non Performing Loan) dikalangan peminjam berkurang
  • OPR naik 25 mata daripada 3 peratus kepada 3.25 peratus
  • BLR/BFR dijangka naik 0.25 menjadikannya kepada 6.85 peratus tidak lama sahaja lagi menerusi pengumuman bank-bank di Malaysia
  • Ansuran bank akan menjadi meningkat
  • Nilai pinjaman akan menjadi lebih mahal
  • Sekaligus diharap dapat mengurangkan kadar permohonan pinjamam
  • Semuanya dek kerana kadar keberhutangan isi rumah di Malaysia yang sudah melampau dan terus melonjak tinggi dan meningkatkan kadar inflasi di Malaysia
  • Dan semuanya ini boleh menyebabkan kadar muflis, oleh itu BNM tidak pilihan lagi untuk menaikkan OPR seperti yang diumumkan semalam

Kadar Kenaikan BLR Naik VS BLR Turun?

Yang pastinya apabila telah mencapai prestasi dan tempoh yang telah ditetapkan BNM akan kembali berubah melihatkan dan berdasarkan 2 situasi di bawah ini :

  • Apabila BLR/BFR rendah, hutang peminjam seperti anda akan jadi rendah. Ini akan menyebabkan rakyat Malaysia rancak berbelanja. Biasanya ini akan terjadi pada masa ketika ekonomi negara sedang menguncup untuk menggalakkan orang meminjam, memulakan perniagaan dan merancakkan ekonomi.
  • Apabila BLR / BFR naik, jumlah bebanan & komitmen hutang anda sebagai peminjam akan bertambah, sekaligus bakal menyebabkan rakyat Malaysia akan lebih berjimat-cermat ketika berbelanja dan mula membuat simpanan bagi menstabilkan semula kuasa membeli rakyat Malaysia dan menurunkan kadar muflis dikalangan rakyat malaysia da tidak lupa juga BNM bertindak sedemikian bagi mengukuhkan semula nilai ringgit Malaysia

opr malaysia

Bagi yang ada fixed loan seperti pinjaman kereta, sesetengah pinjaman peribadi pengumuman ini tidak akan terkesan. Tetapi bagi yang ada “flexi rate loan” contohnya loan rumah sesetengah personal loan, asb loan, aia akan memberikan kesan dalam 2 sudut yang berbeza semuanya berdasarkan perjanjian yang telah anda tandatangani dahulu.

  • Bayaran bulanan pinjaman anda akan bertambah
  • Bayaran bulanan tetap kekal tetapi…..tetapi tempoh pinjaman anda akan menjadi panjang

Dan bagi yang baru menghantar pinjaman, pastinya akan terkesan.

Sebenarnya kadar faedah yang rendah dan terlalu lama akan menyebabkan orang ramai memindahkan aset dan kewangan kepada pasaran yang menawarkan sistem kewangan yang normal bagi meningkat pulangan ke atas simpanan masing-masing. Dan BNM perlu tangani segera bagi mengelakkan pelbagai masalah di kemudian hari.

“dalam erti kata lainnya, mengurangkan kecairan dalam pasaran @ kurangkan jumlah tunai dalam pasaran atau lebih senang lagi, menggalakkan rakyat menabung”

Inilah salah satu mekanisme bagi BNM (Bank Negara Malaysia) mengawal ekonomi

Sejarah Kenaikan Kadar BLR Naik di Malaysia (Tahun 1989 – 2014)

  • 2014 (Akan Datang) -?
  • 2014 – 6.60 peratus
  • 2013 – 6.60 peratus
  • 2012 – 6.60 peratus
  • 2011 – 6.60 peratus
  • 2010 – 5.80 peratus
  • 2009 – 6.50 peratus ——> 5.55 peratus
  • 2008 – 6.75 peratus ——> 6.50 peratus
  • 2007 – 6.75 peratus
  • 2006 – 6.00 peratus
  • 2005 – 6.00 peratus
  • 2004 – 6.00 peratus
  • 2003 – 6.50 peratus
  • 2002 – 6.50 peratus
  • 2001 – 6.75 peratus
  • 2000 – 6.75 peratus
  • 1999 – 8.00 peratus
  • 1998 – 10.50 peratus ——> 12.27 peratus
  • 1997 – 9.25 peratus
  • 1996 – 8.50 peratus
  • 1995 – 6.60 peratus
  • 1994 – 8.25 peratus
  • 1993 – 9.50 peratus
  • 1992 – 9.00 peratus
  • 1991 – 7.50 peratus
  • 1990 – 7.00 peratus
  • 1989 – 7.00 peratus

P/S : Nampaknya, berita kenaikan OPR Naik adalah berita buruk kepada anda yang mempunyai banyak komitmen dan beban pinjaman hutang rumah, pinjaman ASB dan lain-lain tetapi berita gembira kepada pendeposit yang mempunyai simpanan lebih di Fixed Deposit kerana bakal dapat “duit raya” lebih awal tahun ini…