Kenaikan Kadar OPR di Malaysia Naik 25 Mata 3.25 peratus. BLR Naik! Beban Hutang Bertambah! Ekonomi Malaysia Sedang Rancak?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kenaikan Kadar OPR di Malaysia Naik 25 Mata 3.25 peratus. BLR Naik! Beban Hutang Bertambah! Ekonomi Malaysia Sedang Rancak?

Akhirnya benarlah jangkaan dan kajian penyelidikan serta analisis ekonomi Moody’s Analytics (Moody’s Corporation) menerusi pakar ekonominya Matthew Circosta

opr malaysia

Beliau telah mengatakan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan umumkan kenaikan dasar semalam (Overnight Policy Rate BNM OPR) sebanyak 25 mata lagi daripada 3.00 peratus kepada 3.25 peratus seperti yang diumumkan lewat petang semalam melalui mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari.

Dan sudah pastinya….

Dan sudah pastinya BLR (Base Lending Rate) juga turut akan terkena tempias dan kesan seperti kelazimannya tidak lama lagi. Nantikan bersama…

Punca Kenaikan OPR Naik?

  • pertumbuhan ekonomi yang kukuh
  • dalam pada masa yang sama inflasi yang semakin meningkat
  • mengelakkan gelembung aset melibatkan hutang isi rumah yang berada pada paras terlalu tinggi
  • menggalakkan rakyat Malaysia membuat simpanan lebih awal

opr

Berita Utama TV3 : 9 Julai 2014

Kronologi OPR Naik dan Kesan Kenaikan OPR?

  • Daripada sudut ekonomi, apabila ekonomi kukuh akan menyebabkan kenaikan inflasi Malaysia di mana wang semakin kurang nilainya dek kerana ramai orang sudah mempunyai wang.
  • Sehingga mewujudkan permintaan yang tinggi disebabkan keupayaan tunai yang banyak dikalangan rakyat Malaysia dan ia boleh menyebabkan kenaikan harga dan kadar perkhidmatan naik
  • Oleh sebab itu BNM terpaksa naikkan OPR bagi memperlahankan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan harapan dapat mengelakkan rakyat Malaysia membuat pinjaman, mengurangkan permintaan, contohnya harga aset tidak naik mendadak.
  • Dalam pada pada masa yang sama NPL (Non Performing Loan) dikalangan peminjam berkurang
  • OPR naik 25 mata daripada 3 peratus kepada 3.25 peratus
  • BLR/BFR dijangka naik 0.25 menjadikannya kepada 6.85 peratus tidak lama sahaja lagi menerusi pengumuman bank-bank di Malaysia
  • Ansuran bank akan menjadi meningkat
  • Nilai pinjaman akan menjadi lebih mahal
  • Sekaligus diharap dapat mengurangkan kadar permohonan pinjamam
  • Semuanya dek kerana kadar keberhutangan isi rumah di Malaysia yang sudah melampau dan terus melonjak tinggi dan meningkatkan kadar inflasi di Malaysia
  • Dan semuanya ini boleh menyebabkan kadar muflis, oleh itu BNM tidak pilihan lagi untuk menaikkan OPR seperti yang diumumkan semalam

Kadar Kenaikan BLR Naik VS BLR Turun?

Yang pastinya apabila telah mencapai prestasi dan tempoh yang telah ditetapkan BNM akan kembali berubah melihatkan dan berdasarkan 2 situasi di bawah ini :

  • Apabila BLR/BFR rendah, hutang peminjam seperti anda akan jadi rendah. Ini akan menyebabkan rakyat Malaysia rancak berbelanja. Biasanya ini akan terjadi pada masa ketika ekonomi negara sedang menguncup untuk menggalakkan orang meminjam, memulakan perniagaan dan merancakkan ekonomi.
  • Apabila BLR / BFR naik, jumlah bebanan & komitmen hutang anda sebagai peminjam akan bertambah, sekaligus bakal menyebabkan rakyat Malaysia akan lebih berjimat-cermat ketika berbelanja dan mula membuat simpanan bagi menstabilkan semula kuasa membeli rakyat Malaysia dan menurunkan kadar muflis dikalangan rakyat malaysia da tidak lupa juga BNM bertindak sedemikian bagi mengukuhkan semula nilai ringgit Malaysia

opr malaysia

Bagi yang ada fixed loan seperti pinjaman kereta, sesetengah pinjaman peribadi pengumuman ini tidak akan terkesan. Tetapi bagi yang ada “flexi rate loan” contohnya loan rumah sesetengah personal loan, asb loan, aia akan memberikan kesan dalam 2 sudut yang berbeza semuanya berdasarkan perjanjian yang telah anda tandatangani dahulu.

  • Bayaran bulanan pinjaman anda akan bertambah
  • Bayaran bulanan tetap kekal tetapi…..tetapi tempoh pinjaman anda akan menjadi panjang

Dan bagi yang baru menghantar pinjaman, pastinya akan terkesan.

Sebenarnya kadar faedah yang rendah dan terlalu lama akan menyebabkan orang ramai memindahkan aset dan kewangan kepada pasaran yang menawarkan sistem kewangan yang normal bagi meningkat pulangan ke atas simpanan masing-masing. Dan BNM perlu tangani segera bagi mengelakkan pelbagai masalah di kemudian hari.

“dalam erti kata lainnya, mengurangkan kecairan dalam pasaran @ kurangkan jumlah tunai dalam pasaran atau lebih senang lagi, menggalakkan rakyat menabung”

Inilah salah satu mekanisme bagi BNM (Bank Negara Malaysia) mengawal ekonomi

Sejarah Kenaikan Kadar BLR Naik di Malaysia (Tahun 1989 – 2014)

  • 2014 (Akan Datang) -?
  • 2014 – 6.60 peratus
  • 2013 – 6.60 peratus
  • 2012 – 6.60 peratus
  • 2011 – 6.60 peratus
  • 2010 – 5.80 peratus
  • 2009 – 6.50 peratus ——> 5.55 peratus
  • 2008 – 6.75 peratus ——> 6.50 peratus
  • 2007 – 6.75 peratus
  • 2006 – 6.00 peratus
  • 2005 – 6.00 peratus
  • 2004 – 6.00 peratus
  • 2003 – 6.50 peratus
  • 2002 – 6.50 peratus
  • 2001 – 6.75 peratus
  • 2000 – 6.75 peratus
  • 1999 – 8.00 peratus
  • 1998 – 10.50 peratus ——> 12.27 peratus
  • 1997 – 9.25 peratus
  • 1996 – 8.50 peratus
  • 1995 – 6.60 peratus
  • 1994 – 8.25 peratus
  • 1993 – 9.50 peratus
  • 1992 – 9.00 peratus
  • 1991 – 7.50 peratus
  • 1990 – 7.00 peratus
  • 1989 – 7.00 peratus

P/S : Nampaknya, berita kenaikan OPR Naik adalah berita buruk kepada anda yang mempunyai banyak komitmen dan beban pinjaman hutang rumah, pinjaman ASB dan lain-lain tetapi berita gembira kepada pendeposit yang mempunyai simpanan lebih di Fixed Deposit kerana bakal dapat “duit raya” lebih awal tahun ini…



Share.

29 Comments

  1. wah….ekonomi tgh rancak. Bior betul. Kalau Harakah dan sore keadilan memanjak ekonomi msia teruk. La nie jadik lain pulak. Tu pn xreti nak terima kasih kat datuk najib dan datin rosmah kita…..hidup Bn. Nak harapkan pakatan haram asik bergaduh rebut jwtan MB jerkk

  2. Harga rumah naik, blr naik, apa lg la lepas ni.
    Kata nak tolong rakyat.
    Aku rasa nk mencarut je sekarang ini

  3. Alamak..terkesan byrn LASB aku dan int. OD ni nnt..masak lomak cili api laa kalau gini..arghh..

  4. bangang.. ekonomi rancak tp OPR naik jgk… utang mkin tinggi faedah….

  5. semakin x faham dengan situasi di negara sendiri. semua nya auta je. yang penting sekarang ni peminjam low class/rakyat mesti di cekik sampai mati…..

  6. pakcik kayo on

    pembela melayu nie mesti kecik2 slalu ponteng skolah..org baco paham lain..dio baco paham lain..otak buh kat lutut..tu yg bebal sepanjang maso…kesian geng2 macai umno dpt macai cmnie..hantar la yg g skolah skit..

  7. BorgWarner on

    Saya tidak mengambil kursus perbankan ataupun ekonomi secara formal. Apa yang saya faham, ‘overnight rate’ ialah interest rate yang perlu dibayar bank-bank komersil kepada bank pusat. Bank pusat akan menaikan ‘overnight rate’ kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada bank-bank komersil disebabkan kewangan bank-bank komersil yang tidak menentu.

    Beberapa hari yang lalu, kita mendapat berita penggabungan tiga bank komersil iaitu CIMB, RHB dan MBSB. Pelik bin Ajaib, ketiga-tiga bank ini mahu bergabung dikala bank-bank komersil yang lain seperti PBB, OCBC, HLBB, dan lain-lain masih beroperasi seperti biasa. Saya andaikan ketiga-tiga bank ini bermasalah hingga menyebabkan BNM membuat keputusan untuk menaikan ‘overnight rate’. Saya percaya penggabungan tiga bank ini dibuat untuk mengembalikan
    keyakinan BNM kepada mereka, bukan disebabkan faktor-faktor yang digempar-gemburkan.

    Saya baru beli rumah tidak sampai setahun yang lalu, dan meminjam dari RHB. Rumah yang dibeli belum siap sepenuhnya. Mengikut perjanjian, ansuran bulanan saya akan meningkat sedikit demi sedikit, bergantung “progress” pembinaan rumah yang dibeli.

    Baru-baru ini, saya mendapat salinan surat (‘carbon copy’) dari pemaju yang ditujukan kepada RHB, dan meminta bayaran dari RHB kerana pemaju telah menyiapkan sesuatu kerja. Malangnya sehingga hari ini saya tidak mendapat apa-apa surat dari RHB untuk menyatakan RHB telah membayar kepada pemaju seperti yang dituntut, dan meminta saya meningkatkan ansuran bulanan berbanding ansuran bulan-bulan yang lalu.

    Saya hanya menerima panggilan telefon dari RHB mengatakan ansuran yang saya bayar pada bulan itu tidak mencukupi setelah beberapa hari ‘due date’ ansuran bulanan yang berikutnya. Apa ni? Saya dipaksa membayar perkhidmatan yang diberi, tapi perkhidmatannya sungguh mengecewakan.

    Bukan hanya BNM yang sudah hilang keyakinan pada RHB, saya sendiri juga sudah hilang kepercayaan pada mereka. Saya terfikir mengapa KWSP yakin untuk melabur wang pekerja rakyat Malaysia ke tiga-tiga bank bermasalah ini.

  8. Kadar faedah naik. sewa rumah akan turut naik. Kak Ton baru naik kan sewa rumah dari 700 ke 1300.

  9. perbankan islam lebih kurang 9% – tak da orang bising pun.Lebih dari kadar blr. Sekarang saya sebagai orang susah dapat blr minus 1%[perbankan conventional]·dulu bayar rm 420.00 dan sekarang bayar rm 260.00.Dapat lebih untuk buat belanja dan elak daripada kesempitan melampau.Rakan saya, pendapatan sama tapi melalui perbankan islam kena bayar rm600.Sekarang dia sempit betul,apa boleh buat.Perbankan islam,kalau tak bayar, bukanya pergi ke mahkamah syariah tapi pegi sama juga ke makamah conventional- 3 bulan lelong\penalti\bank buat gangguan call

  10. Separuh dari 300000 pemohon loan rumah tidak dapat diluluskan pada tahun 2013 disebabkan oleh tak ada pendapat tetap dan loan-loan yang lain seperti loan kereta,personal loan dan hutang lampau kredit kad.

  11. dalam konteks global ekonomi Malaysia memang “panas” atau rancak.Bayangkan dlm ekonomi global yg suram pun wang dlm negara bertukar pantas dr tangan ke tangan, bermakna urusan jual beli yg aktif di kalangan rakyat.Tak hairan daya saing Malaysia meningkat ke tangga 12 di dunia. Pada masa yg sama ringgit kita menjadi terlalu “murah” kerana ramai org memiliki wang dan yakin berbelanja.

  12. SambalBelacan on

    …dan juga secara x langsung segala barang2 keperluan semuanya akan naik…hidup pun semakin susah dan rumit…apalagi ditambah dengan berbagai2 cukai…yang hidup susah semakin miskin yang hidup hidup senang semakin kaya…dunia oh dunia!…

  13. Namaku Aku on

    Pendidikan kepada pengguna tentang cara penggunaan wang yang lebih berhemah perlu dilaksanakan. Elakkan sama sekali hutang piutang. Jika hendak memulakan perniagaan baru dibenarkan berhutang. Sekiranya rakyat bijak berbelanja kerajaan pun tidak perlu keluar subsidi. Bagi pihak bank lebih baik balik kepada penggunaan dinar emas, semakin lama semakin tinggi nilainya.

  14. separuh dari sekitar 300000 pemohon gagal dapat loan rumah disebabkan pelbagai masalah,kata BNM.apakah ekonomi negara masih rancak ?

  15. Hairil Bin Salim on

    Ni melayu bebal punye ayat… ekonomi pesat tapi apa ko dapat?? Dapat mcm2 kenaikkan harga barang je. Maybe bapak kau jutawan tu pasal ko x kisah ngan apa yg berlaku.

  16. Kalau hang nk sokong sgt pembangkang tu, hang pi duk ngara lain. Tk pyh mnyibuk kat malaysia ni
    Sbb hang bangkang kerajaan kan?.

  17. KITA JANGAN TERPEDAYA DENGAN KAWAN2….. 2 YANG BOLEH MENYEBABKAN PONTENG…..

  18. Tak payah cakap banyak guna otak…berapa ratus hektar tanah kamu d bumi Malaysia…? Nak halau org,saya ingat kalau ,setakat ada rumah pusaka org tua ,tak usah sembang…bro…bincang pekara lain ,utk kebaikan diri sendiri…..setuju?

  19. tipu helah >>>>> on

    Ni semua tipu helah kerajaan aje.. kau orang ada otak pikir guna otak.. mana ada nilai wang kita turun sebab rakyat. .
    , duit kita diguna kan dengan x betul.. rasuah banyak.. beli benda bukan2 mahal2.. tapi untuk diri sendiri.. nak kaburkan pemikiran kita cakap la kita belanjakan bejuta-juta untuk kita semua,, ada ke dapat.. yg dapat kroni2 dia aje.. kita dapat apa dapat taik ajela… ni la bangsa yang jatuhkan bangsa sendiri.. hitler aldolf 2 lagi bagus kalau kau orang tau sejarah sebenar dia.. ni topeng aje cantik tapi hati busuk pastu di permainkan dengan kroni dia aje.. x taula dia perasan ke x kesain aku tegok orang berjawataan tinggi tapi bxxxh.. rakyat dah celik x payah nak tipu2 tentang politik ni.. blr naik la pasal ekonomi rancak.. menipu aje2.. hutang kerajaan bayak gila nak bayar 2 salah 1 sebab bayak lagi pembelanjaan menteri2 buka kertas belanjawaan dia orang baru kita tau.. malas nak korek banyak2 sakit ati aje nanti kita… jangan mudah diperbodohkan dengan bangsa sendiri.. bangsa sendiri naikkan bangsa sendiri yang turun kan 2 la melayu, melayu x teguh pada perinsip bangsa x macam melayu dulu ..

  20. rakyat Malaysia ni ramai yang susah daripada yang kaya. tak tahu ke? atau buat-buat tak tahu.. Malaysia semakin teruk..

  21. Memang benar blr sudah naik, housing loan juga naik,
    Sekarang kena bagi extra 30% bagi instalment housing loan.
    Memang satu beban yang besar.

  22. Setuju. Melayu yg jatuhkan melayu. Macam sejarah zaman melaka dulu.
    Sekarang ni rakyat makin susah, tapi pemimpin tak habis2 buat kenyataan bodoh.

  23. geram betul on

    Bnm umumkan ekonomi rancak,rakyat dipaksa tanggung hutang sana sini.minyak turun,harga brg x turun..sbb tokei kedai x mau tampal harga byk kali.rugI katanya.harga rumah x terkawal.nilai ringgit kecil.cukup 55thn nilai duiit kwsp keluar 100k mcm keluar rm10.APA pun x boleh beli.Org melayu merempat dinegara sendiri.ada bank islam,nama Je islam.tp x nak tolong Org islam.semua bank tipu nak untung.kadar inflasi meningkat.pinjaman bank susah,interest naik.rakyat ditekan mcm2 cukai.

  24. Hmmmmmmmmm
    Apa nak buat. Installment rumah naik mencanak. Lepas ni, makan roti kosong cicah kopi jela.#mengenangnasibdiri. Gaji jugak tak naik2.

Leave A Reply