Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia RM30,000 Secara Purata


Terkini, Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia RM30,000 Secara Purata. Menteri Berpuas Hati. Respon Anda?

Daripada rata-rata kalangan rakyat malaysia kerisauan paling utama sekarang ini adalah lebih berlegar selain daripada faktor kenaikan harga barang naik di Malaysia adalah lonjakan harga rumah naik di Malaysia.

kenaikan harga rumah

Ramai daripada kalangan rakyat Malaysia begitu risau dengan lonjakan harga rumah yang jauh untuk rakyat marhaen jangkau melihatkan gaji dan pendapatan yang mereka nikmati hari ini telah tertinggal jauh ke belakang berbanding harga rumah di Malaysia. Bagaimana pula dengan anda?

Tetapi kerisauan rakyat malaysia dilihat tidak selari dengan kenyataan terkini daripada Chua Tee Yong Timbalan Menteri Kewangan II seperti di bawah ini :

“Ini adalah hasil beberapa langkah yang diambil kerajaan dalam usaha membendung spekulasi harga rumah. Peningkatan harga tidak boleh dielakkan, namun pe­ningkatan itu dapat dikawal dengan baik.

Timbalan Menteri Kewangan II, Chua Tee Yong tampak berpuas hati dengan idea, cadangan dan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal kenaikan harga rumah. Antara yang telah dilakukan kerajaan malaysia sekarang ini adalah :

Cara Bendung Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia?

  • mengumumkan kenaikan harga rumah minima yang boleh warga asing beli pada kadar RM1 juta dan ke atas sahaja
  • mengumumkan kenaikan cukai keuntungan hartanah (RPGT)
  • memansuhkan skim tanggungan kadar faedah oleh pemaju (DIBS)
    mengurangkan nisbah pinjaman perumahan yang boleh ditawarkan kepada rakyat Malaysia

Masakan tidak melihatkan sahaja data-data dan statistik yang dibentangkan pada Laporan Pasaran Harta, Chua Tee Yong Timbalan Menteri Kewangan II berpuas hati dengan kadar kenaikan harga rumah pada ketika ini yang dianggap lebih perlahan berbanding tahun-tahun sbeelumnya :

  • Kenaikan harga rumah naik di Malaysia secara purata sebanyak RM30,000 daripada RM266,304 pada 2013 kepada RM295,345 sebuah pada akhir tahun 2014.
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu melaporkan pada tahun 2014, hampir 250,000 transaksi pembelian rumah dilakukan bernilai RM82.06 bilion.

Jikalau purata kenaikan harga rumah naik RM30,000 setahun dianggap sudah dapat dikawal dengan baik, Berita Semasa merasakan ada baiknya rakyat marhaen terutamanya generasi yang sekarang dan akan datang lebih bersedia dan berdikari tanpa bergantung sepenuhnya serta meletakkan harapan yang tinggi kepada menteri dan pemimpin.

Adakah pendapatan dan gaji rakyat marhaen naik tiap-tiap tahun sehingga mampu bersaing dengan kenaikan harga rumah naik pada ketika ini secara realitinya?

Gaji fresh graduate 10 tahun lalu berbanding sekarang, berapa banyak beza? Adakah generasi akan datang mampu catch up dengan purata kenaikan harga rumah naik RM30,000 setahun untuk 10 tahun akan datang?