Pekeliling semakan skim tangga gaji penjawat awam untuk kenaikan gaji penjawat awam 2024 secara tahunan terkini dan Kakitangan kerajaan dalam skim perkhidmatan awam di bajet belanjawan dan kgt tambahan khas mengikut gred dari gred 11 hingga gred 56
Seperti biasa Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Perkhidmatan Awam dan Awam (Cuepacs) terus merayu kepada pihak kerajaan Malaysia supaya diluluskan permohonan dan rayuan naik ini untuk sektor awam dipercepatkan, selain pemberian bonus penjawat awam serta bonus raya untuk mereka.
Sudah semestinya dengan pelaksanaan tuntutan ini dapat meringan beban terutamananya kalangan kakitangan awam pada kala mereka menghadapi desakan kos sara hidup hari ini. Kos sara hidup naik sehingga 8 peratus, tetapi gaji masih di tahap itu. Tiada perubahan untuk sekian lamanya.
Jadi ia sangat membantu bagi mengelakkan kalangan kakitangan awam ini terus berhutang semata-mata mahu mendapatkan duit lebihan setiap bulan untuk perbelanjaan isi rumah masing-masing.
Walaubagaimanapun berdasarkan dapatan majoriti dari 1.7 juta kakitangan awam di Malaysia mereka mahukan skim gaji mereka ada semakan semula. Ini kerana selama ini yang ada hanya pelarasan skim gaji penjawat awam naik semata. Selain itu elaun mereka ditambahbaik, dan juga diperbanyakan tawaran rumah bawah RM150 ribu.
Senarai Kandungan Penting:
Semakan Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024
Boleh lihat sendiri trend semakan gaji penjawat awam naik dikalangan kakitangan kerajaan di Malaysia selama ini.
Samada ada semakan pelarasan gaji 2023 / 2024, sama-sama kita nantikan!
TAHUN | BUTIRANNYA |
---|---|
Pelarasan gaji penjawat awam 2024 | Akan diumumkan |
2023 | Pengumumuman KGT tambahan khas 2023 sebanyak RM100 |
2022 | TIADA |
2021 | TIADA |
2020 | TIADA |
2019 | TIADA |
2018 | Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 penjawat awam dijanjikan satu lagi kenaikan gaji tahunan jika Barisan nasional menang |
2013 | Gaji minimum penjawat awam naik kepada RM1200 |
2011 | Gaji naik antara 7 peratus hingga 13 peratus |
NOTA PENTING : Malangnya, regim Barisan nasional telah ditumbangkan pada keputusan PRU yang lalu. Bermakna tiada kenaikan gaji.
- BACA SINI >> Senarai pekerjaan gaji tinggi di Malaysia
- BACA SINI >> Senarai gaji menteri naik
Seperti yang disahkan oleh Tun Mahathir Mohamad tiada kenaikan yang mana tidak diteruskan 1 Julai 2018 adalah kerana ia dijanjikan oleh parti Barisan Nasional bukannya parti Pakatan Harapan.
Oleh itu, Pekeliling kenaikan gaji 2023 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam tiada, harap maklum. Nantikan kenaikan gaji 2024 di bawah pentadbiran perdana menteri yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim. butirannya boleh anda baca perkongsian berita kenaikan gaji penjawat awam 2024 seperti di bawah ini. Teruskan membaca…
- BACA SINI >> Jika anda mahu jadi penjawat awam, sila log masuk portal spa 9 login sekarang
Apa itu KGT RM100 Tambahan Khas Penjawat Awam
Berita gembira untuk kakitangan kerajaan, kerajaan malaysia melalui Perdana menteri Anwar Ibrahim umum kenaikan gaji tahunan kgt tambahan khas RM100 untuk penjawat awam 2023 mengikut gred dari gred 11 hingga gred 56 yang mana bayaran bermula Januari 2023.
Terima kasih PM dengan pemberikan kenaikan gaji tahunan penjawat awam!
6 Sebab Patut Semakan Pelarasan Gaji Penjawat Awam 2024
- Harga barang naik terlalu pantas, tetapi naik gaji bergerak perlahan yang tidak padan dengan impak inflasi malaysia hari ini
- Perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia semakin berkurang dek kerana kos sara hidup terus melambung tinggi
- Pertumbuhan ekonomi dikatakan masih baik, jadi tiada salahnya untuk kakitangan kerajaan merasai sendiri impaknya
- Sudah lama penjawat awam menggunakan skim gaji yang lama yang tiada penambaikan dan semakan gaji kerajaan sejak sekian lamanya
- Berita gaji memang patut disegerakan. Ini kerana penjawat awam telah bekerja keras dan buat yang terbaik untuk memberikan servis kepada rakyat Malaysia.
- Jadi berita kenaikan gaji penjawat awam 2024 ini sebagai tanda penghargaan.
Berita Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2024 Naik
Nampaknya ada kemungkinan besar ada berita gembira untuk semakan naik gaji apabila kerajaan Malaysia bersetuju untuk buat pelarasan pada tahun 2024 melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana menteri sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ini antara kemungkinan yang disuarakan sendiri berdasar komitmen oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.