Kenaikan Gaji Penjawat Awam Naik Dipercepatkan! Kesian Ramai Yang Terpaksa Bayar Hutang

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Naik Dipercepatkan! Kesian Ramai Yang Terpaksa Bayar Hutang

Dapat gaji terpaksa bayar macam-macam. Daripada tinjauan yang dilakukan oleh pihak Cuepacs Malaysia penjawat awam terpaksa bayar hutang pinjaman kereta, pinjaman perumahan kerajaan, sewa rumah daripada 60 peratus gaji yang diterima mereka.

kenaikan gaji penjawat awam

Itu belum termasuk lagi 40 peratus pendapatan bulanan yang dterima untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan harian dan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh kakitangan kerajaan hari ini terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar speerti Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Anda-anda semua rasa atau tidak? Akhirnya berapa yang tinggal di hujung bulan?

Simpanan bulanan jauh sekali. Oleh itu Cuepacs Malaysia mengharapkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak meluluskan syor kenaikan gaji penjawat awam naik dan disegerakan bagi membolehkan “anak buahnya” bernafas selepas terus dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi hari ini.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam : Wajar atau Tidak?

Mungkin waktu-waktu begini adalah tempoh yang terbaik untuk mengumumkan satu berita kenaikan gaji kakitangan awam naik. Feel good kepada mereka menjelang tempoh mandat yang sudah semakin hampirrr….Serampang dua mata.’

Mungkin ada berita gembira tidak lama lagi daripada kerajaan untuk penjawat awam semua?

Dan dilihat kepada cadangan pembentangan Bajet 2018, kalangan penjawat awam dan kakitangan kerajaan telah menyerbu dan melontar cadangan supaya kenaikan gaji naik serta elaun naik untuk mereka dan berharap ia mendapat kelulusan pada hari pembentangan kelak. Antara cadangan paling popular ialah :

  • elaun perkhidmatan naik
  • kenaikan gaji naik sekurang-kurangnya 4 peratus
  • elaun perumahan sekurang-kurangnya RM100
  • Bonus penjawat awam yang benar-benar bonus

PP/S : Berita Semasa berharap sangat agar gejala “overlap” dihentikan. Jangan “overlap” sampai terduduk setiap hujung bulan. Hiduplah dalam keadaan berpada.

PPP/S : Gaji N19 bertaraf SPM sahaja hari ini sudah menjangkau RM1,700 hingga RM1,800. Tetapi Berita Semasa difahamkan ada yang telah membuat pelbagai pinjaman. Tolak itu ini, akhirnya di tangan hanya RM800 – RM900 sahaja setiap bulan.



Share.

19 Comments

  1. gaji minima penjawat awam termasuk elaun adalah setaraf gaji swasta RM2300 seperti kiraan pihak bank. padahal gaji minima swasta hanya RM1000.
    sekarang pilih mana yang lebih teruk? awam atau swasta.

  2. Ada swasta dapat bonus sampai berbulan jumlahnya.Btulke? Kjaan dapat 500 shj.Kebanyakan kjaan bnyk kena tanggung spt pengangkutan dn kebanykan pa tinggal jauh dr tempat kja.Mereka juga perlu jaga protokol tertentu spt kod etika berpakaian dn ada yg bekerja jauh dr keluarga dn berada dipendalaman.

  3. Rezki kita dah ditentukan Tuhan Rabbul’alamin .Berusahalah dan apa yg akan dapat yg telah ditentukan itu.Yg akhirat berusahalah sebanyak dn seikhlas mungkin untuk bekalan di sana

  4. Bangsa 1mdb on

    Nak naik gaji lagi? Boleh…1mdb boleh bayarkan gaji awak semua….tp dengan satu syarat,undilah barisan nasional….insya allah berkat…

  5. Bangsa 1mdb on

    Nak naik gaji lagi? Xpe, 1mdb boleh tolong, janji undi baziran naziolan biolan,berkat…

  6. Bangsa 1mdb on

    Nak naik lagi? Xpe,1mdb boleh tolong,bukan potong…brp mau?bilion?no problem,abg besar boleh bagi ma…

  7. Anonymous.1 on

    Naik gajilah cepat..bila lagi..mau pencem sudah ini..klu tidak..kitar semula saja kenderaan dan rumah itu…

  8. Anonymous.1 on

    Dicadangkan…sepatutnya jpa atau kerejaan menetapkan jenis kenderaan yang di gunapakai oleh penjawat awam..melalui dan memudahkan urusan pinjaman kenderaan penjawat awam..

  9. Anonymous.1 on

    Jika kerajaan menetapkan dan memudahkan urusan pinjaman kenderaan untuk penjawat awam maka beban tanggungan penjawat awam akan menurun…

  10. Anonymous.1 on

    Hari itu dato najib kata laksanskkan gst dulu..sekarang sudah berjalan kutipan gst..tapi..naik gaji belum…macamana ni..orang dah rajin bekerja .. tapi sama juga..belumpun naik gaji…..

  11. Anonymous.1 on

    Harap pemberhentian potongan melebehi 60% itu di teruskan..untuk mengura ngkan beban kos sara hidup penjawat awam..sekarang potongan tengah berjalan sedikit saja yang berhenti…nantilah di bayar…sebenarnya langkah kerajaan iti bijak cuma ia berlembut sangat oleh biroangkasa itu…harap kerajaan jangan layanlah…klu tidak..strukturkan semulalah….

  12. Kerja kerani pun nak pakai Honda City @ B-RV. Ukur baju di badan sendiri la. Gred 54 pun pakai kereta biasa2 dan ke kerja naik tren aje.

  13. kene kire logik pada masa kini.

    elaun rumah 700 (boleh beli rumah)
    elaun pengankutan rm500 (boleh beli kereta)
    cola rm300
    khidmat awam rm150
    basic..bgntung pd gred..minima spt skrg rm1200..

    mula2 kerja dah dapat rm2850 baru la ok….
    barulah kami mampu beli rumah..mampu beli kereta..mampu bebelanja..

  14. utk kakitangan awam.
    permulaan kerja..gaji mestilah cukup untuk:

    membeli rumah/myewa
    membeli kenderaan
    bebelanja skeluarga
    utiliti

    RM2800 dirasakan minima pndapan ..mencukupi

  15. 10 TAHUN KERJA..PUN BELUM BOLEH BELI RUMAH..
    DALAM 10 TAHUN TU MCM2 HUTANG DH AMBIK…RUMAH PUN MAKIN MAHAL….
    BILE 10 TAHUN..% PADA PAYSLIP GAJI DH SIKIT,,,XLEPAS NK BELI RUMAH..
    ITULAH PERMULAAN KERJA GAJI KENE TINGGI…LEPAS UTK BELI RUMAH/KERETA/BELANJA SKUARGA…..BARULA ORG TAK AMBIK HUTANG SANE SINI…

  16. Kaji semula integrasi penjawat awam. Penjawat awam yang berasal dari sabah sarawak bertugas di semenanjung atau berasal dari semenanjung ke sabah sarawak patut diberi peluang untuk berkhidmat di negeri sendiri untuk jimatkan kos sara diri serta kurangkan kos pembayaran elaun wilayah, elaun perumahan, cola serta penggunaan waran udara yang menelan belanja yang tinggi. Bayangkan kos penggunaan waran udara 1 family seramai 5-6 orang untuk penerbangan dari kl ke sabah boleh mencecah lebih dari 10 ribu ringgit dalam satu2 masa.

Leave A Reply