Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam dan Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs dan Cadangan Anda?
Ramai yang kecewa sebenarnya termasuk dizahirkan sendiri oleh pihak Cuepacs Malaysia yang mewakili keluarga besar kakitangan awam di Malaysia berjumlah 1.52 juta sekarang ini, apabila pengumuman pada pembentangan Bajet 2015 telah seperti yang mereka harapkan. Ini kerana….
Ini kerana pada pandangan Cuepacs sekarang ini, semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2014 dan elaun naik lebih utama dan merupakan tuntutan yang mendesak berbanding pemberian bonus “one off”. Bukan mereka tidak bersyukur.
Tetapi mengambil kira tiada berlakunya semakan kenaikan gaji kakitangan awam dan elaun penjawat awam naik di bawah pimpinan Datuk Seri Najib setelah sekian lamanya apatah lagi menjelang gelombang GST Malaysia April 2015 kelak. Tambahan pula lain tuntutan yang dihantar Cuepacs, lain pula yang diumumkan. Jauh sekali angkanya.
- Hantar : Tuntutan bonus dua bulan gaji kakitangan awam
- Dapat : Pembayaran bonus setengah bulan gaji penjawat awam
- Respon Cuepacs : Tidak berpuas hati
Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik : Respon Ali Hamsa?
Terbaru dan terkini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa tampil ke hadapan mengatakan kerajaan Malaysia sedang dalam usaha sekarang melakukan semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2015 & elaun naik selepas April 2015 berskala besar selepas ini.
Dan yang menariknya lagi apabila Tan Sri Ali Hamsa buat pertama kalinya setelah sekian lama sudah mula berjanji akan melakukan semakan terhadap tuntutan yang paling ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh sejumlah besar kakitangan awam di Malaysia apabila semakan kenaikan elaun perumahan naik 2015 dilakukan supaya kadar yang bakal ditetapkan kelak sesuai dan sedikit sebanyak dapat menampung beban dan tanggungan yang selari dengan kos semasa hari ini.
Tan Sri Ali Hamsa turut mengatakan yang mana ada beberapa siri kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam tidak boleh dielakkan lagi dan juga akan ada juga elaun yang akan dimansuhkan supaya munasabah dengan realiti hidup majoriti penjawat awam di Malaysia hari ini.
Apa responbalas dan harapan mahupun cadangan 1.52 juta kakitangan awam terhadap usaha Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik berskala besar kali ini?