Kadar Kemiskinan di Malaysia Telah Turun 58.7 Peratus Menjadi 1.7 Peratus Sahaja. Bakal Sifar?

Kadar Kemiskinan di Malaysia Telah Turun 58.7 Peratus Menjadi 1.7 Peratus Sahaja. Bakal Sifar?

Alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh kerajaan Malaysia apabila satu demi satu menteri berkongsi angka kejayaan yang berjaya dicapai pada ketika ini.

kemiskinan di malaysia

Jika sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menghidangkan statistik di mana pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat kepada RM5,900 sebulan. Tidak cukup dengan itu…..

(Pendapatan Perkapita Malaysia Juga Turut Naik 16.7% Kepada RM33,385) di mana angkanya dan statistiknya dibentang oleh Ahmad Husni Hanadzlah.

Dan yang terbaru, Tan Sri Muhyiddin Yaasin juga turut tidak mahu ketinggalan berkongsi kegembiraannya dan “kejayaan menakjubkan” kerajaan Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan yang terus menghimpit anda di Malaysia pada ketika ini.

“Nak basmi kemiskinan bukan mudah. Orang boleh kata ini biasalah dah jadi tugas kerajaan tapi banyak negara dunia yang merdeka lebih dahulu tidak berjaya selesaikan kemiskinan rakyat.

“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meletakkan sasaran tahun 2015 agar kemiskinan dunia dapat diatasi tetapi hampir semua negara tidak tercapai kecuali Malaysia,” kata Muhyiddin.

Sejarah Prestasi dan Usaha Basmi Kadar Kemiskinan Di Malaysia

  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1957 : 60%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1970 : 49.3
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1976 : 42%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1990 : 17%
  • Pada tahun 1995 : 8.9%
  • Pada tahun 2007 : 5.7%
  • Pada tahun 2014 pula 1.7%

Pasti ada yang tertanya formula apa yang digunakan oleh kerajaan malaysia pada ketika ini bagi mengira kadar kemiskinan di Malaysia?

Berdasarkan semakan Berita Semasa, contohnya berdasarkan paras kemiskinan di US US$15.15 (US$60.60 untuk setiap hari bagi 4 ahli keluarga). Jika lepas daripada paras yang ditetapkan, maka anda tidak tersenarai dalam statistik tersebut.

Setiap negara ada paras dan kadar kemiskinan kemiskinan yang telah ditetapkan oleh Bank Dunia.

Ada yang menemplak mekanisme yang digunapakai oleh Bank Dunia, yang mana ada yang melihat paras yang diletakkan terlalu tinggi, dan ada juga yang melihatkan kadar yang ditetapkan terlalu rendah pula. Sedangkan mereka merasakan tahap dan kadar kemiskinan yang ditetapkan pada ketika ini sebenarnya tidak menggambarkan kehidupan sebenar di setiap negara yang mereka didiami.

Garis Paris Kemiskinan di Malaysia Semenanjung Malaysia VS Sabah VS Sarawak

Bagaimana pula paras dan garis kemiskinan di Malaysia terkini yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan?

  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Semenanjung Malaysia :RM760
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sabah : RM1,050
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sarawak : RM910

kadar kemiskinan di malaysiaWalaubagaimanapun, ahli akademik seperti Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Denison Jayasooria mahukan garis kemiskinan di Malaysia dirombak semula bagi mendapatkan angka yang lebih realistik terutamanya masalah kemiskinan bandar yang terus menghimpit kalangan anak muda dan yang mula berkeluarga tinggal di bandar-bandar besar ini.Apatah lagi melihatkan pendapatan yang diterima tidak seimbang dengan perbelanjaan mereka. Apa pula respon anda?