Kadar Kemiskinan di Malaysia Telah Turun 58.7 Peratus Menjadi 1.7 Peratus Sahaja. Bakal Sifar?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kadar Kemiskinan di Malaysia Telah Turun 58.7 Peratus Menjadi 1.7 Peratus Sahaja. Bakal Sifar?

Alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh kerajaan Malaysia apabila satu demi satu menteri berkongsi angka kejayaan yang berjaya dicapai pada ketika ini.

kemiskinan di malaysia

Jika sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menghidangkan statistik di mana pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat kepada RM5,900 sebulan. Tidak cukup dengan itu…..

(Pendapatan Perkapita Malaysia Juga Turut Naik 16.7% Kepada RM33,385) di mana angkanya dan statistiknya dibentang oleh Ahmad Husni Hanadzlah.

Dan yang terbaru, Tan Sri Muhyiddin Yaasin juga turut tidak mahu ketinggalan berkongsi kegembiraannya dan “kejayaan menakjubkan” kerajaan Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan yang terus menghimpit anda di Malaysia pada ketika ini.

“Nak basmi kemiskinan bukan mudah. Orang boleh kata ini biasalah dah jadi tugas kerajaan tapi banyak negara dunia yang merdeka lebih dahulu tidak berjaya selesaikan kemiskinan rakyat.

“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meletakkan sasaran tahun 2015 agar kemiskinan dunia dapat diatasi tetapi hampir semua negara tidak tercapai kecuali Malaysia,” kata Muhyiddin.

Sejarah Prestasi dan Usaha Basmi Kadar Kemiskinan Di Malaysia

  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1957 : 60%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1970 : 49.3
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1976 : 42%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1990 : 17%
  • Pada tahun 1995 : 8.9%
  • Pada tahun 2007 : 5.7%
  • Pada tahun 2014 pula 1.7%

Pasti ada yang tertanya formula apa yang digunakan oleh kerajaan malaysia pada ketika ini bagi mengira kadar kemiskinan di Malaysia?

Berdasarkan semakan Berita Semasa, contohnya berdasarkan paras kemiskinan di US US$15.15 (US$60.60 untuk setiap hari bagi 4 ahli keluarga). Jika lepas daripada paras yang ditetapkan, maka anda tidak tersenarai dalam statistik tersebut.

Setiap negara ada paras dan kadar kemiskinan kemiskinan yang telah ditetapkan oleh Bank Dunia.

Ada yang menemplak mekanisme yang digunapakai oleh Bank Dunia, yang mana ada yang melihat paras yang diletakkan terlalu tinggi, dan ada juga yang melihatkan kadar yang ditetapkan terlalu rendah pula. Sedangkan mereka merasakan tahap dan kadar kemiskinan yang ditetapkan pada ketika ini sebenarnya tidak menggambarkan kehidupan sebenar di setiap negara yang mereka didiami.

Garis Paris Kemiskinan di Malaysia Semenanjung Malaysia VS Sabah VS Sarawak

Bagaimana pula paras dan garis kemiskinan di Malaysia terkini yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan?

  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Semenanjung Malaysia :RM760
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sabah : RM1,050
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sarawak : RM910

kadar kemiskinan di malaysiaWalaubagaimanapun, ahli akademik seperti Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Denison Jayasooria mahukan garis kemiskinan di Malaysia dirombak semula bagi mendapatkan angka yang lebih realistik terutamanya masalah kemiskinan bandar yang terus menghimpit kalangan anak muda dan yang mula berkeluarga tinggal di bandar-bandar besar ini.Apatah lagi melihatkan pendapatan yang diterima tidak seimbang dengan perbelanjaan mereka. Apa pula respon anda?



Share.

33 Comments

  1. Pembela Melayu on

    tahniah & thanks Tan Sri Muhyiddin kerana berjaya hapuskan orang miskin kat malaysia nie. Persetan siapa sahaja yang menolak apa sahaja usaha Tan Sri. Kami orang melayu akan terus menyokong dibelakang tan sri

  2. Tun Rosmah on

    pendapatan minimum isi rumah dibawah rm760 disemenanjung baru boleh diketegori kan sebagai MISKIN ???.. hahaha..tipu org kampung boleh ler menteri woii..korg geng2 menteri boleh g sembang ngn bdk sekolah darjah 1..kot diorg bijak skit konpom menteri2 nie kena gelak ngn bebudak tu…paras dan garis kemiskinan yg ditetapkan nie tahun bile punyer ?? zaman tun razak ke ???..hahaha…

  3. King Seonju on

    sebenarnya muhyidin yasin ni yang miskin, miskin budi bahasa, miskin moral, miskin agama, miskin segala-galanya

  4. aku tak nak komen ape2…isu GST pun dah wat aku rasa nak muntah dah..yang miskin bertambah miskin yang kaya bertambah kaya..ape nak jadi dengan malaysia, minyak naik,senyap..GST, senyap… sbg rakyat malaysia apa peranan kita..bill api naik..senyap. wahai kerajaanku! buatlah apa-apa saja terhadap rakyat mu ini..mereka semua menyokongmu..

  5. kita hanya tahu senyap sahaja. walau melatah banyak mana pun, menteri buat donno jer. tapi kalau ramai rakyat yang tertindas bersatu, I/Allah menteri pun takut juga

  6. apokobondoni on

    alhamdulillah kalu betul…tp masalahnya makin ramai yg minta bantuan dr jabatan2 kerajaan…penerimanya dah sememangnya ramai…bg yg tak layak..ngowo jelaaaa….rakyat semakin terhimpit dgn ekonomi yg semakin meningkat…harga barang naik mencanak2….apapun syukur atas rezeki yang allah bagi…

  7. Membasmi tahap kemiskinan ni yg mcm mana?plzz la tpm..jgn dok menilai miskin tahap xd makan beratap nipah,anak xpi skolah,umah bocoq saja..tgok skali tahap kemiskinan penduduk bandar..mmg bandar xd atap nipah.suma dok flat..tp dr segi kehidupan..masih ,miskin.tolong ubah persektif tentang miskin..miskin thn 1998 dgn miskin thn2014 jauh berbeza..

  8. x pe yg miskin dpat BRIM $600 setahun, nti dkat pilihanraya kjaan hulur lgi… yg miskin tu pun golongan tua, cacat & pnagih dadah…

  9. yg tua & cacat bleh. tmbah pdapatan dgn minta sdekah, wang zakat @ welfare… yg mnagih dadah bleh mncuri

  10. orang melayu macam pembela melayu ni memang suka sokong belakang

    sebab tu dia tak nampak ramai orang melayu yang hidup di pondok burok

  11. Masa kedepan ni bukan lagi senang lagi susah adelah semuanye mahal serba serbi mahaaaaaaal

  12. Boleh dikatakan setiap tahun ade saje benda yang naik itu naik ini naik naik naik naik naik………………

  13. agak2nya brim ada lagi ke tahun depan ,semua dah kaya tak da yg miskin ,jimat kerajaan brim tak da lagi….

  14. Klu kdar kemiskinan rm750, dia beri duit pd org miskin jd rm760 pun dh kira tak miskin dh. Tp jumlh org mkin susah makin bertmbh sbb kuasa bli dh mkin kurang.

  15. salam,
    kiraan penduduk miskin dimalaysia sepatutnya dikira pendapatan keluarga rm3000 sebulan kebawah . maka penduduk miskin di malaysia adalah 2.7 million per 28 million penduduk di negara ini . jadi siapa golongan miskin dimalaysia ???? mrk adalah yg memperolehi br1m adalah penduduk miskin di negara ini .

  16. salam,
    GST tak menakutkan ! yg paling takut adalah bila GST di naikkan % nya tahun ke tahun itu baru rakyat malaysia sedar apa itu GST. di negara luar ada yg sudah naik sampai lebih dari 20% GST tetapi great gaji rakyat negara itu tinggi berlipat ganda dibandingkan dgn negara malaysia.

  17. salam,
    bila negara semakin maju harga barang pasti semakin tinggi malah permintaan juga semakin tinggi maka tiada harga akan turun walaupun GST tak di laksankan. bila kenaikkan tiada hentinya malah permintaan tiada hentinya maka pasti rakyat miskin di negara ini akan terusan naik tak mungkin akan turun . mungkin satu hari nanti saudara juga akan tergolong dgn rakyat miskin di negara ini.

  18. salam,
    hanya negara mundur sj akan murah dan kekal lama sikit harganya sebab barangan di beli kebanyakan buatan tempatan bukan dari negara luar. malah permintaan rendah sebab rakyat kaya atau pertengahan tak tinggi tetapi rakyat miskin atau rakyat biasa ramai.

  19. Bodoo.. Ko pendapatan 760 ke? Duduk dlm hutan? Stakat sembang pandai suruh bersyukur, sapa pon bole. BANGANG.

  20. kalau rm750 adalah kadar kemiskinan, tapi kalau rm760 dah tak miskin. Tapi bezanya cuma rm10 je, masih susah. Kalau diumumkan kadar kemiskinan 0%pun hanya sedap telinga je, tapi yg susah masih ramai dan makin ramai. Setau akulah, kerajaan hanya beri duit bantuan cthnya BR1M dan sebagainya, tetapi tak menjana pendapatan rakyat, belanja terus abis. Tak ada pun org miskin diberi sesuatu yg boleh mereka menjana pendapatan jangka masa panjang.
    Kalau nak syukurpun biarlah bertempat, sbb syukur tak bertempat mcm kaulah kerajaan terus syukur juga sebab ada rakyat senang diperbodohkan mcm kau.

  21. kalau kau keje dgn aku, aku bagi kau 10sen je sebulan sbb kau syukur mesti dpt hidup senang..

  22. Kat malaysia penduduk makin ramai 5.7% pada thn 2007 mungkin dalam 45000 penduduk miskin bygkan kalau dalam 2014 1.7% dalam 56000 miskin.. tp kadar peratus kurang penduduk miskin x kurang.. kalau kat bandar bawah rm3000 kira miskin woo.. kalau kat luar bandar rm1500 kebawah kira miskin.. kalau kat bandar byk la kena byr.. rm910 hey mana cukup byr tol.. byr cukai.. mana semua pergi duit.. kerajaan blik la tu..

  23. dr ortoped on

    aku tak paham laa apa lagi korang nak menipunya.. hidup senang kepala bana ko.. berapa banyak orng pendapatan bawah paras kemiskinan..berapa banyak orng muflis beratus ribu yg pendapatan tk tentu hala tk tau bila bleh hidup selesa sikit. ko senang cakap…keta, umah makan minum semua disediakan. UPSR bocor ko sembang pasal cucu kau..aku takut Malaysia ni ada kes mcm kat Tunisia, bakar diri sbb stress ngan pemerintah.

  24. rakyat tetap sokong umno on

    Jgn lawan kerajaan, nati jd bughah.. penderhaka. Sila undi BN Umno sbb dah terbukti sejak 1957.. Tradisi Membela Rakyat.

  25. awak sokong UMNO membabi buta,, x tau fakta terkini, kasi sokong UMNO spy matilah.. itu UMNO tanggung u pnyer belanja spy anak cucu.., sedih laar lu ni..

  26. SambalBelacan on

    Memang pun menakjubkan…sebab kadar ‘kebodohan’ menteri2 semakin meningkat di Malaysia…

  27. Anonymous on

    Cakap menteri jangan percaya . . .sbb dia tak tau pon . . .pernahkah dianee melawat kampong2 melayu ? ? Patutnya kita dengar kata2 pendudok kampong yg dh tentu kais pagi mkn pagi . .

Leave A Reply