Semakan Syarat Kelayakan Pinjaman perumahan penjawat Awam (BPP) Naik
Pada masa belanjawan Malaysia sebelum ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan kadar kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam di malaysia naik serta-merta berkuat kuasa 1 Januari bersamaan hari Khamis.
Dalam pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah mansuh wang proses bagi pinjaman perumahan yang dilakukan seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
Sebagai contoh bagi kenaikan syarat kelayakan pinjaman perumahan baik bagi kakitangan awam di Malaysia :
- Jikalau sebelum ini, had kadar yang ditetapkan bagi gaji penjawat awam sekitar RM900 sebulan dan ke bawah berada pada kadar RM80,000 sehingga 31 Disember 2014, bermula 1 Januari kadar kelayakan pinjaman naik kepada RM120,000.
- Manakala bagi tangga maksimum untuk jadual gaji penjawat awam RM8,500 sebulan dan ke atas, had kelayakan pinjaman rumah sebelum ini hanya serendah RM450,000 sahaja. Tetapi bermula esok hari 1 Januari 2015 kadar kelayakan loan rumah kakitangan kerajaan naik kepada RM600,000
- Wang proses pinjaman perumahan dimansuhkan
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan jadual kadar kelayakan Pinjaman Perumahan baru yang disediakan sendiri oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia (Kementerian Kewangan)
Bagi Berita Semasa semakan kadar had ditawarkan dan diberikan ini sangat kena pada masa sekarang melihatkan gelombang kenaikan harga rumah di Malaysia melonjak tinggi sehingga melepasi tahap keupayaan rakyat Malaysia umumnya dan penjawat awam amnya.