≡ Menu

Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi). Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia!



(Kemaskini terkini pada: Aug 11, 2017)

Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia!

Kebelakangan ini jikalau diperhatikan, harga rumah sudah mulai “stagnant”

kegawatan ekonomi

Di mana ia sudah tidak mampu naik melonjak sepertimana yang pernah berlaku 2,3 tahun lepas terutamanya yang melibatkan hartanah RM500,000 dan ke atas yang mana unit hartanah Soho, Sovo, Kondo Mewah, service apartment yang paling teruk terkesan apabila….bahang kegawatan ekonomi mula melanda Malaysia.

Apa ditanya adakah Malaysia sudah mengalami kegawatan ekonomi yang ditujukan soalannya kepada Profesor Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Politik dan Ekonomi)?

Jawapan Prof Dr Hoo Ke Ping belum lagi tetapi kita ke arah permulaan kegawatan ekonomi iaitu kita dalam putaran menurun dalam circle ekonomi…. Apa tanda-tandanya sehingga dikatakan kita Malaysia sedang ke arah kegawatan ekonomi?

Bil. Punca Kemungkinan Kegawatan Ekonomi
1. Ringgit Malaysia terus jatuh merudum
2. Bursa saham Malaysia merosot
3. Harga minyak dunia menjunam turun US$51 setong dan akan terus menjunam tidak akan naik lagi untuk tempoh yang lama sekurang-kurangnya 3 hingga ke 5 tahun daripada sekarang
4. Sekaligus nilai dan aset terus menurun
5. Pendapatan Petronas merosot sekaligus mengurangkan lagi pendapatan kerajaan pada tahun sekitar 20 peratus hingga 30 peratus
6. Pendapatan dan kewangan kerajaan Malaysia "sudah lari jauh" dek kerana berpaksikan pendapatan harga minyak pada purata US$110 untuk tahun 2015. Sekarang berapa harga minyak dunia? .
7. Harga sawit tidak berada pada paras rendah dan tidak akan lagi mencecah RM2600 setan apatah lagi RM4000 setan. Ini kerana era ekonomi "super cycle commodity" sudah lama berlalu; tidak akan terjadi lagi…FELDA akan susah hati.
8. Ini kerana di era kenaikan nilai harga sawit; ekonomi China melonjak; nilai Dolar Amerika turun; masa itu juga kebanyakan komoditi naik dek kerana bekalan tidak mencukupi sehingga 2008
9. Ditambah dengan tindakan George W Bush yang memberikan lebih banyak subsidi untuk tanaman jagung untuk penghasilan etanol sehingga menyebabkan bekalan soya bean berkurang. Akhirnya minyak sawit terus melonjak naik.
10. Tetapi sekarang; bekalan soya bean telah mula meningkat naik sehingga menyaingi harga minyak sawit

Gambar seperti di bawah ini menunjukkan Sejarah Harga Sawit Satu Tan di Malaysia

Turun, turun, merosot. Ini bermakna pendapatan kerajaan akan turut berkurang. Berbanding sekitar kegawatan ekonomi yang teruk melanda negara-negara Asia termasuk Malaysia pada 1997 yang mana pada ketika itu :

  1. pertumbuhan ekonomi negatif 7 peratus
  2. bajet kerajaan banyak dipotong
  3. kadar pinjaman yang dikenakan sehingga 13 peratus. Zero.
  4. selama tempoh 6 bulan berturut-turut, tiada kegiatan ekonomi berlaku
  5. ringgit Malaysia berada pada paras sekitar RM4.50 dan pernah mencecah RM5.00 untuk setiap dolar Amerika pada satu ketika

Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kejatuhan ringgit Malaysia yang berlegar RM3.58 untuk setiap Dolar Amerika pada hari ini hanyalah permulaan sahaja kerana ia akan terus jatuh lebih teruk daripada sekarang ini iaitu sekitar RM3.80 untuk setiap Dolar Amerika dan RM3 untuk setiap Dolar Singapura untuk tempoh 6 hingga 10 bulan daripada sekarang dek kerana faktor luar yang tidak terkawal sekarang ini.

Bil Punca Sebenar Kejatuhan Ringgit Malaysia
1. Dolar Amerika yang terus meningkat naik
2. Nilai Yuan mula menurun
3. Nilai Yen turun melemah
4. Nilai ringgit Malaysia akan turun merosot
5. Ditambah dengan hutang isi rumah di Malaysia bernilai RM854.3 Bilion terlalu tinggi "sudah nyawa-nyawa ikan"
6. private investment berdasarkan semakan Berita semasa terhadap data MIDA menunjukkan di sini; telah ada trend penurunan sejak suku 3 2014 lagi
7. Net exports been contracting even as RM merudum. Dengan nilai ringgit Malaysia yang terus lemah pada ketika ini; berapa banyak yang boleh diperolehi daripada pasaran eksport negara?
8. Hutang kerajaan Malaysia terlampau banyak menyebabkan keupayaan kerajaan untuk meminjam lagi semakin kurang
9. Nilai ringgit Malaysia turun menyebabkan kadar pinjaman bon kerajaan turut meningkat

GAMBAR : Semak Tukaran Ringgit Malaysia dan Prestasi Bursa Saham seperti di bawah ini :

punca kegawatan ekonomi

Apa nasihat yang dilemparkan kepada rakyat malaysia terutamanya golongan muda?Bersambung ke Bahagian II..

Kegawatan Ekonomi Malaysia. Nasihat Prof Dr Hoo Ke Ping

Apa nasihat yang dilemparkan kepada rakyat malaysia terutamanya golongan muda bagi menghadapi kemungkinan kegawatan ekonomi?

  • Berjimat cermatlah ketika berbelanja terutamanya pelbagai tawaran diskaun dan YES (YEAR END SALE)
  • Tinggalkan tabiat berbelanja barangan yang bukan keperluan dan boros berbelanja pada tahun 2015
  • Elakkan menambah hutang kerana kadar faedah pinjaman bank akan naik tidak lama sahaja lagi. Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kadar faedah mesti akan naik lagi.
  • Jangan sesekali anda beli hartanah untuk tempoh 1,2 tahun daripada sekarang.
  • Ini kerana telah berlaku lambakan rumah sekarang ini. Termasuk projek-projek di bawah skim DIBS apabila pembeli terpaksa mula membayar “bayaran sebenar” disebalik pembelian modal rendah ketika permulaan menempah unit hartanah tersebut 2,3,4 tahun yang lepas.
  • Jikalau anda pergi di sekitar Jalan Awan Kecil, Vista Komanwel, Parklane, The Treez, Seringin Residense, Le Yuan Residence di sekitar lebuhraya KESAS sahaja sekelilingnya sejumlah 20,000 unit apartment telah mula mendapat CF, tetapi berdasarkan statistik yang diperolehinya hanya 10 peratus – 20 peratus sahaja yang terisi dek kerana kerana “oversupply”.
  • Bagaimana kalangan pelabur hartanah 2,3 4 hartanah mampu bertahan apabila masih lagi tidak mampu menyewakan unit mereka kepada orang? (Fasa 1)
  • Kemudian apabila pelabur hartanah bertindak mahu menjual unit hartanah mereka, masih tidak pembeli yang berminat (Fasa 2). Profesor Dr Hoo Ke Ping merasakan pelabur hartanah seperti ini akan hannnnncurrrrr.
  • Apabila sudah memasuki fasa 3, Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan sekali lagi harga rumah pasti akan turun apabila masalah “oversupply & kenaikan kadar feadah pinjaman yang bakal diumumkan BNM tidak lama sahaja lagi” sepertimana yang berlaku di Singapura dan UK. Dan ramai yang akan muflis selepas itu dek kerana tidak mampu bertahan dengan nilai wang mereka semakin mahal.
  • Apabila harga hartanah akan turun semula, pada masa itu, anak muda boleh beli unit hartanah yang bernilai RM600,000 pada harga RM400,000 sahaja
  • Keyakinan Profesor Dr Hoo Ke Ping bertambah melihatkan unit hartanah di Petaling 8 contohnya di Sri Petaling di bawah pemaju I&P Group Sdn. Berhad yang pernah dijual sekitar harga RM400 lebih psf. Realitinya sekarang anda boleh berunding dengan tuan rumah untuk beli dengan nilai serendah RM350psf untuk keluasan lebih 1000 sf
  • Profesor Dr Hoo Ke Ping menasihatkan terutamanya anak muda, beli unit hartanah apabila ekonomi semakin bertambah baik bukan pada ketika Malaysia ke arah kegawatan ekonomi

Kalangan yang tidak mampu mendapatkan penyewa ditambah dengan kadar faedah naik, bakal menyebabkan pegangan hartanah tidak akan bertahan lama terutamanya kalangan pelabur yang tidak mempunyai simpanan tunai yang mencukupi akan jatuh muflis.

  1. Inilah akibatnya yang akan terjadi dalam tempoh 1,2 tahun daripada sekarang dek kerana pemaju hartanah yang sudah begitu banyak untung dan terlalu tamak
  2. Menyebabkan pelabur hartanah bakal terjerat tidak lama lagi
    Bank-bank pun susah
  3. Kegawatan sektor hartanah semakin hampir, apabila satu demi satu projek yang dilancarkan 2,3,4 tahun lepas bakal siap pada tahun 2015 ini.

Realitinya hari ini, untuk tempoh sejak 9 bulan terakhir ini jikalau diperhatikan kalangan bank-bank utama di Malaysia telah mula berlawan sesama-sama termasuklah Maybank apabila menawarkan pelbagai tawaran untuk menarik seberapa banyak pendeposit meletakkan simpanan duit mereka bernilai jutaan ringgit. Apa maknanya itu? Ini menandakan bank-bank sudah mengalami masalah “liquidity” aliran tunai.

Berdasakan semakan Berita Semasa contohnya di negeri Melaka dan Johor :

  • Kenalan bank menasihatkan tidak membuat pinjaman bank untuk pembelian hartanah pada tahun 2015 ini. Dan bank tersebut juga sekarang ini tidak lagi menumpukan kepada pinjaman hartanah kepada peminjam.
    Banyak pemaju hartanah di Melaka contohnya sudah mula beralih arah ke Tangkak, Johor Bahru untuk mencari mangsa dan pelanggan baru dek kerana pasaran haratanah di Melaka sudah mulai lesu
  • Di Johor Bahru pula, disebabkan berlaku lambakan unit service apartment di sana, akhirnya tidak sampai 20 peratus terjual yang mana banyak dibolot oleh pelabur Singapore. Manakala kuota 50 peratus untuk pelabur tempatan “tidak banyak yang terusik” contohnya projek di Medini
  • Berdasarkan semakan Berita Semasa, pembelian unit hartanah banyak direkodkan sekitar tahun 2011, yang mana 3 tahun tempoh pembinaan berjalan bermakna sekitar tahun 2015 dan awal tahun 2016 akan terus berlaku lagi lambakan unit hartanah
  • “oversupply” menyebabkan nilai hartanah akan jatuh

Dan kepada kerajaan Malaysia ini, ini nasihat Profesor Dr Hoo Ke Ping :

  1. kegawatan ekonomi malaysiaKerajaan mesti potong bajet untuk projek yang bukan keperluan
  2. Termasuklah kerajaan mesti batalkan projek keretapi laju KL – Singapore
  3. Kerajaan Malaysia tida duit untuk melaksanakan landasan berkembar masakan kerajaan mampu untuk menampung perbelanjaan besar bagi projek super mega keretapi laju KL Singapore?
  4. Jikalau keretapi laju dilaksanakan juga, AirAsia turun, KTM turun, Malaysia Airlines (MAS) bakal terduduk. Ini kerana laluan Kl Singapore begitu besar keuntungannya kepada MAS.

P/S : Berita Semasa sangat sarankan untuk anda lebih tumpukan pembelian hartanah secondary di bawah harga RM500,000 ke bawah di lokasi yang sedang meningkat naik berbanding unit hartanah baru.

PP/S : CASH is the king. Mulakan simpanan anda daripada sekarang sehingga 2018, kemudian beli semua unit hartanah pada waktu itu. Inilah yang sedang berlaku dalam “cycle recession 10 years” yang mana hampir bermula…1998-2008-2018

PPP/S : Orang muda yang baru untuk memulakan kehidupan akan begitu terdedah dengan risiko dengan bahang cabaran dan bahang kegawatan ekonomi kelak. Dijangka lebih ramai yang akan muflis selepas ini dengan bebanan pinjaman rumah, kredit kad dan lain-lain yang tidak tertanggung mereka

PPPP/S : Sekali lagi Profesor Dr Hoo Ke Ping memberikan nasihat dan juga amaran kepada anak muda terutamanya pada beberapa bulan mendatang yang mana Malaysia sedang menuju kegawatan ekonomi Malaysia, jangan “dibuat main”!! Bersiap sedia dengan kemungkinan kegawatan ekonomi Malaysia !

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Bakal Ikut J... Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Bakal Ikut Jejak Argentina? Alhamdulillah kita sudah pun menginjak ke tahun 2014 dan tidak lama sahaja lagi Malaysia bakal melangka...

134 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 Anonymous 9:45 am

    Kekawan. Memang le bn ni problem.
    So to shade ourselves from financial turbulence in near future.
    1. Jangan buat hutang baru yg tak penting.
    2. Bayar hutang advance.
    3. Lebihkan bayar hutang.
    4. Beli ikut keperluan bukan nafsu.
    6. Berdoa kpd tuhan lindungi dari beban hutang.
    7. Undi PR.

  • 2 Anonymous 9:50 am

    awat xde org nk komen ni..alaaa kemon laaaaa

  • 3 Borhan 10:17 am

    Cuti Krismas lepas aku pergi jln2 kat Geylang, Singapura. Tukar duit kat sana RM500=$189 Spore. Check-in hotel bajet Tristar 81 semalam $119. Makan kat restoran bawah hotel Teh Tarik House, dekat2 $10 sorang. Itu belom naik bas n teksi lagi. Nasib baik kwn aku ada $ Singapore lebih sebab sebelom ni dia tukar RM2,000. Itulah pengalaman bercuti kat sana 1 hari 1 mlm. Aku terpikir knp singapore yg kecil tanpa hasil bumi lebih tinggi nilai mata wangnya dari Msia. Pdhal wang sama saje dibuat dari kertas/plastik. Fikir punya pikir akhirnya aku dpt ilham.

  • 4 padan muke semua 10:35 am

    padan muke semua.. kebodohan pemerintah yg memerintah
    anak cucu merana di masa depan

    kah kah kah

  • 5 GOKU 10:35 am

    TERBAIKKK

  • 6 epoe 10:50 am

    nak komen pe nyer..hadap jela..sape suh undi be end

  • 7 Anonymous 12:05 pm

    Sapa suruh pgi spore brangnya sama je kat sini

  • 8 Anonymous 12:07 pm

    Nikan kegawstan ekonomi dunia dek oii

  • 9 Osman Baru Dpt Kunci Rumah 12:19 pm

    Memandangkan tahun ini 2015 merupakan tahun yg mencabar, maka sy nak senaraikan langkah2 penjimatan:-
    1. Bagi yg baru dpt rumah, belilah perabot terpakai kerana lebih berkualiti dan murah. Selalunya perabot terpakai ini dari hotel, jd mmg sah masih elok berbanding perabot baru kat kedai yg dibuat dari habuk kayu-kena air terus rosak. Kat paroi, seremban ada kedai perabot terpakai, tepi kompleks sukan paroi.
    2. bagi lelaki yg berkerja cuma peruntukan RM20/hari utk belanja. Mcm sy naik motor pergi keja-petrol RM5, lunch RM5, jumlah baru RM10 sebab sarapan n dinner kat rumah. Baki lg RM10 boleh masuk tabung, atau in case time lunch kena belanja kwn guna ajelah.
    3. jgn merokok. Sebelum ni anda hisap rokok seludup RM3, apakata stop smoking n cuba simpan duit itu.
    4. Pergi keja naik motor. Jimat n x perlu byr tol, parking. Kalau hujan pakai baju hujan.
    5. Balik kampung naik bas,ketapi atau AirAsia. kdg2 tiket terbang lg murah berbanding kos naik kereta balik ke kg.
    6. Jgn langgan mobile data plan. mcm sy pakai Huddle Yes 4G (RM68) yg bole wifi ke laptop n HP. Huddle ni sebesar HP, so bole bawa ke mana2. Jika mobile data utk hp saja paling koman pun sebulan RM30. dah la x boleh wifi ke laptop, kouta lagi. rugi2.
    7. Jgn guna postpaid tapi guna prepaid. top up RM30 terus utk sebulan. Postpaid akan melekakan kita dan x sedar kdg2 kita terlebih guna had.
    8. nanti aku sambung, skrg nak buat kerja sikit…

  • 10 azrai 12:21 pm

    Ini bukan j=kegawatan Prof. inilah dinamakan Ekonomi Wasatiyyah Negara. Semua jadi wasatiyyah, hasil mahsul, harga minyak, perbelanjaan, pelaburan, nak bayar hutang.

  • 11 duit oh duit penting ke kau 12:34 pm

    1.00 MYR bersamaan 0.28 USD
    3.58 MYR bersamaan 1.00 USD

    ya benar kini ringgit berada di tahap paling rendah berbanding us dollar. kita patut tahu ekonomi us akan jatuh ke tangga no.2 dunia nanti.

    berikut merupakan nilai seringgit berbanding mata wang asing (terkini setakat 7 Januari 2015):

    kadar ringgit susut merudum berbanding mata wang asing:
    1.00 MYR = 0.082 KWD (kuwait)
    1.00 MYR = 0.18 GBP (great britain)
    1.00 MYR = 0.24 EUR (european union)
    1.00 MYR = 0.28 CHF (switzerland)
    1.00 MYR = 0.33 CAD (canada)
    1.00 MYR = 0.35 AUD (australia)
    1.00 MYR = 0.37 SGD (singapore)
    1.00 MYR = 0.65 TRY (turkey)
    1.00 MYR = 0.75 BRL (brazil)
    1.00 MYR = 1.05 SAR (saudi arabia)
    1.00 MYR = 1.11 ILS (israel)
    1.00 MYR = 1.73 CNY (china)
    1.00 MYR = 1.75 DKK (denmark)
    1.00 MYR = 2.00 EGP (egypt)
    1.00 MYR = 2.39 ARS (argentina)
    1.00 MYR = 3.27 ZAR (south africa)
    1.00 MYR = 4.15 MXN (mexico)
    1.00 MYR = 9.18 THB (thailand)
    1.00 MYR = 17.63 RUB (russia)
    1.00 MYR = 17.75 INR (india)
    1.00 MYR = 33.19 JPY (japan)
    1.00 MYR = 307.18 KRW (south korea)
    1.00 MYR = 3548.69 IDR (indonesia)
    1.00 MYR = 3824.36 BYR (belarus)
    1.00 MYR = 5973.12 VND (vietnam)
    1.00 MYR = 7601.82 IRR (iran)

  • 12 jacki 12:35 pm

    Salam,
    Ya! Memang mana2 negara pun akan mengalami kegawatan ekonomi tetapi bezanya kekuatan ekonomi utk bertahan dan wang simpan yg mampu bertahan dalam masa kegawatan itu membezakan sesebuah negara! Sebagai contoh china mempunyai simpan yg byk malah ekonominya mampu menghadapi kegawatan dgn pengalaman lalu. Namun negara kita!!! Berapa byk simpan???? Berapa kuat ekonomi ???? Malah hutang purata berapa tinggi??? Dll. Inilah bahayanya keadaan negara skrg ini dan jgn harap capai wawasan 2020 malah pemulihan selepas kegawatan akan mengambil lebih lama masa bukan 1 2 tahun mungkin 5 tahun. Harapan kerajaan adalah tahap peratusan kegawatan kalau teruk sgt hancurlah harapan bn. Tiada sesiapa mampu jaga kehidupan kita hanyalah kita sdr, jgn suka berhutang berbelanja itu hanya baik utk ekonomi negara tetapi keburukkan utk ekonomi kita.

  • 13 pak najib 12:38 pm

    wasotiyyahhh tongga kesatuwan ummama

  • 14 aku undi bn tapi menyesal 12:40 pm

    bn berkuasa dengan 47% undi. sungguh tak malu. menang kerusi kecil. nampak sangat desperate terhegeh-hegeh nak perintah. tu lah yang jadi bila tunjuk pandai padahal bengong je.

  • 15 aku undi bn tapi menyesal 12:45 pm

    pandai kau berjimat. hakikatnya orang lain masih bodoh tak suka berjimat. padahal mata wang ringgit jatuh. berbaloi ke nak berbelanja sakan.

  • 16 Wanie 12:50 pm

    BS minta izin nak share berita ni

  • 17 siti nurhalizon 12:51 pm

    PAP tak boleh diharap. singapore nampak hebat kerana mainstream media brainwash rakyatnya. singapore tak boleh survive pun kalau johor tak bagi air murahan kepada singapore. nampak singapore macam untung sangat tipu johor tapi sebenarnya tetap desperate. singapore bukanlah food power. semua makanan minuman perlu diimport. banding dengan negara israel ada jugak gandum barli boleh survive. pity you pap.

  • 18 Anonymous 1:24 pm

    Ini semua hanya ramalan pakar saja tp sebaik2nya kita harua bersedia. Yg penting jgn berhutang.

  • 19 junior 2:24 pm

    Bro,huddle yes tu ade kuota x?nk survey ni..tq..line dia laju ke

  • 20 laki kak senah 2:46 pm

    Oit cik kak, kegawatan ni kat malaysia..xsemua negara rasa..certain negara je. tula, dolo2 cakap kita bukan pngeluar minyak yg banyak la..skrg bila hrga minyak jatuh, nmpk x betapa byknya kita rugi..kalau setakat hasil myk b4 ni 2 kupang, skrg baru rugi sekupang. tp sebab hasil minyak berbilion, sbb tu la rugi pn berbilion..

  • 21 Anonymous 3:05 pm

    xder PA yang tak berhutang bro… tapi lepas ni janganlah ditambah bayaran Angkasa anda…..

  • 22 Jutawan Hartanah 3:23 pm

    Salam semua, dengan rendah hati saya memaklumkan bahawa semua rakyat jelata perlu sedar keadaan ekononomi kini paling kurang sejak 6 bulan yang lepas. Semuanya pasti berdebar, gelisah dan gundah gulana.. Muhasabah diri adalah yang paling baik. Berbalik kita ke landasan yang benar dengan kadar segera.. tindakan drastik perlu dilakukan oleh semua individu yang bergelar makhluk Allah.. oleh itu elakkan pembaziran.. makan dirumah adalah yang paling baik, kenderaan yang lama dan masih elok jangan ditukar yang baru.. tetapi kalau nak tukar kepada yang lebih jimat adalah digalakkan.. bayar cash lagi baik.. sebab ia akan jadi besi buruk.. siapa yang ada banyak rumah jika tidak larat sila jual segera.. harga rumah akan turun.. siapa yang tiada rumah tunggu harga rumah jadi cukup rendah, itupun jika tidak silap kiraan berbanding dengan pendapatan anda..
    Kerajaan sememangnya tidak mahu membuat kecoh tentang kegawatan ekonomi ini.. mestilah sebab strategi mereka.. kita berdoa mereka membuat kerja yang terbaik untuk kita juga.. sekarang jangan salahkan orang lain.. jari tunjuk satu ke hadapan tetapi 4 jari berbalik kepada diri sendiri..
    Simpanlah CASH sebanyak-banyaknya untuk survive pada masa yang terdekat ini.. dan awas banyak pula orang jahat yang mahukan harta kita.. kes pukau la.. kes rompak la.. so beribadah dan istiqamahlah sentiasa..mohon dari Allah.. Aminn..

  • 23 joule 3:54 pm

    huddle Yes 4G tu, aku pakai gak..laju gak smp cepat abis kuota 4Gb..guna xhingat dunia..youtube memanjang..huhu..skg ni, aku beringat skit, browse internet je..cukup la utk sebulan.

  • 24 Pak Man 4:10 pm

    Tuuuuu dia eih. Brim PTPTN bantuan sekolah kan ado… Pak Man rasa dah lebih dah utk belanja tahun ni…Boleh makan setahun la katakan…. Kalau ada lebih Pak Man simpan buat belanja tahun depan pulak naa…. Terima kasih la pada depa.

  • 25 Abdullah 4:13 pm

    CUEPACS tolonglah penjawat awam yang ada masalah CCRIS CTOS. Kerajaan tolong abaikan CCRIS CTOS penjawat awam. TOLONGLAH.

  • 26 naruto 4:30 pm

    Utk memulihkan ekonomi mengambil masa, mungkin memakan masa 5 thn. Apesal lama sangat???. Kalau BN kalah pun, yg ambil alih akan sesak, semput dll. Sebab tu yg berjawatan tinggi terutama YB2 (yg biru-biru) balun dulu. Tu yg sanggup menipu

  • 27 Anonymous 4:38 pm

    Kalau rakyat malaysia x berhutang boleh hidup ke? Kerajaan bn pun berhutang hampir 1 trillion ringgit…. Inikan pula kita rakyat biasa….

  • 28 lupikirlasendiri 5:28 pm

    Mulai harini kena beringat dan menabung.. tapi jgn leka dgn harta didunia saja, bekalan di akhirat kena ingat sama juga baru hidup dunia akhirat sekata.. semoga anda semua dan diri saya sendiri di beri akal dan fikiran utk merubah hala tuju kita dan keluarga kita sendiri.. klu kita x berubah sendiri xda sapa yg blh ubah diri kita.. peace..

  • 29 SambalBelacan 5:31 pm

    …pokoknya sekarang dan akan datang…adakah harga barang2 keperluan manusia akan terus naik???…

  • 30 Drs poo kee pong 5:32 pm

    Bg otak cartoon tadbir , nie yg dapek

  • 31 D poo eke pong 5:34 pm

    Rosak negare

  • 32 D poo eke pong 5:35 pm

    Bg otak cartoon tadbir, hasil cartoon

  • 33 kapitalis masih diterima? 6:29 pm

    12.18 MYR = 1 KWD (kuwait)
    9.49 MYR = 1 BHD (bahrain)
    9.31 MYR = 1 OMR (oman)
    6.05 MYR = 1 LVL (latvia)
    5.41 MYR = 1 GBP (great britain)
    5.04 MYR = 1 JOD (jordan)
    4.25 MYR = 1 EUR (european union)
    3.58 MYR = 1 BSD (bahaman)
    3.58 MYR = 1 USD (united states)
    3.54 MYR = 1 CHF (switzerland)
    3.02 MYR = 1 CAD (canada)
    2.89 MYR = 1 AUD (australia)
    2.78 MYR = 1 NZD (new zealand)
    2.68 MYR = 1 SGD (singapore)
    2.68 MYR = 1 BND (brunei)
    1.90 MYR = 1 TND (tunisia)
    1.89 MYR = 1 GEL (georgia)
    1.84 MYR = 1 TOP (tonga)
    1.79 MYR = 1 BBD (barbados)
    1.54 MYR = 1 TRY (turkey)
    1.26 MYR = 1 TMT (turkmenistan)
    1.20 MYR = 1 PEN (peru)
    1.11 MYR = 1 GHS (ghana)
    0.99 MYR = 1 PLN (poland)
    0.98 MYR = 1 QAR (qatar)
    0.97 MYR = 1 AED (united arab emirates)
    0.95 MYR = 1 SAR (saudi arabia)
    0.94 MYR = 1 RON (romania)
    0.90 MYR = 1 ILS (israel)
    0.58 MYR = 1 CNY (china)
    0.56 MYR = 1 VEF (venezuela)
    0.56 MYR = 1 TTD (trinidad and tobago)
    0.46 MYR = 1 HKD (hong kong)
    0.46 MYR = 1 NOK (norway)
    0.45 MYR = 1 SEK (sweden)
    0.27 MYR = 1 EEK (estonia)
    0.31 MYR = 1 ZAR (south africa)
    0.24 MYR = 1 MXN (mexico)
    0.23 MYR = 1 UAH (ukraine)
    0.23 MYR = 1 MVR (maldives)
    0.15 MYR = 1 UYU (uruguay)
    0.14 MYR = 1 SKK (slovakia)
    0.11 MYR = 1 THB (thailand)
    0.11 MYR = 1 TWD (taiwan)
    0.079 MYR = 1 PHP (philippines)
    0.061 MYR = 1 KGS (kyrgyzstan)
    0.056 MYR = 1 RUB (russia)
    0.056 MYR = 1 INR (india)
    0.046 MYR = 1 BDT (bangladesh)
    0.036 MYR = 1 PKR (pakistan)
    0.035 MYR = 1 SRD (serbia)
    0.035 MYR = 1 NPR (nepal)
    0.030 MYR = 1 ALL (albania)
    0.030 MYR = 1 JPY (japan)
    0.028 MYR = 1 ISK (iceland)
    0.027 MYR = 1 LKR (sri lanka)
    0.020 MYR = 1 SYP (syria)
    0.020 MYR = 1 KZT (kazakhstan)
    0.013 MYR = 1 HUF (hungary)
    0.0051 MYR = 1 SOS (somalia)
    0.0040 MYR = 1 KPW (north korea)
    0.0035 MYR = 1 MMK (myanmar)
    0.0033 MYR = 1 KRW (south korea)
    0.0031 MYR = 1 IQD (iraq)
    0.0021 MYR = 1 TZS (tanzania)
    0.0019 MYR = 1 MNT (mongolia)
    0.0015 MYR = 1 UZS (uzbekistan)
    0.0013 MYR = 1 UGX (uganda)
    0.00088 MYR = 1 KHR (cambodia)
    0.00044 MYR = 1 LAK (laos)
    0.00028 MYR = 1 IDR (indonesia)
    0.00017 MYR = 1 STD (sao tome and principe)
    0.00017 MYR = 1 VND (vietnam)

  • 34 Anonymous 6:53 pm

    Korang semua tau sembang saje, so apa tindakan,

  • 35 buli 6:55 pm

    Kerajaan telah merancang untuk memacu ekonomi negara dan ekonomi negara akan mencanak naik dgn drasstik dimana pakar2 ekonomi malaysia pun tidak dapat memberi angka yg tepat kadar pertumbuhannya, iaitu GST. Rakyat akan membayar SEDIKIT cukai supaya kerajaan dapat memacu ekonomi negara srperti yg telah meteka rancang. Jadi jgn pandang enting gst ni. Itulah ug di war warkan dalam media arus perdana.
    Entah dari man konsep memerintah yg mereka ambik. Masa di sekolah dulu guru ekonomi ada ajar, sebagai pemerintah adalah tugas kerajaan untuk memastikan negara dalam keadaan aman dan menjaga ekonomi negara. Negara hendaklah stabil dr segi politik, ekonomi dan sosial. Pemerintah harus menjana ekonomi
    rakyat. Apabila ekonomi rakyat stabil ekonomi negara juga akan stabil.
    Nampalnya cikgu tu telah silap la sbb skang ni rakyat kena bantu kerajaan melalui gst

  • 36 Wak 6:57 pm

    Bagus, sy tunggu komen anda lagi

  • 37 ada peluang bila naik turun 6:58 pm

    Sebab turun je bagi?….apa yang bagi stabil tak pulak ditunjukkan …apadah

  • 38 cadangan 7:28 pm

    Tolong hantar pekerja pekerja asing balik….profesional mahupun non profesional…..

  • 39 Anonymous 8:00 pm

    Macai cakap biarlah ekonomi jatuh yang penting masih aman…Puuiiihhhhh otak udang.

  • 40 dion 8:28 pm

    Setuju sangat2.

  • 41 Anonymous 8:38 pm

    Pemimpin malaysia memang bodoh,sapa yang undi mereka pun sama.

  • 42 wanginya 8:41 pm

    what do you expect? miracle? memang ekonomi global jatuh. inilah bala yang diturunkan kepada manusia akhir zaman.

  • 43 melayu kacukan 8:45 pm

    sedarlah diri nenek moyang kau pun bukan lahir di tanah melayu. orang luar jugak. berapa generasi nenek moyang kau menetap di tanah melayu? tak payak nak jadi ultra-melayu sangat. jangan jadi macam syed jaafar albar Darah Keturunan Arab tapi terhegeh-hegeh mengaku melayu tulen.

  • 44 Anonymous 9:06 pm

    bagi pak din jr..kita bersyukur dilahirkan dinegara ini.aman je..ni asyik demo.ape lagi kaki bangkang nak ni..kita perlu muhasabah diri.jgn hipokrit..wajib bersyukur..kalau xduka tinggal dinegara.pak sin syorkan korang pindah atau merantau kenegara lain,tengok sendiri..

  • 45 Saha 9:16 pm

    Salute kat En.Osman, boleh belanja RM20 sehari, saya 1 hari RM109. Macammana nie En.Osman?

  • 46 JOHNY 9:17 pm

    Biar ekonami hancuss janji BN selamat.ha.ha…

  • 47 pak din jr 9:37 pm

    sape Prof Dr Hoo Ke Ping?

  • 48 Anonymous 9:48 pm

    Nak tgk kemajuan sesebuah negara tu tgklah GDP / income per capita dan Bandingkan dgn Malaysia. Siti nurhalizon masih lagi ingin dibuai mimpi indah dan syok sendiri

  • 49 Anonymous 11:11 pm

    Boleh, kita jadilah balaci America, lepastu tukar matawang kepada dollar Malaysia. tapi balaci lah.

  • 50 Anonymous 11:18 pm

    Selama ni yang selamatkan Malaysia dari krisis ekonomi tahun sudah siapa bukan ke BN,nak harapkan si DIA tu, hancur Malaysia, siapa yg naikkan rodtax moto berkuasa besar, kan si DIA, DIA kata org yg ada motor besar adalah org yg kaya. Malaysia ada banyak faktor yang boleh menyelamatkan kita dari kegawatan ekonomi, jika tidak kita tak akan mampu berjaya dulu… kita ada pengalaman yang berharga kita mampu..

  • 51 tenet 12:06 am

    pakai celcom iox lagi jimat kot, rm50 4gb… speed Hsdpa (bukan 4g) bleh cecah 1.2 MB… zaman sekrg smartphone sume bleh buat hotspot… so boleh pakai kat lappy jugak…so x de masalah, plus dapat 15 min percuma 3x sehari setiap hari memg mantap la… cume berkongsi produk yg baik…

  • 52 Anonymous 12:44 am

    Setuju sangat, sebab kat Malaysia ni terlalu ramai sangat pendatang asing dan pendatang tanpa izin.

  • 53 juara duniawi 5:11 am

    dah la bola sepak ranking tercorot, pisa timss ranking tercorot, kebebasan media ranking tercorot, ekonomi pun akan jadi tercorot jugak? gila ke semua bidang jadi tercorot?

  • 54 siti nurhalizon nak anak 5:21 am

    gdp / income percapita singapore tinggi sebab ramai jutawan di sana. tak dinafikan memang ada golongan berpendapatan rendah di sana. bila dicampur semua pendapatan bahagi dengan penduduk dapatlah average. so apa yang nak dibangga sangat dengan gdp yang tinggi. jurang pendapatan meluas? orang kaya semakin angkuh? orang kaya simpan duit di akaun bank swiss? orang kaya beli saham cip biru?

  • 55 Penuntut 7:23 am

    Hmmm….ramai yg komen…ad yg berguna tp ad yg ckp mcm xde ilmu(sorry-tp itulah ape yg org view anda bila anda tulis benda2 dangkal). Anyway, terima kasih pada mereka yg share tips/facts yg berguna.

  • 56 ache 7:46 am

    kita tak pinjam ,ke’an pinjam , samo sajo …ejoli ….

  • 57 Anonymous 8:04 am

    HaHaha…ape heran brim ado…hahaha

  • 58 left or right 8:04 am

    Thanks atas komen anda semua. Yg baik dijadikan teladan.. yg kurang baik dijadikan sempadan.

  • 59 haha 8:23 am

    biasa la tu kegawatan ekonomi. . Setiap lebih kurang 10 tahun mesti jadi. .Yg beza teruk, sederhana or sikit jek kesannye. Yg paling teruk masa 1930, great depression, kegawatan ekonomi global. Paling teruk dalam sejarah sehingga wang kertas hilang nilai menjadi sampah di jerman. Ramai yg terjun bunuh diri di amerika dan mencetuskan perang dunia ke2 sehingga mengorbankan jutaan manusia di seluruh dunia dan penciptaan senjata nuklear yg dpt memusnahkan sebuah bandar dan puluhan ribu manusia dgn sebutir bom atom. Selepas aman drp perang, manusia bekerjasama lagi diseluruh dunia utk membangunkan sistem kapitalis yg bernadikan riba yg menyebabkan kemurkaan Allah. Selepas ni mungkin akibat kegawatan ekonomi yg teruk disebabkan dosa riba manusia, mereka akan berperang sesama sendiri dan memusnahkan antara mereka menggunakan senjata nuklear pula yg mengakibatkan mungkin bilion manusia yg terkorban. Bukankan Allah taala telah berfirman di dlm al quran, jika kamu tidak tinggalkan saki baki riba, maka akan datang peperangan drp Allah dan rasulnye.

  • 60 left or right 8:24 am

    biasa la tu kegawatan ekonomi. . Setiap lebih kurang 10 tahun mesti jadi. .Yg beza teruk, sederhana or sikit jek kesannye. Yg paling teruk masa 1930, great depression, kegawatan ekonomi global. Paling teruk dalam sejarah sehingga wang kertas hilang nilai menjadi sampah di jerman. Ramai yg terjun bunuh diri di amerika dan mencetuskan perang dunia ke2 sehingga mengorbankan jutaan manusia di seluruh dunia dan penciptaan senjata nuklear yg dpt memusnahkan sebuah bandar dan puluhan ribu manusia dgn sebutir bom atom. Selepas aman drp perang, manusia bekerjasama lagi diseluruh dunia utk membangunkan sistem kapitalis yg bernadikan riba yg menyebabkan kemurkaan Allah. Selepas ni mungkin akibat kegawatan ekonomi yg teruk disebabkan dosa riba manusia, mereka akan berperang sesama sendiri dan memusnahkan antara mereka menggunakan senjata nuklear pula yg mengakibatkan mungkin bilion manusia yg terkorban. Bukankan Allah taala telah berfirman di dlm al quran, jika kamu tidak tinggalkan saki baki riba, maka akan datang peperangan drp Allah dan rasulnye.

  • 61 kak ton 8:59 am

    akk tgok korg dok sibukkkk suh rakyat berjimat.. tu PM.. YB.. yg dok spatut piki berjimat skit jgn nk kenyang perut sendiri je..

  • 62 poh bedah 9:06 am

    ermmm ntah lah mcm poyo je..baik awk nasihat kt pemerintah kte supaya berjimat skit urus harta negara…heran2 kdg otak diorg kene buka pastu cuci…banjir pun dia ckp isu pembalakan yg tinggi. bkn ke banjir ni melibatkan indon, phg perak johor ng9…

  • 63 saje je 10:02 am

    wa rindu lah sama itu Pembela melayu yg x serupa melayu,itu senah kaki ampu dan itu orang biasa entah apa yg biasa.kemana kah kelian pergi,senyap tanpa berita.xkan dah hanyut dek banjir kot,kahkahkah….

  • 64 drama melayu 11:24 am

    Amat berharap drama melayu tidak menunjukkan adegen ranjang atau kisah kisah tidak senonoh….merosakkan.generasi baru akan terpengaruh

  • 65 tenet 11:33 am

    maaf rm58 bukan 50, plus jimat kos huddle 400 dan x de kontrak… dgn 60 hengget dpt la tempoh kedit nak dekat 2 bulan… ok la an…

  • 66 EKO 11:34 am

    Sape2 belajar ekonomi pon tau yang ekonomi pnuyer cycle mmg 10 thn sekali akan turun. ramalan ni bukan sekadar theori tapi facts from history.

  • 67 acuan 12:12 pm

    klu nak entra income.. tukar line telefon tu kepada line tone excel… kita sendiri topup.. kita dapat rebet sehingga 26%… penjimatan family plan sehingga 50% bill telefon anda…

    boleh sms KERJA ke no 0111-8662178

  • 68 pacikwak 12:14 pm

    ada aku kisah..he..he

  • 69 Nurul 12:59 pm

    Orang laki boleh la gi keje naik motor. Mcm kaum hawa yang tak reti bawak motor ni terpaksa jugak la gi keje dgn kereta :(

  • 70 roshi ron 1:34 pm

    ROSYAM NOR HERO MALAYA SUKA PELUK PEREMPUAN BUKAN MUHRIM. LYDIAWATI, MAIZURAH HAMZAH, RITA RUDAINI, ERRA FAZIRA, UMIE AIDA, FASHA SANDHA, EJA, LISDAWATI. SUKA SANGAT PELUK ORANG, CUBA HERO LAIN PELUK ISTERI KAU. GELABAH PULAK KAU.

  • 71 Azami 2:22 pm

    Ko duk pn PPRT, nek kapocai, keta pn saga buruk nk hancur masih bleh cakap syukur lg, zuhud ke bodoh ko ni, bangsa asing mengecapi kekayaan negara ko bleh syukur lg, apa pnyer kaki ko ni..

  • 72 Bahar 2:26 pm

    Nak jimat tp da beli audi lama, murah lg dr saga sv,tp spare part pulok mahal ckit.. rumah sewa pun naik thn ni pulok, Rm750 sebulan duk umah kecik.. ada benda bila nak kurang kos bulanan kene modal lg pulak.. hmm..

  • 73 Azami 2:34 pm

    Sebab dia tau perkara yg dia buat dulu silap, dia x nak org lain terus buat silap, x de org x pernah buat silap, mau nnt dibuatnye tuhan datangkan hidayah buat Ifa Raziah sampai lg alim dr ustazah.. terdiam korang yg kutuk dia,, tegur n nasihat itu x pe, baik utk semua..

  • 74 Anonymous 2:36 pm

    Yg dangkal tu ape,, tolong betulkan ikut fakta2 sahih yg kamu ada,, thank you..

  • 75 Anonymous 2:54 pm

    Undi PR should be no.1 supaya semua dari 1-6 Anwar tanggung

  • 76 anwanymous 3:35 pm

    ko pun sama, dok kat sini lagi wat ape? bertindak la…

  • 77 Mamak Penang you diam 3:43 pm

    ko pun share la apa yang berguna, jangan la komen biase je…name pun penuntut…g belajar sana, jangan sibuk kat sini

  • 78 said Abdullah 3:53 pm

    Tks.terbaik bro.

  • 79 azim ariffin 4:26 pm

    Zaman gawat ni..ank muda perlu out of box..mulakan perniagaan..jadi usahawan….jgn tnghu je..ubah diri dan keluarga..inshaAllah

  • 80 abah kau 7:28 pm

    Undi bn 47% je tp kerusi parlimen lebih. Undi pr 53% tapi kerusi sikit. Kalau dh macsm tu, nak kasi kerajaan kt pr ke? Parlimen malaysian ni berdasarkan kerusi parlimen ke populariti? Hadoii… Janganlah emosional sgt. Kalaupun populariti pr dpt 64% tapi kerusi parlimennya tidak mengalahkam bn, mana mungkin pr jadi kerajaan. Parlimen malaysia tak pakai de cerita2 popular ni. Bukan undi pakai talipon mcm af ka, raja lawak ka. Yg ni benda simple dan rasional. Kalau pr nak menang dan jadi kerajaan, pastikan kerusi parlimennya lebih 50% berbanding bn. Tak payah la pusing cerita undi popular tu. Mungkin tempat yg bn menang tu hanya menang majoriti kecil tetapi tempat yg pr menang tu majoriti besar, mcm gelang patah. Jadi, usahalah dengan lebih keras agar bukan menang undi popular, tetapi menang banyak kerusi parlimen. Jangan buat malu pr dengan spin cerita undi popular tak sudah2. Nanti org ketawa kata awak bodoh. (Najib tengah gali lubang, tapi nampak prpun tengah gali lubang jugak…hahaha pru14 nanti siapa yg kena)

  • 81 remy 7:58 pm

    Betul tu kita kena buat perniagaan jgn hiraukan apa yg prof tu ckp….bukan dia yg bagi rezeki Allah yg bg

  • 82 Ikwan 8:17 pm

    komen2 awak hanya menampakkan kebodohan dan pemikiran awak yg kurang meluas dan tahap ilmu yg cetek..

  • 83 Anonymous 8:57 pm

    siapa profesor ni xkenal la..

  • 84 kojiKOG 9:35 pm

    YAB Najib la punya kerja.. buat belanja boros nak tunjuk pada rakyat yang dia boleh buat padahal berhutang..

  • 85 GONJOL 11:38 pm

    Zaman dulu,masa perang Jepun, susah2 rakyat kita masih ada ubi, keladi,sagu,padi…Kalau skrg kita kena serang,rakyat kita makan apa? Aku rasa kita makan daun sawit.

    Kementerian pertanian ni ada perancangan tak? Tak nampak apa pun. Tgok banyak pameran kat ekspo jer…Buah2 kat kedai buah pun byk import, mana hasil ptani2 kampung kita?

  • 86 tiada 12:55 am

    ramai yang mencaci dap ke cina ke komunis kat facebook. tapi negera komunis china sangat kaya dan sangat kuat dan sangat advancd mega citi.

    Jadi mengapa malaysia miskin? kerana tak mahu ikut “komunis” … lol..

  • 87 Anonymous 1:41 am

    Sebab tu kerajaan beria2 sngat nak kumpul duit dr cukai skrng ni..dia yg boros tak pndai urus ekonomi, tp rakyat jd mangsa. Pengalaman kegawatan ekonomi akhir thn 90an memang menyusahkn, skrng baru nak masuk fasa kegawatan pun dh menyusahkn rakyat, apa lg klu berlaku kgawatan ekonomi nanti. Klu tak salah aku ekonomi memang seperti roda setiap 10thn akn menuju kegawatan,tetapi najib perlu bersedia menghadapinya lbh awal bknnya membazir dn menabur duit utk kpentingan politik dn suka2 yg menyebabkn hutang negara makin tinggi dn sekrng bru nak cekik darah rakyat dgn segala cukai dan kos hidup yg meningkat. Spatutnya najib lbh bijak urus wang negara dn ikut pakar ekonomi yg telus bkn pakar ekonomi dikangkungkn.

  • 88 mamam 7:59 am

    jahanamlah negara…barang mahal rakyat seksa

  • 89 patriot 8:17 am

    Suatu hari nnnt Malaysia akn JD balaci amerikano. Kita akn ditindas balik mcm sblom merdeka, thanks to our leader and ourselves yang mengundi. Maaf anak cucuku…

  • 90 patriot 8:20 am

    Yep Dan skarang kita hntar rkyat Malaysia jdi pndatang plak, suit Thailand pun dh tgggi Dr kita

  • 91 Anonymous 10:24 am

    No 6 kurang stuju. Jgn langgan mobile data plan. mcm sy pakai Huddle Yes 4G (RM68) yg bole wifi ke laptop n HP. Huddle ni sebesar HP, so bole bawa ke mana2. Jika mobile data utk hp saja paling koman pun sebulan RM30. dah la x boleh wifi ke laptop, kouta lagi. rugi2. —-> sbb skrg hphone android semurah RM2XX ++ (asus zen4) da leh gune fungsi portable hotspot even kite gune mobile data.so xde mslh connect utk wifi

  • 92 jes 12:23 pm

    mane nk dapat huddle?

  • 93 Masyar 3:24 pm

    Tanah Melayu ni milik kau ke? Bumi ini sendiri milik Allah. Berdosa ke pendatang berpijak di bumi Allah?

  • 94 vegan 3:46 pm

    tanamlah buah-buahan dan sayur-sayuran di rumah kau. tanaman hidroponik. tau benda alah ni? tak tau pi google lah. ok pe hidroponik.

  • 95 transformasi 1 malaysia 3:50 pm

    tanya diri kau dulu. adakah kau suka boros berbelanja? entah sedar ke kau pun suka bermewah. ubah diri dulu sebelum nak ubah dunia. ingat senang ke nak ubah 1 billion manusia jadi baik macam malaikat.

  • 96 pangkah bn 4:25 pm

    senang-senang kau label siti nurhalizon menampakkan kebodohan? habis kau rasa kau pandai sangatlah? pergilah migrate negara us tengok adakah kau diterima di atas ataupun perlu jadi penyanyi jalanan.

  • 97 SambalBelacan 4:31 pm

    Tahukah atau sedarkah kita semua…bahawa perempuan2 yang berlakun dan ‘rela’ pulak dipeluk2 oleh pelakun2 lelaki bukan muhrim itu berdosa besar?…janganlah beri alasan2 kononnya hanya berlakun sahaja…x lebih dari itu…betapa malangnya si pelakun2 perempuan yang membenarkan dirinya disentuh2 oleh pelakun lelaki lain…begitu jugak yang si pelakun2 lelaki…x kurang jugak berlakun kononnya watak2 sebagai suami isteri…jadi nampaklah ‘real’nya dengan berpeluk2kan dan berdua2an di atas katil…aduhai malangnya nasib si pelakun2 perempuan…sengaja menambahkan dosa…dan lagi bertambahlah dosa2 si pelakun2 apabila beribu2 mata yang jadi penontonnya…

  • 98 Anonymous 6:50 pm

    Saper kata pakai mobile data plan xleh nk wifi kt laptop??

  • 99 hidup kayu!!! 8:25 pm

    I dont want say anything except of these 2 magical words… “UMNO XXXX”… Alhamdulillah.. now aku puas hati..

  • 100 Anonymous 9:29 pm

    ramai je laki nak tumpangkan naik motor.hehe

  • 101 brimmmmmmm! 11:26 pm

    Ala..brim kn ade..boleh tampung hidup smpi mampos..kah..kah..kah..

  • 102 sabri 8:16 am

    Nak tnya kalau buat investment dlm asb om ke?

  • 103 Anonymous 8:56 am

    Nama profesor yang buat statement itu pun dah kelakar. ‘HOO!!! Keping’. Lagi nak cakap tentang ekonomi.

  • 104 Anonymous 2:43 pm

    terbaik bro..

  • 105 Anonymous 2:52 pm

    nak buat camana..balik2 pecah dun..pecah parlimen sume kat kaw be end bro.. seputih tu nape tak pecah.. akal pendek ler ko…

  • 106 golf 4:04 pm

    aku tahu yang kau nak highlight. teresa kok mempunyai majoriti terbesar dalam sejarah pru negara kita. teresa kok memperoleh 51 ribu undi. dr ong kiam ming memperoleh undian pemenang tertinggi dalam sejarah pru negara iaitu sebanyak 79 ribu undi. parlimen kapar mempunyai pengundi paling ramai dalam sejarah pru negara iaitu 140 ribu. semua rekod gemilang ni dilakar oleh pakatan rakyat. spr licik, dia tengok daerah mengundi tu pro bn akan dicampakkan ke kawasan parlimen yang dimenangi oleh pakatan rakyat supaya dapat mengurangkan majoriti dan akhirnya membawa kemenangan kepada bn. so watch out kepada parlimen marginal kerana perubahan sempadan daerah mengundi menentukannya. majoriti tipis 5% ke bawah memang tak selamat bagi bn dan pr kerana apa-apa pun boleh berlaku.

  • 107 menyesal tak undi bn? 4:10 pm

    dulu bn anti komunis sangat-sangat. siap haramkan segala parti haluan kiri bagai. sekarang ekonomi dah tunggang terbalik baru nak jadikan china role model. baru nak jadikan nordic countries contoh.

  • 108 nenekku sazalia 4:15 pm

    kalau dah sedar nenek moyang kau pendatang, tak payahlah perasan nak kutuk pendatang-pendatang sedia ada. bumi allah ni luas kenapa kau tak berminat nak migrate ke afrika? adakah kau menghina afrika? oh sebab kau lahir di malaysia. habis nenek moyang kau pun merantau jugak dari negara lain boleh je sampai ke malaysia.

  • 109 Anonymous 8:37 pm

    Bgus…la tu pak man..kita sama2 pakai duit brim untuk blanja satu tahun..

  • 110 northern warrior 1:42 am

    Dah tahu..kenapa tak potong saja supply air tu..habis cerita,biar dorg dtg jb bawah gelen air :-)

  • 111 muaz ali 9:16 am

    Kitala yg hebat dari org lain..kitala yg lebih bagus dari org lain…kitala yg betul kalo nak dibandingkan dgn org lain…kitala yg paling baik dlm dunia nih…kitala pakar agama,teror politik,hustle IT,expert ekonomi, power dlm sukan dsb kat negara nih…kan?segala2nya adalah kita…Sedarlah wahai kita..kita ni hanyalah manusia yg tidak mempunyai apa2 kuasa kepandaian dan kebolehan tanpa bantuan dan pertolongan serta hidayah daripada Allah swt.hanyalah setitis air mani yg hina dan akan kembali ke tanah dlm keadaan hina jua…siapalah kita?

  • 112 tajdid 3:43 am

    kegawatan ekonomi akan berlaku setiap sepuluh tahun, maka bersedia lah rakyat malaysia kerana tidak mematuhi maqasid syariah yg pasti dan pasti tidak akan rugi.

  • 113 tajdid 3:51 am

    pabila taksub dengan parti beginilah jadinyaaaaa.. macai bn tentulah, dgn macai pr pun tak kurang hebatnyaa inilah malaysia politik kotorrrrr jijikk saling melempar najis antara satu sama lain malah sesama sendiri.

  • 114 SambalBelacan 8:47 am

    …jangan salah faham…bukan taksub dengan parti…tetapi mana yang ‘terbaik’ tu kita berilah sokongan…kita tidak lihat yang baik…tetapi yang ‘terbaik’…dalam banyak2 tu kita kena pilih yang dirasakan ‘terbaik’…dalam pertandingan pun kita kena pilih siapa yang paling ‘terbaik’ diantara yang dirasakan terbaik…

  • 115 ila 8:49 am

    Kalo nak jimat minyak kete beli kete axia. Saya dah guna memang bebaloi5….

  • 116 Anonymous 8:14 pm

    saya cadangkan kita guna basikal.jimat n menyihatkan badan.

  • 117 mak mentua kau 3:58 am

    simpan sket bodoh tu abah kau… bn menang parlimen ntok kawasan mana? sabah sarawak yg rakyat sana just tgk tv123 sj … media kita spin kaw2 so mmg bn nmpk baik n depa vote la… tp pasaipa semenanjung mostly bn kalah???? kawasan2 bandar pasepa bn kalah? adakah org dok bandaq ni bodoh or depa yg actually da nampak yg bn diterajui oleh pemimpin bodoh n boros? so simple nak tgk penerimaan rakyat… jgn smbang base on fact total undi… look at all aspect n view from bird eye… jgn dok tgk dr dlm pwtc ja.. adeh…

  • 118 mangkoo 8:50 am

    ronaldo menang ballon d’or wuhuuu

  • 119 joe 10:03 am

    Dalam byk2 komen, awk punya komen paling bernas n positif…start berniaga..masalah kewangan akibat kesan ekonomi berlaku sebab pendapatan kita kurang..usaha lebih sikit..tambah pendapatan..insyaAllah dapat atasi masalah kewangan..semua atas izin Allah..igt tu..

  • 120 Anonymous 7:32 pm

    Betul betul.!!!??? Tanyalah
    Melayu sendiri asal dari mana??? Kalau dia bilang dilahirkan kat Malaya. Kat Malaya dia lahir.?? Kalaulah
    Dia bilang kat Allah Tuhan
    Yang mencipta . Kat Allah Tuhan dia dilahirkan. Tapi
    Point Nya beranikah dia bilang tanah Malaya milik dia punya.??? Atau Melayu punya.??? Malulah Tuhan Yang Menciptanya..???tq

  • 121 Fauzy 3:53 pm

    Lepas potong ready ke untuk berperang dgn singapore?

  • 122 anis 9:28 pm

    ada duit simpan tiada duit diam – diam.Semuanya akan jadi ok.

  • 123 osman jailani 11:02 pm

    Aku guna plan internet celcom prepaid ja…rm58 utk 4gb…brtahan lama

  • 124 alexis 12:58 pm

    apakah kau tak belajar sejarah perjanjian air 100 tahun dengan tungku abdul rahman? dah buta sejarah tolonglah jangan tambahkan kebodohan…

  • 125 Syed Redzuan 11:29 am

    Dia macam ni la sekarang..dengan edaran BR1M yang telah diterima semua rakyat ni..yang individu ke,isi serumah ke atau apa2 sekalipun…kita manfaatkan yang mana kita kena perlukan pentingkan dahulu..sebab apa yang saya pikir sekarang ni…ikut pada hawa nafsu dengan keadaan ekonomi yang sememangnya semua orang risaukan…perlu ada juga demi memastikan ada persediaan sekiranya ianya betul2 terjadi..
    Cuma apa saya nak kongsikan disini…kita gunakan BR1M yang sedia ada untuk sekarang ni dengan keperluan dahulu…yang seterusnya..saya rasa,kita kena juga la usaha untuk buat tambahan sampingan dengan macam2 cara perniagaan dan kretiviti tersendiri…Saya akan cuba bangunkan semula hal2 yang mana rakyat ketika ini ada yang rasa tersisih dalam soal ekonomi global dunia sekarang ini..Assalammualaikum

  • 126 Anonymous 6:21 am

    miss pls update urself.

  • 127 Jamri 8:28 am

    No bajet no site

  • 128 Micki Swansen 4:14 pm

    Thank you, Ie just been searching for information about this topic for a while and yours is the greatest Ie discovered till now. But, what in regards to the conclusion? Are you sure concerning the supply?

  • 129 Komplen Mau Kurang..Usaha Mau Lebih 9:03 am

    Yang selalu komplen pasal ekonomi,duit gaji tak cukup,beza kehidupan negara kita dengan negara lain kebanyakannya masa sekolah dulu belajar malas,otak pun benak..bila kerja jadi macai.Gaji kecik.Bila tengok kawan-kawan yang berjaya gaji besar pegang pangkat besar,dia mula rasa iri hati dan tak puas hati.Otak bodoh tapi kalau rajin usaha ramai jugak yang kaya raya. Cerdik berniaga.Cerdik cari duit.Ni tak..pemalas.Tau nak komplen je.Kerajaan memang dah bodoh,tapi yang kebanyakan rakyat pun baik penyokong BN atau PR memang bodoh.Semua benda nak free.Nak terhidang depan mata.Taknak susah.Bagilah ekonomi macam mana pun,mesti akan komplen jugak.Ni memang perangai orang Malaysia.Tak percaya, tunggu lah kalau rumah betul turun pun,dia akan komplen jugak macam-macam.Aku perhatikan perangai orang Melayu memang cilaka.Gaji 2000 tapi tak puas hati harga rumah mahal.Sebab hati nak duduk condo, nak duduk rumah teres.Kereta nak pakai yang bagus-bagus.Bila tak dapat nak miliki,rasa dengki dan tak puas hati.Sedarlah kemampuan diri tu.Zaman rumah mahal pun,ada je rumah yang harga 100k ke 200k.Tapi masalahnya orang taknak beli.Tak ingin duduk.Dia nak rumah macam kat Denai Alam,Alam Impian,Mont Kiara,rumah teres moden dan cantik-cantik…tapi harga nak mampu milik.Lancau.Realistik lah sikit.Even rumah teres yang dah usia 20 tahun pun tapi kat kawasan bagus of coz lah mahal.Kalau rasa tak mampu buat cara tak mampu.Ni nak menunjuk-nunjuk.Pemalas nak upgrade diri.Beli hanpon yg mahal.Aku makan gaji.Bukan berniaga.Alhamdullillah basic gaji aku 14k sebulan.Tapi aku pakai kereta biasa dan berbelanja sederhana.Cuma rumah aku beli yang selesa kat Denai Alam untuk family aku.Sebelum cecah gaji macam ni,aku duduk rumah apartment biasa je pun.Cermin diri dulu lah wahai Melayu yang tak sedar diri.

  • 130 sayang kat mona 9:05 am

    Negara kita kena kerja sama dari segi pendidikan dan ekonomi semula dengan turki seperti dahulu, jadikan role model.kegemilangan semula akan muncul.

  • 131 kereta sewa kota bharu 9:56 am

    Wah,kne ready utk beli hartanah nnti. Bg aku skrg kena hati2,ramai tgu utk amik kesempatan pada mereka yg berhati2 dlm pengurusan kewangan. Hanya yg kuat shj akan menang. Cash is king!

  • 132 Tanpa Nama 10:59 am

    Kalau keje turun site bukan masuk office, pas tu syarikat tak sediakan kereta syarikat untuk di guna ke site ? sila bagi tahu mcm mana nak buat benda tu semua dengan hanya berbekalkan 20 ringgit ? awak ckp mcm semua orang kerja mcm awak lah brother. Awak lupa Malaysia ni ada Sabah dan Sarawak

  • 133 menyesal undi b.n 11:52 am

    kakitangan awam juga turut terjejas dengan adanya ‘EXIT POLICY’…hurm

  • 134 rozie 11:55 am

    pada pendapat saya orang muda perlu beli rumah sekarang khususnya rumah cost rendah dan middle kerana jika rumah murah nilai faedah akan dinaikkan oleh pihak bank. rumah yang berharga 6 ratus ribu sahaja yang akan jatuh.

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini