Kedai Rakyat 1Malaysia. Berbaloi Dengan Tawaran Harga?
Pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan menjadikan warga kota semakin terhimpit dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi apabila harga barangan pengguna terus meningkat.

Bagi membantu mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengilhamkan projek Kedai Rakyat 1Malaysia .
Sebanyak 250 barangan generik akan dijual pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran barangan berjenama.Najib dijadual melancarkan kedai pertama yang terletak di stesen LRT Kelana Jaya petang ini yang akan dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd.
Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran. Pengarah Urusan Mydin Holdings Ameer Ali Mydin pada taklimat media baru-baru ini berkata barangan generik itu akan diberikan jenama ‘1Malaysia’ dengan nama kedai rakyat 1malaysia
“Kami lakukan ini atas dasar tanggungjawab sosial korporat bagi membantu rakyat. Saya jamin kerajaan tidak akan tanggung sebarang kos. Jika ada peluang, kami ingin kembangkan konsep ini ke tempat-tempat lain,” katanya.
Diantara barang dan harga yang boleh dijangkakan oleh pembeli di kedai rakyat 1malaysia:
- RM20.50 bagi pek biasa lampin pakai buang bayi (berjenama: RM40)
- RM 2.99 bagi setin sardin 420g (berjenama: RM6.10)
- RM6.80 bagi sebotol kordial (berjenama: RM9.90)
- RM2.05 bagi setin krimer (berjenama: RM2.80)
Ameer berkata kekuatan Mydin terletak pada pembelian pukalnya dan disokong oleh kira-kira 500 pengusaha kecil dan sederhana yang membekalkan sebahagian daripada barangan generik itu.
Kami sebenarnya menyambut baik konsep kedai “Rakyat” ini. Konsep seperti ini juga telah lama dibuat oleh negara Venezuela, dimana kadar inflasinya yang sangat tinggi membuatkan harga barangan keperluan sangat tinggi berbanding pendapatan rakyat mereka.namun begitu, walaupun kadar inflasinya yang tinggi, harga minyak mereka merupakan diantara yang termurah di dunia.
Berbanding negara Malaysia pula, kadar inflasi Malaysia juga sudah mula meningkat, begitu juga dengan harga minyak. Walauapapun, kami cuma berharap agar konsep kedai rakyat ini benar-benar mencapai tujuan dan maksud ianya ditubuhkan.
Bukan sekadar ciptaan populis untuk meraih sokongan.Kalau kedai rakyat ini membantu,maka kami sangat mengalu-alukan dan juga menyokong penuh idea ini.Namun begitu, ada persoalan yang ingin kami utarakan.
Adakah dengan kewujudan kedai rakyat 1 Malaysia ini tidak mengganggu kedai-kedai runcit lain disekitarnya? Dan adakah kesemua golongan rakyat Malaysia dibenarkan membeli di kedai rakyat 1 Malaysia tersebut? Berikan pendapat anda