Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dibuka Kepada Rakyat Malaysia? Satu Lagi Produk 1Malaysia!!

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dibuka Kepada Rakyat Malaysia? Satu Lagi Produk 1Malaysia!!

Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Restoran Rakyat 1Malaysia sekarang ini akan dibuka pula Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia.

kedai ikan rakyat 1malaysia

Nampaknya bertambah satu pilihan kepada rakyat Malaysia yang nak beli ikan lepas ini.

Banyak juga produk 1Malaysia. Tidak kisahlah, asalkan niat nak bantu rakyat. Kami sokong.

Selagi ikan-ikan di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini :

  • ikannya fresh & berkualiti
  • harga berpatutan
  • kedai seperti ini dibuka kepada semua kawasan di seluruh Malaysia, bukannya kawasan-kawasan yang boleh menguntungkan peniaga sahaja
  • mampu menstabilkan harga-harga ikan di Malaysia
  • Kami sokong.

Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapat sambutan menggalakkan, kini Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) pula akan dibuka pada Jumaat depan di Plaza Centrum, Setiawangsa. Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) tersebut akan memasarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) akan memperuntukkan lima jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lila Ruzaini Mohd. Hussai berkata, pihaknya memberi jaminan kelima-lima jenis ikan di bawah kategori 1Malaysia tersebut dijual pada harga lebih murah.

”Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.”Walaupun ikan kami murah, tetapi kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) akan dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 10 malam. Menurut Lila Ruzaini, kesemua jenis ikan yang dijual di diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak. Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan membuka lebih banyak cawangan KIR1M terutama di sekitar Lembah Klang bagi membantu orang ramai. Tambah beliau, selain menjual ikan kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit 1Malaysia seperti yang terdapat di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi memudahkan orang ramai berbelanja. (Sumber : Utusan Malaysia)

Tetapi selepas membaca berita ini, terasa ada bau-bau kroni pula dalam projek kedai ikan rakyat 1Malaysia ni. Dalam banyak-banyak taukey ikan, Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) pula yang dapat ye. Kami masih cuba untuk berfikiran positif. Walaubagaimanapun, kita lihat prestasi mereka selepas ini.

Kemudian, terkejut juga kami yang mana mereka berani nak jual ikan di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia bezanya sehingga 30-40% daripada harga pasaran. Kami berfikir mereka ini tak nak untung ker? Kenapa dahulu tak boleh jual ikan sebegini murah? Kalau begitu maknanya harga sebenarnya jauh lebih murah. Banyak juga “mereka-mereka” ini dapat untung dalam urusniaga penjualan ikan selama ini ye?

Tetapi apabila kami lihat nasib nelayan miskin tak banyak berubah, masih lagi ditakuk lama. Masih miskin. Apabila tanya kedai, katanya sekilo untung seringgit pun tak sampai. Erm..Banyak pula persoalannya daripada kami. Ada yang boleh menjawabnya?

P/S : Selepas projek Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia berjaya, adakah akan muncul pula Kedai Daging Rakyat 1 Malaysia dan juga Kedai Ayam Rakyat 1Malaysia? Sama-sama kita nantikan…..

PP/S : Apa harapan anda dengan pembukaan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ?