Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dibuka Kepada Rakyat Malaysia? Satu Lagi Produk 1Malaysia!!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dibuka Kepada Rakyat Malaysia? Satu Lagi Produk 1Malaysia!!

Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Restoran Rakyat 1Malaysia sekarang ini akan dibuka pula Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia.

kedai ikan rakyat 1malaysia

Nampaknya bertambah satu pilihan kepada rakyat Malaysia yang nak beli ikan lepas ini.

Banyak juga produk 1Malaysia. Tidak kisahlah, asalkan niat nak bantu rakyat. Kami sokong.

Selagi ikan-ikan di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini :

  • ikannya fresh & berkualiti
  • harga berpatutan
  • kedai seperti ini dibuka kepada semua kawasan di seluruh Malaysia, bukannya kawasan-kawasan yang boleh menguntungkan peniaga sahaja
  • mampu menstabilkan harga-harga ikan di Malaysia
  • Kami sokong.

Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapat sambutan menggalakkan, kini Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) pula akan dibuka pada Jumaat depan di Plaza Centrum, Setiawangsa. Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) tersebut akan memasarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) akan memperuntukkan lima jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lila Ruzaini Mohd. Hussai berkata, pihaknya memberi jaminan kelima-lima jenis ikan di bawah kategori 1Malaysia tersebut dijual pada harga lebih murah.

”Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.”Walaupun ikan kami murah, tetapi kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) akan dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 10 malam. Menurut Lila Ruzaini, kesemua jenis ikan yang dijual di diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak. Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan membuka lebih banyak cawangan KIR1M terutama di sekitar Lembah Klang bagi membantu orang ramai. Tambah beliau, selain menjual ikan kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit 1Malaysia seperti yang terdapat di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi memudahkan orang ramai berbelanja. (Sumber : Utusan Malaysia)

Tetapi selepas membaca berita ini, terasa ada bau-bau kroni pula dalam projek kedai ikan rakyat 1Malaysia ni. Dalam banyak-banyak taukey ikan, Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) pula yang dapat ye. Kami masih cuba untuk berfikiran positif. Walaubagaimanapun, kita lihat prestasi mereka selepas ini.

Kemudian, terkejut juga kami yang mana mereka berani nak jual ikan di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia bezanya sehingga 30-40% daripada harga pasaran. Kami berfikir mereka ini tak nak untung ker? Kenapa dahulu tak boleh jual ikan sebegini murah? Kalau begitu maknanya harga sebenarnya jauh lebih murah. Banyak juga “mereka-mereka” ini dapat untung dalam urusniaga penjualan ikan selama ini ye?

Tetapi apabila kami lihat nasib nelayan miskin tak banyak berubah, masih lagi ditakuk lama. Masih miskin. Apabila tanya kedai, katanya sekilo untung seringgit pun tak sampai. Erm..Banyak pula persoalannya daripada kami. Ada yang boleh menjawabnya?

P/S : Selepas projek Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia berjaya, adakah akan muncul pula Kedai Daging Rakyat 1 Malaysia dan juga Kedai Ayam Rakyat 1Malaysia? Sama-sama kita nantikan…..

PP/S : Apa harapan anda dengan pembukaan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ?



Share.

76 Comments

  1. satu lagi langkah baik yg dibuat oleh kerajaan utk membantu rakyat.. pembangkang lepas ni mesti cari helah mcm mana nak jatuhkan kedai ikan ni pulak… pembangkang mana nak kerajaan tolong rakyat.. kalau kerajaan tolong tak de pulak org sokong pakatan rakyat.. betulkan?

  2. ambo sokong… nanti harga pasaran kan turun dengan sendirinya..kalau boleh wujudkan BANK 1 MALAYSIA lagi elok..interest rendah…senang nak beli honda civic…senang nak beli rumah…ko guana saing2..

  3. Bagus kalau begini n harap diperluaskan ke kontrak2 kerajaan dimana mengikut sistem murah dan berkualiti, jadi siapa buat projek dengan baik dapat tender, bukan sebab nagi kat kerani, pembantu eksekutif, eksekutif atau manager layer. so projek banyak, berkualiti dan yang paling penting terbaik…..

  4. sekinchan ikan bakar? Hohooo…..sila murahkan ikan kembong bakar dikedai anda dahulu ye
    hai, harga ikan bakar kedai sendiri pun mahal
    ada hati nak jual ikan murah konon
    jadi lepas ni boleh jual ikan bakar murah tak? hehe…

  5. Wah baanyak bagus sekarang, kalau wujud pinjaman bank 1 malaysia kan baik semua boleh pinjam wang di bank dengan kadar faedah yang rendah

  6. hrp2 lps ni tolonglah adakan kereta nasional 1 Malaysia, harga pastikan murah untuk org tempatan [malaysia] sahaja. bagi nama kereta 1malaysia pn takpe asalkan murah, selamat dan memang berbaloi untuk RAKYAT MALAYSIA.

  7. apasal barang2 keluaran 1malaysia semuanya murah2 walhal harga pasaran lain mahal seolah2 kerajaan takboleh nak pantau dan turunkan harga.

  8. ikan kembong RM 12???? biaq betoi?? Haha…
    selalu beli ikan kembong ikan kembong sekilo RM 5, tu kalau yang kecik
    kalau yang besar sikit dalam RM7 dah dapat
    tak agak2 fakta yang diorang bagi ni, kot ye pun Utusan nak promot kedai ikan najib ni pun

  9. yeop perak on

    dekat area putrajaya…tu ler harganye…kalau takde banner yang pamer harga tu…lagi lebih harga dia…kadang2 RM13 sekilo…ikan sumer mata stim jer…huhu…jual kat pasar tani…hahahaha…tapi ikan mata stim…duk jerit2 cam ungka…”ikan segaaaaarrrr dari lauuuuttt…!!…segaaaaarrr dari lauuuuutttt..!!!..”..hahahha

  10. tahu takpe
    pakatan bukan apa, semunaya dapat arahan daripada DAp
    bisnes diorang banyak terjejas lps ada kedai 1malaysia
    la..ni ada pulak kedai ikan 1malaysia
    lagi meroyanlah diorg
    makin bertambah la kerjenya si puak2 PKR ni

  11. harga ikan klu ikutkan skrg ni mmg mahal
    padahal kerajaan kita dah bantu mcm2 bermacamcam subsidi
    subsidi minyaklah diesel n petrol, tak cukup lgtu
    elaun sara hidup 200/bulan, insentif tangkapan ikan lah 10/sekilo
    tapi ikan mahal gak!!!! sebelum ni segala bapak subsidi takde
    harga ikan lagi murah ikan murah je……… bila dah ada subsidi mahal la pulak!!!!! Cmne tu?

  12. ikan memang mahal sebab musim hujan…
    lagi satu sebab apa mahal…pemboronglah makan banyak…

    try pi pasar borong…harga sama aje dengan harga pasar…..

  13. ambo setuju, bagi interest rendah, brula terjamin kebahagiaan masa depan rakyat

  14. 1 Malaysia & 1 Israel (APCO)
    biar iblis jahanam skali pun, asal beri kebaikan kepada manusia akan di terima baik oleh masyarakat!! hahaa…ni la manusia yg tiada harga diri~

  15. 1malaysia lagi..geli la aku ngan slogan ni..xpayah slogan pun kerajaan patut usaha kurangkan harga barang2..

  16. Anti Kapitalis on

    baguslah
    tapi jangan pulak nanti
    ada ikan ikan tu nampak macam jernih
    rupanya ikan lama lepas lama ena awet dgn abu mayat supaya nampak segar….

  17. Anti Kapitalis on

    haha…terbaik2
    jangan lupa juga
    Kedai tayar 1Malaysia
    Kedai sayur 1Malaysia
    Kedai daging 1Malaysia(Meatworks dah buat dah, mamat shahrizat punya. dapat siubsidi daripada NFC. haha)
    Kedai hardware 1Malaysia
    Haha….
    sambung lagi kawan2 semua
    jangan lupa letak 1Malaysia dibelakangnya

  18. Musangking on

    Pkr ni memang ape y diusahakn oleh kerajaan smua x betul. Bg cadangan y x realistik pikiran disempitkan oleh ego diri y perasaan bagus. Kutuk2 last last muke dia gak y tercongok kat situ nak beli ikan murah..Da bnyak tahun bn pegang tmpuk pemerintahan byk y dijayakannya. Tdk dpt tdk pasti ada kekurgnnye. Tp lau dikirakan kita msih lg mampu tersenyum dgn pencapaian negara kita ni. Kalau mahu sokong pkr pas atau ape saje parti silakan,ini itu hak anda. anda sekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan. Sampai bijak mcm skrg ni. Pinjam duit ke universiti atas usaha kerajaan n mcm2 lagi. Hak anda untuk memilih sentiasa ada. X pernah dihalang. Mane y kutuk2 td 2. Jgnlah beli ikan kat situ kdai lain pun banyak. Pkr ada x?

  19. betul tu aku sokong 100%
    Restoran Sekinchan Ikan Bakar ni dah banyak yang komen harganya mahal gilerrr
    rasa pulak takdela…best sangat pun
    aku dah pernah try dah
    lani boleh dpt pulak kontrak buat kedai ikan 1Malaysia

  20. Salam 1 Malaysia,
    Pada pendapat saya, kedai 1 malaysia atau seangkatan dengannya layak di buat di kawasan pedalaman yang harga barangnya jauh lebih mahal dari kawasan bandar.. kesian orang-orang ini, dah lah hidup susah.. barang pun mahal… renung-renung kan lah…

  21. Peniaga susah hati on

    kedai 1M, KEDAI IKAN KE, AYAM KE, DAGING KE, XKAN KEKAL LAMA…
    DIAORG BERNIAGA ATAS TUJUAN POLITIK JE, SALES KADANG2 BUKAN ADA PUN, KAYA DGN SUBSIDI JE… MCM MYDIN LAGI TAMAK, DA KAYA PUN NAK MENGHARAP DUIT KERAJAAN.., PRODUK 1M DIHASILKAN SEBAB BARANGAN KELUARAN MYDIN ( MY RASA) x laku.., untuk recycle balik tukar la nama jd barang 1 malaysia…

  22. KumbangSolo on

    Kedai Daging 1 Malaysia xleh bukak.
    Sbb harga lembu mahal, kena bela dlm kondo.

    Kahkahkah.

  23. Selama ini rakyat telah ditipu, kerajaan kata harga barang di Malaysia mahal kerana kesan harga barang di pasaran dunia, sebenarnya harga barang adalah murah. Org tengah dan peniaga yang kaut untung lebih, sebenarnya kerajaan boleh kawal dari dulu lagi mengapa kerajaan tak buat dari awal. Apabila rakyat bangun nak tukar kerajaan dalam PRU akan datang barulah nak sedar bahawa rakyat tidak boleh ditipu lagi.
    Terima kasih pihak pembangkang di parlimen kerana menegur kerajaan demi kebaikan untuk rakyat. Fikirkanlah

  24. Bro jangan hina pembangkang, nasib baik ada pembangkang tegur kerajaan yang lena apabila senang. Cth isu mat indera komunis yg dibawa oleh mat sabu, sekiranya isu ini tidak ditimbulkan oleh mat sabu adakah anggota, isteri atau waris psk keselamatan tsb akan mendapat elaun, ganjaran dan perhatian dari kerajaan seperti yg diumumkan dalam bajet barux ini. Saya rasa tidak, jika ya mengapa krj tidak berikan elaun ini 20 tahun yg lepas mengapa baru sekarang. Rakyat sebenarnya tidak tahu golongan ini hidup dalam keadaan yang kurang baik sehinggalah ditimbulkan oleh mat sabu. Sepatutnya waris psk keselamatan ini berterima kasih kepada mat sabu kerana menimbulkan isu ini jika tidak kerajaan pun tak tahu masih wujudkah golongan ini di Malaysia. Terima kasih pembangkang kerana tolong sedarkan kerajaan. Fikirkanlah….

  25. Bro kalau duduk dekat jeti nelayan bolehlah dapat RM 5 sekilo, tapi kalau dah duduk kat tengah bandar dan atas bukit macam kat Genting, macam mana nak dapat RM 5 bro. Kos semua kena kira bro, minyak, upah pekerja, kenderaan dan lainx. Itulah realiti hari ini, jika kat jeti nelayan harga RM 2 sekilo, harga kat tengah bandar mungkin RM 5 sekilo. Fikirkanlah……….

  26. Al Bab Ahmad on

    Aku pun heran jgk. Nape dari dulu lgi keraj’n BN ni tak perkenalkan harga murah2 camni. Sume barng2 atas jenama 1M’sia boleh dimurahkan. Ni maknanya keraj’n BN ni boleh bagi subsidi atas barng2 yg dijenamakan 1M’sia ni. Kalu macm ni aku rasa keraj’n BN boleh menjenamakan TOL 1M’sia, minyak 1M’sia, tak payah lg lah duk bagi nama minyak RON 95 ke 98 ke, akn jd mahal tu. Dan lagi aku rasa ni sume hanya helah BN tuk nak hadapi PRU 13 je ni. Lps ni sume jenama2 1M’sia & kedai2nya skali tah kemana. Barang2 pun kembali melambung t’ggi mencecah kepala langit ketujuh jika sibahlol2 penyokong BN yg rata2 mcm udang yg otak mereka dah ditukar jadi tahik ni masih duk bagi lagi undi tuk BN jd keraj’n.

  27. langsung saja pak... on

    s7 ngan pendapat ko… semalam sy pi kedai pemborong harga bawang merah tk sampai RM2.20 sekilo tp kat kedai atau ditamu-tamu tempat sy harga sekilo tk kurang dari RM5 sekilo…

  28. Prof anti kroni on

    kerajaan yang competent dia seharusnya mampu untuk mengawal harga barang utk satu negara, kenapa perlu wujudkan kedai ikan plak… ini npknya keraaan x mampu nk kawal harga barang dkt malaysia ni.. apa yang nk dibanggakan.. habaq mai sat dekat cek….. kalo dia buka sekali pon hanya akan bukak dekat tgh2 bandar saja bkn dekat2 kampung.. kerajaan juga harus amik perhatian pada org kampong juga…… dan juga abis org kampong masih lagi jugak kene beli dekat pasar.. ini menunjukkan kerajaan tidak mampu untuk mentadbir negara……

    lepas ni suruh plak kerajaan buka. kedai cili padi 1malaysIA, kedai ayam 1malaysia, kedai minyak 1 malaysia. kedai beras 1 malaysia…

  29. Prof anti kroni on

    kedai kelapa 1malaysia..kedai udang 1malaysia..kedai ketam 1 malaysia..kedai cili padi 1 malaysia..kedai bawang merah 1malaysia…. apa kejadah punya 1 malaysia…. gaji x naik2 pon..duk bela kroni ..tah2 kedai ikan 1malaysia ni hat mydin jugak apa…..betl x..?

  30. Laaa hang ni pikiran macam komunis.

    Sapa nak undi PR, undi aje. Dan sapa nak undi BN, undi aje. Tak perlu la nak kutuk ke apa ke.

    Aku sampai sekarang masih sokong BN walaupun banyak skandal. Hangpa nak sokong PR pon terpulang kat hangpa.

  31. Revolusi PR on

    Kita kena sokong Pakatan Rakyat. Ini antara revolusi yang dibawakan oleh PR:

    1. Islam dan bukan Islam boleh mesyuarat dalam masjid ja. Yang Islam pakai mesti tutup aurat, tapi yang bukan Islam tak perlu tutup aurat.

    2. Daging korban yang sembelih mesti orang Islam. Tapi yang bukan Islam nak tolong potong atau edarkan daging korban, sangat dialu-alukan.

    3. Di sekolah boleh bawa makan apa sahaja termasuk babi, kerana hak asasi manusia untuk makan babi.

    4. Senaman adalah sangat digalakkan dalam Islam. Oleh kerana itulah PR sangat mengalu-alukan majlis senamrobik samada muslim atau bukan muslim, di perkarangan masjid. Tak perlu pergi jauh. Seperti biasa, yang Islam mesti tutup aurat tapi yang bukan Islam tak perlu tutup aurat. Dan tak perlulah asingkan lelaki dan perempuan.

    5. PR memerintah dengan penuh ketelusan.

    Banyak lagi revolusi hebat yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat kita. Mungkin saudara saudari juga boleh tambah.

  32. Dari segi positfnya kedai satu Malaysia ni akan membuat pasaraya-pasaraya besar akan tertekan dan berlumba-lumba untuk menjual barang keperluan dengan harga murah..mungkin namanya yang buat pihak pembangkang tak suka..

  33. hahahahaha…korang brtengkar smpai mati yg kaye tokey kdai 1msia n kroni2 dieorg gak..hahahahaha dasar yahudi kapitalis-memaksimumkan keuntungan selagi ada ruang.!!!

  34. Al Bab Ahmad on

    Suka ati hang la loghatttt…. hang nak telan dacing ke.. bia otak hang jadi BLUE biru tuka ngan otak udang hang tuh…

  35. tokekkpala2 on

    LEPAS NI AKAN ADA KEDAI GUNTING RAMBUT 1 MALAYSIA..NAMA GLAMOURNYA KEDAI JAMBUL 1 MALAYSIA…KIH..KIH…KIH…

  36. Al Bab Ahmad on

    kedai cincin berlian 1Malaysia, kedai gelang 1 Malaysia, kedai mutiara 1Malaysia…..

  37. Takde orng nak tambah pon… kih…kih…kih…kik… orng cakap pasal barang kedai jenama 1 msia karut marut ni…dia plk melalut melolong taktau apekebende… tu la sebab kena tipu kat BN terus menerus ni…bodosss rupanyer..

  38. Kedai Kereta Rakyat 1Malaysia!!!! Kan harga kereta kat Malaysia ni mahal, so boleh memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah…Kalau betul terjadi, golongan berpendaptan tinggi pun ambil kesempatan disebabkan kos sara hidup yang makin meningkat…

  39. ko nama jer prof..komen mcm budak sekolah.. tu lah yg kita heran..kerajaan nak tolong salah..kalau tak tolong lagi salah..hanya hasad dengki dan iri hati yg telah bersarang dihati penyokong2 PR.. mcm org melayu yg tidak mau melihat org melayu lain maju.. sanggup bomohkan..buat sabotaj.. aku heran betullah.. prof..ada phd..master berjela2..tapi muda termakan hasutan dan dakyah PR.. tapi tak pe lah kita ada pilihan masing2.. terjemahkan dlm PRU nanti.. tapi terus terang dulu aku atas pagar tapi aku meluat bila nurul izzah dan tony pua serang kedai 1 msia..mcm budak2.. apalah punya pemimpin…

  40. respect lah pandangan org lain.. hang nak undi anwar ..nak undi karpal..guan engg..terpulang pada fikiran masing2..sama sama ada hak lepas tu kira sapa banyak dia menang..

  41. please lah….adakn kedai proton 1malaysia….. harga lebih rendah biar pengguna rasa bijak membelinya…. harga kereta proton skg ne xmasuk AKAL!!!!!! kedai ikan 1malaysia?? inilah sandiwara bermusim……

  42. harga murah.. pasal ada subsidi la tu.. cuma kenapa pasaraya tu je yang dapat. peniaga2 kecil kalau dapat subsidi pun boleh jual murah..
    lepas ni boleh le mintak balik balasan, sponsor utk pilihanraya..

  43. lepas ni bagilah nama kedai mtosikal 1Malaysia, kedai basikal 1Malaysia atau kedai Jalan Kaki 1Malaysia. tak abih2 1Malaysia. sekali sekala letak lah kedai 1Mydin ke, 1Chow Kit ke… tak pun kedai ‘Satu-satunya di Malaysia”. tukar dr 1Malaysia…

  44. langkah yg diambil kerajaan adalah utk bantu kurangkan perbelanjaan rakyat..klu kita rasa x perlu bantuan ni, x payah manfaatkan..jgn la terlalu prejudis dgn kerajaan yg duk ada skrg ni..benda baik kita sokong..benda x baik kita bangkang la..

  45. Ada pulak Kedai KEDAI KERETA RAKYAT 1MALAYSIA lagi le bagusnye… dapat kita beli keta 30-40 % lebih murah.

  46. yg tu x boleh letak 1 Malaysia…. rosmah je yg bole pakai. kalau 1 malaysia gak nnt jd murah dan org lain pakai x syok laa.

  47. kalau nk sokong umno, mca, mic silakan. itu hak anda. abis anda ingat kerajaan tu BN punya je ke? katakanlah kalau PR naik sekalipun tanggungjawab sebagai kerajaan pemerintah mesti dilaksanakan termasuklah pendidikan, meningkatkan taraf hidup, ekonomi, pembangunan dan lain2 lagi. Hak anda untuk memilih sentiasa ada, jgnlah beli ikan, susu, sos tiram sabun dan mcm2 lg kerana mutunya yg ntah apa2 ntah. Ada umno nk cek2 isu2 ini sebelum jual brg kt kedai… jangan main jual je… kang ade yg teraniaya

  48. org dh muak dgn BN tu yg kuar segala maki hamun tuh…. time nk dekat PRU br nk kasi itu inilaa. buat sesuatu keputusan/dasar pun atas populariti… bukannya atas keberkesanan. BN masih di takuk lama dan x heran jugaklaa kalau BN jatuh. jgn salahkan depa yg x puas hati.

  49. hebat laa ko nih…. ko pakai bomoh mana aku pun nk jugak… nk tgk aku punya masa depan cemana nnt

  50. aku rasa pasaraya besar pun x heranlaa kalau kedai 1M nk jual murah… confirm x tahan lama harga tuh… propaganda politik je lebih.

  51. nih bende x baik laa ni kita kene perbtulkan. duk pi bukak kedai2 1M kroni2 depa jugak dpt. kontrak bukak kedai supply brg ape sume kroni depa jugak dpt. kedai 1M ni hanyalah penyelesaian jangka pendek saja. cemana susu dan sos yg x ikut piawaian pun bole dijual dipasaran kt kedai2 tanpa diperiksa terlebih dahulu… nk kasi rakyat mati ke ape? takkan pihak kementerian ‘terlepas pandang’ kot

  52. beruk yg ada kat jalanan banyak beruk PR jer.. melalak di jalanraya.. tak sedar diuntung duduk kat msia ni.. nak huru harakan negara..

  53. ko ni mungkin tokey kedai kot.. takut org ramai tak dtg pi kedai ko sbb kedai 1 msia lagi murah.. dasar PR kerajaan buat baik salah..sbb apa..takut org awam tak sokong ..ciannye.. kalau ko bukan tokey kedai.. ko ni mesti org kaya sbb suka beli tempat kedai mahal.. apa kelas beli barang murah kan..ko kan banyak duit.. tapi tolonglah bagi peluang kat org miskin mcm aku ni beli ikan murah sikit…

  54. dah laa tuu… pi keje kuat lagi… dpt gaji lebih sikit bole simpan dan bole beli ikan lebih sikit. jgn dok buang masa main internet dok komen lebih2 pastu komplen x cukup duit harga ikan mahal itu ini. tingkatkn prestasi kurangkn kontroversi ek. kalau masih x cukup lagi…. ubah gaya hidup bak kata PM.

  55. PAKATAN ROSAK (PR) akan ckp BN bagi kat kroni dia..abis duit rakyat kroni yg makan..pegi la mampus lu PR..yg enting ikan harga murah..selama ni tauke2 cina yg pelahap org melayu..kita tgok apa plak dorg nk prites..apa Tonu PuaKA nak pusing lepas ni..

  56. UMNO yg ajar sekat org melayu utk terus maju… bg mereka biar melayu ni di bawah tempurung supaya mereka terus mengaut kekayaan negara di samping mendapat sokongan org melayu. tu yg pensyarah UIA tu org melayu kn? xkan dia nk komen sikit pun x bole sampaikan kene gantung kerja. dahla student bawah die ramai pastu kene cantas pulak… cemana laa ranking universiti malaysia nk naik kalu asyik kene kacau ngan org politik. Prof mana yg x bengang.

    baru kedai 1M kene serang sikit dah meluat… lg meluat kes PKFZ, IPP, NFC, kapal selam, APCO, konsesi tol yg x berkesudahan dan lain2 lg melibatkan kerugian berbillion2 ringgit setiap tahun. jd… masih merungut kos sara hidup tinggi?

  57. inilah contoh hasil daripada didikan kerajaan selama ini berjaya menebalkan lagi semangat perkauman di kalangan rakyat Malaysia hari ini. Mana semangat 1M bro… laungan 1 Malaysia je lebih… hasilnye terbalik. sebenarnya org cina dah bosan ngan perangai org umno ni sbb makan duit byk sgt.

  58. bagus… anda boleh buat penilaian begitu baik skali. x mcm sesetengah forumer yg hanya cakap sahaja sebelum berfikir terlebih dahulu. yg diorg tahu nak murah nak murah itu je.

  59. Penyembelih lembu. on

    Selepas kedai ikan 1malaysia..harap-harap kedai daging lembu fidlot 1malaysia lagi lah! Teringin juga nak rasa daging lembu yang di bela oleh keluarga shahrizat Kat kondo tu..!rasa dagingnya pasti lain daripada lembu biasa…!

  60. UMNO PENIPU on

    HAHAHAHAHHAHAHA,aku kesian tengok org masih sokong UMNO,pentingkan bangsa<—-(meraih undi )daripada Agama.Setakat Bubuh Papan tanda dengan paper work cantik,siapa2 pun boleh buat.

  61. mmg kroni… bangunan centrum tu milik MARA… sapa tak kenal ngan Datuk Jamal ???? abis setiap inci bangunan centrum dia gunakan untuk kepentingan dia.. kabel besar baik punya… ramai pengusaha yg dulu menyewa di bangunan centrum nie di hambatnya …. lu pikirlah sendiri…

  62. Prof anti kroni on

    Oh yaa… rasanya ramai gak rakyat tertunggu2 najib buat Highway 1 Malaysia, rakyat blh dpt tol lbh murah samapai 40%, blh lah yg duduk di KL blk kampung kerap sikit…

  63. Prof anti kroni on

    Dah ngaku ada byk skandal masih lg ko dok sokong… Hebat ek org mcm ko! Ko hidup tak yah keje ker? UMNO sara kos hidup ko ker ek?? Heheeee
    Agaknya ko ni dah dijamu nasi kangkang Rosmah agaknya…
    Ko nie memalukan Melayu jerr…. BODOH NAK MAMPUSSS

  64. Prof anti kroni on

    Bukan soal baik atau tak baik BN cuba buat, tp sbtl2nya ini keje pentadbiran org bodoh. Ko ingt ini cara terbaik ker nk menolong rakyat membeli brg keperluan dgn hg yg murah utk meringankan beban rakyat??? Ini saja ker yg mampu menteri2 BN lakukan selepas sudah 54 tahun memerintah Malaysia sebuah negara yg kaya raya dgn hasil buminya… Fikir2 kan lah Penyokong2 karat Bee End / umNooooo…

  65. Prof anti kroni on

    kedai Porno 1 Malaysia ada tak ??? Blh bg kat Eskay ngan Thamby Chik ni… Kat Saiful pun ok gak… Baru betul2 meriah Malaysia nanti…

  66. Salam, usaha kerajaan mewujudan kedai jenama satu malaysia bagi saya adalah satu tindakan yang genius! dengan kewujudan kedai kedai ini :

    -Kedai 1 Malaysia
    -Kedai Ikan 1 Malaysia
    -Kedai Kain 1 Malaysia
    -Menu 1 Malaysia
    -Klinik 1 Malaysia

    usaha kerajaan ini bukan saja dapat memberi pilihan yang lebih murah dan baik untuk rakyat tetapi juga, *dengan kewujudan kedai ini dimana harga nya murah dah dikawal terus oleh kerajaan dapat memberi kesin kepada perniaga lain supaya tidak sewenang wenangnya meletakan harga.

  67. * Sebelum ini kerajaan buat macam macam kempen kepada perniaga tetapi tidak memberi kesan. Dengan kaedah buat dulu atau kaedah contoh (Kaedah ini sgt islamik sebenrnya ) ia member kesan kepada perniaga lain, dimana mereka terpaksa besaing dengan kedai 1 Malaysia.

    *Di bandar anda dapat lihta kewujudan kedai 1 Malaysia dengan izin allah membuatkan kedai sperti KKMART & Kedai lain meletakan harga yang murah kerana terpaksa bersaing dengan kedai 1 Malaysia.

    *Ini semua dapat menghapuskan dominasi perniaga!

Leave A Reply