Karpal Singh Mati Kemalangan Maut di Lebuhraya Utara Selatan. Kereta Toyota Alphard Remuk Teruk!
Berita Karpal Singh meninggal dunia melibatkan kemalangan maut awal pagi tadi di lebuhraya utara selatan berhampiran Gua Tempurung, Perak mengejutkan seluruh Malaysia.
Ramai yang tidak percaya dan mengatakan ianya hanyalah “hoax” semata. Hakikatnya, kereta Alphard putih Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) remuk teruk sehingga menyebabkan figura yang digelar “Singa Jelutong” @ Karpal Singh mati awal pagi tadi

Butiran Berita Karpal Singh Mati Kemalangan Maut

- Ahli parlimen veteran pembangkang dan peguam Karpal Singh mati pada usia 74 tahun selepas berlakunya kemalangan maut lebuh raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, Perak
- Pembantu peribadi Karpal Singh, Michael Cornandez mati dalam kemalangan maut tersebut
- Anak Karpal Singh, Ram Karpal dan pemandu cedera parah.
- Kemalangan maut melibatkan kereta Alphard Karpal Singh berlaku pada kira-kira 1:30 pagi tadi berhampiran 301.6 utara penanda di sepanjang Lebuhraya Utaran Selatan
- Ahli Parlimen Gelugor ini, Karpal Singh sebenarnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah
- Kemalangan maut Karpal Singh ini dikatakan berpunca apabila sebuah lori telah cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat
Gambar Karpal Singh Mati Kemalangan Maut di Lebuhraya Utara Selatan
P/S : Takziah kepada keluarga mendiang. Yang pasti, dengan berita Karpal Singh mati meninggal dunia dalam kemalangan maut ini Malaysia bakal menghadapi satu lagi PRK selepas ini.