Kalender Cuti Sekolah 2017. Takwim oleh KPM


Kalender Cuti Sekolah 2017. Takwim Cuti Sekolah Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia KPM melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Maklumat telah tampil dengan jadual yang lebih spesifik

cuti sekolah

Di mana kalender cuti sekolah  telah pun keluar menerusi paparan dan pengumuman terus dari portal KPM, www.moe.gov.my bagi sesi persekolahan tahun 2017 kali ini.

Dipihak ibu bapa boleh gunakan jadual takwim yang ada ini untuk membuat sedikit sebanyak perancangan untuk anak-anak yang masih bersekolah baik sekolah rendah atau sekolah menengah untuk aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2017 kelak.

Untuk guru pula, pastinya kalender cuti sekolah 2017 akan digunakan untuk dijadikan rujukan melibatkan perancangan slibus dan pembelajaran mengajar khususnya untuk anda murid yang bakal menghadapi peperiksaan besar termasuklah UPSR, PT3 dan juga peperiksaan SPM.

Dan jadual cuti sekolah 2017 ini akan terbahagi kepada dua kumpulan :

  • Kumpulan A : Melibatkan sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
  • Kumpulan B : Melibatkan sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang (Penang), Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrjaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang

Jadual Kalendar Cuti Sekolah 2017 Takwim Malaysia


Kumpulan A : Sekolah Di Kelantan Terengganu Kedah Johor Tarikh
Cuti Pertengahan Penggal 1 17 Mac hingga 25 Mac
Cuti Pertengahan Tahun 26 Mei hingga 10 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 2 25 Ogos hingga 2 September
Cuti Akhir tahun 24 November hingga 31 Disember 2017

Kumpulan B : Sekolah Di Negeri Sembilan Melaka Pahang Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Perak Selangor Putrajaya WP Kuala Lumpur Labuan Tarikh
Cuti Pertengahan Penggal 1 18 Mac hingga 26 Mac
Cuti Pertengahan Tahun 27 Mei hingga 11 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 2 26 Ogos hingga 3 September
Cuti Akhir tahun 25 November 2017 hingga 1 Januari 2018

Di bawah ini pula rujukan Berita Semasa dalam mengeluarkan jadual terkini yang lebih LENGKAP dalam laporan berita kali ini.

Semoga membantu anda merancang segala aktiviti dan program bersama-sama para pelajar, anak-anak anda serta bersama keluarga sepanjang cuti sekolah yang berlangsung di Malaysia