≡ Menu

Kalendar Islam 2017 Hijrah 1438 di Malaysia


Kalendar Islam 2017 Hijrah 1438 di Malaysia

Kalendar Islam 2017 Hijrah 1438 sehingga menjelang 1439 Hijrah sudah mula dikeluarkan kepada umum khususnya umat Islam di Malaysia.

kalendar islam

Bersama-sama ini Berita Semasa ingin memaparkan dan berkongsi kalendar Islam 2017 dan tidak lupa juga tarikh-tarikh penting yang merupakan hari kebesaran bagi umat Islam yang perlu diketahui melalui semakan kalendar Islam 2017 atau takwim 1438 Hijrah kali ini.

Pastinya, ramai yang akan ternanti-nanti dan kepastian bila sebenarnya tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2017 seperti Awal Muharam, bulan Puasa Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha bagi persediaan menyambut dan tidak lupa juga merancang perjalanan atau percutian pulang ke kampung halaman masing-masing.

Diharapkan dengan perkongsian kalendar Islam 2017 atau kalendar Hijrah 1438 ini dapat membantu seluruh umat Islam di Malaysia untuk membuat sebarang persediaan untuk menyambut hari-hari kebesaran dalam Islam. Sejauh manakah kita peka terhadap hari-hari kebesaran dalam Islam dan menjalankan syariatNya.

Setiap tahun Hijrah atau tahun Islam, dimulai dengan bulan Muharram dan diakhiri dengan bulan Zulhijjah yang mengandungi 354 atau 355 hari setahun. Manakala kalendar Masihi yang kita gunakan sebagai urusan rasmi pula terdapat 365 atau 366 hari yang bermula dengan  Januari dan diakhiri oleh bulan Disember

Di bawah ini Berita Semasa sertakan kalender Islam 2017 atau kalender Hijrah 1438 bagi negara kita Malaysia, di mana diperoleh dari sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sekadar makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja Melayu akan mengumum dan mengisytiharkan tarikh yang ditandakan * yang mana anda boleh pada 2 gambar di bawah ini:

Tarikh-Tarikh Penting Kalendar Islam 2017 Hijrah 1438 Hingga 1439