Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Munasabahkah kalau tarif elektrik naik lagi selepas ini? Kalau ikut rekod keuntungan tnb online login sebelumnya, TENAGA Nasional Bhd (TNB) telah peroleh untung bersih sebanyak RM3.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010.
Jikalau anda berminat dengan jawatan kosong tnb boleh semak di portal mypt3
Kemudian, Tenaga Nasional Bhd TNB atau mytnb berjaya peroleh untung bersih untuk tempoh berikutnya, separuh masa pertama berakhir 28 Februari lalu sejumlah RM1.343 bilion….
Anda boleh juga dapatkan pengurangan dan diskaun berdasarkan info yang dikongsikan portal mypt3 melalui pautan di sini, semakan rebat bil elektrik. Serta portal mypt3 baru sahaja melaporkan yang mana anda sudah boleh buat semakan bil tnb online atau dikenali dengan mytnb
KUALA LUMPUR : Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat tahun kewangan semasa ekoran kekurangan bekalan gas dialami oleh syarikat itu. Sehubungan itu, keuntungan bersih syarikat tersebut bagi tahun kewangan 2011 merosot 84 peratus kepada RM499.5 juta berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan 2010.
Dalam kenyataan pada sidang media hari ini, kumpulan itu berkata, keadaan itu telah menyebabkan pertambahan kos bahan api RM2.1 bilion ekoran kekurangan bekalan gas, sekali gus memaksanya menggunakan minyak dan sulingan yang berharga tinggi untuk menjana tenaga elektrik.
Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, beliau berpandangan bahawa akan menjadi satu cabaran bagi Petronas untuk memulihkan sepenuhnya bekalan gas semula jadi dan ekoran penggunaan bahan api ganti yang mahal, keputusan suku pertama tahun kewangan semasa syarikat utiliti itu juga dijangka sama sebagaimana dialami pada suku keempat tahun kewangan lalu. Katanya, TNB sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan mengenai soal mendapatkan pampasan daripada Petronas. “Pampasan dalam bentuk tertentu diperlukan,” kata Che Khalib. (Sumber : MalaysianInsider)
Untung adat meniaga. Ada untung, ada rugi. Tapi sungguh tidak patut kalau TNB boleh rugi teruk. Takkan TNB monopoli pun boleh rugi banyak? Kemudian pada pertengahan tahun, tarif elektrik baru sahaja dinaikkan dengan purata kenaikan sebanyak 7.12%.
Walaubagaimanapun, TNB tak setuju yang mereka monopoli industri tenaga sekarang ini…..Jawapan mereka ada pada paparan (gambar) di bawah ini…
Antara beberapa alasan yang popular diberikan rugi setiap kali menerima kerugian tempoh-tempoh tertentu beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga adakala menyebabkan mereka bertindak menaikkan tarif elektrik beberapa kali sebelum ini :
- ringgit lemah berbanding euro/yen/etc
- kenaikan harga minyak/gas dunia
- kekurangan bekalan gas
- kenaikan harga arang batu
- kemerosotan permintaan
(Gambar Barisan pemain utama IPP di Malaysia)
Pelik, setahu kami Malaysia ini kaya dengan rizab gas asli. Jadi mengapa Petronas boleh menghadapi kekurangan bekalan gas, yang telah mengakibatkan kerugian kepada Tenaga Nasional? Kalau sebelum ini, Petronas mampu membekalkan 1200 juta mmscfd sehari kepada sektor penjanaan kuasa tetapi sekarang turun mendadak kepada hanya sekitar 900 juta mmscfd pada tahun ini.
Menurut Petronas, kekurangan gas kerana harga gas subsidi (ha…yang ini siapa yang paling banyak dapat?) dan penggunaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan ini telah mendorong permintaan tinggi terhadap gas.
- Petronas jual gas pada harga yang rendah (bersubsidi) kepada IPP
- IPP jual kuasa elektrik kepada TNB pada harga mahal
- TNB pun naiklah tarif elektrik apabila tiba masa yang mereka rasakan bersesuaian
- Semuanya angkara perjanjian berat sebelah antara IPP dan TNB dahulu sehingga menyebabkan CEO TNB pada masa itu, Tan Sri Ani Arope meletak jawatan kerana tidak berpuas hati.
- Akhirnya, siapa yang kena bahananya jikalau smapai berlkaunya kenaikan tarif elektrik?
- Subsidi gas telah diberikan sejak tahun 1997 lagi sehingga menyebabkan permintaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan minyak meningkat melebihi keperluan
Pendapatan daripada gaji CEO dan elaun orang-orang di belakang pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikongsikan di bawah ini :
Sedangkan TNB untung banyak tahun lepas pun, TNB masih bertindak naikkan tarif elektrik, inikan pula kalau jumlah keuntungan bersih mereka merosot. Dan adakah ini merupakan signal awal untuk tarif elektrik dinaikkan tidak lama lagi?