OPR Malaysia: Apa Itu Maksud & Kesan Rate Naik Lagi

Apa itu maksud OPR Malaysia 2023: Kesan Kenaikan interest rate naik lagi oleh Bank Negara BNM pada tahun 2023

apa itu maksud kesan opr rate malaysia naik 2023

Ura-ura interest bank negara OPR rate malaysia 2023 terus melonjak naik sudah kedengaran sejak akhir akhir ini. Ramai yang memberikan ramalan kuart yang mana BNM akan naikkan secara berperingkat. Biasanya akan naik 25 basis point atau bersamaan dengan 0.25 peratus.

BACA SINI: Syarat kelayakan pinjaman perumahan 2023 (Kadar Faedah Bank)

Akhirnya Bank Negara Malaysia umum ‘mimpi ngeri’ kepada kalangan pemilik hartanah di Malaysia. Yang mana mempunyai kewangan yang kukuh tiada masalah apabila bank negara umum blr naik.

Tetapi yang mempunyai simpanan dan kewangan yang kurang stabil serta terumbang ambing pasti akan terasa kesan kenaikan rate terbaru dan terkini ini. Nak tahu apa itu maksud opr Malaysia? teruskan membaca perkongsian di bawah ini.

Apa Itu Maksud & Kesan OPR Malaysia Naik Lagi oleh Bank Negara

Kesan yang dihadapi oleh kalangan pemilik hartanah adalah, akan naiklah bayaran installment rumah.

Bagaimana cara untuk kira loan rumah dan pinjaman perumahan anda selepas pengumuman bank negara OPR rate naik, mudah sahaja. Contoh kiraan bnm opr 2023 seperti di bawah ini:

  • Jikalau baki hutang rumah semasa masih ada lagi sejumlah RM250 ribu, akan berlaku kenaikan RM50 sebulan.
  • Bagaimana cara pengiraan berapa naik bayaran bulan selepas kenaikan kadar bank negara malaysia opr rate ini (installment) senang sahaja.
  • RM250000 (baki hutang semasa) x 0.025 peratus ÷ 100 peratus ÷12 bulan = RM50 sebulan. Itu kalau naik 0.25 peratus, kalau naik 0.5 peratus, jadilah RM100 sebulan.
  • Tetapi untuk kes setakat ini kadar kenaikan yang diumumkan adalah pada kadar 0.25 peratus.
  • Ini bermakna untuk setahun, bagi kenaikan 0.25 sahaja anda perlu tambah RM600 setahun untuk baki hartanah RM250 ribu. Jika ada lagi siri kenaikan selepas ini?
  • Jika anda ada buat pelaburan dan invest dalam hartanah, dalam pada masa yang sama anda mengalami negative cashflow sebanyak RM300, apabila naik 25 basis point, jadi 350 adalah jumlah negative cashflow anda selepas ini. Lagi banyak kena TAMBAH SETIAP BULAN
  • Itu kalau 1 rumah, kalau jenis buat loan compression beli 3 hingga 4 rumah sekaligus, darab sahaja berdasar pengiraan di atas. Lagi-lagi yang jenis guna cashback untuk topup dan tambah negative cashflow tersebut. Kejap sahaja habis.
  • Janganlah hairan kenapa banyak 2-3 rumah baru, nama sama kena lelong. Inilah salah satu puncanya. Tidak mampu tanggung rumah negative cash flow.
  • Yang nampak cashback, discount dan segala cerita indah umpama mimpi. Realitinya?
  • Itulah kesan langsung opr bnm kepada pelabur hartanah.

BACA SINI: Cara kira loan rumah

Sejarah Overnight Policy Rate Malaysia 2023

Berdasar cakap cakap pakar ekonomi, dijangka bank negara Malaysia BNM akan umum 2, 3 siri kenaikan overnight policy rate naik.

Jadi sudah ada satu pengumuman berita opr naik 2023 lagi yang diumumkan oleh bank negara malaysia BNM, nanti siri kenaikan seterusnya selepas ini dan BERSIAP SIAGA!

Berdasar dapatan kajian dari Ketua Ekonomi Maybank Investment:

  1. Bank Negara akan naikkan kadar interest sebanyak 100 mata atas
  2. Di mana Bank Negara dijangkakan akan menaikkan kepada kadar kepada 2.25 pada bulan Julai dan 2.50 pada suku keempat tahun 2022
  3. Dan dalam 6 bulan pertama tahun 2023, BNM akan umum kenaikan opr 2023 kepada 3.0 peratus
  4. Ini sekaligus akan meningkatkan jumlah bayaran bulanan pinjaman yang anda telah buat sebelum ini
bnm opr rate bank negara
TARIKHKADAR
MEI 20233.0 (naik lagi 0.25)
MAC 20232.75 (KEKAL)
JANUARI 20232.75 (KEKAL)
NOVEMBER 20222.75 (naik lagi 0.25)
(TERKINI) SEPTEMBER 20222.5 (naik lagi 0.25)
JULAI 20222.25 (naik lagi 0.25)
MEI 20222.0 peratus (naik 0.25)
JULAI 20221.75 peratus
MEI2.0 peratus
MAC2.5 peratus
JANUARI 20222.75 peratus
NOVEMBER 20193 peratus

SUMBER: https://www.bnm.gov.my

YouTube video

Punca Kejatuhan Bank Negara Rate

Ada beberapa sebab untuk pihak BNM boleh menurunkan kadar bank negara interest rate 2023. Antaranya ialah:

  • Ekonomi Malaysia sedang mengalami kemerosotan
  • Kuasa beli dikalangan rakyat Malaysia dilihat menurun
  • Federal Reserve menurunkan kadar faedah mereka

Punca Naik OPR Bank Negara Rate 2023

  1. Apabila opr increase sahaja ia bermakna, yang Ekonomi Malaysia sudah menampak tanda-tanda pemulihan dan bangkit semula
  2. Federal Reserve umum siri kenaikan kadar faedah mereka
  3. Inflasi Malaysia sedang menunjukkan tanda-tanda lonjakan yang mana perlu diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia BNM secepat mungkin sebelum bertambah buruk
  4. Bank Negara mahukan lebih ramai rakyat Malaysia membuat simpanan di bank Malaysia
  5. Kadar perbelanjaan dikalangan rakyat Malaysia sangat tinggi iaitu pada kadar 18 peratus
  6. Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang melonjak tinggi tidak selari 8.9 peratus dengan tawaran OPR malaysia yang rendah pada ketika ini iaitu 2.5 peratus. Jika dibiarkan, ia akan memudaratkan ekonomi negara. Disebabkan ramai yang meminjam secara berlebihan sekaligus memberikan kesan kepada inflasi.
  7. [KOMEN PAKAR EKONOMI, DR AFHANIZAM] Berdasar data trend perbelanjaan dikalangan rakyat Malaysia ada berada paras tertinggi 18.3 peratus daripada kebiasannya (2 digit). Ia melebihi paras kebiasaanya di mana trend perbelanjaan pengguna malaysia hanya 7 peratus. Jadi BNM perlu bertindak cepat supaya trend perbelanjaan di Malaysia berada paras yang sihat. BNM tidak mahu KDNK kita tinggi, inflasi lagi tinggi.
  8. Disebabkan kadar faedah institusi perbankan yang agak rendah untuk simpanan di bank, akhirnya ada sesetengah yang mengambil cenderung mengambil keputusan dengan menggunakan duit tersebut untuk melabur yang berisiko tinggi demi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi seperti di pasaran FOREX, KRIPTO, SPEKULASI dalam pasaran HARTANAH. Jadi kecenderungan dan tabiat ini jika dibiarkan boleh memberikan kesan yang negatif.

Kesan Kenaikan OPR Bank Negara Kepada Loan Kereta & Rumah

  • Berlakunya kenaikan interest bank. Loan kereta naik, loan rumah naik.
  • Kenaikan pinjaman bank sebenarnya dapat mengurangkan dan mengawal permintaan pembelian barang dikalangan rakyat Malaysia sekaligus dapat mengawal lonjakan inflasi di Malaysia
  • Rakyat Malaysia akan mula berkira-kira untuk meminjam duit semata-mata menampung gaya hidup mereka setiap hari dan setiap bulan
  • Tetapi ada sudut positifnya, dengan kenaikan kadar faedah pinjaman dan interest bank naik ini menyebabkan pulangan setiap simpanan anda di bank akan turut meningkat.
  • Kesan opr bank negara malaysia kepada pinjaman kenderaan contohnya akan menyebabkan jumlaha bayaran bulanan anda juga turut akan naik.

NOTA PENTING: Apa Itu OPR Malaysia 2023

Apa itu Maksud opr bank negara dalam ekonomi, salah satu langkah yang boleh kerajaan ambil dan lakukan melalui Bank Negara Malaysia dengan mengawal dasar monetari negara.

  • Mengawal bekalan duit di pasaran samada digunakan oleh rakyat Malaysia, golongan peniaga ataupun pelabur.
  • Bagi mengetatkan lagi akses pinjaman di Malaysia, BNM akan mengumumkan kenaikan kadar faedah bank negara malaysia
  • Apabila bank negara menaikkan kadar faedah, ia sekaligus memberikan kesan kepada bank bank lain di Malaysia.
  • Hakikatnya, semua duit yang ada di pasaran Malaysia ini adalah milik Bank Negara. Mereka ini sangat berkuasa dalam menguruskan sistem perbankan dan kewangan di Malaysia.
  • Oleh itu, semua bank di Malaysia termasuk Bank Islam, RHB, Public Bank, CIMB, BSN, Bank Negara dan lain-lain sebenarnya pun perlu meminjam dari BNM untuk menggunakan wang tersebut pada kadar faedah institusi perbankan 2023 yang telah ditetapkan dari masa ke semasa bergantung.
  • Jadi jika bank negara menaikkan kadar opr naik lagi, jadi bank lain tiada pilihan lain untuk sama menetapkan interest loan naik pada kadar yang terkini bagi menampung kos kenaikan yang perlu ditanggung mereka.

NOTA: Jika dahulu kalangan bank di Malaysia menggunakan terma Base Landing Rate untuk menentukan samada bank naikkan blr atau bank turunkan blr. Sekarang bank bank sudah menggunakan BR atau Base rate.

Semoga anda mendapat kefaham disebalik maksud sebenar apa itu kadar opr terkini

Benarkah opr naik loan kereta naik? TIDAK SAMA SEKALI untuk loan yang sudah anda tandatangan sebelum pengumuman kenaikan.

FAQ OPR Malaysia

1. Kenapa Bank Negara Malaysia tetap umum OPR Malaysia naik sedangkan inflasi pada ketika ini agak tinggi walaupun masalah inflasi sekarang bukan datangnya dari masalah permintaan tetapi bekalan?

Jawapan ada dikongsikan di atas oleh seorang pakar ekonomi terkenal di Malaysia

Harapan kami, semoga dengan sedikit perkongsian daripada kami melibatkan kesan kenaikan OPR Malaysia oleh bank negara baru tahun 2023 ini oleh Bank Negara Malaysia BNM ini membantu anda merancang kewangan anda selepas ini

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia