Kenaikan Kadar Faedah OPR Rate Malaysia BNM 3.5 peratus Jumaat Ini bersamaan 11 September 2015 dan 3.75 peratus Januari 2016?
Nampaknya kejatuhan ringgit Malaysia tidak henti-henti mencipta rekod baru dan terbaru kejatuhan nilai ringgit Malaysia hari ini berada pada paras yang rendah iaitu RM4.34 bersamaan 1 dolar Amerika.
Penurunan ini sekaligus mencatatkan kejatuhan nilai ringgit untuk 11 minggu berturut-turut dan ia dicatatkan pakar ekonomi sebagai kejatuhan berterusan paling lama sejak tahun 1993.
Sampai bila?
Kita flashback semula kejatuhan ringgit Malaysia sejak satu tahun yang lalu :
- Jangkaan suku kedua tahun 2016 : JP Morgon jangka ringgit Malaysia akan berada pada paras serendah RM4.70
- 8 September 2015 : RM4.34
- 3 bulan lalu : RM3.71
- 12 bulan lalu : RM3.17
Dan pada hari Jummat, BNM akan umumkan keputusan dan pendirian mereka pada hari Jumaat ini mengenai kadar faedah di Malaysia (BNM OPR).
Dan mengejutkan daripada 19 kalangan pakar ekonomi yang ditemuramah masing-masing mengatakan tidak akan berlaku kenaikan opr rate Malaysia dalam waktu terdekat ini iaitu masih pada mata 3.25, hanya seorang yang tampil “berani” memberikan jangkaan hasil kajiannya yang mana :
- Sian Fenner merupakan ahli ekonomi dari Oxford Economic
- Sian Fenner menjangkakan Bank Negara Malaysia BNM akan umumkan kadar faedah OPR sehingga mata 3.75 peratus menjelang tahun 2016
- Dan pada hari Jumaat ini, beliau jangka BNM akan naik mata kepada 3.5
Tetapi persoalannya apa indikator dan faktor sehingga Sian Fenner berani memberikan jangkaannya OPR Malaysia naik sebegitu rupa? Katanya….
- Dengan pengumuman kenaikan kadar faedah OPR Malaysia naik sahaja yang boleh memperbetulkan nilai ringgit Malaysia sekarang yang terus menjunam ke bawah
- Dan dalam pada masa yang sama rizab antarabangsa BNM telah menyusut teruk sekarang ini
- Kenyataan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang mahukan menyusun semula rizab antarabangsa bank negara menguatkan lagi kajiannya yang amna pada ketika ini ia telah hanya tinggal US$94.7 bilion sahaja
- Ekonomi Malaysia sekarang pada ketika perlahan
- Aliran keluar modal dari Malaysia yang begitu banyak iaitu sejumlah RM16.4 bilion (Sumber : BIMB)
- Jadi Bank Negara tiada banyak pilihan, kata Sian Fenner
Siapa Sian fenner? Biodata Ahli Ekonomi Oxford Economics
Lagi bukti jangkaan termasuk daripada JP Morgan bagi nilai kejatuhan ringgit Malaysia sehingga suku kedua tahun 2016 di halaman kedua di bawah dan jangkaan Nilai Ringgit Malaysia Suku Keempat 2015 dan 2016