≡ Menu

Skim Kad Peduli Sihat Selangor. Daftar Borang Permohonan Online!


Skim Kad Peduli Sihat Selangor. Daftar Borang Permohonan Online!

Produktiviti berkait rapat dengan tahap kesihatan seseorang.

kad peduli sihat selangor

Oleh sebab itulah kerajaan Selangor mengambil inisiatif ini memberikan manfaat dan peluang untuk menikmati kesihatan yang terbaik pada kos yang tidak membebankan rakyat Selangor.

Mungkin sebelum ini mereka mahu mendapat rawatan dengan klinik swasta contohnya tetapi malangnya kos yang ditawarkan tidak mengizinkan mereka.

Nah…mungkin skim terbaru daripada kerajaan Selangor ini boleh membantu.

Dan program dan skim tersebut dikenali dengan skim peduli sihat Selangor.

Semak Butiran Lengkap Skim Kad Peduli Sihat Selangor

Semak butiran dan pautan di bawah ini :


[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Daftar kad peduli sihat Selangor secara online,KLIK SINI
Download borang kad peduli sihat Selangor,MUAT TURUN SINI
Peruntukkan dana,Sejumlah RM125 juta setahun
Syarat kelayakan,khas untuk rakyat Selangor yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah
,Mesti lahir di Selangor atau sudah 10 tahun tinggal tetap di Selangor
Jumlah yang terlibat,Melibatkan 250 ribu keluarga ataupun bersamaan 1 juta rakyat Selangor
Faedah dan nilai bantu,kad peduli sihat yang bernilai RM500 setahun
,Kad tersebut boleh digunakan kepada penerima; isteri penerima dan juga anak yang masih lagi di bawah umur 21 tahun
,Anda boleh guna kad tersebut setiap hari dengan had maksimum RM50 setiap kali rawatan yang mana sebarang rawatan atau perubatan boleh digunapakai
Cara guna kad peduli sihat Selangor,Anda hanya pelru bawa kad peduli sihat ini bersama ketika mendapatkan rawatan di klinik swasta di Selangor dan klinik swasta akan mengenakan bayaran yang berpatutan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
[/table]

Dokumen yang diperlukan untuk disertakan pada ketika permohonan ini adalah seperti biasa termasuklah salinan kad pengenalan pemohon, juga slainan kad pengenalan tanggungan termasuk isteri dan juga mykid anak-anak anda, salinan slip penyata gaji atau slip pencen bagi anda yang berkerja sebagai penjawat awam atau sudah menjadi pesara kerajaan.

Manakala untuk anda yang merupakan pekerja swasta atau pun yang menjalankan bisnes dan perniagaan sendiri boleh sertakan bersama salinan penyata KWSP anda

Untuk pengetahuan anda semua. Skim peduli sihat ini bukan sekadar mendapatkan rawatan di klinik swasta pada kadar yang minima ataupun percuma malah turut disediakan bersama dengan :

  1. Program Dialisis Rakyat Selangor. Sekarang ini hampir 7,000 di Selangor sudah pun menyertai program ini yang mana mereka bakal menikmati rawatan dialisis sebanyak 13 kali untuk setiap bulan dengan kos rawatan bernilai RM3,000 sebulan
  2. Pencegahan denggi (nyamuk aedes) dan juga virus zika di Selangor
  3. Menawarkan program khad seperti ‘physiotherapy’, ‘occupational therapy’, ‘speech therapy’ dan ‘hydrotherapy’ untuk kalangan kanak-kanak yang pelru mendapatkan perhatian khas

P/S : Diharapkan dengan bantuan seperti ini dapat membantu berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup di Malaysia tanpa menghalang mereka untuk menikmati rawatan terbaik klinik swasta dengan percuma.