Jutawan Kaya, Taikun dan VVIP di Malaysia Menikmati 51 peratus Kekayaan Negara. Rakyat Miskin 20 peratus Perlu Rebut Baki 5 peratus Kekayaan Malaysia!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jutawan Kaya, Taikun dan VVIP di Malaysia Menikmati 51 peratus Kekayaan Negara. Rakyat Miskin 20 peratus Perlu Rebut Baki 5 peratus Kekayaan Malaysia!

Benarlah ungkapan yang mengatakan yang kaya semakin kaya, yang miskin semkin melarat.

Jurang pendapatan Malaysia

Di Asia, perbezaan di antara golongan kaya dengan golongan pertengahan dan rendah terutamanya melihatkan trend yang ada pada ketika ini semakin membengkak.

Semuanya dek kerana ketidaksamaan yang terlalu banyak.

Dan sangat mengejutkan berdasarkan semakan Berita semasa kepada laporan Bank Dunia yang terkini 2014 menunjukkan Malaysia diletakkan sebagai antara negara yang mempunyai jurang kekayaan antara golongan kaya VS golongan miskin yang paling besar di antara kalangan negara-negara di Asia.

Ia terbukti sehingga berjaya mengalahkan negara jiran kita Indonesia, Thailand, Filipina, Singapore, Korea Selatan (dahulu bersama-sama Malaysia menjadi “Harimau Asia” daripada sudut kejayaan ekonomi), Jepun dan juga China.

Sebelum ini, Malaysia telah ditabalkan sebagai negara yang mempunyai hutang isi rumah tertinggi di Asia.

Pakar Ekonomi daripada Universiti Kyoto Jepun, Dr Choy Yee Keong (Pemegang Ijazaha Sarjana Muda Ekonomi Universiti Chuo, Tokyo & PHD Ekonomi Universiti Keio, Tokyo) pernah memuji prestasi dan rekod pembangunan Malaysia pada ketika yang boleh dikatakan mengagumkan tetapi…..

  • Tetapi malangnya jurang pendapatan golongan miskin Vs golongan kaya terlalu jauh. Ketidaksamaan pendapatan terlalu ketara.
  • Pembahagian kekayaan negara Malaysia adalah paling tidak sama rata atau tidak adil
  • KDNK per kapita Malaysia adalah antara tertinggi di antara 5 negara ASEAN termasuklah negara Singapore
  • Ironinya negara kita Malaysia jugalah yang mempunyai jurang pendapatan yang terbesar dengan pembahagian kekayaan negara yang tidak jelas

Statistik Pembahagian Kekayaan Malaysia : Kaya VS Miskin?

Golongan Kaya VS Miskin Malaysia

  1. 20% penduduk Malaysia memiliki lebih daripada 51% kekayaan negara. Siapakah yang “bertuah” itu?
  2. Yang mana daripada angka tersebut, 10% daripadanya menikmati limpahan kekayaan negara sehingga 35%
  3. Manakala yang sejumlah 20% di bawah, rakyat miskin perlu “berebut-berebut” 5% baki kekayaan negara yang telah ditinggalkan untuk mereka

Kajian Dr Choy Yee Keong

Oleh itu, sama seperti laporan Berita Semasa pada 5 bulan lepas seperti yang di bawah ini supaya golongan kaya di Malaysia dikenakan cukai yang “lebih adil” yang mana kekayaan yang dinikmati taikun-taikun kaya di Malaysia hasil kontrak terus daripada kerajaan, bisnes monopoli di Malaysia, pengagihan saham-saham berimpak tinggi di kalangan VVIP dan jutawan jutawan di Malaysia dan tidak lupa juga keuntungan uruniaga penjualan tanah dikalangan kapitalis hartanah kaya ini:

  • Selain daripada itu, penanda aras kemiskinan di Malaysia sebenarnya tidak tepat, yang tidak mengambarkan wajah sebenarnya masalah sosio ekonomi yang sedang ditanggung oleh rakyat Malaysia yang sedang bergelumang tinggal di bandar besar ataupun di luar bandar.
  • Yang pastinya Dr Choy Yee Keong mengatakan pelaksaan GST 6% kelak bakal memberikan kesan tambahan kepada golongan miskin di Malaysia.

Harapan Berita Semasa dalam pada kita terkejar-kejar negara berpendapatan tinggi, perkukuhkan rakyat di bawah ini.

Janganlah tinggalkan mereka terlalu jauh. Mereka juga rakyat Malaysia yang dahagakan nikmat untuk tinggal di tanahair mereka sendiri yang cukup terkenal dengan limpahan hasil mahsul dianugerahkan kepada Malaysia. Apa respon anda pula?



Share.

67 Comments

  1. sebenarnya bangsa Melayu dpd segi ekonomi dh makin meningkat
    terima kasih kita pada UMNO. Dia yang byk bela kita semua…..jaga org Melayu supaya tak terpinggir, byk kwn2 sy dah dah berjaya dgn bantuan UMNO
    kalau DAPig, HamPAS n Parti Anuar Berahi habis punah ekonomi msia kena jual dgn kwnnya soros

  2. peringatan on

    Kepada manusia yang ambil hak rakyat, dengarkanlah firman Allah-
    “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
    (Surah Al-An’aam 6:44)”

  3. cikgu curi kertas soalan upsr beri kepada MURID kena kutuk…boss siap kena gantung tugas ….. . kastam curi 3 billion…..rm 3000000000 ada bos letak jawatan?

  4. dah jadi adat, bila dah kat atas, yg bawah ni dianggap debu je. yg penting yg kaya boleh hidup senang lenang.

    mungkin inilah maksud wahid omar dlm artikel satu lagi, ‘kita sudah berjaya’, kita tu maksud org2 kaya saja, org kaya sudah berjaya tambah harta menjadi semakin kaya. ‘kita’ tu bukan golongan miskin.

  5. Pembela Melayu (Kroni sahaja) on

    Kelakar lah. Umno kata kononnya bela melayu. Tup2 bangsa yg paling ketinggalan adalah bangsa melayu, tanah rizab melayu cuma tinggal beberapa percent sahaja.

    Bela melayu?? atau bela perut sendiri?

  6. Macai Sejati on

    Jangan salahkan umno kerana umno lah Malaysia bebas merdeka daripada penjajah dan kerana umno jugalah rakyat Malaysia tidak kebuluran seperti rakyat Somalia, jadi bersyukurlah dgn nikmat keamanan dan kedamaian yg ada pada Negara sehinggakan pemimpin kita sentiasa dipuji oleh Negara-Negara lain..

  7. Korg kalo kt japan..smpn duet kt bank kene byr interest kt malaysia terima interest n byk lg polisi bank n ekonomi laen yg menyumbang bkn stkt politic jer..n korg sume pon stuju yg org jepun lg kuat kje so no wonderla dorg lg kaye n byk lg factor..

  8. Nak ukur pengagihan kekayaan bandinglah guna pekali Gini.
    Jangan terbatas dengan satu kaedah sahaja.
    ‘Aku hanya dipinggiran’

  9. tue la…masa PRU-13 hr tue x nak guna kuasa rakyat….bila dh jadi mcm ni baru nk melalak…

  10. PM Melayu tapi rakyat Msia majoriti Melayu adalah miskin..semua salah Senah

  11. madey kata melayu malas sebab tu ramai jadi macai
    rm2 satu posting cukuplah untuk mereka

  12. jam dinding harga pasaran rm 100 dibeli dengan harga
    rm 3810, ada pengarah kena dakwa
    . puuuiii habiskan duit rakyat je

  13. umno, mana adanya halal dan haram
    niteclub dan hotel dimalaysia pelangan mereka kebanyakan orang melayu umno

  14. Kak Jat Lembu yg curi duit lembu 250 juta kaya 1 orang. Ahli umno 1 juta kayap dan merempat.

  15. Hj zaki ni terpilih utk duduk rumah pprt. Hj pun dapat dari ehsan najib.

  16. Pak Mat Tempe on

    Ada orang lain yg kaya jugak Kak Ton. Iaitu laki dan anak-anak Kak Jat Lembu.

  17. Tanah rezab melayu sebenarnya suatu penipuan nyata. Konon nk lindungi kepentingan melayu padahal boleh diambil Kerajaan sesuka hati. Gantian pulak x berbaloi. Disebabkan nama rezab melayu, harga tanah jadi murah walau tanah sgt strategik. . jadi diambil dgn kadar murah sedangkan tanah bukan rezab melayu lebih mahal harganya. MANSUHKAN TANAH REZAB MELAYU!

  18. Mah cin cin on

    Kak Ton sebenarnya ahli umno ni dibenarkan merompak sekurang-kurangnya 1 kali seumur hidup. Nasiblah kalau ada yg boleh tu hanya ambik rm 200. Bagi Mah kalau ambik biar juta-juta baru berbaloi macam Kak Jat Lembu buat tu.

  19. tak dinafikan umno bawa kemerdekaan malaysia tapi yang melingkupkan malaysia umno jugakan dah lama dah

  20. macai umno mana nak kisah dengan firman allah dah tenggelam dengan harta la katakan….

  21. Tak kan hilang Melayu di dunia,, mmg x hilang, tapi majority hidup kais pagi mkn pagi, rumah pun PPRT je,, byr sewa pun x reti, kdg2 x mampu lg,, PM Melayu n menteri Melayu je yg kaya raya, di support Taikun2 Malaysia,, itu Taikun mau bina rmh mewah n Kondo saje, wang suda Kasi Menteri Perumahan n seangkatan dgnnya,, so x delah rumah kos rendah,, apa yg rakyat bleh buat skrg,, x mau pakat ka?? esok2 lg hidup makin susah kalo x de pelan tindakan kewangan,, itu RMK tiap2 tahun bentang pun cerita projek mega saja,, sape untung kalo x pelabur asing dan pekerja asing.. hey Melayu,, x kan lg mau duk lepak kedai kopi sembang kosong x de masyuk.. nama pun me- layu.. mmg layu di Negara sendiri n makin hilang jati diri..

  22. UMNO tak salah, tp org atasan yg berkuasa dalam parti yg menggunakan kelebihan dalam parti utk mengaut untung sendiri,, sepatutnya UMNO pejuang masyarakat Melayu,, masalah sekarang kuasa pentadbir UMNO tak boleh nak mengawal kuasa kapitalis yg majority cina untuk menyeimbangkan keadaan sosio ekonomi masyarakat berbilang kaum dan pelbagai latarbelakang sejak PM paklah ambil alih pemerintahan, .. bnyk contoh boleh Nampak,, sendiri tengoklah..

  23. BETUL kata awak tu umno tak bersalah.mereka yang kata itu ini tentang umno ,mereka nie tak pandai bersyukur dengan nikmat yang di berikan.tahu kritik aje.buka mata tengok luas -luas dan fikir kan bagai mana dapat kehidupan yang selesa ok.

  24. bela lembu juga on

    Cukupkah sekadar jerit2 hidup melayu. Brim pun satu hal.masa madey dulu adalah bantu melayu dgn bagi joran supaya usaha pancing ikan tapi skrg terus bagi ikan mahal skali makan abis. Itulah ibarat brim…tahun ni bajet tunggu brim lagi. Brim kan adoooo.aduyai apa nak jadi pak jib kita ni.

  25. salam,
    mestilah majoriti rakyat melayu paling miskin! kan rakyat melayu majoriti kat malaysia. maka jgn salahkan sesiapa atau bangsa lain.

  26. Ini kenyataan yang bodoh. Siapa yang yanh memilih ketua wakil-wakil UMNO. Salahkan dirilah mereka yang pandai-pandai membuat pilihan dan sekarang menyalahkan pihak lain pula.

  27. salam,
    kalau dah tanah rezab mestilah tanah yg tak boleh di tukar milik hanya utk bangsa melayu sj , sebab tu murah sebab bangsa lain tak boleh beli maka bangsa melayu sj boleh beli tetapi melayu kan bukan kaya raya maka siapa mampu beli dgn harga tinggi. malah bangsa melayu yg kaya pula bukan membela bangsa melayu sdr maka melayu kena tipu oleh melayu sdr tetapi kenapa nak salahkan bangsa lain .

  28. salam,
    memang umno tak salah pun sebab yg salah bangsa melayu sdr sebab melayu bela melayu tetapi melayu bela melayu sdr maka melayu jugalah tipu melayu. maka melayu suka minta tanpa berusaha sdr sehingga kini masih harapkan kerajaan umno maka mana kemajuan bangsa melayu????
    20% yg paling miskin majoriti mestilah bangsa melayu maka siapa yg ambil br1m tu tergolonglah dalam katergori miskin di dalam malaysia masa kini. hanya rakyat miskin sj akan minta bantuan atau sederkah dari kerajaan. sebab tu kerajaan beri br1m utk bantu golongan yg di anggap katergori miskin di malaysia.

  29. manusia mana kaya beriman penuh dgn allah???
    kalau manusia itu penuh iman malah ajaran yg betul di ikut maka manusia itu mesti sederkah hartanya pada yg memerlukan malah manusia itu akan hidup sederhana bukankah begitu ???
    maka hanya yg bodoh sj akan percaya kata2 syaitan malah tamakkan habuan sj akan terus jadi manusia bodoh dan tak guna selama2nya.

  30. salam ,
    kerajaan hanyalah atas nama sj malah dalamnya kosong semata2. manusialah yg memerintah manusia yg lain. malah manusialah yg mempengunakan manusia yg lain utk kepentingan manusia yg lain .maka hanya manusia yg bijak pandai sj akan mampu mempertahankan kedudukan manusia dalam golongan yg selamat . maka manusia yg lemah malah tak bijakpandai akan dalam golongan tak selamat malah akan dipinggirkan pada masa akan datang.

  31. salam,
    Br1m umpama panadol utk sakit kepala tetapi tak mampu sembuh penyakit . maka saudara akan punya penyakit lama2 makin mudarat maka apa jadi????

  32. Terima kasih kpd allah bukan umno…ingat umno yg jual tanah kepada pelabur asing yg DULU dikenali sebagai penjajah KINI SEBAGAI PElABUR…ingat kita ditindas oleh kerajaan umno yg disokong oleh yahudi…ekonomi ,,brg keperluan,,,minyak,,,rokok,,,amalan,,,perbezaan,,,,kehidupan,,,,semuanya disamakan atau dibezakan ngan negara yahudi…pikir la sendiri wahai pengampu umno yg beragama islam..kerajaan umno istihar malaysia adalah negara islam. Tetapi kedai judi semakin banyak dibuka…kilang arak semakin besar…pelacur semakin berani..
    Ahli ulama jd tukang turut..pikir la umno no jenis apa islam yg sebenarnya atau sebaliknya

  33. Umno tak salah yg salah yg mengurus kan kalau adil semua nya jalan dg betul

  34. King Seonju on

    Ko ni tok pa ingat makan je, tu pasal lah kena kencing manis & darah tinggi. bila dah kaya tu, ingat2 lah bersedekah, berinfak ke, ni bila kaya, nak beli daging 5 kilo, apa kes??

  35. Nak naik kan meniaga bkn senang lagi lah golongan melayu.. berperang dgn kos bahan mentah yg dimonopoli oleh bangsa lain… dgn tapak meniaga yg saban tahun makin naik… dgr2 nk gst plk apanyg kita cari bertahun 6% kena bgi dkt kerajaan plk… wow mcm mne hasil yg kita niaga kerajaan ambil ikut suka dia… pikir pikir kan la… sy sekeluarga penyokong kuat umno dan masa tgh ssh xde pun bank2 nk bgi pertolongan dn kami redha… dgn berkat usaha sendiri perniagaan makian naik… tapi dh naik ikut suka plk nk hak kami. .. besar tu 6%….

  36. umno petualang on

    Hari ini penjajah dtg lg bawa duit untuk najib..menteri perumahan..menteri pemgangkutan..mereka ini diberi wang utk menghalau melayu dari tanah semdiri..yg dihalau diberi pprt yg menghalau kaya raya…semua hasil dari pelabur yg DULU adalah penjajah KINI PELABUR..INGAT WAHAI PENGAMPU UMNO APA YG KORANG DAPAT DARI MEMBELA DAN MENYOKONG MUSIBAT UMNO INI…KETUA WANITA UMNO DAN KELUARGANYA SUDAH KAYA RAYS MKN DUIT LEMBU..NAJIB KINI BERSONGKOKOL DGN YAHUDI UTK MENHANCURKAN MARUAH ISLAM..BAYANGKSN PM MALAYSIA DIKAITKAN DGN KES PEMBUNUHAN..ANAK NAJIB PULA MENJADI SPONSOR FILEM LUCAH..SOLAN UPSR BOCOR GURU DIPECAT SERTA MERTA..KES KASTAM SEMUA YG DITANGKAP TIDAK MENGAKU SALAH…KETUA PENGARAH KASTAM KETAWA DGR BERITA..CIKGU SERTA MERTA DIPECAT KENAPA Pegawai KASTAM DAN PENGARAHNYA TAK DIPECAT SERTA MERTA..INGAT WAHAI MELAYU..DULU KITA BANGGA DGN PAHLAWAN PAHLAWAN YG BERJUANG UTK MERDEKA..KINI KITA TDK ADA PEJUANG MCM TU LG…YG TINGAL KINI ADALAH PENGAMPU YAHUDI DAN PENJAJAH..RAPID ADALAH SINGAPORE PUNYA..LRT MRT BUKAN KITA PUNYA..WARGA FELDA INGAT HAK TANAH SUDAH DIGADAI KE FGV DAN KESANNYA PD MASA AKAN DATANG KAMU ADALAH MACAI FGV KERANA SEMUA HAK MILIK DAH DIGADAI.
    KITA NI PASTI JD 1 MALAYSIA..BUKAN LG TANAH MELAYU YG KITA BANGAKAN SEPERTI DAHULU KALA

  37. Apa pun aku rasa bertuah jadi rakyat malaysia..aman..senang cari makan,,sbb tu pendatang asing berebut masok malaysia,,anak dapat masok universiti,,ada api,,air,,tv.,kereta,,basikal dh x naik,,biar vietnam naik,,tengok rumah sekarang ni,,semua mahal belaka,,600 k keatas,,mercrdes bertaburan atat jalan,,masjid besar besar,,tak tau lg dah apa nk tulis ,,,baiklah muhasabah diri,,

  38. Apa pun aku rasa bertuah jadi rakyat malaysia..aman..senang cari makan,,sbb tu pendatang asing berebut masok malaysia,,anak dapat masok universiti,,ada api,,air,,tv.,kereta,,basikal dh x naik,,biar vietnam naik,,tengok rumah sekarang ni,,semua mahal belaka,,600 k keatas,,mercrdes bertaburan atat jalan,,masjid besar besar,,tak tau lg dah apa nk tulis ,,,baiklah muhasabah diri,,

  39. dalam kes ni, aq mmg x sokong apebenda yg kerajaan buat.. bnyk susahkn org.. jurang pendapatan terlalu tinggi. mcm mnew kita nk handle dgn middle income person. they r trap. now, in reality. kos hartanah dh naik.. cuba pikir kalo Gst dijalankn .. rumah pada 2020 akan dtg. msty la naik melambung.. korang mampu ker.. aq x pnah sokong kerajaan buat. . jgn nk melayu sgt la. bile kita dh set minda kita mcm tu. . susah.. asik melayu-melayu-melayu.. skrg kita hidup berbilang kaum.. melayu, china, india. kalo korang asyik nk brjuang melayu. china dan india mnew nk letak.. skrg negara tgh kucar kacir dgn beban ekonomi.. when i started make my own research on economic malaysia . bnyak kelemahan yg kita sedang hadapi. . although we have petronas n everything. . we still poor.. try to think wisely what will u r gonna to do in next few years.. what do u want to become.. apa bila kita nk menyuarakn pandangan sendiri kita kena akta hasutan.. aq x suka benda x adil..

  40. ibrahim katak on

    yg berkuasa parti n org melayu..ade ngo melayu pun semua kaki jilat bila dapat hulur n dana..yg melayu duk bawah ni nk beli umah pun harga xmasuk akal..kena duk menyewa umah flet sama pbdtg indin n bangla..serupa mcm kena merempat di ngra sndri je..sedih pak cik oiii!!!

  41. Hj Zaki apa komen anda tentang bntuan BRIM kpda pnagih dadah & pnjenayah? adakah wajar dihentikan..

  42. amboi mat2 gian dapat duit BRIM berasap sakan la… pnjenayah x kan dpat jugak duit BRIM tu…?

  43. budak sekolah on

    klau stop BRIM kpda gol tsbut trnntu pnagihan dadah & jnayah mrosot di Malaysia

  44. satu perkara yg pelik ialah polisi bank yg mngenakan pelbagai syarat atas pinjaman peribadi yg dibuat oleh pminjam… sdgkan sy2 kredit & along mampu mbiayai pnjaman yg serupa dgn syarat yg lbih mudah..

  45. Haji Muhammad Abdullah on

    Saya orang Indonesia asli, saya suka Malaysia, karena Malaysia bersih dan bagus sekali. IN SYA ALLAH, Indonesia bisa lebih bersih dan lebih bagus dari pada Malaysia pada waktu yang akan datang. Jayalah Malaysia.

  46. bangsa yg majoriti miskin di malaysia adalah bangsa melayu. .itulah hasil kemajuan dari kerajaan yg kononnya membela nasib melayu. .negara membangun kerajaan berpendapatan tinggi. .

  47. bangsa yg majoriti miskin di malaysia adalah bangsa melayu. .itulah hasil kemajuan dari kerajaan yg kononnya membela nasib melayu. .

  48. Anonymous on

    rakyat yang sedang membaca komen ini,kongsikanlah pengetahuan ini dan biarlah semua rakyat apa yang sedang terjadi di malaysia.cuba kita tengok ke timur rakyat jepun yang gemar membaca.

Leave A Reply