Jutawan Hartanah Malaysia, Faizul Ridzuan Koleksi Property RM5 Juta. Dulu, Gaji Pertama Degree RM600 Sebulan. Sekarang?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jutawan Hartanah Malaysia, Faizul Ridzuan Koleksi Property RM5 Juta. Dulu, Gaji Pertama Degree RM600 Sebulan. Sekarang?

Nasi sudah menjadi bubur. Kehidupan rakyat marhaen perlu diteruskan. Susah senang perlu ditempuh juga.

jutawan hartanah

Ada yang tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak terkini, ada yang mood dalam keadaan kurang baik dek kerana tidak mampu berhadapan dengan gelombang domino dek kerana harga minyak naik secara tiba-tiba, ada yang sedang upaya mencipta mood positif dengan harapan sedaya upaya mampu mengharungi segala, cabaran dan dugaan dengan baik.

Melihatkan situasi tersebut, seorang anak muda bernama Faizul Ridzuan, tampil berkongsi pengalaman hidupnya di mana beberapa sisi hidupnya yang boleh “diceduk” dan dicontohi terutamanya kalangan anak muda dan juga pasangan yang mula berkeluarga. Insyaallah.

Daripada keluarga Faizul Ridzuan yang pernah terhimpit dengan gelombang kegawatan ekonomi Asia yang cukup dahsyat 1997, sehingga bergelar pemuda carwash.

Akhirnya, hari ini pemuda ini iaitu Faizul Ridzuan sudah memiliki koleksi hartanah Malaysia bernilai lebih RM5 juta dan akan terus bertambah

“Daripada Nobody menjadi Somebody”

Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. Pastinya bukannya tuah, tetapi rahsia keperitan hidup yang mengajarnya erti kesusahan dan kenikmatan hidup dikemudian hari.

Ayuh, sama-sama kita selami nasihat dan perkongsian sejarah hidup pemuda bernama Faizul Ridzuan ini, jutawan hartanah bumiputera yang cukup terkenal dikalangan pemain hartanah di Malaysia terus bergelumang dengan pelaburan hartanah di Malaysia.

Moga-moga akan ada manfaat disebalik perkongsian kali ini…

Faizul Ridzuan, Jutawan Hartanah Malaysia : Gaji Pertama Saya RM230 Sebulan di A&W

Jutawan hartanah : Baru-baru ini saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain.

Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya lupa diri sebab saya ini orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah.

Jadi saya, Faizul Ridzuan nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang banyak orang tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.

Bapa saya hilang pekerjaan ketika kemelesetan ekonomi 97-98, dan selama setahun kami sekeluarga hidup dengan sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sebab ramai lagi yang takde duit untuk makan.

Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya, faizul Ridzuan mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut sebab masih ada adik 2 orang yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami.

Saya, Faizul Ridzuan mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?

Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, PWTC, dan macam-macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.

Sebab lapar sangat, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food orang lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari orang lain.

Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan rakan-rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim kalau tak percaya.

Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.

Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk universiti sampai la tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.

Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sebab mesti ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan malam atau sarapan untuk esok.

Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli sendiri, dan kebanyakannya dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.

Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.

Selepas saya, Faizul Ridzuan putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad di tepi jalan atau direct selling. Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni memang best sebab langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sangat banyak.

Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih untuk kerja di bank kerana mahu belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji RM2500 sebulan dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah pertama. Modal saya cuma RM2000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan RM155000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta (gaji saya RM2500 memang tiada kaitan dengan kekecohan gaji permulaan)

Waktu berkerja di bank, macam-macam business saya buat. Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya banyak belajar. Saya biasanya tak sampai rumah sebelum jam 12 malam sebab ada kerja 9-5 dan business.

Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menantu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya memang takde kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (sekarang dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik.

Jutawan Hartanah Malaysia, Faizul Ridzuan Utamakan Rumah Banding Kereta

Jutawan hartanah Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sangat membeli kereta sebab ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.

Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan.

Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya, Faizul Ridzuan bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tengok ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan?

Saya, Faizul Ridzuan tak nak sempit rezeki dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas.

Subsidi minyak sekarang ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash macam saya Faizul Ridzuan boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan Allah nak bagi.

Lagi Gambar Jutawan Hartanah, Faizul Ridzuan seperti di bawah ini:

berita

P/S : Dan yang menarik lagi jutawan hartanah Faizul Ridzuan ada berkongsi video tentang perkembangan hartanah di Malaysia dan tips-tip yang cukup menarik dalam pelaburan hartanah seperti yang terpapar di bawah



Share.

93 Comments

  1. Itu kata dia cam na lakk org yg ada spm…gaji pon bpa ratus nk bli umh cam ne….contoh bdk lps graduate gaji diploma bolehh bli umhh area mana????sabah????bpa starting harga??? Paling kurang la klau area kulim aq bgyy kos rendah 80k…cam ne da x bank bgyy loan….contoh aq bgy la dlu bank leh bgyy skrg sush nk g sbb pe???
    20 sen nape aq ckp camtu bank msty kira gaji kita tolak dgn sara hidup…andaikata dulu bank letak rm600 utk seorang utk sara hidup??? Skrg mungkin bank akan letak 800 sbb ape??? 20sen pya cite….mungkin org sbb 20 sen apasal lak nek rm200 sbb brg pon ikot nekkkk….dlu cita thun 90an skrg?????tahun 2014 tahun gawatttt….ok

  2. Mr. Simple on

    Saya terpanggil untuk menulis mengenai kesilapan oleh Berita Semasa yang menulis artikel ini tanpa usul periksa. Sepatutnya berita ini sepatutnya ditapis dengan bukti yang menunjukkan seseorang itu jutawan. Ramai yang tidak tahu benarkah mereka ini jutawan hartanah atau sekadar menjaja cerita kosong.

    1. Pernahkan disemak samaada bilangan rumah yang dimiliki benar-benar dimiliki..sila tunjuk offer letter rumah/loan agreement.

    2. Mereka yang berjaya dlm hartanah biasanya bekerja kerajaan/bank kerana tiada memerlukan downpayment dan interest rate rendah.

    3. Hartanah yang dibeli biasanya berharga Rm 25k (rumah kos rendah) dan dibeli sekitar tahun 90 an..dan ianya tidak sesuai lagi untuk dijadikan contoh atau rujukan pada tahun 2014 kerana semua orang dapat melihat harga rumah dikawasan strategik bernilai RM 200k keatas.

    4. Mereka ini menjaja cerita dengan air liur kosong dan mendapat pulangan dengan penipuan seminar-seminar yang berharga RM 100 ++ per peserta hartanah yang dianjurkan dengan berdasarkan cerita lama.

    5. Kebanyakkan “Jutawan-jutawan” hartanah menyorokkan status pasangan mereka yang rata-rata bekerja sebagai kakitangan kerajaan bergred tinggi seperti pensyarah/guru yang mana melayakkan mereka membeli rumah dengan konsep (3+3).

    6. Diharap rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan muslihat manusia yang hanya menggunakan airliur untuk menjaja cerita kosong indahnya membeli hartanah, mudah membeli hartanah, sedangkan rata-rata mengetahui amat sukar mendapatkan hartanah pada harga rendah di bandar-bandar besar.

    7. Sila lihat penyata akaun mereka jika benar-benar mereka ini jutawan, setiap bukti pengaliran wang masuk /keluar menjadi saksi “kejutawan” mereka.

  3. najib dulu ada makan sisa mekdi ke? dari bayi sampai ke ni mewah semacam. mana nak tau hal rakyat. puiihhh

  4. Dalam dunia ni sebagai khalifah, semua insan ada peranan dan tanggungjawab masing2. Kenapa Allah adakan orang kaya dan orang miskin? Ada orang senang dan orang susah? Inilah kemanisan hidup yang Allah berikan. Yang senang akan membantu yang susah. Sebab tulah ada zakat dan sedekah.
    Pernah dengar cerita tak orang yang rajin, berniaga sendiri, tapi Allah tak izinkan semua usaha yang dibuat menemui kegagalan? Bukan masalah cari jalan atau tiada peluang.
    2. Bayangkan semua orang kat dunia ni kaya. Siapa yang nak bekerja jadi pembantu rumah? Siapa yang nak bekerja sebagai pak guard kat kondominum mewah? Pernah tak orang2 kaya ni fikir?
    3. Ingat Adnan Sempit dalam satu dialog dia. Dia cakap jawatan dia sebagai despatch dengan offfice boy ni penting sangat. Dia cakap kalau Datuk pengarah syarikat nak masuk meeting, siapa yang nak fotostat dokumen yang perlu dia bawa? Datuk tu bukannya tahu guna mesin fotostat tu pun. Nampak tak masing2 ada peranan dalam dunia ni?
    4. Tengok tentera, berpanas, tinggal anak isteri demi operasi2 yang dipertanggungjawabkan. Dengan sebab semua ni, orang2 macam kita (termasuk orang kaya) boleh tidur lena sebab Negara kita aman.
    5. Jadi tak bolehlah nak cakap semua orang boleh kaya. Ustaz Kazim Elyas pun pernah cakap. Cuba bayangkan pagi esok kita bangun tidur, depan pintu rumah ada peti. Dalam peti tu ada RM1 juta. Punyalah seronok, siap2 nak pergi Bandar naik bas. Tunggu punya tunggu bas tak dating. Sebabnya? Pemandu bas tu pun sama macam orang lain dah dapat RM1 juta juga, buat apa da nak bawa bas.
    6. Jadi kesimpulannya, kita manusia atas muka bumi Allah ni ada peranan dan tanggungjawab2 masing2 bukan untuk kita tetapi kepada orang lain yang memerlukan kemahiran dan kepakaran kita dalam bidang kita.
    7. Jangan pandang rendah pada orang lain, kerana kita saling memerlukan.

  5. Slm..

    Boleh belajar byk perkara yg positif dpd kisah hidup saudara Faizul Ridzuan.. tetapi bukan bermakna kita harus terima perkara2 yg menzalimi rakyat.. benar tetap benar.. salah tetap salah..

  6. owh…mamat inilah yang men hartanah
    sampai org mcm kami terpaksa beli harga tinggi skrang ni
    puiiiii

  7. Tok Janggut on

    Dah berbelas rumah dia ada, pelabur macam ni yg bantu harga rumah naik mencanak.

  8. Jgn sombong…..bukan semua orang bernasib baik mcm saudara…..kami melalak harga minyak naik sbb bimbangkan nasib mereka yg kurang upaya yg tak berdaya dan tak tahu lagi kat mana lagi nak usaha….ada getah tapi harga getah murah sedangkan effect dari harga minyak naik takkan membolehkan harga getah naik malah harga barang keperluan yg mencanak naik…..dgr ceramah saudara pun kena guna duit…

  9. mat rempit on

    Itu kami xmo dgr. Yg kami nak dgr ialah elaun bulanan utk mat motor. Takkan org kerajaan je ada elaun. Kitorg rakyat gk. Guna minyak gak.

  10. mat rempit on

    Syukur la negara aman. Kalo pembangkang x wujud lg aman. Haramkn pas dap pkr yg bedal duit rakyat. Tgk siriya berperang siang mlm smpi hak anak muda utk berlumba d jalanraya terganggu. Nk ringan2 awek pn susah.

  11. Hajah Rogayah on

    Akak kesal kerana Faizul Ridzuan tidak menyatakan pujian kepada kepimpinan negara dan Barisan Nasional atas kejayaannya.

  12. MILAH
    Oi cik senah, yg kau sakit hati sgt kat Najib tu apehal, aku rasa kalau dia dilahir dalam keluarga encik Faizul tu pun dia akan berbuat macam tu juga sbb dia tau apa yg perlu diisi dalam hidup dan cabarannya. Ini kau tau nak melenting je, cubalah berwaras sikit. Bukanlah nak sokong sangat tapi ambil iktibar mcm en. Faizul, tak yah nak cari dosa kutuk org. zaman berubah kau nak idup zmn batu gi kat gunung yg nak idup makan pucuk kayu je. bukanlah kita nak sokong je apa yg krjaan buat, tapi cuba renungkan apa yg krjaan beri utk rakyat walaupun bukan semuanya selesa utk kita. takkan kita nak berbalik ke belakang. Kemajuan buka pintu rezki utk kita, cuma hendak ngan tidak je. Janganlah cari dosa je yg tak mungkin kita dpt jumpa utk minta ampun sebelum maut menjelma………

  13. Cerita dia betul pada mulanya tapi nampak semakin ke kayangan dihujungnya…saya punya pendapat , part last tu bunga dengan gurindam Je…dia tak bagi pun yg sebenar

  14. Amran Fans on

    alah entah betul ke tak cerita ko tu? ko bajet aku nak percaya bulat2? ko ingat ko sorang je ke yang berusaha? yang lain yang merungut tu dok goyang kaki? dapat gaji pertama terus beli skuter? hebat!…aku gaji pertama tak dapat nak beli ape2 pun kecuali bagi half pada mak bapak…so maknyenye family ko ni bukan la susah sampai tahap masuk BERSAMAMU kan? siap gadai barang kemas bagai, pastu time bapak ko dah tak keje boleh lak ada orang bagi loan…wow…ko ni mesti ada tengok buku cerita mana2 untuk ko buat grandmother story ko tu…haha…

  15. Fitrah manusia ada yg miskin d kaya. Jgn lupa ada lg org yg brusha lbh drp anda tp malangnya nasib tidak mnyebelahi utk mncipta kekayaan. Itulah jwapannya krn yg pasti bg org islam rezeki itu telah ditakdirkn. Prsoalan yg timbul skrang ni dimanakah keadilan sebagai rkyt bila hak mereka dinafikan? Sebagai contoh knapa subsidi mahu dikurangkn secara bransur2. Brbangga sebagai ngara pngeluar mnyk tp tiada yg istimewanya krn trpaksa mmbeli dgn hrga mhl.

  16. buleh di jadikan pedoman…
    tapi…tak semua org berpeluang nak buat mcm yg saudara buat.

  17. “saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad di tepi jalan”

    betul ke ni…?????

  18. tak ramai orang bernasib dan berpeluang seperti anda.semasa keluarga anda susah anda masih dapat makan telur dan sadin.dua makanan ini boleh dikira mewah bagi kami yang susah dari dulu sehingga sekarang……dapat masuk u tapi tak pergi kerana kesempitan hidup.nak memulakan atau melangkah ke u pun tak mampu pada masa itu.tambang kapal terbang sahaja sudah berapa belum lagi yuran2 lain.

  19. hehe..kalau nak menceritakan perihal kesusahan lampau…memang akan diceritakan yang susah-susah belaka

  20. Betul. Faizul seorang yg berjaya.
    Rezeki dia pada ketika itu. Cuba bayangkan sekarang, mampukah lagi anak2 muda nak beli hartanah yang bernilai jutaan ringgit. Satu lagi yang menjadi persoalan, bank nak bagi pinjam duit ke kepada mereka-mereka yang baru bekerja. Mungkin juga polisi bank pada ketika Faizul dulu tak seketat sekarang. Kalau baca buku Faizul dia pernah guna sampai 20 kad kredit untuk tampung pembelian rumah. Tapi sekarang? Dengan gaji RM2500 dan polisi bank yang cuma bagi seorang 2 keping kat kredit boleh ke kalau kita nak cuba macam Faizul. Mungkin pada ketika itu cara Faizul berkesan. Alhamdulillah. Membuahkan hasil. Mungkin juga untuk zaman sekarang tak sesuai. Dan perlu berusaha untuk cari jalan lain. Yang penting halal dan diberkati. Betul tak?

  21. Victor Lindan on

    Syabas dan tahniah bro di atas perkongsian yang sangat bermakna. Jangan pedulikan dengan komen orang yang tidak mau jadi “KAYA”. “Orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk wang manakala orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka” (Rich Dada, Poor Dad) Teruskan usaha anda.

  22. bukan semua dpt nasib yg sama mcm dia ne, ne nasib dia Ok la dpt survive, tp baik utk jd contoh

  23. kalau dulu memanglah boleh… gaji RM800 harga rumah baru RM100k-120k… monthly lebih kurang RM500 ada balance RM300. Tapi skrg gaji RM2k, harga rumah RM400k-500k, monthly dah dekat RM2.5k… lebih dr gaji.

  24. Ni lah golongan yang menaikkan harga rumah.. beli rumah bukan untuk didiami, tapi untuk dijual semula! Celaka betui!

  25. SambalBelacan on

    Kat sini x payahlah kita membuang masa nak kaji kisah hidup seseorang…memang dulu2 semua orang ada sejarah kehidupan susah…ada yang lebih susah dan menyedihkan dari kehidupan budak mamat ni…kalau nak dipandang kebelakang…semua orang ada sejarah kesusahan masing2…malah lebih teruk dari itu…

    Siapa yang tidak mahu jadi kaya raya dan hidup senang?…malah tiada sesiapa jua yang mahu hidup susah…kalau boleh berak pun nak orang lain cebukkan…ini adalah perkara biasa dengan perangai2 manusia yang berbagai ragam…sesungguhnya nasib juga boleh merubah nasib seseorang jika berusaha…tetapi Allah jua lah yang menentukan samada hamba2Nya itu bernasib baik atau sebaliknya…beruntunglah bagi yang bernasib baik…namun berserahlah kita pada Allah bagi yang bernasib sebaliknya…segala2nya ada hikmah…dan bila2 jua Allah boleh menukarkan nasib seseorang hamba2Nya…wallahu’alam…

  26. Macam mana kami ini
    Orang Cina !!! Boleh kah kami beli tanah rizab???tq

  27. Harta tanah kat KL,dlm satu ekar hampir 20juta.saudara
    Baru ada 5m saja???
    Bererti 1/4 saja!!! Hi..hi..hi kasi malu ajib
    Saja!!

  28. Penengok Rumah on

    Ni la punca harga rumah naik.. beli rumah bukan nak duduk.. X ckup dgn kerajaan, jenis ni jgak la yang menzalimi rakyat..

  29. Bisness cam ni yg jadikan harga hartanah mningkat mendadak. Beli rumah berpuluh biji then jual mahal. Take it or leave it. Mmg xxxx mamat ni

  30. Sekurang2nya dia berusaha n Allah tentukan itulah punca rezekinya.kita x tau bagaimana hubunganya dgn Allah.husnu zhon.

  31. ada org dilahirkan dgn sudu perak kt mulutnya, ada yg camca garpu je… kena yg garpu alamat dpat sodok isi saja.. kuahnya x lekat

  32. rahsia seorang tukang kayu tiba2 mnjadi jutawan segera….. rahsia. duit bleh mbiak, daun bertukar mnjad notes kertas $50

  33. bleh aku tngok… ek eleh karut la ko nih… yg aku tgok duit btukar jdi abuk ada ler… hampej la ko nih…

  34. buat apa kaya raya, klau kwan sekeliling masam mencuka…. klau kayapun bukan bleh makan daging sorang smpai 5 kilo atau gula sehari 3 kilo…. tak gitu

  35. kita sbnarnya sudah sedia kaya… sihat tubuh badan, berselera utk makan. …. kaya la tu…. klau ada org offer korang $50,000 utk cungkil sbelah mata korg, tentu korang x pndang duit tu kan? tubuh bdan kita yg smpurna itu sbnarnya sudah dikira kekayaan kita

  36. shakeshphere on

    kgmbiraan & kbhgiaan glandangaan bawah jmbatan mgkin lbih besar dibandingkan dgn kluaga kaya di apartment mewah

  37. SambalBelacan on

    Yaa…benar tu!…kalau kaya pun duit banyak…tapi kalau kat dalam badan macam2 penyakit 3 serangkai ada dalam badan pun x guna…syukurlah kita…walau x kaya tapi badan sihat…itu rasanya lebih afdal hidup sederhana…

  38. perot boroi on

    seri wajah org kaya dgn org miskin x sama…. muka org kaya npak berseri2

  39. ada yg brmuka palsu…. kulit muka skendur uncang testis ditarik cekang disuntik colagen – botox, ada yg bmuka plastik… dunia pnuh dgn kpalsuan

  40. Amran Fans on

    betul aku sokong, bukan ‘ada’ orang tapi ‘ramai’ orang…macam mamat atas ni la kabel kuat…muahahahaha

  41. kira ok jugak perkongsian faizul ni, tapi dia tak masukkan bab bersyukur pada Tuhan bila dah kaya (kalau betul-betul kaya ler). agak-agak berkat tak kekayaan dia tu?

  42. Jangan suka “band” kemampuan dan kejayaan org…….ilmu yg diberikan itu amat berguna….

  43. Sepatutnya kalo dah kaya n bnyk ilmu, bantulah org lain yg nak berusaha n beri bantuan ilmu percuma, bukannye kenakan yuran spy RM 100 pada org, sbbnya awak faizul mmg dah kaya, nape plak nak cas kat org lg, awak ni pun sama mcm Azizan Othman, dah kaya lg nak kaya buat roadtour Richwork seluruh M’sia buat duit lagi, lg bnyk dapat duit lg x cukup, lg BOROI n mcm X SIHAT aku tngk dia,, OBES habis!!!, mcm x berkat je duit tu sbb dah berjuta pun rasa x cukup..

    Senang je pk, bila sorang tu bleh dapat berjuta sebulan, maknanye dia dah ambil bahagian org lain,, So berzakatlah supaya jiwa rasa tenang n pendapatan yg berjuta tu rasa cukup, pastu rasa nak kongsi kekayaan pada org lain,,

    Bukannye makin carik jalan buat Seminar berbayar tuk tambah Boroi n beso kan tembolok tu..

    Kita ni kalo bleh, makin kaya makin cantik n makin syukur, bkn makin huduh, tamak n rakus cm tikus..

    pelik n sedih tngk nasib org yg makin keje berhempa pulas walopun dah bertahun tapi masih hidup susah..

    Org kaya mcm faizul patut bantu mereka tuk Berjaya dgn percuma, itupun kalo org susah tu positif, tp kalo dah negative mmg x leh nak buat apa2..

  44. SambalBelacan on

    Orang yang banyak hartanah ni pun bagus jugak…nanti kalau mati kat mana2 boleh tanam buat dia punya kubur…sebab tanah dia banyak ada kat sana sini…

  45. Tahniah PDRM & syabas TS KHALID atas ksungguhan dan ‘berani’ memerangi Legacy Mesin Kuda Haram di Malaysia

  46. Mesin Kuda Haram yg mggunakan khidmat 6 ekor kuda jantan mjadi tarikan kpada kaki judi untuk mbuat pertaruhan… Tapi lazimnya mesin2 inilah yg brjaya mnyedut duit sehingga ada yg jadi miskin dan papa kedana

  47. Anonymous on

    Ramai jutawan, usahawan & kontraktor bumiputra yg dulunya ada koleksi isteri2 cantik, kereta2 mewah, rumah2. besar dan geran tanah berpucuk2 kini bankrapsi & bisnes pun gulung tikar…. rambut hitam bertukar jadi putih dan mata jadi liar sperti nmpak hantu kerana takut disapa pemiutang

  48. Usaha PDRM mbenteras Legacy Mesin Kuda Haram sangat disanjung tinggi oleh rakyat. Ia seperti menjolok “sarang tebuan”…

  49. Anonymous on

    Arcade Mesin Kuda Haram berfungsi seperti sebuah peti sihir, tongkat sakti atau “mesin sumpah” yg mampu menukarkan org kaya menjadi miskin melarat dan papa kedana & memindahkan duit dlm kuantiti besar dgn cepat dan terhormat

  50. Pengusaha2 rumah perjudian mnyediakan pelbagai kemudahan & khidmat kpda pelanggan alias penjudi2 antaranya pinjaman ah long, gadaian dan cagaran emas dan geran serta jual beli handfon, brg2 terpakai, kereta & motorsikal, khidmat runner bank dll

  51. Anonymous on

    Pengusaha2 “rumah perjudian Mesin Kuda Haram” juga mengwujudkan ‘keamanan & keselesaan’ berkuda dgn mnyediakan makañ minum dan rokok percuma kpd penjudi2 yg regular dan diberi status ‘ahli kelab’….

  52. Lazimnya pengusaha2 ini mnyediakan khidmat bounser dan gangster utk kawal keselamatan ‘tempat berkuda’, khidmat tonto utk pantau serbuan pihak berkuasa dan ‘wang jaminan mahkamah’ sekiranya tertangkap dan kena jamin kat mahkamah

  53. Memang ada berlaku jenayah dan keganasan di “rumah2 perjudian” ini seperti kecurian, bergaduh, samun dan rompak bersenjata serta kes amuk merosakkan harta benda tetapi tidak dilaporkan kpda pihak polis atas sifat legacy ini yg beroperasi secara sulit dan illegal

  54. Anonymous on

    Memang ada berlaku kes2 jenayah dan kegaganasan di rumah2 perjudian ini tetapi semuanya ‘disapu ke bawah carpet’ atas sifat legacy ini beroperasi secara sulit dan haram

  55. Lintah Darat on

    Setakat 5 juta tu, kalau sangkut kt Mesin Kuda sebulan saja. dia telan keluar asap

  56. Setahu yg aku tahu gang2 yg kaya tanah adalah barua2 dgn broker kt pjabat tanah….. Pergi la check office boy pun boleh beli tanah 4,5 relong….. korang ada?

  57. Cacing Kerawit on

    Gang2 ni yg dok sapu tanah rizab kerajaan & TNB dlm bandar, siap buat permintaan tanah TOL, buboh nama adik beradik …… pastu bangunkan rumah2 kedai atau lot2 perniagaan dan sewakan….

  58. Mesin Kuda boleh sedut duit 24 jam…. dah ramai kontraktor dan usahawan Melayu yg bankrap dan “gulung tikar” ….. org utara kata “tinggai teloq dgn bu

  59. Gang2 ni yg dok pelingkup tanah org melayu…. dok atur jual beli tanah kat bangsa asing…. Last2 kita tinggal telor dgn bulu jub..

  60. Lintah Darat on

    ……..Toke2 Mesin Kuda dok “sedut duit” ribu2 24jam…. masalah nak kumpul duit cepat x dak masalah….. ada lembu2 yg dok pi hantar duit

  61. -Kalo buat seminar free, orang2 yg datang tu mau ke berusaha utk berjaya? At least bila dia dah bayar duit, mahal pulak tu jadi dia tau nak usaha sebab dia dah keluarkan modal utk dia meniaga.

    Cth yg terdekat mcm brim. Org2 yg dpt brim tu bila dapat duit mau ke diorang usaha? Saya x kata semua, cuma segelintir saja yg gunakan duit tu utk besarkan perniagaan. Yg lain2? Guna sehari pun boleh habis. Kebanyakan mereka bila kerajaan umumkan nak bg brim diorang mcm dah xnak usaha utk cari duit.

    Biasa manusia, kalo dapat yg free selalu, diorang jd malas usaha. Yg penting usaha.

  62. Punyalah negatif org melayu ku ini. Keje nak mendengki je. Kalo macam ni lah mentaliti, sampai 2090 lah org melayu punye ekuiti 19% jek..x mau naik2..

  63. good job Faizul Ridzuan. Saya kagum dengan anda. Saya telah membaca buku anda dan terima kasih kerana tidak kedekut ilmu untuk berkongsi. Pedulikan comment negative. Berfikiran negative akan menjadikan kita negative. Dari komen mereka kita dah boleh nampak minda mereka adalah kekangan utama untuk mereka tidak berjaya

  64. Alhamdulillah….Tahniah sy ucapkan Faizul Ridzuan. Bukan mudah mengawal nafsu menikmati gaya hidup mewah di permulaan kerier. Hutang kereta dan gaya hidup orang muda. Hanya 1% sahaja mampu melakukannya yang lain-lain hanya tahu melalak, merungut dan menyalahkan orang lain. Anton Ivanov, lelaki Rusia juga jutawan semasa umur 27 tahun. Kita harus berbangga dan menggalakkan anak-anak muda lepasan sekolah menengah mengikut jejak mereka. Tahniah, cerita anda menaikkan semangat mereka yg ingin berjaya……………

  65. En. Syukur Nikmat Tuhan on

    tiap tiap tahun la nak cite gawat. aduhai. aku amik semangat FR. beli buku, melabur ilmu. pergi seminar2 percuma. Ramai ke yang sggup nak gi belaja ilmu hartanah sabtu ahad? Alhamdulillah. Dah ada 8 biji rumah. 2 dah habis bayar. Oh ya, lagi satu. Jalan cite kesusahan dia, hampir sama dgn aku.

  66. En. Syukur Nikmat Tuhan on

    wow….target terus rumah 400-500K. Patut la tak mampu. Aku beli rumah apt 150K, bayar 650 sebulan. Rilek je. ada swimming pool. Lokasi setia alam. Tahun beli 2012. Dapat kunci 2014. Nak melabur 100-200K, tapi kuar modal belaja, atau beli buku malas.

  67. En. Syukur Nikmat Tuhan on

    tengah bayangkan…..kenapa anak muda terus nak beli rumah jutaan ringgit? kau gile ke apa? ukur baju di badan sendiri. rumah 150k tak pandang. ceh.

  68. En. Syukur Nikmat Tuhan on

    banyak seminar percuma. Pernah ke pergi? Nak melabur 100K beli rumah, tapi tak sanggup melabur rm100 utk ilmu? aduhai….

  69. saya baru fikir2 pasal nak beli hartanah di kl,,, boleh saya tahu? klau di malaysia ni x da sekatan tuk beli rumah di mana2 negeri kan n jumlahnya kan( kecuali sarawak yg dibuka tuk anak sarawak atau sesiapa yang berkahwin anak ngeri)

Leave A Reply