Jurang Pendapatan Gaji Orang Kaya VS Golongan Berpendapatan Serdahana & Miskin di Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jurang Pendapatan Gaji Orang Kaya VS Golongan Berpendapatan Serdahana dan Miskin di Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara!

Saban hari terpampang di media arus perdana yang mana negara kita Malaysia mahu menjadi negara berpendapatan tinggi dengan angka dengan pendapatan per kapita USD$15,000 menjelang tahun 2020.

jurang pendapatan

Di mana sekarang ini, Malaysia masih lagi ditahap US$9,970. Tetapi..

Tetapi dalam pada masa yang sama, diharap kerajaan Malaysia mengambil berat situasi sukar yang dihadapi rakyat Malaysia jurang pendapatan di antara orang kaya VS orang miskin yang semakin melebar jauh dan semakin jauh….

Semakan Berita terhadap beberapa laporan yang terkumpul yang disediakan oleh World Bank (Bank Dunia) menunjukkan?

Berita Semasa turut juga membandingkan Malaysia dengan negara-negara Asia yang lain serta juga dengan negara-negara yang mempunyai kuasa ekonomi dunia yang kuat termasuklah Jerman, Kanada, China, Britain, USA dan lain-lain lagi di mana Berita Semasa cuba melakukan perbandingan secara menyeluruh. Hasilnya…..

Malaysia hanya mampu duduk sama rendah dengan Seychelles, Sudan, Nigeria, Zambia, Papua New Guinea, Gambia, Jamaica, Uganda, Senegal dan Zimbabwe.

Manakala apabila Berita Semasa melakukan perbandingan terhadap antara negara di Asia Tenggara mengejutkan apabila Malaysia diangkat sebagai juara :

Senarai Ranking Negara Bagi Jurang Pendapatan Miskin VS Kaya di Asia Tenggara

  1. Malaysia (46.21)
  2. Filipina (42.98)
  3. Singapura (42.48)
  4. Thailand (39.37)
  5. Indonesia (38.14)
  6. Laos (36.74)
  7. Kemboja (36.03)
  8. Vietnam (35.57)

Gini Coefficient merupakan indeks antarabangsa merupakan penanda aras dan kayu pengukur terhadap ketidakseimbangan pendapatan dalam sesebuah negara. Semakin tinggi nilai indeks tersebut, semakin melebar jurang pendapatan antara orang kaya VS orang miskin.

Berdasarkan semakan Berita Semasa di World Bank, jurang pendapatan di Malaysia semakin naik mendadak dari 37.91 (tahun 2004) kepada 46.21 (tahun 2010)

Pada pendapat Berita Semasa terdapat beberapa faktor dan punca yang menyebabkan jurang pendapatan antara orang terkaya di Malaysia VS orang miskin di Malaysia :

  • Pertama : Lambakan pekerja asing yang pastinya dibayar upah yang murah
  • Kedua : Sepanjang 15 tahun lepas, gaji untuk pekerja di Malaysia telah terkebelakang. Hakikatnya hari ini, KWSP melaporkan yang 78.6 peratus daripada penyumbangnya memperolehi RM 3,000 sebulan atau kurang.
  • Pendapatan negara sebahagiannya datang daripada cukai pendapatan aka e filing LHDN individu yang mana setakat hingga hari ini, hanya 1.0 juta daripada 10.8 juta tenaga kerja layak untuk membayar cukai.
  • Ketiga : Kuasa beli rakyat Malaysia semakin lemah dan lemah. Contoh paling mudah. Bagaimana seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini. Dengan anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya dan beli rumah pertama yang baik, mungkin di Taman Tun, berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.
  • Graduan hari ini, dengan bayaran pokok sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5 peratus tinggi daripada graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan sebuah rumah yang baik tetapi jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di Nilai yang berharga RM350,000 atau 140 bulan gaji bulanannya. Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara puratanya telah berkurangan dengan sangat nyata.
  • Keempat : Ketidaksamarataan dalam sistem pendidikan kita juga menyumbang kepada 77 peratus tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM dan ke bawah, seterusnya menyebabkan kadar gaji yang rendah.

Berita Semasa tidak menolak bulat sebarang usaha yang emmbawa kebaikan kepada negara. Cumanya jika kita merancang untuk mempunyai satu impian besar bersama, kita sama sekali menatang “kelompok elit dan taikun di Malaysia semata” sedangkan rakyat marhaen yang membentuk lebih 80 peratus daripada populasi Malaysia pelrukan pembelaan.

Kita memerlukan impian yang merangkumi dan menyeluruh serta menitik beratkan kualiti kehidupan kepada semua rakyat Malaysia, bukan hanya kelompok terpilih sahaja.

Sayang sekali, jika negara Malaysia yang kaya dengan tanah subur, hasil mahsul seperti petroleum, balak, gas asli dan populasi golongan belia yang besar tidak digunakan dengan sebaliknya. Sama sekali tidak boleh diterima bagaimana mungkin sebuah negara kecil dengan jumlah penduduk sekitar hanya 30 juta mempunyai indeks jurang pendapatan yang sangat besar seperti yang ada sekarang ini. Apa yang sedang berlaku?

Kami tidak berseorangan untuk risau mengenai jurang pendapatan antara orang kaya vs orang miskin semakin melebar, apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sendiri mengakuinya dengan masalah jurang pendapatan yang semakin meningkat di Malaysia dalam temubual baru-baru ini dengan Martin Soong daripada CNBC.

P/S : Berita Semasa tidak mahu nanti, negara Malaysia dikenali dengan dengan empat perkataan, “Negara kaya, rakyat miskin”. Jadikan data yang ada ini suatu semangat untuk pemimpin menjadikan kehidupan rakyat marhaen di Malaysia bertambah baik dan baik. Insyaallah



Share.

69 Comments

  1. Sebab itu kita bagi BR1M….

    Kah kah kah

    Tu pun kena 50 hengget untuk insurans selama setahun….

    50 x 10 Juta = 50juta hengget dalam tangan….

    Hanya PM kini sahaja yang bagi duit ke tangan rakyat….

  2. Nurul Najwa on

    siapa rajin dia kaya, siapa malas dia miskin. jgn nak salahkan kerajaan klo diri sendiri pemalas.

  3. Ni semua salah LHDN…yg kaya terlepas…yg miskin dikejar ke lubang cacing bayar cukai…nak dpt refund cukai rm70 pun bukan main detail lagi di auditnya betul atau tak…haram jadah.

  4. Code Tango on

    Target nak pendapatan perkapita $15ribu….apa susah….kalau ada 10 org….8 org dapat gaji $3ribu, 2 org lagi gaji $63ribu…dpt la target tu.
    Rasanya….untuk kebanyakan orang yg tidak dilahirkan kaya….mungkin majoritinya merasa agak sukar nak menaikkan taraf hidup. Jika bandingkan….graduan U yang mula bekerja 30 thn dulu, dgn yang mula bekerja hari ni….gaji dari segi RM mungkin lebih tinggi, tapi kemampuan dari segi menyara kehidupan hari ini mungkin lebih sukar…nilai duit hari ini jauh lebih kecil…

  5. Anonymous on

    Kalau melihat keadaan pr membangunkan selangor penang dan kelantan seharusnya bn dimasukkan ke dlm bakul sampah sejarah.

  6. Jangan gusar rakyat jelata…
    Percayalah…BR1M akan kami tingkatkan dari tahun ke tahun…
    Percayalah…GST akan menurunkan harga barang keperluan…
    Percayalah…Negara kita akan kaya pada tahun2020….
    Ini janji kami….1 Malaysia….1Malaysia

  7. Anonymous on

    Di sini bukan nak cerita rajin ke pemalas masalah nya tangga gaji tu terlalu kecil jika nak di bandingkan dgn kenaikan harga barang .

  8. Jgn mimpi nak jadi negara maju kalau gini gayanya. Pasal gaji minimum pun kerajaan susah nak buat keputusan. Dari tahun lepas lagi cerita gaji minimum…masih lagi bertangguh2. Nak jadi negara maju…gaji kakitangan pun cuma ciput. Yang nampak besar gaji itu pun kira dah lama berkhidmat. Gaji menteri bukan main tinggi berbanding kakitangan bawahan. Sedangkan menteri cuma pandai membuat arahan itu ini saja. Rumah menteri mcm istana..tak kira menteri apa..menteri agama pun sama. Mcm mana nak jadi contoh. Para penggubal dasar termasuk gabenor bnk negara tak pernah hidup susah. Just imagine zaman skrg belanja 50…apa yg dpt dibeli. Blm lg belanja makan,pakai,bil2,belanja anak sekolah,minyak motosikal,byrn asuran dan lain2. Lu pikir lah sendiri Nabil…

  9. Bukan isu rajin atau malas..Ini isu ketirisan kewangan negara,penyalahgunaan Wang di kalangan pemimpin..sedarlah betapa ramai anak org kenamaan yg sekadar hidup senang Tanpa perlu bersusah payab kerja tp mewarisi kekayaan keluarga yg entah halal atau haram sumbernya..buka Mata buka hati

  10. Sebab tu banyak org keje part time nk cari duit lebih…keje siang malam tapi miskin juga…..amal ibadat entah ke mana…miskin di dunia..miskin di akhirat…jangan begitu…

  11. Anonymous on

    Ahmad maslan menteri kewangan kita hentikan saja.. Menteri yang tidak dapat berkhidmat utk rakyat..

  12. yg kaya terus kaya dan yg tak kaya terus tak kaya. Tapi masalahnya yg tak kaya di Malaysia cuba nak hidup mcam si kaya. Paling simple boleh nmpak adalah golongan yg baru nk bini ekonomi diri sendiri dah mula nak bergaya dgn kereta mahal, telefon cnggih2, lngganan internet, lngganan astro, berbelanja byk utk berhibur sprti kluar wyang, karok, melncong lg.. Klau difikirkan blik pndpatan blum tggi tp duit byk hbis utk bnda2 yg kurg perlu. Ksimpulannya rkyat Malaysia hari ni byk yg mngamalkan prinsip “biar papa asal bergaya” tp sllu salahkan krjaan sbb khdupan susah.. cuba blajar hidup ssah, insyaAllah Allah akn bri rezeki dikemudian hari. Sapa rjin usaha, dia dpat.

  13. salah kita sebenarnya..rezeki takkan dtg bergolek kalau kita tak cari.berusaha bersungguh2 pasti berjaya lam ape jua bidang.jgn pemalas.tiru org yg berjaya.jgn tiru org pemalas.

  14. Salam semua,
    Jurang pendapatan akan semakin melebar dan melebar dan melebar. Tiada tanda-tanda jurang ini untuk perlahan pelebarannya sebaliknya semakin aktif melebar. Mahu atau tidak mahu, kita mesti hadapinya. Tidak kiralah orang kaya, orang sederhana atau orang miskin. Cuma bila berada dalam keadaan begini, impaknya lebih dirasai oleh orang sederhana dan orang miskin. Untuk orang kaya, yang betul-betul kaya, tidaklah terasa impaknya. Kalau rasa pun, sikit je.
    Moga kita semua dapat mengharungi impak pelebaran jurang ini dengan sebaiknya dan terus bertahan. Persiapkan lah anak-anak kita untuk menerima cabaran ini pada masa akan datang kerana kita tidak tahu betapa besarnya jurang ini akan melebar pada masa hadapan.
    Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya dengan penuh hemah dan berjimat-cermat.
    Duit susah dicari, menghabiskannya mudah sekali.

  15. Kak Ton bersetuju dengan rencana diatas. Orang Kaya beli tunai rumah berharga 300 ribu. Orang miskin beli ansuran rumah setelah campur bunga jadi 500 ribu.

  16. Betul tu Nurul Najwa. Gaji Rakyat kita jauh lebih tinggi daripada Indonesia, Timor Leste, Moldovan, Sudan, Jamaica, Iraq, Syria. Kebajikan pula dijaga sangat baik oleh majikan. Dapat panel hospital kelas pertama secara percuma lagi. Kereta pula semakin murah, Rumah pula makin besar dan selesa. Yang penting kita semua dapat BR1M. Heeeeeiiiiiiiiiiii……………..

  17. SEbab itu, Ahli bijaksana kita, Y.A.B. Dato Najib lancarkan GST yang akan bermula pada tahun hadapan 2015. Apabila gst bermula, jurang pendaptan orang kaya vs sederhana miskin sedikit demi sedikit dapat dikurangkan.
    Syabas Dato Najib! anda memang pakar!

  18. ya… itu bukan pasal rajin atau tidak… peluang pekerjaan juga agak sikit…. atau boleh dikatakan juga, gaji terlampau kecil…. tak kisah kalau kita kerja 24 jam pun tidak cukup… kalau nak banding dengan negara lain … kadang kadang saya dapat tengok… golongan yang biasa dari luar negara termasuk negara Eropah, setelah mereka kerja sampai umur yang agak muda(40++ tahun) mereka dapat melancong dengan sangat relax…. itulah, perbezaannya… saya pasti anda akan fikir, mereka punya currency lebih besar, kan? tapi… kita boleh tengok… negara macam korea, mereka punya currency juga agak rendah, tetapi jurang gaji dengan harga barang yang mereka beli tidaklah jauh sangat. mereka punya purata gaji adalah RM9000/bulan, (suber ini dari internet), kenapa ini berlaku?
    Adakah orang Malaysia malas?

  19. saya rasa Malaysia punya rakyat agak susah, gaji kecil, kerja banyak, tak ada masa untuk keluarga… kalau terlampau rajin, kadang kadang kita sakit… haih…. kita perlu bangkit untuk mendapatkan kebebasan kewangan

  20. Anonymous on

    nak tau gak apa pembangunan yg PR dah buat kat selangor selama hampir 10 tahun ni..
    boleh tolong list kan sikit?..

  21. Anonymous on

    Pembangunan dari segi pengurusan kewangan yang berhemah. Pungutan negeri bertambah. Bantuan warga tua. Biasiswa utk anak negeri. Air percuma. Perumahan rakyat. Khairat kematian.
    Bantahan kenaikan tol kesas yg dikuasai kerajaan selangor menyebabkan tol plus tak jadi dinaikkan. Menteri besar gunakan kereta sendiri utk urusan negeri.
    kalau anak toyo l barisan nasional ada macam ni ke.

  22. Pemimpin malaysia bodoh sombong byk makan suap dan ambil komisyen. Byk duit masuk poket coz dpt projek itu ini. Duit haram…

  23. SambalBelacan on

    Inilah dia dunia ke akhir zaman…dunia dah menuju ke penghujungnya…manusia kaya semakin rakus nak jadi bertambah kaya…sementara yang miskin dan susah semakin terhimpit kerana nak kayakan orang2 yang semakin kaya…innallillah…

  24. Rakyat bodoh pilih pemimpin bodoh. Itulah “keistimewaan” demokrasi. Yg dah rasa pandai tu, pergilah bertanding. Jgn dikata pilihan raya bias, kalau semua menentang, bias mana pun akan kalah juga. Orang bincang ekonomi, kamu mahu kaitkan politik. PRU akan dtg, buat la pilihan bijak.

  25. KALAU LAH SAYA YANG MENJADI PM KAMU INSYALLAH DENGAN BERKAT SUMBER & REZEKI YANG DIKURNIAKAN ALLAH KITA AKAN BAHAGIKAN SAMA RATA TIDAK AKAN TIMBUL YANG KAYA MAKIN KAYA YANG SUSAH MAKIN SUSAH, CONTOHILAH BAGINDA S.A.W YANG SENTIASA MEMIKIRKAN UMATNYA SEHINGGA HARI INI, CONTOHILAH TUAN GURU NIK AZIZ YANG SENTIASA SABAR DAN SENTIASA MENGAMALKAN KEHIDUPAN SEDERHANA (PICTURE KAT GOOGLE BANYAK). CUBA BANDINGKAN DGN MENTERI HARI INI, WALAUPUN MENTERI TAPI KEHIDUPAN SEPERTI BISNESMAN TERKEMUKA, MAKANANYA, RUMAHNYA, HARTANYA…KORANG TAK LEH BAYANG SEBAB TAK NAMPAK DEPAN MATA HANYA NAMPAK BR1M JER.RENUNG RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL.

  26. rakyat marhaen on

    selagi umno berkuasa sampai bile2 pn rakyat akan berterusan jadi miskin…

  27. sila renung peribahasa ini: ” POWER TENDS TO CORRUPT, ABSOLUTE POWER CORRUPT ABSOLUTELY”. Sebab itu pembangkang yang kuat diperlukan untuk memantau kerajaan.

  28. SAYA SUDA LIMA TAUN JUGAK KERJA MALAYSIA.
    PAGI PAGI SUDA BANGUN KERJA ITU FACTORY, MALAM ADA KERJA ITU KEDHAI RUNCIT. ESOK LAGI PAGI KERJA FACTORY, MALAM KERJA KEDAI RUNCIT LAGI. HARI HARI ITU MACAM.
    DUIT PUN SUDA BANYAK.
    ISTERI SINI MALAYSIA ADA DUA, BANGLADESH ADA SATU.
    SINI MALAYSIA BAAAAAANYAK BAGUS.

  29. Mel bin Uat on

    Sebab tu saham bangla2 sekarang semakin naik…laku…lagi pun bulu banyak…perempuan melayu suka…

  30. Malaysia ne terok sangatka? belom lagi aku dengar org malaysia mati tak makan, mati terlebih makan ada ler, pernah ko dengar rakyat malaysia jadi pendatang asing tanpa izin (PATI) , ko boleh jamin ka kalo pembangkang perintah malaysia harta kekayaan negara tidak diwarisi oleh mereka, aku rasa TIDAK MUNGKIN

  31. Jangan tengok perkara detail. Perkara basic air pun tak boleh selesai.

  32. Mereka yg berpendapatan rendah, boleh cuba salah satu
    1. Sambung belajar, kalau boleh dapatkan ijazah.
    2. Yang berpangkat rendah di kerajaan, cuba cari kerja di swasta.
    3. Datang ke bandar.
    4. Lompat kerja.
    5. Berani ambil risiko dalam tukar pekerjaan, ceburi perniagaan, pelaburan.

    Ramai yg berpendapatan tinggi mempunyai kelulusan yg baik, pandai mencari peluang dan berani mengambil risiko.

  33. Ala, dulu pemimpin2 PR pun cakap macam ni. Sekarang tengok, langsung tiada tindakan ekonomi.

  34. sape ckp . awak kne thu jgk stu perkara . yg mne kite ni mesti menegak kn kalimah tauhi . ok ade phm .

  35. Sebab musabab berlaku perbezaan jurang yang terlampau besar dan akan membesar sehingga kiamat adalah disebabkan orang yang kaya lari dari membayar cukai.
    Sebagai contohnya, Kerajaan Malaysia membelanjakan wang sehingga melebihi 3 billion untuk bonos kakitangan awam dan membelanjakan 6 billion untuk BRIM rakyat Malaysia, akan tetapi para peniaga yang kaya raya tidak merubahkan membayar cukai kepada kerajaan disebabkan keuntungan.
    Sebagai contoh, setiap tahun peniaga2 kaya akan membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM24,000.00. Apabila Kerajaan Malaysia mengumumkan akan membelanjakan wang sebanyak 10 billion kerana membayar bonos dan BRIM, maka sudah tentulah 10 billion akan berlegar dipasaran dan Peniaga2 kaya akan mendapat keuntungan lebih banyak, akan tetapi setiap tahun membayar cukai sebanyak RM24,000.00
    Untuk mengelak jurang kian membesar, maka eloklah cukai GST diperkenalkan secepat mungkin supaya peniaga2 kaya akan lebih membayar cukai.

  36. Bila bapak suruh gi skolah, kau gi ponteng, tido.. hisap rokok, main awek.. buat keje x pekdah. Bila x pas periksa baru la gelap masa depan.. ilmu tarak kemahiran pun yillekkk..
    Kalo tanya sapa punya pasal jadi camtu.. salahkan semuanya.. mak bapak, kerajaan, qada qadar.. tapi x pernah salahkn dri sendiri & bermuhasabah… nasib takkan brubah tanpa usaha bro… ingat tu baik2

  37. melayu pemalas on

    tapi aku ni malas la nak lompat2 keja takut la. aku xdpat keje berat2 tulang reput. apa lagi nak jadi buruh,nelayan tak pun keja overtime. aku nak dduk opis goyang kaki jalan sini sana cerita kedai kopi walaupun gaji rm1500 pun aku sanggup. nampak tak perbezaan bangsa MELAYU aku banding ngn bngsa2 lain di banglasia ini? tu sebab bangsa aku mundur. maafkan kami melayu. saya mengaku kami mmg pemalas. :(

  38. Siapa Rajin dia pandai kebas duit, siapa Malas dia punya duit kene kebas

  39. kmalangan bleh blaku dmana2 saja, ttapi khilangan mh370 dan serangan ke atas mh17 bukanlah satu kmalangan biasa, ia spt drncang dgn bgitu rapi oleh pnjnayah yg luarbiasa…soalnya ialah apa motifnya dan knapa mlaysia pilihannya…

  40. Anonymous on

    Xpayah la nk bndingkan dengar Negara luar. Malaysia in Malaysia.. Klu dpt brim skli pon tu tuk sbln jer bln2 berikutnya cner kna gaji gak mnapungnyer…… Jgn pikir pakai lutut..

  41. Anonymous on

    Nanti jangan salahkan orang yang rajin bekerja sehingga tiada masa untuk jaga anak2.
    dan jangan salahkan juga orang bujang terlajak kerana rajin nak cari duit sebab taraf hidup yang meningkat. Bila dah bujang terlajak, lambat kahwin. Bila lambat kahwin, makin sikit bilangan anak untuk satu-satu keluarga. Bila rakyat sikit, sikitlah pulangan untuk negara.
    Kalau nak buat polisi pun, kena fikir semua pihak sebab kesannya pada semua.
    Belum lagi rakyat bijak pandai yang fed up hidup di sini lalu berpindah ke luar negara menikmati peluang yang lebih baik yang x pernah dapat diperoleh di tanah air sendiri.

  42. Ya Najwa, awak ni org senang, org bisnes la katakan, dapat kontrak kerajaan 10tahun, total kontrak juta2 plak, pastu buat proposal tuk kontrak projek lain plak, senang plak keje ko,, lepas ni ko x yah pkai pekeja, keje sendiri je.. x de kuli sbb kuli ko perah n ko byr gaji 10 hengget sehari,, jenis majikan gampang ko ni.. pastu ko nk kata ko rajin makan hasil titik peluh org lain,, parasit setan ko ni..

  43. Anonymous on

    Harap bilaGST dh mula jgnlh harga barang semua semakin naik. GST belum mula pun harga barang dh melambung naik. Harga ayam dari rm5 lebih naik ke rm6 lebih. Naik ke rm7 lebih dn hari ni rm8.50. Bagaimana kami rakyat dlm golongan pertengahan nk merasai kesenangan. Sudah lh gaji naik tk sebanyak mana. Bila kata naik tp sebenarnya. Tk sebanyak mana yg naik. Adalh potong sana tarik sini. Saya harap tok PM tengok2 keadaan kami ni. Org fiata memang tak mrradMohon di kongsi bersama..

    Doa:

    Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu.
    Di bawah doanya sebelum waktu berbuka puasa sunat ZulHijjah;
    (15 min sebelum waktu berbuka)
    In Shaa Allah

    Bismillaahirrahmaa nirrahiim

    MUNAJAT ZULHIJJAH…

    Ya Allah… ya Rahman… ya rahim…

    Dalam dakapan ZulHijjah yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

    Ya Fattahu ya alim…

    Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

    Ya Allah Rabbul Jalil….

    Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

    Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

    Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami.. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami… kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah… ya Rahman… pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami… kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan… Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

    Ya Allah….
    Kami juga memohon ampun utk keluarga kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh… golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai… apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU.. maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2… dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

    Ya Allah ya azizz…

    Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab..
    Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

    Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..

    Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah… agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada d klgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti.. sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

    Ya Allah ya malikal mulk…
    Ya Razak..ya fattahu ya alim…

    Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati.. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu.. sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

    Ya Allah….

    Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

    Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

    Ya Allah…. Jgnlah kau jdkan ZulHijjah ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn ZulHijjah yg akn dtg… Tapi, Andai ini ZulHijjah terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ZulHijjah ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah… jdkanlah ZulHijjah ini sebagai penghapus dosa2 kami..

    Ya Allah.. terimalah amalan kami.. terimalah taubah kami.. ampunkanlah segala dosa kami… amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

    Aamiiin Ya Rabbal’alaminai spa yg kami dibawah rasai

  44. Jangan percaya sangat dengan kerajaan, kerajaan ni suka tipu figure utk agenda dia. Kerajaan mana ada duit, walaupon collection hasil2 GLC dan cukai berbillon billon. Urus tabir kerajaan teruk dan boros. Politik kerja lebih dr kerja yg sebenar. Dulu gaji kerajaan ciput, skrg ni gaji swasta plak ciput.

  45. Saya nak tanyani..bab rajin Dan malas.disektor swasta contohnya.seorang operator Dan seorang CEO siapa paling rajin.confirm operator paling rajin..sebab kerja tanpa henti.tapi gaji sedikit.CEO plak camana..setelah merangka stratergi..seorang CEO count the money every second.yang buatkan duit setiap saat siapa..sudah tentu operator.jadi permasalahan dunia kini ialah.HATI peminpin itu ataupun mereka yang berjaya ITU berjayanya di dunia sahaja.kalau HATI peminpin ITU berjaya di dunia Dan akhirat sudah tentu HATI semua dibawahnya turut berbahagia..

  46. kapalterbang hilang..dia x letak jawatan pulak…budget negara utk isteri naik pulak….
    Negara Kecil, banyak hasil tapi ..rakyat nak dpt 30k sebulan pun susah. Jika rakyat dapat 30 k tu yg terendah gaji, so x de lah BOS yg nama Manager dapat gaji 10k…nak kena perah kat anak buah…kena belanja makan.buy buahtangan….
    yg terbawah dah dapat 30k, x kan Manager x dapat 70k sebulan..utk rakyat Malaysai negara kecil. Kemana p Hasil bumi ku.

  47. shahrull anuarr on

    Yang ni saya setuju..para pejuang kemerdekaan dahulu.seperti Tok janggut.datuk bahaman datuk maharajalela Dan banyak lagi..semuanya menentang cukai Dari penjajah..bukan rakyat batah cukai.cukai ITU penting untuk mejana kemakmuran negara.permasalah di sini ialah ketirisan dalam pengagihan kekayaan Wang dalam negara.Agak2 lahpun kalau nak sentap duit rakyatpun.satu lagi GST tahun hadapan itupun satu bentuk cukai.sepatutnye negara Kita x perlu gst.Pendapat saya macamni..sejak zaman melaka parameswara lagi tanah INI mejadi rebutan dunia.kenapa?sebab tanah INI kaya.tanah INI punyai hasil bumi serta bahan mentah yang benilai..Dan tidak Ada pada kebanyakan negara..Kita bukan trading country macam Singapore.perniagaan hasil dalam negarapun sudah cukup untuk tadbir negara sekecil ini Dengan baik.getah.petroleum,emas,kelapa sawit ,padi,lada hitam,balak,bijih timah DLL banyak lg.membolehkan negara punyai keewangan yang kukuh jika tiada ketirisan..katakan tidak pada GST

  48. Kerajaan lebih menjaga menteri dan kakitangan pengurusan tertinggi. Elaun rumah dapat, elaun orang gsji, elaun dreber, elaun tukang kebun, elaun orang gaji, elaun dobi, elaun tol, elaun pakaian, elaun keraian ,elaun mobile phone, kereta pun disediakan dan bercuti pun dibayar oleh kerajaan. Makin tinggi pangkat makin besar gaji dan makin banyak elaun yang rakyat tanggung bayar. Betul-betul tak adil. Rakyat mintak gaji minimum RM1000 pun liat nak bagi.

Leave A Reply