Jabatan Perkhidmatan Awam JPA Beku Pengambilan Kakitangan Awam Hingga Ogos

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jabatan Perkhidmatan Awam JPA Beku Pengambilan Kakitangan Awam Hingga Ogos

Mungkin ada sesiapa yang baru nak minta kerja kosong di kerajaan, berita ini mungkin akan melemahkan semangat mereka.

jpa

Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, mengumumkan pemansuhan semua jawatan kosong berkuat kuasa 1 Jun ini.

Berikutan keputusan tersebut semua urusan pengambilan dibekukan bermula 20 Mei hingga 31 Ogos.

Jabatan Perkhidmatan Awam JPA : Beku Penjawat Awam?

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 6 Mei lalu.

Menurut beliau, pembekuan merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.

Bagaimanapun, kata beliau, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan JAWATAN KOSONG yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.

Keputusan (pemansuhan) ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat,katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua setiausaha, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, setiausaha suruhanjaya perkhidmatan, pihak berkuasa berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Pekeliling itu diperoleh menerusi laman web JPA.

Abu Bakar menasihatkan semua agensi supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut.

Katanya, jabatan itu juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi kerajaan semasa pelaksanaan keputusan ini.

Sehubungan itu, semua pihak dipohon untuk memastikan pelaksanaan arahan ini dipatuhi dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan ini semasa pelaksanaan auditan perjawatan itu,jelasnya.

Kalau dilihat dari berita di atas, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan. Jadi terselamatlah pada mereka yang dah mula dapat kerja sebelum 1 Jun 2011 ini. Bukan kata subsidi sahaja dirasionalisasi, jawatan kerja di perkhidmatan awam juga terbabit.

Pendapat kami, langkah ini ada baiknya.Yang baik, ianya dapat mengurangkan kos pentadbiran kerajaan yang sekarang terlalu tinggi. Namun adakah kos pentadbiran penjawat awam ini yang menyebabkan kos pentadbiran kerajaan meningkat sehingga Jabatan Perkhidmatan JPA beku pengambilan kakitangan awam?

Bagaimana pula dengan elaun tidak masuk akal menteri-menteri dan juga ahli parlimen? Kan bagus kalau di situ juga, ia dirasionalisasikan.

Unit F.L.O.M pula bagaimana? Kalau tengok aktiviti-aktiviti Rosmah Mansor yang banyak buat “lawatan kerja” ni, rasanya banyak juga duit pentadbiran yang digunakan.Bagus juga kalau ia dirasionalisasikan sekali. Tak perlulah lebih sudu dari kuah.

Tak habis-habis keluar negara yang sudah tentu melibatkan kos yang besar.

Walauapapun, pembekuan ini hanyalah sehingga 31 Ogos 2011.Jadi, kepada yang belum dapat kerja di perkhidmatan awam, janganlah putus asa.

Apa pendapat anda mengenai pembekuan pengambilan pekerja di Jabatan Perkhidmatan Awam JPA ini?



Share.

43 Comments

  1. Rakyat Malaysia Biasa on

    Pemansuhan ini mungkin sementara waktu saja…mungkin pihak pentadbiran & pengurusan JPA sedang membuat semakan,naiktaraf,penilain atau sebagainya bagi memantapkan aliran kerja serta melancarkan lagi sistem pengurusan yang lebih berkualiti dimana sebelum ini mendapat teguran dari orang ramai yang menyuarakan pengurusan yang kurang memuaskan…kepada bakal-bakal penjawat awam yang telah memohon,diharapkan bersabar dan cari kerja sementara waktu.Apabila pihak JPA membuka/mengiklankan jawatan disektor awam,bolehlah memohon kembali…

  2. apa la nasib kan…yg dah bratus kali mohon keje x dapat2, tba2 ada berita yg mendukacitakan pulak..lagi la hancur..
    yg duduk kerusi empuk xpela..itu fre ini fre…rakyat? bayaritu ini ngan air liur boleh????

  3. yg kontrak mcm kami nih pon bnyk..tp biler ader kekosongan spa amek org luar jugak..kontrak tamat disember ini dan takkan disambung walaupun dan berkhidmat 3 tahun..still tgh mencari keje lain…dlm keadaan ekonomi skang nih kompeni swasta pon sukar nak amek pekerja lain..so amek mase ar sket..nasib baik dier bagi mase smpi disember nih…bersyukur jugak ar still dpt keje wpon kontrak berbanding dgn yg takder keje kat luar sane

  4. simpan duit utk PRU13..xpun ada kenaikan gaji kot…..ermmm entah le..lain mcm je malaysia sekarang nie…

  5. apa daaaaa... on

    pitung: simpan duit utk PRU13..xpun ada kenaikan gaji kot…..ermmm entah le..lain mcm je malaysia sekarang nie…

    a’ah..lain mcm jer m’sia skarang nie…tarik balik subsidi la..m’sia nak bankrup ker??

  6. interview 2 hari ini pukul 2 petang….apa gunanye pegi interview kalu xnak ambil bekerja..

  7. apa daaaaa... on

    para: interview 2 hari ini pukul 2 petang….apa gunanye pegi interview kalu xnak ambil bekerja..

    pegi je la interview tu..interview hari ni, xkan la terus dpt kerja hari ni..tu utk sementara jer..sehingga 31 ogos jer tu..

  8. yela..abes 2 mcm mn g interview 1 jun ni..klu da x amik pekerja lg..x faham la..

  9. macam-macam on

    aduhai klu mcm 2…………lmbt lg la pengambilan yang baru……sabor2….

  10. Kerajaan da x de duit nak bayar gaji. Pokok kata kerajaan da kekurangan bajet sebab hantar rosmah ngan najib pegi over sea je sejak akhir-akhir ni…….

  11. para: interview 2 hari ini pukul 2 petang….apa gunanye pegi interview kalu xnak ambil bekerja..

    Baca la surat edaran jpa tu sampai habis dulu…apa la

  12. scid:
    yg kontrak mcm kami nih pon bnyk..tp biler ader kekosongan spa amek org luar jugak..kontrak tamat disember ini dan takkan disambung walaupun dan berkhidmat 3 tahun..still tgh mencari keje lain…dlm keadaan ekonomi skang nih kompeni swasta pon sukar nak amek pekerja lain..so amek mase ar sket..nasib baik dier bagi mase smpi disember nih…bersyukur jugak ar still dpt keje wpon kontrak berbanding dgn yg takder keje kat luar sane

    Pihak swasta bukan tak nak ambil pekerja tapi kerja yg ada diberi kpd pekerja asing agar dapat bayar gaji murah dan syarikat dpt byk untung. Krj pula setuju kerana dpt levi untuk tampung belanja dan yg rugi adalah rakyat tempatan terpaksa mengemis cari kerja yg sesuai dgn kelayakan, tapi bila pilihanraya rakyat dicari bila tamat rakyat diketepikan dan ianya berulang setiap kali pilihanraya. Fikirkanlah ………….

  13. hahahaha rilekla bro.. pasal tkde keja pun nk kecoh ke? kalo tkde duit nk mkn, pinjamla dulu duit dari along bukit beruntung.. boleh lepas mkn 4-5 bulan tu… bab bayarjgn pk lg.. yg penting ada duit nk bt mkn hahahaha ..sekian dulu pesanan aku hasil ciplak pemikiran pemimpin UMNO-BN hahaha

  14. anak tuah: jgn risau…2 bulan ja tu..sabar sabar =)

    apa la kisah sgt tak dpt keja kerajaan.. nanti banyak diperbadankan.. mana la lagi nak dpt keja kerajaan. skrg RTM nak di kompenikan. pastu byk lg jbtn lain. kerja banyak.. nak n tak nak je nak apply. kalau tak dpt keja.. buat bisnes la.. byk tpt nak loan. boleh jd kaya. kalau keja kerajaan.. kalau pasal makan tu. cukup la. nak kaya.. jauh…. kalau arap bantuan kerajaan.. susah la.. tak kan maju sampai bila2.. kalau buat bisnes.. untung banyak o……. tak yah kaya.. asal puas melancong and dapat beli macam2.. tak tunggu gaji….

  15. Kalau xbeku pun xkan dpt punya kerja dengan kerajaan ni… sampai kiamat pun aku minta xdpt… minta pembantu tadbir je… bkn pegawai pun… asyik2 kroni je yg dpt….. nanti aku mahu lagi pangkah BN..

  16. kater ekonomi baik on

    eh,naik heran lak aku..kate byk pelabur2 invest kt malaysia…takkan takde duit kut..ekonomi baik…mesti peluang keje baik…kalo kerajaan pn takde keje…apatah lg swasta…pening2 media massa kat malaysia nie dah jadik paria jugak ker…

  17. keje gomen tapi tak de post macamana pulak…..JPA ni betul ke…..perjawatan main tumpang2 ni apa cite……adakah ini lebihan anggota…..JPA tolong jawab….ni nak tambah lagi pekerja….tak faham le aku…..pasal post di kebas oleh cawangan lain…pasal pulak…..ada post yg tak diisi sehingga 3-4 tahun ni macamana….org lain buat keje utk post org lain (keje sendiri pun kena buat) tanpa eluan memangku atau ETK….apakah ni cara JPA nak menyelamat duit kerajaan….atau kesilapan Jabatan atau jabatan n JPA bersepakat….JPA kena beri perjawatan kepada cawangan2 yg baru diimplimentasikan bukan main tumpang2 kat perjawatan org lain…..keje era sekarang nampak macam kelam kabut…tak macam masa era 80an – 90an….adakah jenerasi baru tak faham2 pentingnya sesuatu perjawatan…..asyik terapong …..silap2 tenggelam….

  18. emmm, kl keje kerajaan mmg cam gitu. kl ada je keje kosong semuanya kroni2 yg dapat. lbh2 lagi kl yg melibatkan kerajaan negeri. dlm satu ofis sedara mara,ipar duai.pastu ada sesetengah jabatan bila klr jawatan kosong hnya sebagai syarat je, walhal kekosongan jabatan tue dh pun diisi oleh org lain.bila jual borang dgn harga RM1 @ RM 2. kl 1ooo org beli borang tue, dh berapa income yg jabatan tue dapat, senang2 dpt duit.

  19. aku baru interbiu ngan spa miggu lepas.. 18 mei… tak sangka plak jadi canni
    huh, carik keja dengan jaya jusco je la kalau kena beku

  20. kejakilangje on

    kpd pencari keja kerajaan..ini nak cter pengalaman aku sket..10 tahun dulu 2x aku dpt keja gan kerajaan(JPA) sebagai pem.tadbir gred n17…masa 2 gaji..di tawarkan..600 lebih je sebulan+elaun ade le RM800 sebulan…mse 2 aku dah ade anak 2 orang,duk umah sewa RM250.00+RM228 (bayar keta)=RM478.Itu blum msk belanja bulanan lagi…jadi aku tolak tawaran2 bulat2..walaupun kelulusan aku cuma SPM.aku pilih keja kilang besar yg ada kesatuan,industri berat…gaji mase 2 RM750 je tapi aku tekun bekerja dan wat ot..gaji sekrg?? dah 4k hingga 5k…simpan duit dan wat harta skrg nie aku dah ade beberapa buah rumah sewa,simpanan asb.tanah dsb…pendek kata tak de masalah kewangan.langsung.terutamanyer utk bekalan di hari tuer maklumlahlah kami tak berpencen tapi kami ade faedah persaraan..jd ape yang di hrpkan gan keja kerajaan yg gaji tak berapa 2….member aku keje gan kerajaan…semua pun selalu ade masalah kewangan….utang keliling pinggang..pinjam sana sini… bagi aku org yg masih mengharapkan keja gan kerajaan nie…malas nk berusaha…usaha tangga kejayaan..

  21. kelawargirl on

    scid:
    yg kontrak mcm kami nih pon bnyk..tp biler ader kekosongan spa amek org luar jugak..kontrak tamat disember ini dan takkan disambung walaupun dan berkhidmat 3 tahun..still tgh mencari keje lain…dlm keadaan ekonomi skang nih kompeni swasta pon sukar nak amek pekerja lain..so amek mase ar sket..nasib baik dier bagi mase smpi disember nih…bersyukur jugak ar still dpt keje wpon kontrak berbanding dgn yg takder keje kat luar sane

    “Kita senasib la.. saya pun SAMBILAN di jabatan kerajaan.. HARAP2 ada penyerapan.. uhuh! Dah berkhidmat hampir 2 tahun dah ni..”

  22. .kakitangan awam pencen umur 58..kan baik pencen balik umur asal 55 tahun bagi yg berjawatan besar dan gaji yg mahal. kalau nak sambung lagi kerajaan elok nilai tanggungan pekerja tersebut sama ada anak2 mereka masih kecil dan bersekolah. kalau masih menanggung anak2 belajar eloklah pencen dilanjutkan.

  23. bila orang lambat pencen. anak-anak muda yang baru nak hidup untuk mengisi kekosongan jawatan tak dapat kerja..

  24. kesian nasib insan yang x kojo camno nak hidup tolonglah meraka ini agar tidak menjadi mayat hidup di jalanan t

  25. mcm ne pulak kalau yang baru dapat panggilan interview gov ni ye?

    tibe2 risau pulak…

    Rakyat Malaysia Biasa:
    Pemansuhan ini mungkin sementara waktu saja…mungkin pihak pentadbiran & pengurusan JPA sedang membuat semakan,naiktaraf,penilain atau sebagainya bagi memantapkan aliran kerja serta melancarkan lagi sistem pengurusan yang lebih berkualiti dimana sebelum ini mendapat teguran dari orang ramai yang menyuarakan pengurusan yang kurang memuaskan…kepada bakal-bakal penjawat awam yang telah memohon,diharapkan bersabar dan cari kerja sementara waktu.Apabila pihak JPA membuka/mengiklankan jawatan disektor awam,bolehlah memohon kembali…

  26. KALAU NK KAYA JGAN KEJE KRJAAN….KALO KEJE NGAN KRJAAN NK SARAHIDUP BOLEH LA…NAK SENANG MEMANG PAYAH DLAM KEADAAN SEKARANG…NAK KAYA JAUH SEKALI LAAA…SO USAHALAH BUKA PERNIAGAAN…JUAL AIR N GORENG PISANG PON BOLEH DAPAT 3K SEBULAN KALO KENE TEMPAT… JD JGN TKUT LA TUK BNIAGA..TAK PON BALIK KAMPUNG BELA LEMBU… MULA DENGAN SEPASANG DULU…CMFM THUN DEPAN JD 3 EKOR… 1 EKOR LEMBU SKRG DAH 2-3K…RAMAI CIKGU2 PENCEN JD KAYA LEPAS PENCEN CZ MCBURI BIDANG PNIAGGAN O PERTANIAN…KERJA SENDIRI NI X YH NK PIKIR PSAL BILE GAJI NAIK…BILA NK DPT BONOS…LULUS EXAM KE TAK…NAK KNE G KRUSUS SANA KRUSUS CINI…
    SO….BAIK BERNIAGA

  27. untuk rakyat Malaysia….. bersabarlah…….. bila pembekuan da berakhir isi lah borang balik, cuma kita berharap…. semoga hal ini x berkekalan. kasihan kan orang muda2 yg ingin mencari rezeki tu, satu hal lagi jgn lah asyik naikkan umur pencen anggota kerajaan tu…… da tua2 x larat lagi berabut2 nak berkerja. produktiviti pun da mula menurun, klau pencen awal pun baik jua tu ada jua duit pencen utk menempung hidup.berbanding dgn orng muda yg nak memulakan hidup banyak yg perlu di tanggung….. lagi tenaga pun masih kuat utk berkerja….. kata orang win-win situasi.

  28. Intiran... on

    Until this end of this month??
    okay i can wait… org india dan cina boleh dpt ke?

  29. Intiran... on

    artia:
    untuk rakyat Malaysia….. bersabarlah…….. bila pembekuan da berakhir isi lah borang balik, cuma kita berharap…. semoga hal ini x berkekalan. kasihan kan orang muda2 yg ingin mencari rezeki tu, satu hal lagi jgn lah asyik naikkan umur pencen anggota kerajaan tu…… da tua2 x larat lagi berabut2 nak berkerja. produktiviti pun da mula menurun, klau pencen awal pun baik jua tu ada jua duit pencen utk menempung hidup.berbanding dgn orng muda yg nak memulakan hidup banyak yg perlu di tanggung….. lagi tenaga pun masih kuat utk berkerja….. kata orang win-win situasi.

    sorry… u dont know when a person indeed of money in the later years… so please mind ur own business..

  30. salam, saya tertarik dengan berita pembekuan pengambilan jawatan SPA berkuatkuasa 20 mei ~ 31 ogos.bertujuan bagi pengurangan kos perbelanjaan kerajaan. saya berpendapat dan bersetuju jika kesemua kos – kos perbelanjaan pembayaran Elaun2 daripada penjawat MENTERI, wakil2 parlimen hingga penjawat Awam direalisasikan dan dirasionalisasikan lebih teliti. Contohnya PESARA menteri,wakil2 parlimen, setiausaha parlimen dan kos perjalanan lawatan tajaan kerajaan seperti aktiviti-aktiviti “lawatan kerja’ yang dibuat Datin Rosmah Mansur, sebenarnya menjadi bebanan kos perbelanjaan kerajaan. Apakah PERDANA MENTERI DAN JEMAAH MENTERINYA kurang praktik bagi pemacuan dan membangun kemajuan negara tanpa melibatkan isteri2 mereka. berkenaan dengan perlanjutan USIA memegang perjawatan JPA pun harus diteliti…. bagi penjawat yang ada sekarang memang laa setuju banget keputusan itu… Tapi’ bagaimana pula akhirnya kepada Garaduan-garaduan dan lepasan SPM yang belum dapat kerja ‘ sedangkan usia yang diSyaratkan bagi pengambilan kerja JPA lebih kurang 25tahun sahaja.

  31. kesian orang – orang muda ‘ ada yang berterusan tak sempat menjawat jawatan kerajaan ‘ angkara perlanjutan USIA penjawat AWAM yang kononnya masih produktiviti…. ‘ sedar tak sedar ~ menyumbang kepada angka PENGANGGUR tahun ketahun mencecah ratusan ribu. sepertinya jawatan itu mahu dipegang sampai hujung hayat… LOLs’.

  32. junkers jumo on

    Aku pergi ke jabatan haiwan kuala pilah untuk rawat kambing aku. Isi borang mohon rawatan. 10 hari kemudian baru mereka datang. Datang pulak 3 orang, 1 orang pemandu, 1 orang pembantu dan 1 orang veterinar. Kerja macam ni pun 3 orang kena buat? Eloklah di audit semua jawatan di jabatan kerajaan tu…banyak yang terlebih orang. Jadi sokong pembekuan jawatan untuk memaksa orang Melayu jadi usahawan..

Leave A Reply