Jom Masuk Tentera Malaysia. Semak Status Pengambilan dan Permohonan?
Ok kepada yang masih ragu-ragu ada perbezaan atau tidak permohonan untuk masuk jadi tentera melalui pengambilan tentera UPNM dengan aplikasi Jom Masuk Tentera Malaysia.
Ini jawapan untuk anda semua. Paling mudah untuk faham ialah jikalau anda lepasan SPM yang berminat masuk tentera mesti mohon melalui saluran permohonan UPU dan pilih UPNM sebagai pilihan pertama anda.
Manakala jikalau anda lepasan Ijazah Sarjana Muda (degree) daripada IPTA di Malaysia, anda dipelawa untuk daftar aplikasi Jom Masuk Tentera Malaysia.
Tidak kisah apa bidang sekalipun yang anda ambil. Tiada masalah yang paling penting anda mesti ada kelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada mana-mana IPTA Malaysia. Pastikan anda memang minat, anda meletakkan sepenuh jiwa raga anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Angkata Tentera Malaysia.
Kedua-dua saluran seperti yang diterangkan di atas untuk yang mahu ada jawatan tentera Malaysia.
Jelas?
Sekarang ini Angkatan Tentera Malaysia menjemput anda semua yang samada lelaki ataupun perempuan yang sudah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda daripada salah satu universiti di malaysia untuk sama-sama daftar permohonan melalui aplikasi Jom Masuk Tentera Malaysia.
Apabila anda terpilih dan melepasi ujian pemilihan termasuk pemilihan fizikal dan syarat-syarat lain dan temuduga, anda akan dilantik sebagai Pegawai kadet Graduan bagi menjalani latihan di :
- Kolej Tentera Darat KTD
- Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I)
- Kolej Tentera Udara (KTU)
Jikalau anda habis latihan, anda akan diangkat menjadi samada:
- Pegawai Tentera Darat Malaysia (ATM)
- Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
- Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Untuk gaji tentera, elaun dan juga kemudahan lain apabila bergelar pegawai akan ditentukan berdasarkan skim Perkhidmatan ATM 2013 yang telah pun dikuatkuasakan sekarang
Rujukan Daftar Permohonan Jom Masuk Tentera Malaysia?
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Nombor Talian dan Pautannya
Iklan Jom masuk Tentera,KLIK SINI
Aplikasi Daftar Jom Masuk Tentera,-
Semak Keputusan Status Pengambilan,KLIK SINI
[/table]
P/S : Gunakan peluang dan ruang yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Jangan sia-siakan. Malaysia sangat memerlukan anda semua untuk menjadi benteng kepada pertahan negara Malaysia.