Cakap-cakap Mahu Johor Keluar Malaysia? Semua Perjanjian Terbatal Selepas Merdeka 1957!
Jikalau dahulu isu Sabah Sarawak mahu keluar Malaysia. Sekarang mula kedengaran cakap-cakap mahu Johor keluar Malaysia.
Berita Semasa percaya semua pembaca Berita Semasa di sini sudah pun membaca isi kandungan perjanjian tersebut sehingga ramai yang cadangkan Johor keluar Malaysia. Begitu mudah sekali? Ermmm….
Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini, Berita Semasa masih tidak faham kaitan perjanjian yang heboh bertebaran di Internet dengan pertelagahan antara kerabat Diraja Johor, Tunku Ismail TMJ dengan Datuk Seri Nazri Aziz.
- Adakah Datuk Seri Nazri Aziz menyentuh soal Askar Timbalan, Air, tanah serta Agama Islam?
- Adakah Datuk Seri Nazri Aziz menyentuh soala perlembagaan Negeri Johor?
P/S : Harapan Berita Semasa benda yang boleh dibawa berbincang, berbincanglah. Tidak usahlah perkara kecil hendak dipanjang-panjang sehingga kedengaran cakap mahu Johor keluar Malaysia.
PP/S : Cuma Berita Semasa tertanya-tanya akta hasutan sebenarnya terpakai untuk semua negeri atau tidak?
PPP/S : Berita Semasa yakin dan percaya ramai rakyat Johor tidak berbelah bahagi sayangkan Malaysia, cuma yang perlu dibersihkan langau-langau dan serangga yang merosakkan bumi Malaysia selama ini.
PPPP/S : Datuk Mukhriz elok sahaja tidak ungkit perjanjian Sultan Kedah dengan british untuk penyerahan semula Pulau Pinang. Oleh itu, kerap-keraplah pandang ke hadapan, bukannya ke belakang. Fokus dan doakan sahaja ekonomi Malaysia akan kembali pulih secepat mungkin.