≡ Menu

10 Jenama Laptop Terbaik di Malaysia untuk Mahasiswa

10 Jenama Laptop Terbaik di Malaysia untuk Mahasiswa

Kebiasaanya laptop akan dinilai berdasarkan jenama, prestasi, reka bentuk, harga dan warna oleh pembeli. Berita baik,  bantuan komputer riba dan laptop percuma dan free dibuka sekarang

jenama laptop terbaik

Namun pada kali ini, kami akan berkongsi sedikit berkenaan jenama laptop terbaik yang harus anda beli.

Tips Dan Petua Pilih Jenama Laptop Terbaik

Lakukan ‘research’ untuk top 5 atau top 10 jenama laptop yang anda suka. Di bawah adalah contoh top 10 jenama laptop yang berada di pasaran :

  • Fujitsu
  • Asus
  • Dell
  • Apple
  • HP
  • Toshiba
  • NEC
  • Lenovo
  • Sony
  • Samsung

Kemudian, daripada top 10 jenama laptop yang disenaraikan, anda boleh senaraikan 5 contoh pilihan yang menarik minat anda. Ini adalah 5 pilihan contoh kami sendiri :

  • Asus
  • Samsung
  • Fujitsu
  • Dell
  • NEC

Kemudian pecahkan pula kepada 3 pilihan yang paling disukai daripada 5 pilihan itu.  Ini pula 3 contoh pilihan terbaik kami sendiri :

  • Dell
  • Asus
  • Fujitsu

Akhir sekali adalah daripada 3 pilihan itu, pilihlah satu yang terbaik. Tips dan petua untuk senarai top 10, top 5 dan top3 ini berdasarkan kepada 5 perkara berikut :

  • Jenama
  • Prestasi (kelajuan CPU dan RAM, jenis CPU, HDMi, ciri-ciri moden seperti USB 3.0)
  • Harga yang ditawarkan (bergantung kepada bajet anda)
  • Rekabentuk (nipis / aerodinamik / berkotak)
  • Warna / corak (cerah / gelap / wooden effect / batik / country style)

Tips Pilih Laptop Terbaik : Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Membeli Laptop

Anda kena betul-betul yakin jenama laptop terbaik yang ingin dibeli adalah terbaik setelah dikaji, bukannya disebabkan jenama tersebut banyak dijual di kedai-kedai komputer, ramai rakan taulan yang membelinya ataupun pujukan kata-kata promoter.

Jangan buat keputusan untuk membeli sebuah jenama laptop terbaik kerana pujukan dan cadangan daripada penjual kedai tersebut. Ini kerana hampir 80% penjual adalah kurang jujur dan hanya memikirkan keuntungan sahaja. Sebelum membeli sesuatu jenama laptop terbaik, buat kajian terlebih dahulu di forum internet mengenai kelebihan dan juga kekurangannya.

Jangan sesekali merasakan semua laptop yang dijual adalah sama dari segi ciri dan spefikasi yang ditawarkan cuma harganya saja yang berbeza. Salah sama sekali kenyataan ini. Buat kajian dahulu di beberapa kedai sebelum anda yakin untuk membelinya kerana setiap pengeluar menghasilkan produk untuk perniagaan iaitu mencari keuntungan jualan.

Membeli jenama laptop terbaik yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang ditawarkan adalah sama seperti jenama laptop lain yang dijual dengan harga mahal dan berpatutan yakni sesuai dengan spec yang ditawarkan.

Kebiasaannya walaupun spec yang diberikan sangat bagus namun laptop begini amat mudah rosak. Contoh yang boleh diberikan adalah sepatutnya spec yang ditawarkan dijual pada harga RM 1300 namun ada juga harga yang ditawarkan lebih murah. Kami nasihatkan supaya berhati-hati dengan perkara terselindung seperti ini.

  • Beli jenama laptop terbaik berdasarkan tujuan penggunaan.
  • Harga RM 1,200 hingga RM 1,400 adalah memadai jika anda hanya menggunakan laptop untuk menaip, blogger dan Internet.
  • Tetapi pilihlah laptop yang berharga RM 2,000 hingga RM 4,000 untuk tugasan berkaitan designer yang menjanjikan prestasi optimum. Kami cadangkan untuk memilih jenama Apple bagi mereka yang sukakan Photoshop, Premiere dan sepertinya.

OS Dan Perkakasan – 3 Perkara Asas Untuk Optimumkan Sebuah Laptop

  1. Operating System – OS siri 64 Bit dan yang paling baik dalam kelasnya dipilih. Contohnya seperti Windows XP Pro 64 Bit ataupun Windows 7 Ultimate 64 Bit.
  2. Processor – Intel atau AMD. Untuk tugasan seperti menaip, melayari internet di laman sosial, blogger dan kerja-kerja ringan yang lain sudah memadai kelajuan 1600Mhz hingga 1800Mhz. Processor AMR lebih disukai kami kerana ianya laju dan cekap serta menjimatkan bateri. Selain itu, ia amat lancar untuk kerja-kerja suntingan audio / video dan foto. Terdapat juga Processor yang boleh menjana kuasa hingga 3.6Ghz, terpulang kepada tujuan anda membeli dan kemampuannya.
  3. Memory (RAM) – Pilih DDR3, iaitu jenis terkini. RAM yang dinaiktaraf kepada saiz besar sememangnya bagus, namun harus diingatkan supaya baca panduan laptop yang ingin dibeli terlebih dahulu untuk mengetahui saiz terbesar yang mampu ditanggung. Contohnya seperti 8GB DDR3 1600Mhz PC3-12800 adalah saiz paling tinggi yang mampu ditampung. Maka, ikut spec bacaan PC3 dan Mhz serta tidak melebihi 8GB. Maksud PC3 adalah ia dari jenis DDR3 dan data per saat bersamaan dengan 12.8Mbps. Manakala kelajuan detik jam per saat bagi Mhz.

Semoga sedikit perkongsian dan panduan yang diberikan mampu membantu anda dalam memilih netbook atau jenama laptop terbaik yang menjadi pilihan hati. Moga-moga ianya bermanfaat dan berfaedah buat anda semua dalam membuat keputusan yang tepat dan bijak. Sekian, terima kasih.