Jawatan Kosong Sabah SPA : Iklan kerja dengan Kerajaan Negeri
Anda diperlawa untuk membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong yang terdapat di Jabatan Negeri Sabah bagi seluruh warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah.
9 Mac ini adalah tarikh tutup permohonan untuk kekosongan jawatan tersebut.
Senarai Jawatan Kosong Sabah Yang Terkini
- Nama Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41
- Jadual Gaji : RM 1911 sehingga RM 8646
Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Kosong Sabah
- Ijazah Sarjana Muda hendaklah dimiliki oleh pemohon dari mana-mana institusi pengajian di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Atau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia dalam Bahasa Melayu dan ujian lisan atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya.
Cara Hantar Memohon Jawatan Kosong Sabah
- Permohonan hanya boleh dilakukan secara talian ataua online menerusi laman sesawang berikut dengan KLIK SINI.
- Segala maklumat yang diminta hendaklah diberikan oleh pemohon dengan lengkap dan benar. Bagi mereka yang memberikan maklumat dan butiran yang tidak lengkap atau palsu tidak akan dilayan sama sekali.
- Jika selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan masih tidak menerima sebarang jawapan oleh pemohon-pemohon, maka hendaklah dianggap permohonan adalah tidak berjaya.
Kami berharap bagi pemohon-pemohon yang memohon jawatan kosong ini akan berjaya untuk menjawatnya dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada anda semua.
Moga-moga setiap urusan anda akan sentiasa dipermudahkan dan setiap usaha yang ditaburkan akan membuahkan hasil. Insya Allah.