≡ Menu

Jawatan Kosong Kerajaan : Berjaya atau Tidak 1.5 Juta Yang Mohon


Jawatan Kosong Kerajaan. 1.5 Juta Yang Mohon Tetapi

Apa sebab ramai yang mahu rebut jawatan kosong kerajaan? Rata-rata dapatan yang diperolehi tidak kisah apa jawatan yang mereka perolehi. Janji kerja kerajaan. Jikalau dapat jawatan tinggi, bonus bagi mereka.

jawatan kosong kerajaan

Semuanya kerana kerja terjamin disebabkan TETAP dan BERPENCEN serta GRADUITI. Sukar dibuang kerja walaupun ada masalah disiplin.

Berdasarkan dapatan yang mypt3, jawatan kosong kerajaan yang ditawarkan secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hanya sejumlah 25,046 kekosongan sahaja. Sikit bukan? Memang sikit pun.

Walaubagaimanapun, yang hantar permohonan cukup ramai. Seramai 1.56 juta sudah pun menghantar permohonan. Yang pasti ia berita buruk kepada kalangan pemohon dan berita baik kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang memberikan peluang untuk memilih yang terbaik dikalangan yang terbaik dan berkualiti.

Benarkah Mohon Jawatan Kosong Kerajaan Semakin Ketat

Dalam pada masa yang sama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memperkenalkan sistem apa yang dipanggil sebagai MyRecruitment. Sistem ini memerlukan kalangan calon perlu melalui 4 cabaran dan saringan termasuklah :

  • tapisan awal
  • peperiksaan dalam talian
  • penilaian kompetensi
  • Temuduga kerajaan

Ada yang akan mengeluh dengan Berita Semasa. Jawatan gred 17 atau gred 19 perlu ambil ujian dan peperiksaan di Kuala Lumpur contohnya. Ada yang terpaksa mengambil masa perjalanan 6-8 jam, datang dari jauh. Ada temuduga pusingan pertama, sebulan selepas itu ada temuduga kerajaan untuk pusingan kedua. Sekarang ini tapisan untuk taraf SPM bagi mengisi kekosongan jawatan kosong kerajaan mengalah PTD.

Tetapi semua ketat ini dilakukan dan pengambilan penjawat awam awam tetap dilakukan pada tahap yang tertinggi

Ada beberapa kriteria awal yang boleh dilalui oleh kalangan calon seperti anda di sini, bukan sekadar keputusan peperiksaan semata tetapi juga cukup berintegriti, mampu bekerja dalam satu pasukan, berketrampilan yang tinggi.

P/S : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga memberikan amaran tiada istilah kabel dalam mendapatkan tempat bagi jawatan kosong kerajaan. Semuanya adalah bersandarkan kepada merit semata.

PP/S : Sharekan pengalaman anda sewaktu memohon samada gagal atau berjaya?