Permohonan Jawatan Kosong JPJ 2018 Terkini SPA
Jikalau anda lulusan lepasan SPM yang tercari-cari peluang untuk menjadi penjawat awam serta mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diperlukan dan telah ditetapkan, ada berita baik untuk anda.
Di mana anda sudah boleh hantar permohonan anda secara online melalui kemudahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA untuk jawatan kosong JPJ terkini. Bagaimana anda berminat?
Oh. Ingin kami ingin ingatkan di sini, ada juga jawatan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia seperti disenaraikan di bawah ini :
Senarai Jawatan Kosong JPJ dan KKM?
Berdasarkan sumber mypt3, senarai jawatan kosong JPJ SPA boleh anda semak di bawah ini :
- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia : 250 jawatan kosong
- Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia) : 24 kerja kosong
- Jurufotografi Gred B19 (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia : 9 jawatan kosong
- Senarai jawatan kosong akan dikemaskinikan daripada masa ke semasa
Apa yang perlu anda lakukan sekarang ini adalah, daftar permohonan jawatan kosong JPJ di portal rasmi SPA8i di mana permohonan yang anda hantar tersebut adalah sah untuk sepanjang tahun. Kepada yang telah lakukanya, tidak perlu buat untuk kali yang kedua.
Jikalau anda melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga kelak.
P/S : Berita Semasa doakan permohonan anda dipermudahkan dan diterima. Moga-moga begitulah.
PP/S : Semestinya apabila mahu menyertai penjawat awam beruniform seperti JPJ ini, anda perlu memastikan penampilan anda terjaga, mempunyai kelebihan apabila diperlukan kerja dalam satu pasukan kecil mahupun pasukan besar, ada juga bakat kepimpinan dan akhirnya yang paling sekali jawatan kosong JPJ yang anda mohon itu bersesuaian dengan kelayakan profesionalisme yang anda miliki
– Selamat mencuba kepada anda semua –