Jadual Piala Dunia 2018 Perlawanan Waktu Malaysia


Jadual Piala Dunia 2018 Perlawanan Waktu Malaysia

Kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA yang akan berlangsung di Rusia pastinya suatu satu sukan yang cukup berprestij.

jadual piala dunia

Bukan  hanya atas nama sukan bola sepak semata, tetapi juga kejohanan Piala Dunia mampu menghimpunkan, mampu menyatukan dan mampu merapatkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.  Walaupun berlainan ideologi, fahaman politik, pasukan yang diminati untuk bertarung dan menyokong dengan semangat kesukanan…..

Jadual Piala Dunia 2018 Perlawanan Waktu Malaysia


PerkaraButirannya
Jadual Piala Dunia 2018 waktu MalaysiaKLIK SINI
Ranking FIFA yang terkiniKLIK SINI

Antara ragam dan gelagat yang biasa berlaku bila tibanya kejohanan Piala Dunia antaranya ialah :

  • Golongan doktor akan menjadi “talian hayat” yang paling popular dikalangan peminat tegar bola sepak Piala Dunia 2018 untuk minta cuti sakit. Bukan seperti Piala Dunia 2002, jadual perlawanan Piala Dunia 2018 FIFA untuk waktu Malaysia menunjukkan banyak juga perlawanan yang berlangsung awal pagi
  • Waktu inilah Mapley/Mamak akan senyum meleret sambil bersandar di kerusi malas melihatkan ramai peminat bola sepak Piala Dunia 2018 nanti berkunjung ke kedainya
  • Perang layar bagi menarik perhatian pengunjung akan semakin menjadi-jadi di kedai-kedai makan dan warung
  • Jangan marahlah, anda akan mengalami gangguan tidur pada waktu malam. Lebih-lebih lagi malam itu pula berlakunya pesta gol.
  • Budak asrama sedaya upaya akan “seludup” masuk ke dewan selera atau dewan makan pada awal pagi atau prep malam untuk tidak melepaskan peluang menonton Piala Dunia 2018
  • Yang ini pihak berkuasa tolong  tengok-tengokkan. Semestinya ramai yang akan bertaruh!!! Tetapi ada juga bertaruh yang “dihalalkan”, asalkan dapat lesen. Ehem…..
  • Kebanyakan peminat tegar perlawanan Piala Dunia 2018 akan nampak mata sembab, badan lemah, dalam meeting memanjang “setuju” sahaja, suka lepak di surau di siang hari untuk “menyimpan tenaga”. Tetapi…………tapi bila tiba malam hari mereka-mereka inilah “juara” dan “jaguh” semasa menonton siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2018.
  • Ha…..masa inilah kebanyakan peminat tegar akan menjadi individu yang cukup berdisiplin. Pukul 10 malam, pukul 7.30 malam dan pukul 2.30 pagi, tak payah disuruh, mereka-mereka ini sudah tahu “tugas-tugas” masing-masing untuk menyokong pasukan yang diminati.
  • Ada nak tambah?

Anda Pilih Pasukan Mana?

Dalam meramalkan pasukan bola sepak mana yang akan menjulang Piala Dunia 2018, ramai juga penyokong dan memilih pasukan Sepanyol. Diikuti England, Brazil, Argentina dan Perancis. Berdasarkan ramalan, siapa yang jadi pilihan juara bagi anda?

Di sini, Berita Semasa kongsikan jadual perlawanan Piala Dunia 2018 bagi waktu Malaysia sekurang-kurangnya merangka “strategi” dan mencari kesesuaian masa untuk anda menonton siaran langsung Piala Dunia 2018 nanti:

Jadual Piala Dunia 2018 mengikut hari (Yang mana melihat siaran langsung di RTM samada TV1 atau TV2 masanya turut disiarkan. Lebih kurang separuh hak siaran langsung di RTM telah diberikan untuk hak siaran langsung perlawanan Piala Dunia di Astro.)  :

P/S : Jadual Piala Dunia 2018 FIFA akan diupdate daripada masa ke semasa