≡ Menu

Jadual Imunisasi Bayi Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia KKM


Jadual Imunisasi Bayi Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia KKM

Semua bayi atau kanak-kanak yang dilahirkan perlu mendapat imunisasi bayi yang lengkap supaya dapat mengelakkan dari penyakit atau virus yang tidak diingini.

imunisasi bayi

Mungkin ada sesetengah dari ibu bapa yang menolak dari anak mereka divaksinkan dengan hujah atau alasan mereka tidak yakin dengan keberkesanan vaksin dan takut akan kesan sampingan vaksin itu sendiri.

KLIK : https://mypt3.com/jawatan-kosong-kkm-terkini

Ramai yang melontarkan pendapat masing-masing melalui jaringan media sosial mengenai pendapat mereka berkenaan isu vaksin ini. Sejauh mana sebenarnya golongan antivaksin ini dalam mencegah anak-anak mereka untuk diimunisasi.

Jadual Imunisasi Bayi Terbaru KKM oleh BPKK

Untuk pengetahuan dan makluman anda semua, Jadual imunisasi bayi baru KKM telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK).

“Jadual imunisasi MMR (Measles, Mumups, Rubella) berlaku perubahan yang utama iaitu 2 dos akan diberikan, dos pertama pada umur 9 bulan manakala dos kedua pada umur 12 bulan.

Sebelum ini hanya satu dos MMR sahaja diberikan ketika bayi berusia 12 bulan. Perubahan jadual imunisasi bayi terkini dan terbaru ini telah diedarkan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan dan juga swasta.

Di bawah ini menunjukkan perubahan jadual imunisasi bayi MMR:

jadual imunisasi bayi

Vaksin sebenarnya adalah satu bakteria yang telah mati atau dilemahkan fungsi bahayanya dengan kaedah tertentu yang diperakui. Suntikan imunisasi vaksin boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui otot, di bawah kulit, mulut. Kesan sampingan dari vaksinasi adalah perkara normal, kebiasannya kesannya sangat ringan dan tidak membahayakan.

Dengan berpandukan dan merujuk kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI) WHO, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan vaksin terkini. Semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan, akan diberikan vaksin secara percuma dan ia meliputi 10 jenis vaksin yang ada untuk mencegah penyakit yang tidak diingini.

Pada masa akan datang, akan ada lebih banyak vaksin yang akan diperkenalkan. Jadual imunisasi bayi mungkin akan sentiasa diubah suai mengikut kepada keperluan semasa.

  • * Ini menunjukkan vaksin kombinasi iaitu DTaP-IPV/Hib 5 dalam-1 yang digunakan di dalam jadual imunisasi utama.
  • **DTaP selepas imunisasi utama: sesiapa yang tidak menerima vaksin DTaP semasa kanak-kanak, vaksin Td (dewasa tetanus-difteria) akan digantikan jika dos terakhir diterima ketika umur belasan tahun.

Bagi kanak-kanak yang telah memulakan dengan imunisasi DTaP haruslah dilengkapkan juga dengan DTaP, tidak boleh ditukar dengan imunisasi DTP.  Manakala bagi kanak-kanak yang telah menggunakan imunisasi DTP boleh sebagai permulaan boleh meneruskannya untuk dos seterusnya.