≡ Menu

Pendidikan Percuma di Malaysia. Adakah Anda Bersetuju? Ada Cadangan?


Pendidikan Percuma di Malaysia. Adakah Anda Bersetuju? Ada Cadangan?

Pakatan Rakyat kata kalau mereka ke Putrajaya, mereka akan ada cadangan untuk buat dasar pendidikan percuma di Malaysia daripada tadika hingga ke universiti awam di Malaysia. Itu kata mereka.

pendidikan percuma

Kerajaan juga ada buat sesuatu untuk ringankan beban kewangan untuk persekolahan anak-anak dengan permansuhan yuran pendidikan.  

Tidak kira samada siapapun memerintah ataupun pembuat dasar, baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat sekalipun, isunya sekarang adakah munasabah pendidikan percuma di Malaysia dilaksanakan daripada peringkat tadika hingga ke universiti?

Kalau ikut cadangan Pakatan Rakyat, maksudnya di sini mana-mana keluarga yang miskin yang tak berkemampuan mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Tidak kira anda kaya atau miskin. Semuanya dapat. Sekarang pun kalau ada anak yang 4, 5 orang yang bersekolah baik sekolah sekolah menengah ataupun rendah, ibubapa yang tinggal di bandar di gaji “cukup-cukup” makan sahaja, sukar juga untuk buat persediaan anak-anak mereka ke sekolah. Begitu juga yang tinggal di luar bandar, kita biasa dengar ada anak yang sulung terpaksa berhenti belajar, sebabnya “KEMISKINAN”.

Di sekolah pun sekarang, macam-macam yuran sekolah ada.

Dan seperti yang kami katakan tadi, Pakatan Rakyat menyediakan pendidikan percuma di Malaysia bukan sahaja di peringkat tadika hingga persekolahan sahaja malahan dikatakan sehingga ke peringkat universiti.

Pendidikan Percuma di Malaysia. Cadangan Berita Semasa?

Mengenai cadangan untuk diberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, kami agak kurang bersetuju.

Adalah lebih baik bagi kami pendidikan percuma di Malaysia hanya patut diberikan daripada peringkat tadika sehinggalah ke peringkat sekolah menengah sahaja. Bagi kami, apabila sudah sampai ke peringkat universiti pun masih diberikan percuma agak kurang sesuai disebabkan universiti memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan daripada duit yuran itulah sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk pembiayaan penyelidikan dan pembelian peralatan, penyediaan lebih banyak jurnal dan macam-macam lagi yang akan berbalik kepada perkembangan universiti itu sendiri.

Kecuali ada cadangan untuk mengurangkan kos pengajian, ha…yang ini kami setuju. Tetapi tidak diberikan percuma bulat-bulat begitu sahaja.

Dan kenapa kami bersetuju sangat kalau pendidikan yang asas sahaja yang diberikan percuma? Antara sebab utamanya ialah :

  • Sebab kami rasa sebahagian besar ibubapa banyak habiskan perbelanjaan untuk pendidikan  pendidikan asas anak-anak. Sehinggakan mereka “tak dapat nak menabung & menyimpan”  untuk perbelanjaan anak-anak mereka untuk pendidikan yang lebih tinggi lagi. Sedangkan peringkat tinggi inilah yang paling penting sekali selain kos perbelanjaan agak tinggi juga.
  • Banyak yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dan miskin, jangankan nak pergi ke peringkat yang tinggi, mereka nak hantar untuk pendidikan asas anak-anak pun belum tentu mampu. Sedangkan ada dikalangan anak-anak mereka kalau diberikan peluang untuk belajar mampu “bergerak dengan lebih jauh lagi”
  • Kita akan kurang dengar orang kampung jual tanah, jual lembu semata-mata nak hantar anak mereka belajar di peringkat universiti
  • Yang penting sekali, semua dapat peluang belajar tidak kira anda miskin ataupun kaya asalkan anda bergelar rakyat Malaysia
  • Akhirnya semua rakyat Malaysia sekurang-kurangnya ada pendidikan asas

Dan kami fikir daripada memikirkan nak buat beberapa projek juta sana, juta sini, projek billion sana billion sini, ada baiknya kerajaan sekarang memberikan perhatian bagaimana nak sediakan pendidikan percuma di Malaysia  untuk  peringkat asas. Dan kami fikir, ia sangat baik untuk dilaksanakan. Tak rugi, malahan akan menguntung negara bagi jangka masa panjang.

Tetapi kami yakin, pasti akan ada persoalan, kalau dah bagi pendidikan percuma di Malaysia kepada semua akan ada “kemungkinan” kemudaratannya. Mungkin :

  • Ramai anak-anak kita yang kurang menghargai dan sambil lewa sahaja belajar kalau dah diberikan percuma

Bagi kami kalau mereka tak rebut peluang ini, mereka rugi. Itu sahaja. Walaubagaimanapun, selepas sekolah Menengah apa yang haluan yang menjadi pilihan, terpulang kepada mereka samada nak sambung ke peringkat Diploma, Matrikulasi, STPM, Politeknik, Sijil ataupun mahu bekerja sendiri, terpulang.

Sebab bagi kami setiap manusia ada kemahiran dan kebolehan yang tersendiri. Ada orang yang baik teorinya, belum tentu praktikalnya bagus. Begitulah sebaliknya.

Apabila dengan ada pendidikan percuma di Malaysia untuk peringkat asas, sekurang-kurangnya ibu bapa sudah diberi peluang untuk kumpul duit sepanjang 11 hingga ke 12 tahun lamanya (daripada sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah Menengah) dan dapat mendidik ibu bapa agar lebih bijak merancang hidup anak-anak.

Bagi kami, Malaysia boleh beri pendidikan percuma  kalau mahu. Kerajaan tak akan bankrap kalau beri pendidikan percuma di Malaysia untuk peringkat asas kepada rakyat. Malah seperti kami katakan, ia akan menjadi pelaburan yang sangat-sangat menguntungkan kepada negara bagi jangka masa panjang

P/S : Apa pandangan anda pula dengan pelaksanaan pendidikan percuma di Malaysia? Ada cadangan lain?

PP/S : Video di bawah ini menunjukkan lambakan pelajar di Amerika Syarikat yang pergi Jerman semata-mata untuk mendapatkan pendidikan percuma di sana.