Isu 1MDB. Pelaburan Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!


Isu 1MDB. Pelaburan Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!

Hutang negara Malaysia sudah menjerut leher, masih lagi bercita-cita besar melakukan pelaburan besar di atas nama 1MDB Malaysia.

isu 1mdb

Bentangkan belanjawan Malaysia pun dalam keadaan belanjawan defisit.

Tetapi, bercita-cita untuk meningkat kekayaan melalui pinjaman. Akhirnya pinjaman dan hutang yang telah diterbitkan itu, perlu dibayar juga bukan? Siapa yang akan menanggung beban hutang sebesar RM41 bilion ini? Nah inilah yang berlaku sekarang ini disebalik isu 1MDB …..satu demi satu aset mahu dikumpulkan 1MDB.

Sudah tengok eksklusif gambar kapal 1MDB milik yang Jho Low. (Sumber : http://mypt3.com/gambar-kapal-1mdb-equanimity

Lain Perdana Menteri lain caranya. Jikalau berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Tun Mahathir Mohamad terhadap cara anak buahnya mentadbir negara melalui penubuhan 1MDB yang dirasakan beliau tidak sepatutnya wujud sebenarnya.

Hakikat dan realitinya penubuhan 1MBD adalah “mesin” yang telah meningkatkan hutang negara dek kerana kerugian yang ditanggung 1MDB sekaligus akan memudaratkan negara. Siapa kata? Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Isu 1MDB : Kerugian Pelaburan 1MDB RM668.55 juta

  1. Terbaru isu 1MDB di mana pelaburan berjaya “mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM668.55 juta pada tahun kewangan 31 Mac 2014
  2. Berbanding kerugian pada tahun sebelumnya iaitu RM778.243 juta

1MDB Jho LowInilah pelaburan negara dilakukan berlagak seperti “berlagak sebagai dana kekayaan negara” sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara. Ya…semua ini adalah hutang. Hutang negara. Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara dengan amat tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina.

Siapa yang pernah pergi ke pejabat IMDB di Menara IMC, anda akan lihat betapa ramai non bumi dalam syarikat 1MDB ini. Mana tidak, satu demi satu syarikat disambar 1MDB termasuklah syarikat Tanjong Energy dan Genting Sanyen yang ada ramai non bumi juga.

Hebat….Hebat…..Negara lain yang kaya sumber alam termasuk negara pengeluar minyakcontohnya yang dilihat tidak mampu menghabiskan pendapatan negara mereka setelah mentadbir dan membangun negara, bertindak tubuhkan “sovereign wealth fund sebab terlebih cash” & dan merancang untuk melakukan pelaburan tunai di luar negara.

Cara Malaysia lain……lain…..sangat.

  • Malaysia punya sovereign wealth fund walaupun tiada simpanan tunai tetapi masih lagi bernafsu besar untuk berbelanja dan melabur
  • Akhirnya bertindak berani mengambil hutang berbilion-bilion dan melabur bagi tujuan membeli aset pada harga yang melampau dan tidak munasabah. Katanya pelaburan 1MDB ni ialah pembangunan strategik syarikat.

Hakikatnya, Berita Semasa tidak nampak apapun strategik yang mereka buat. Yang ada hanyalah kontroversi, kontroversi dan kontroversi yang berpanjangan disebalik isu 1MDB

  • Sebenarnya, pelaburan 1MDB ini mendapat dana dari GLC. Ehem….
  • Baik benar GLC-GLC Malaya, derma duit mereka untuk diberikan kepada 1MDB tanpa balasan apa yang dipanggil “cash contribution giving out money” secara berkala.

Persoalannya siapa yang bakal menanggung hutang sebesar RM41 bilion ini? Siapa? Usahlah masalah yang pernah melanda Renong sehingga mengheret untuk ditanggung kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu berulang lagi di mana akhirnya kesan dan natijahnya akan berbalik kepada rakyat…Cukuplah!!

Walaubagaimanapun, tidak mengapa. Ehem…..

Terima kasih kepada pelaksanaan GST pada kadar permulaan 6% yang bakal dibayar oleh kalangan rakyat marhaen, golongan miskin, golongan pertengahan, golongan kaya setiap kali mereka berbelanja di atas bumi Malaysia bermula tahun 2015. Nantikan…