Internet Percuma di Malaysia 30 Minit Sehari Bagi Rakyat Miskin Di Bandar & Luar Bandar & Penerima BR1M!

Internet Percuma di Malaysia 30 Minit Sehari Bagi Rakyat Miskin Di Bandar & Luar Bandar & Penerima BR1M!

Internet percuma di Malaysia : Siri pengumuman oleh Datuk Seri Najib Razak apabila mengumumkan tawaran pemberian Internet percuma di Malaysia baru-baru ini untuk tempoh selama setengah jam pertama kepada rakyat miskin di bandar dan luar bandar.

Internet Percuma

Berminat?

Informasi Internet Percuma di Malaysia?

  • Tawaran ini dijangka dilaksanakan April 2013 ini
  • Bakal dinikmati kira-kita 5 juta rakyat Malaysia
  • Golongan yang layak menikmati Internet percuma di Malaysia selama 30 minit ini setiap hari termasuk golongan yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi setiap isi rumah atau mengikut kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  • Maknanya jika anda penerima BRIM, anda layak menikmati skim internet percuma di Malaysia ini
  • Percuma setengah jam pertama bagi kepentingan keluarga, diri sendiri dan perniagaan
  • Projek skim Internet percuma di Malaysia ini melibatkan semua syarikat pembekal internet dan telekomunikasi.

Dan pasti ada ramai yang tertanya-tanya mengapa hanya 30 minit sahaja diberikan ketika ini? Nah…ini jawapan daripada pihak menteri malaysia :

Baru-baru ini kami membuat kajian bahawa kebanyakan orang hanya menggunakan internet antara 15 hingga 30 minit setiap hari,” katanya.

Ya…maknanya mereka telah pun membuat kajian. Tetapi…ada tetapinya. Semakan kami terhadapan laporan daripada pihak yang cukup berpengaruh & lebih berwibawa iaitu daripada pihak Nielsen Malaysia, Com.Score menunjukkan di sini kadar penggunaan internet sehari dikalangan rakyat Malaysia adalah sekitar 20 jam seminggu. Apa maknanya di sini?

  • 20 jam seminggu = 1200 minit seminggu
  • Seminggu? Sekitar 171 minit sehari
  • 171 minit = Sekitar 2 jam lebih sehari penggunaan Internet dikalangan rakyat Malaysia

Jadi kepada Datuk Seri Rais Yatim, laporan manakah yang digunapakai sehingga mendapat angka 30 minit tersebut? Sekadar mendapat kepastian..

Datuk Rais ada mengatakan ini semua ada diperingkat permulaan. Mungkin selepas ini lebih ramai selepas ini yang akan dapat manfaatnya. Cuma….cuma kami ada sedikit masalah dan masih merasakan akses kelajuan Internet di Malaysia perlu sangat dipertingkat pada kadar yang munasabah iaitu mengurangkan kadar bil-bil bulanan Internet yang ditawarkan ketika ini.

Malaysia di mana? Ada….Malaysia berjaya mengatasi negara-negara seperti Laos, Uganda, Bahamas dan Oman.

Walaubagaimanapun, satu permulaan yang baik daripada pihak kerajaan. Apa kata anda pula dengan skim internet percuma di Malaysia kali ini?