Indonesia Kutuk Proton Malaysia? Indonesia Tidak Akan Terburu-Buru Mengeluarkan Kereta Nasional

Indonesia Kutuk Proton Malaysia? Indonesia Tidak Akan Terburu-Buru Mengeluarkan Kereta Nasional

Di Indonesia sekarang ini, rakyat dan media mereka “lebih banyak menumpukan” kepada kejayaan pelajar vokasionalnya yang berjaya mencipta model kereta Kiat Esemka.

indonesia proton malaysia

Apabila diperhatikan disebelah hadapannya, kelihatan seperti Honda CRV (generasi ke 3). Manakala belakangnya pula dipanjang sehingga kelihatan ala-ala Toyota Unser.

Dua kali pandang seperti Toyota Prado pun ada.

Pada kami kalau dilihat kepada rekabentuk kereta Kiat Esemka ini banyak yang perlu dipertingkatkan. Tetapi untuk pelajar-pelajar vokasional Indonesia yang baru pertama kali melakukannya, boleh dikirakan baik sebenarnya.  Cuma yang menjadi persoalan kami, adakah enjin mereka buat sendiri atau import seperti mana yang dilakukan oleh Proton? 

Berdasarkan kenyataan salah seorang Menteri Indonesia menunjukkan secara jelas beliau kutuk Proton, dan dalam pada masa yang sama tidak berapa yakin dengan bisnes kereta di Indonesia. Yang menjadi persoalannya sekarang ini, samada kereta Nasional mereka nanti jika menjadi kenyataan,

  • adakah akan terus disubsidi oleh kerajaan atau
  • sememangnya mereka mampu menjana keuntungan yang berbaloi?

Oleh sebab itu, menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Dahlan Iskan menasihat Indonesia jangan terburu-buru untuk mengeluarkan kereta pertama mereka.

proton malaysia indonesia

Walaubagaimanapun, semakan terbaru kami memperlihatkan kereta SUV China ini, Foday seakan ada banyak persamaan dengan kereta ciptaan pelajar vokasional Indonesia, Kiat Esemka ini. Siapa yang menjadi mangsa ciplak sebenarnya?

Kereta SUV China, Foday. (fdqc.com/en/index.asp)

Bagi kami, mustahil pelajar sekolah vokasional mampu buat daripada daripada scratch, sehingga sekolah mereka boleh ada mesin mesin plastic moulding? Ada CNC machine? 3D printer untuk prototype?

Sudah berapa banyak ujian yang telah mereka lakukan terhadap kereta ini? Ataupun, mereka sebenarnya hanya beli bahagian-bahagian luaran sahaja, pasang. Tinggal buat bodywork sahaja? Sekadar membangkitkan persoalan sahaja….

P/S : Mungkin ada yang boleh membantu menjawab persoalan ini?