LHDN Income Tax Malaysia : Perbandingan dengan Singapore Hong Kong

LHDN Income Tax Malaysia VS Singapore VS Hong Kong. Antara Yang Paling Tinggi!!

Kalau kita semak semula data pada 2011, daripada 12.5 juta pencarum aktif EPF dan juga 8 juta pencarum socso boleh dikatakan angka yang cukup besar.

lhdn income tax

Malangnya di sini, pembayar cukai individu di Malaysia hanya 2 juta sahaja? Mana yang lain?

Manakala yang masuk top bracket aka 25 peratus tidak sampai pun 40,000 orang melibatkan bilangan pembayar LHDN income tax Malaysia individu. Kita boleh lihat di sini berapa ramai yang “berjaya melepaskan” diri untuk membayar cukai pendapatan di Malaysia

Perbandingan LHDN Income Tax Malaysia VS Singapore VS Hong Kong?

income tax malaysiaAkhirnya individu makan gaji yang pendapatan bulanannya hanya “cukup-cukup makan sahaja” antara kelompok utama yang dikerah bagi melaksanakan tanggungjawab untuk membayar LHDN income tax Malaysia. Belum sempat lihat gaji dah kena potong.

Tetapi kelompok ahli perniagaan, auta sana auta sini dan akaun disediakan oleh akauntan yang tidak beretika dengan menipu data yang sedia ada kononnya penyata menunjukkan kerapkali mengalami kerugian. Akhirnya….berjaya “diselamatkan”.

Kalau ikut apa yang dikatakan ‘urban poor’ di Kuala Lumpur contohnya, atau isi rumah pendapatan bawah RM 1,500 sebulan sebagai penanda aras, itu baru 50 peratus isi rumah Malaysia.

Jadi, kalau kita semak semula rekod Socso yang berjumlah 8 juta pencarum, makanya paling kuat hanya 4 juta yang layak kategori tak bayar cukai pendapatan di Malaysia. 2 juta lagi menyorok di mana? Manakala jikalau mengikut rekod pencarum aktif KWSP yang berjumlah 12.5 juta orang, makanya masih ada lagi  4 juta rakyat Malaysia yang “berjaya lari”

“Yang bayar cukai itu adalah rakyat marhaen macam anda, anda dan anda semua di sini. Yang kaya-raya tak bayar cukai pun sebab atas bukan berpendapatan tetap”

P/S : Sememangnya LHDN income tax Malaysia adalah tinggi supaya ia dilihat setara dengan negara-negara maju di luar sana. Malangnya gaji dan pendapatan yang diterima dikalangan rakyat Malaysia masih lagi setara dengan negara dunia ketiga.

PP/S : Harap Datuk Najib Razak mempertimbangkan isu mengenai gaji dan pendapatan di Malaysia yang dilihat masih lagi terbantut perlahan dalam pembentangan Bajet Malaysia kelak