Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam? Kali Terakhir Semak 2005!
Jikalau dibandingkan dengan pembayaran bonus yang akan dibayar Januari ini, kalangan penjawat awam telah mengimpikan agar kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan awam dilakukan dengan kadar segera. Setuju?
Masakan tidak, kali terakhir semakan kenaikan kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) kali terakhir dilakukan pada tahun 2015. yang mana :
Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam VS Kenaikan?
- Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 44 adalah kepada RM210.00 sebulan
- Manakala kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) naik bagi Kumpulan Sokongan Gred 1 hingga 40 adalah RM180
Sekarang ini sudah pun menuju ke akhir tahun, dan bakal menginjak ke tahun baru tidak lama sahaja lagi. Kadar elaun yang diberikan “tetap utuh dan masih tidak berganjak” setelah sekian lama…..
- Pada ketika itu harga rumah berapa?
- Sekarang pula harga rumah berapa kali kenaikan?
- Bagaimana pula sewa di bandar-bandar besar?
- Masih relevankah dengan kos sara hidup sekarang ini?
Berita terkini dan terbaru Berita Semasa semak dari persdidangan Dewan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan melakukan semakan kenaikan Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan kerajaan dengan bersyarat :
- Syaratnya, jikalau dana dan kewangan kerajaan Malaysia berada dalam keadaan stabil
Insyaallah….Mudahan-mudahan dipermudahkan harapan besar 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia sekarang ini. Amin
Berita Semasa tidaklah mengatakan yang mana kerajaan malaysia mesti menampung kos sewa dan tempat tinggal kakitangan kerajaan sehingga 100%.
Tidak begitu. tetapi sekurang-kurangnya biarlah angka itu munasabah dan relevan pada hari ini. Anda semak pada tahun 2005 yang pada ketika harga rumah masih lagi “aman-aman sahaja” masih lagi stabil. Sedangkan realitinya kenaikan harga rumah dan kadar sewa mula melonjak tinggi sejak tahun 2009 sehinggalah sekarang.
Munasabahkah kadar Imbuhan Elaun Tetap Perumahan (ITP) naik kakitangan awam?
Diharapkan kerajaan Malaysia & JPA pertimbangkan juga kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) mengikut lokasi.
P/S : Dalam realiti dan cabaran hidup sekarang, prihatin sahaja tidak cukup. Yang penting tindakan dan prestasi. 1.4 juta kakitangan awam sedang daripada jauh dan dekat menilai prestasi anda sekarang ini. Buktikan…
Di bawah ini pekeliling kenaikan kadar elaun rumah yang JPA semak sekitar 9 tahun lepas….