Iklan Raya Petronas vs Iklan TV3. Mana Terbaik?


Iklan Raya Petronas vs Iklan TV3. Mana Terbaik?

Sambutan raya akan tiba tidak lama lagi. Iklan raya pun dah keluar. Baik samada iklan raya TV3 mahupun iklan raya Petronas. Ramai yang ternanti-nanti apa mesej yang cuba disampaikan kepada penonton kali ini melalui iklan-iklan tersebut.

iklan raya petronas

Tetapi di sudut hati kecil kami ada sedikit rasa kesal, melihatkan iklan raya TV3 kali ini………………..anda sudah melihatnya?

Sekali pandang, iklan raya TV3 seperti seolah kita akan menyambut Krismas pula tidak lama lagi. Dua kali pandang, rasa pelik dan kecewa pun ada. Naik juling mata kami sambil mencari kalau-kalau ada mesej-mesej yang tersurat dalam iklan raya TV3 kali ini yang cuba diselitkan? Tetapi entahlah……tak jumpa juga? Bagaimana pula dengan pandangan anda?

Iklan Raya TV3 kali ini menunjukkan seorang atuk yang menaiki beca dan boleh terbang pula ala-ala santa claus melintasi bulan. Haha…kesian atuk yang berlakon ini. Kemudian ada pula bunga teratai. Bunga teratai selalu dalam agama apa? Cuba anda google tengok…..nanti korang dapat jawapannya.Erm…entahla. Mungkin kebetulan bunga teratai itu (think positive)? Mungkin………

Agaknya dah habis idea orang-orang TV3 di belakang pembikinan iklan raya kali ini. Sehinggakan carca merba jadinya. Anggaplah ini teguran ikhlas dan membina daripada kami.

Perbandingan Video Iklan Raya Petronas Vs Video Iklan Raya TV3


Di bawah ini pula, iklan raya Petronas:

Walaupunbagaimanapun, dalam banyak-banyak iklan raya sebelum ini, iklan raya Petronas di bawah ini masih menjadi pilihan kami. Sarat dengan mesej dan nilai murni.

Dialog pendek sahaja tak perlu panjang-panjang, tetapi begitu mendalam dan sangat-sangat terkesan kepada penonton iaitu Iklan raya Petronas yang bertajuk ‘Si Janda Anak Tujuh’ arahan Yasmin Ahmad adalah yang terbaik setakat ini……berbanding iklan raya TV3 kali ini. Memalukan!!