Iklan Raya Petronas vs Iklan TV3. Mana Terbaik?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Iklan Raya Petronas vs Iklan TV3. Mana Terbaik?

Sambutan raya akan tiba tidak lama lagi. Iklan raya pun dah keluar. Baik samada iklan raya TV3 mahupun iklan raya Petronas. Ramai yang ternanti-nanti apa mesej yang cuba disampaikan kepada penonton kali ini melalui iklan-iklan tersebut.

iklan raya petronas

Tetapi di sudut hati kecil kami ada sedikit rasa kesal, melihatkan iklan raya TV3 kali ini………………..anda sudah melihatnya?

Sekali pandang, iklan raya TV3 seperti seolah kita akan menyambut Krismas pula tidak lama lagi. Dua kali pandang, rasa pelik dan kecewa pun ada. Naik juling mata kami sambil mencari kalau-kalau ada mesej-mesej yang tersurat dalam iklan raya TV3 kali ini yang cuba diselitkan? Tetapi entahlah……tak jumpa juga? Bagaimana pula dengan pandangan anda?

Iklan Raya TV3 kali ini menunjukkan seorang atuk yang menaiki beca dan boleh terbang pula ala-ala santa claus melintasi bulan. Haha…kesian atuk yang berlakon ini. Kemudian ada pula bunga teratai. Bunga teratai selalu dalam agama apa? Cuba anda google tengok…..nanti korang dapat jawapannya.Erm…entahla. Mungkin kebetulan bunga teratai itu (think positive)? Mungkin………

Agaknya dah habis idea orang-orang TV3 di belakang pembikinan iklan raya kali ini. Sehinggakan carca merba jadinya. Anggaplah ini teguran ikhlas dan membina daripada kami.

Perbandingan Video Iklan Raya Petronas Vs Video Iklan Raya TV3


Di bawah ini pula, iklan raya Petronas:

Walaupunbagaimanapun, dalam banyak-banyak iklan raya sebelum ini, iklan raya Petronas di bawah ini masih menjadi pilihan kami. Sarat dengan mesej dan nilai murni.

Dialog pendek sahaja tak perlu panjang-panjang, tetapi begitu mendalam dan sangat-sangat terkesan kepada penonton iaitu Iklan raya Petronas yang bertajuk ‘Si Janda Anak Tujuh’ arahan Yasmin Ahmad adalah yang terbaik setakat ini……berbanding iklan raya TV3 kali ini. Memalukan!!




Share.

55 Comments

  1. terdapat unsur2 freemason dalam iklan nie… Hairan bagaimana beca boleh terbang kat langit. Dah macam santa claus dah…

  2. Petronas punya iklan memang berada dalam kelasnya tersendiri. :tepuk

    Iklan TV3 terlalu urban. Macam x berapa sesuai. hmm..

  3. Sebelum ini, AJL pernah dihiasi dengan unsur-unsur Freemason dan Illuminati. Ini bukan sesuatu yang di luar jangkaan tetapi jelas dirancang supaya kita terpengaruh dengan budaya songsang.

    Masakan TV3 tidak tahu dengan elemen Raya Aidilfitri dan budaya orang Melayu? Awasilah tindakan ‘tangan-tangan tersembunyi’ ini. :jangan

  4. sprinkler on

    “mak,mak..bangun mak! daging,hati,limpa,paru semua ada mak”
    ….ayat ni setiap kali aku dengar,mesti sedih. kadang sampai menangis… :sedih

  5. AGAK APASAL LE DGN TV3 NI….? KLU YE PN NK MENGAMPU 1 MALAYSIA JGN LE SMPI TEGAMAK BUAT IKLAN SEBODOH NI..LANGSUNG XDE TERASA SUSANA AIDILFITRI, KRISMAS ADA LE…TERUS MELETAKKANNYA IKLAN RAYA YG TERBURUK PERNAH AKU TONTON. BAGI AKU IKLAN EON YG JAMAL NYANYI DULU2 TU JAUH LEBIH BAIK, WALAUPUN SETAKAT MENYANYI KAT TEPI KERETA JE.
    MEMANG BETUL & AKU SETUJU, IDEA YASMIN AHMAD GAK YANG TERBAIK SETAKAT NI. DULU BILA TIBA MUSIM RAYA ATAU NK SAMBUT MERDEKA, KITA SEMUA TERTUNGGU TUNGGU AKAN HIDANGAN DARI YASMIN..TAPI TUHAN LEBIH MENYAYANGINYA, AL-FATIHAH BUAT YASMIN AHMAD.

  6. lamknirhab on

    sepatutnya tv3 kena lebih peka lagi..dpat kan pandangan mereka yang lebih arif,,bila jadi mcm ni..1 malaysia haru biru..

  7. iklan TV3 ADALAH YANG PALING KARUT… AIDILFITRI TIADA KENA MENGENA DENGAN SANTA CLAUS, JAMBATAN PULAU PINANG, DAN BUNGA CEMPAKA… IKLAN PALING BODOH TAHUN INI….

  8. dengar kata iklan ini dah ditamatkan dan akan digantikan dengan iklan yang baru?? betul ker apa yang I dengar?

  9. rasanya tahun ni kedua duanya tak menyentuh perasaan pun .satu cam iklan krismas dan ada unsur unsur buddha dan satu lagi cam tgk filem komedi madu 3 pulak.cam la orang melayu/islam ni dok bergaduh bila tiba masa nak balik kg beraya.

  10. walaupun tv3 dh tarik balik penyiaran iklan raya tersebut bermula semalam, pihak kementerian patut kenakan tindakan pada tv3 kerana iklan tersebut boleh di kategorikan sebagai menghina/mempersendakan agama!!! Boikot TV3!!!!!Allahu-akhbar!!!

  11. sapelah pengarahnye………xde sensiviti langsung, dahlah banyak cerita mengarut dr seberang….nak kejar keuntungan la katakan

  12. Ehem, ehem on

    karut, memang karut iklan tv3 ni, kalau iklan anugerah iklan paling teruk, tentu boleh jadi juara ni

  13. :marah Setakat hentikan itu menunjukkan tindakan yang paling tidak Profesional. TV3 dan Media Prima wajib mohon maaf secara terbuka dengan setiap perbuatan mereka. Tindakan mereka dianggap ancaman terhadap kami UMAT ISLAM.

    :marah Tindakan menghentikan serta-merta iklan tersebut menunjukkan tiada sifat Profesional pihak terlibat dalam menjaga sensetiviti kami Umat Islam di Malaysia dimana majoritinya adalam penganut agama tersebut. Sepatutnya pihak TV3 dan Media Prima wajib memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka yang berkemungkinan boleh mengancam akidah kami penganut agama islam terutamanya penoton-penonton kecil.

  14. ya.. mari kita bersama mengatakan iklan paling bododh adalah dari TV3….. mcm raya hindu + krismas….

  15. yusz arjuna on

    adalah malang sekali dalam usia 25 tahun tv3 masih belum punya jati diri. Jika penulis skrip, pengarah dan mereka yg tlibat dlm pembikinan iklan ini dangkal pemikirannya masih boleh kita maafkan tp amat memalukan peneraju2 di tv3/media prima mengizinkan iklan sekolot ini ditayangkan…

  16. Tangan tangan ghaib dalam TV3 saja nak ‘test market’ sensitiviti umat islam kat malaysia ni. Mereka ni sengaja ‘cucuk jarum’ untuk melihat samada umat islam akan melatah atau tidak dengan iklan paling bangang yg mereka keluarkan, siap tulisan jawi diterbalikkan lagi sebagai simbol untuk menghina islam. Wajah sebenar TV3 telah ditunjukkan oleh Allah di dalam bulan yg mulia ini. TV3 boleh pergi mampussss…

  17. KUALA LUMPUR – Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

    Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.

    Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.

    Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

    Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.

    Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

    macam iklan krismas pun yer…iklan deepavali pun yer…iklan tourism malaysia pun yer…tambah sikit…macam iklan super power pun yer… :ketawa :gelak apa pun iklan petronas tahun ni mmg best…

  18. Memang bangang, sial, lakhnat, TV3 ni.. mereka mempersendakn hari KEBESARAN bagi umat ISLAM satu Dunia. patut Mohon Maaf secara terbuka kepada seluruh umat islam.. bodoh punya tv3..

  19. Bengap + Dungu + Sial + Lakhnat =TV3…
    manalah golongan bijak pandai agama dalam stesen ni.. skung ni scary movie pun dah masuk TV3..

    minta maaf secara terbuka kepada seluruh umat islam adalah jalan terbaik.. Memalukan.. Mana suara kementerian dalam ISU ni??

  20. sangat kurang bijak tv3 nie..iklan serupa iklan penyapu..baik tgk iklan racun serangga.. :gelak :tembak

  21. aku tengok ok jer iklan tu.. :malu :malu setiap stesen ada stail tersendiri :senyumkambing :senyumkambing cuma pemikiran/minda kita jer yang tidak dapat menerima perubahan.. :senyumkambing peace :hormat :hormat

  22. ok ape mcm tu.. iklan mcm sampah, takde nilai murni.. pergi terbang naik beca tu nk gi mana.. takke bodoh…

  23. :senyumkambing aku hanya menyelami imaginasi org yg buat iklan ni..kreatif per.. :ketawa :ketawa

  24. freaky_raya on

    HEHE..KREATIF PER IKLAN TV 3 TU, TAPI IANYA UTK OWANG2X YG IDUP URBAN N BERSIFAT IMIGINASI DI KE-EL 2..HEHE :senyumkambing :ketawa :gelak ..
    TANIAH IKLAN PETRONAS KERNA MEMENANGI HATI RAKYAT SEKALIGUS MEMPUNYA SISIPAN NOTA PENGAJARAN UTK TONTONAN UMUM.. :comel :tepuk

  25. belantara hutan... on

    dari ko selam imaginasi org bodo buat iklan….baik ko g selam kat laut china selatan.. bagus gak kalo ko mati lemas… bengong… sensivitif UMAT ISLAM tak pulak ko amik tau… jgn tunjuk sgt kebodohan pikiran ko tu… nnt org prasan…. :phwitt

  26. sang murabbi on

    tv3 ni cam perosak umat..bnyak sogok hiburan, rohani kurang n bermusim time ramadhan jerr

  27. Aper nak heran. X semestinya freemason tu dikalangan orang bukan islam je. Tapi dah meresap kedalam pemikiran orang islam. Yang lebih menakutkan lagi orang islam sendiri ada yang jadi tali barut. Inilah penangan mindcontrol.

  28. muka surat bertulisan jawi tu memang terbalik..jahat tol sape yg plan semua ni..ingat org xtahu la tu..tv3 pn sama bengong..

  29. Anaz Izkandar on

    Taubat la wahai warga tv3..I hate Gagasan 1malaysia..wawasan 2020 juga satu gagasan yang releven dan patriotik!!

  30. aku rasa Dato’ Farid cumalah executor a.k.a pesuruh sahaja. Mesti ada orang yang lebih berpengaruh di belakang CEO TV3 tu yang menjadi dalang iklan kontroversi tu..huhuhuh

  31. Terbaik iklan petronas :tepuk ..iklan Tv3 karut.. :tembak

    Selamat HAri Raya :joget

  32. langsung tak mengaji agama…tak dak roh agama…. nk tnjuk kreativiti konon….bodek…bodekkk..bodekkkk…1M

  33. Maksud Tersirat Iklan TV3 on

    Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka
    a)Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
    b) Buku – Bible
    c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
    d) Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
    e) Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
    f) Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
    g) Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

    Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
    a) Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
    b) Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
    c) Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
    d) North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas – Simbol Paganism
    Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

    Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
    c) Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
    b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian?
    Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
    Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
    Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

    a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

    Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
    a) Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
    b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

    Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
    a) Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
    Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

    a) Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

    Scene 9 – Beca terbang merentasi sebuah pulau.
    a) Pulau – Singapore lah.

    Scene 10 – Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
    a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) – tempat tinggal Jin
    b) Masjid Kecil – Agama Islam yang lemah

    Scene 11 – Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
    a) Bangunan Misteri – Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
    b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk – Seolah-olah Perlakuan Biadab

    Scene 12 – Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

  34. :mari ish2..kita dsuruhnya mati.. :sedih dibulan yg baik ni pun nak sumpah orang.. :ketawamanja :ketawamanja

  35. Sbnrny ni krje the hidden hand, die dh pn de dmalaysia. sekali ngn para illuminati trmasuk ngn freemason. nmpknya pegawai atasan masih lg ngn freemason, pe nk jd dh kt Malaysia ni, ingtkn dh kuar dh dr freemason, rpenya de lg, tgklh pd kesannya skrg…

  36. nk sgt 1malaysia…yg pemimpin xhabis-habis nk gado pasal politik pasal pe…?
    dh pmimpin xbersatu..jgn nk hrpkn rkyt…

  37. jd yg dimaksudkan dengan tulisan jawi pun nak kita telan bodoh bodoh ke… pikir lah sahabat

  38. haa…bg yg bnyak2 komen 2,pa kate kalu raya tahun depan korang pulak yang buat iklan….i’ll wait 4 dat….k kita tggu raya 2011 ton depan k…ramai2 kite tunggu. . . :berangan

  39. ikalan tu ok ja la… kenapala nak juga hebo2kan.. napa bangsa sendiri pon nak jatuhkan… pelik betul aku dgn org mcm ne…

  40. ala,melayu mmg racist,asyik2 nak menang jer…itu lah fakta n kenyataan nya…

  41. kepada saudara Musafir..bila ada sesuatu kesilapan yang dilakukan, kita hendak lah tegur dgn cara yang baik utk mereka yang bersalah perbetulkan kesilapan tu..tak perlu lah sikit2 nak boikot..tahu tak saudara Musafir, berapa ramai pekerja di stesen tv3 tersebut dan cuba saudara Musafir periksa siapakah pekerja2 itu.

    Jgn ada perasaan dengki & perasan menjatuhkan org. Drpd menjatuhkan org, lebih baik kita memajukan diri sendiri. sebab tu saya tak nampak kemajuan bangsa sendiri.

  42. ya..nama saja mau laungkan 1 Malaysia konon..tapi setakat iklan begini pun nak heboh…Kalo Agama Kristian yg di hina/caci, tak de pulak Malaysia nak msukkan dalam TV/berita sampai heboh2 macam ni…tapi kita tak kisah pun…tapi , bila Agama Islam di perkatakan, trus nak buat rusuhan la..apa la…

  43. yg kes kepala babi dibaling msuk kt dlm masjid x heboh pn?? knpa x heboh? sbb xnak bergaduh la…. bangang………

Leave A Reply