Kepada yang mahu buat pengeluaran akaun 1 boleh mohon melalui daftar borang permohonan pengeluaran khas kwsp i sinar kwsp sebanyak 10K sekaligus
Sekarang KWSP telah benarkan untuk buat pengeluaran akaun 1 kwsp.
Berapa jumlah yang dibenarka dan syarat yang ditetapkan ada dikongsikan seperti di bawah ini
Kategori i Sinar Kwsp
Jika anda berada dalam 2 kategori yang di bawah ini, anda layak buat pengeluaran akaun 1 melalui i sinar kwsp
- Pastikan anda mengalami penurunan gaji dan pendapatan bermula bulan Mac
- Anda sudah tidak mencarum selama 2 bulan berturut-turut
Semakan i Sinar Kwsp
Semakan keputusan boleh anda semak di sini, https://isinar.kwsp.gov.my/
Tuntutan kepada Kwsp
Bagi mengelakkan anda menghadapi sebarang masalah berbangkit, anda disarankan untuk register dan bukan i-akaun.
Sila kemaskini nombor telefon anda bagi membolehkan anda menerima nombor TAC tanpa sebarang masalah
Pastikan jika nombor telefon anda masih aktif
Walaubagaimanapun masih ramai yang menuntut kwsp supaya menyemak semula segala syarat dan kriteria yang ditetapkan sebelum ini.
Dengan harapan lebih ramai dapat buat pengeluaran akaun 1 dengan mudah dan senang
Hakikatnya dengan kriteria yang ditetapkan sekarang ini ramai yang kecewa kerana ramai yang tidak dapat membuat pengeluaran. Banayk syarat yang dikenakan dikala ramai yang sangat memerlukan dalam era covid 19 kali ini.
Sehingga kini, kwsp masih belum membuat sebarang perubahan sepertimana yang dikehendaki oleh pihak pencarum supaya pengeluaran akaun 1 melalui i sinar kwsp sebanyak 10k dengan mudah dan senang