≡ Menu

Hutang Malaysia RM685.057 Bilion : Amaran Tengku Razaleigh


Hutang negara malaysia RM685.057 Bilion. Amaran Tengku Razaleigh Mengenai hutang Malaysia Kepada Kerajaan!

Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera.

hutang malaysia

Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia samada b40 m40 t20 bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 88.5 peratus pada hujung tahun 2016 yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia. Diingatkan sekali lagi tertinggi di ASIA.

Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia”. Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 300 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 32 juta orang sahaja.

Jikalau sebelum ini Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.

Hutang Negara Malaysia Terkini Terus Naik!

Semakan Berita Semasa pada portal mypt3 menunjukkan data dan statistik yang dikeluarkan sendiri oleh Bank Negara untuk tempoh 5 tahun yang terakhir ini sehinggalah suku kedua tahun 2017 ini hutang malaysia terus menunjukkan trend kenaikan.

Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah pernah bangkit di Dewan Rakyat menyuarakan kebimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang malaysia terkini yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.

Malah dapatan yang kami perolehi melalui CEIC yang merupakan sebahagian daripada kumpulan pelaburan Institusi Euromoney telah menunjukkan kepada dunia yang mana hutang Malaysia telah meningkat mendadak sejak dari tahun 2008 lagi.

Perlu diingatkan kerajaan tidak boleh melebihi 55 peratus seperti mana yang termaktub dalam Akta Jaminan Pinjaman 1959 dan juga Akta Peruntukkan Kerajaan 1983

hutang malaysia

Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.

Statistik Hutang Malaysia Hingga Tahun 2018

[table sort=”desc,asc”]
Tempoh,Jumlah Terkini Hutang Malaysia (Bilion)
Q1 2012,RM470.759
Q2 2012,RM476.676
Q3 2012,RM484.621
Q4 2012,RM501.617
Q1 2013,RM508.892
Q2 2013,RM519.304
Q3 2013,RM529.236
Q4 2013,RM539.858
Q1 2014,RM560.564
Q2 2014,RM568.893
Q3 2014,RM569.333
Q4 2014,RM582.828
Q1 2015,RM596.793
Q2 2015,RM627.499
Q3 2015,RM623.348
Q4 2015,RM630.540
Q1 2016,RM626.872
Q2 2016,RM655.745
Q3 2016,RM643.599
Q4 2016,RM648.475
Q1 2017,RM664.482
Q2 2017,RM685.057
Q3 2017,akan dikemaskinikan
Q4 2017,akan dikemaskinikan
Q1 2018,akan dikemaskinikan
[/table]

P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia.

PP/S : Ketika rakyat marhaen disaran perlu berjimat dan mengikat perut bila perlu, kerajaan Malaysia jangan membuat hutang Malaysia terlalu banyak. Sepatutnya menunjukkan tauladan dan contoh yang terbaik kepada rakyat yang di bawah ini…