Hutang Isi Rumah Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna Singapore

Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146 Peratus). Singapore, Korea Selatan, US, UK Pun Kalah.

Kenaikan Harga Rumah (2007 hingga 2Q2014) Naik 67 Peratus!

hutang isi rumah

Sejarah ekonomi di beberapa ekonomi terbesar di dunia termasuklah negara Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia yang mana masalah hutang isi rumah yang sangat tidak mampan telah menjadi teras utama disebalik tragedi kemelesetan ekonomi dan kegawatan ekonomi pada tahun 2008.

Inilah yang ditunjukkan dalam satu laporan khas yang dikeluarkan sendiri Mckinsey Global Institute (MGI) baru-baru ini berkenaan hutang isi rumah bagi negara-negara di dunia.

Hutang isi rumah tidak boleh dibuat main contoh hutang pinjaman rumah, ia sangat sensitif terhadap krisis dan kemelesetan dek kerana peminjam akan terus bergelut untuk membayar balik hutang pinjaman rumah mereka.

Semakan MGI: Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna

Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap McKinsey Global Institute (MGI) mendapatkan kenaikan harga rumah di Malaysia yang berlaku antara tahun 2007 hingga tahun suku kedua tahun 2014 telah mencatatkan angka yang boleh Berita Semasa agak mengejutkan iaitu kenaikan sekitar 67 peratus sekaligus :

  • Malaysia diangkat sebagai salah sebuah negara yang tersenarai dalam senarai negara yang memiliki hutang isi rumah dibanding pendapatan boleh guna rakyat Malaysia yang sangat tidak lestari (Belanda, Korea Selatan, Kanada, Sweden, Australia, Malaysia, dan Thailand)
  • Malaysia bersama-sama dengan Thailand mempunyai nisbah yang tidak seimbang vs pendapatan boleh guna yang sudah setahap negara maju
  • McKinsey Global Institute (MGI) meletakkan nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat bagi negara membangun berada pada kadar purata 121 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 280 peratus untuk negara maju
  • Nisbah Malaysia melampaui tahap hutang isi rumah di Amerika Syarikat (99 peratus) dan United Kingdom (133 peratus) pada 2Q14

Mckinsey Global Institute (MGI) memberikan amaran supaya Malaysia memantau masalah ini yang semakin melampaui jangkauan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia sekarang ini bagi mengelakkan ia terdedah kepada risiko yang lebih serius.

Hakikatnya, hari ini nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan boleh guna rakyat negara ini dikategorikan sebagai antara yang tertinggi di dunia, sehingga mampu negara membanguna seperti Malaysia mampu mengalahkan negara maju yang lain termasuklah Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom.

Ia membuatkan Berita Semasa tertanya-tanya, apakah puncanya dan bagaimana boleh menjadi seteruk ini?

P/S : Anda boleh semak gambar-gambar dan butiran laporan yang telah Berita Semasa sertai di galeri gambar di bawah

PP/S : Hari ini juga Kanada dijangka sedang berhadapan dengan krisis dengan kerana data ini. Berhati-hati…