Hrmis Maklumat Diri : Login Sistem Pengurusan Sumber Manusia


Hrmis Maklumat Diri Aplikasi Sistem Pengurusan Sumber Manusia: Hrmis2 Login

Pastinya ada yang tertanya-tanya apa itu hrmis?

hrmis

Ia merupakan aplikasi yang dibangunkan dan ditawarkan oleh kerajaan Malaysia bagi memudahkan propses pengurusan sumber manusia melibatkan semua agensi awam di Malaysia.

Antara agensi kerajaan yang menggunapakai HRMIS ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak (JKMNS). Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Pejabat Perdana Menteri (PPM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Dengan perkhidmatan yang ada melalui portal HRMIS2, segala rekod anda daripada mula bekerja sebagai kakitangan awam, sehinggalah tamat berkhidmat akan direkod dan disimpan melalui aplikasi yang ada ini.

Sekaligus ia mengelakkan kehilangan rekod fizikal dan ketidaktepatan maklumat dan info pada ketika diisikan secara manual.

Faedah Hrmis Maklumat Diri


Perkara Butiran dan Pautannya
Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia KLIK SINI
Panduan dan Tutorial KLIK SINI

 

Pegawai dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  1. Mengemukakan tuntutan
  2. Memudahkan pengurusan saraan elaun
  3. Memudahkan kenaikan pangkat
  4. memudahkan proses pinjaman loan
  5. Memudahkan pengurusan harta
  6. Merekod cuti dan prestasi kerja anda
  7. Menguruskan penamatan perkhidmatan pencen anda kelak
  8. Memudahkan proses pertukaran
  9. Menguruskan profil dan kemaskini maklumat diri anda

Jikalau sebelum ini Berita Semasa perhatikan kebanyakan portal rasmi milik kerajaan Malaysia termasuk portal HRMIS (eghrmis) masih lagi ditakuk lama apabila tidak serasi dengan browser lain selain daripada Internet Explorer.

Sedangkan kebanyakan pengguna Internet di Malaysia sekarang ini sudah pun menggunapakai browser seperti safari dan tidak lupa juga Google Chrome. Sepatutnya sistem ini boleh digunakan dengan semua jenis browser popular dan terkini

Alhamdulillah teguran itu didengari apabila didapati aplikasi ini kini dilihat lebih mesra pengguna daripada sebelumnya.

P/S : Cuma diharapkan masalah untuk diakses pada waktu yang menjadi tumpuan sebilangan kakitangan awam dapat diatasi dengan spesifikasi server yang lebih baik. Antara rintihan dan aduan anda sepanjang menggunapakai portal rasmi eHRMIS.gov.my. Mungkin boleh kongsikan bersama di sini?

PP/S : Walaubagaimanapun, dikesan terdapat beberapa masalah yang akan anda hadapi sepanjang menggunapakai aplikasi ini termasuklah skrin anda akan jadi gelap, terpapar mesej amaran, dan juga paparan menu yang tidak mesra. Zon timur.