Hartanah Johor Berkelas Tinggi Berjaya Dibolot 130,000 Warga Asing. Cara Atasi? Kadar Cukai Akan Naik!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Hartanah Johor Berkelas Tinggi Berjaya Dibolot 130,000 Warga Asing. Cara Atasi? Kadar Cukai Akan Naik!

Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah ‘FreeHold’.

hartanah johor

Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku?

Berita Semasa lebih hormati cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja. Malaysia?

Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah di Johor?

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah Johor, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan.

Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini?

Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi hartanah Johor bakal  menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura.  Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura  disewakan kepada expartariat.

Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah dan hartanah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah Johor sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal jadi tempat tinggal warga Singapura.

Sambung baca lagi laporan Bernama di sini…

“Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan kadar berbeza bagi cukai harta,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata, beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki hartanah di Johor ini. – Bernama

Sumber : Berita Bernama

Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru. Mengambil kira faktor :

  • Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya
  • Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia
  • Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah

Ayuuh penguatkuasa, kapitalis hartanah yang berada di barisan hadapan dan juga kalangan yang berkepentingan & berpengaruh yang berselindung di belakang mereka ini, sedarlah jangan biarkan rakyat sendiri merempat dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima semata.

Akhirnya lagu di bawah ini bakal menjadi siualan untuk tempoh masa yang kan datang. Tidak mustahil…..

Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus perdana yang lain mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong membina rumah mahal & menjual serta menggadai kepada warga asing.

  • Baru-baru antara kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Penuh dengan warga Singapura.
  • Apabila ditanya, harga satu unit rumah kluster yang terpampang “only bumi unit left” dengan harga RM1 juta lebih
  • Adakah ada warga Johor yang waras beli rumah teres dengan harga RM500,000 ke atas?
  • Majoriti pemilik hartanah Seri Alam. Bukit Indah orang mana? Kalau tidak….
  • Projek terbaru laris macam goreng pisang. Satu lagi projek berhadapan dengan Jusco Bukit Indah telah pun “sold out” walaupun belum “launch” lagi. Siapa pembelinya? Kalau tidak…..

Jikalau dilihat keadaan di sekitar JB/Nusajaya agak sedih kerana :

  • Seri Alam – Rumah yang bawah RM300,000 tidak akan dibina lagi, ada satu taman baru RM500,000 ke atas, apabila ditanya kepada pihak pemaju, jawapan mereka projek tersebut dipasarkan untuk kalangan”lecturers expatriate” yang akan datang  di mana Seri Alam bakal menjadi bandar Ilmu.
  • Buat rumah di ulu Pasir Gudang pun sama, pun sudah mencecah RM350,000.

Hartanah Johor Semakin Mahal : Usaha Menganinya?

Jadi, apa lagi usaha yang mahu dilakukan kepada orang Melayu Johor yang terdiri daripada golongan pertengahan & rendah terutamanya bagi membantu meningkatkan slot kependudukan mereka di di kawasan utama Johor?

Kenakan cukai tinggi kepada warga asing hanya bantu kerajaan tambah duit dan pendapatan sahaja terutamanya bagi menampung pemberian BR1M setiap tahun. Tetapi dengan duit BR1M tersebut, berapa banyak impaknya kepada orang melayu yang tercari-cari hartanah di kawasan bandar apatah lagi di tanahair sendiri.

Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika ditangani dengan mekanisme yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari nanti. Tidak mustahil. Dahulu…..

  • asalnya tanah palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin
  • akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal.

Kebanyakan rumah dan hartanah Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa?

  1. Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold
  2. Pajakan hanya tempoh yang singkat sahaja
  3. Nilai hartanah Johor yang boleh dibeli warga asing hanyalah pada kadar jutaan ringgit sahaja
  4. Dan dikenakan RPGT Malaysia berkali ganda berbanding rakyat tempatan

Sekarang ini terdapat projek komersial & perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay. Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tenga-tengah kawasan komersial berkelas mewah ala-ala masjid Kotaraya.

Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak ketika Hari Jumaat terutamanya. Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia.

Jenaka yang paling di Johor selama ini apa dia?

Hanya tanah kubur dan angin sahaja tidak dijual

Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura  sehingga kelihatan Selat Tabrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi begini? Apakah Johor ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga asing?



Share.

75 Comments

  1. melayu mana mampu beli. cina ja mampu beli tanah kat kawasan tu. pastu tulis kat dalam paper cina nak apa lagi? lol.

  2. wei…..alah setakat 130,000 tu masih rendah lagi angka yg diberi

    kat East Ledang jer dah berapa ramai, sekarang kalau lalu 2nd Link mmg tak hairan kita nampak mat saleh dgn plate S keluar masuk.

    orang johor boleh tgk sendirilah
    mereka tinggal kat sini tapi bekerja/bersekolah kat Spura, lagipun ramai cina2 yg one of them mmg masih kekal pegang IC sini utk senang beli rumah, Puteri Harbour pun sikit punya mahal, mana nak cari appartment yg bawah 250K??

    esok lusa kawasan bandar orang2 cina jer yg mampu duduk, melayu duduk lar kat ceruk2 mana
    umno pembela melayu mana?

  3. kawasan2 rumah yg berharga 350K ke atas mmg boleh kira dengar jari lar berapa kerat orang melayu yg tinggal, tak payah pergi jauh, tu Setia Tropika sesak dgn plate S

  4. nampak sgt Melayu tak tahu ambil kesempatan. Kau orang semua tak sedar ker dengan usaha kerajaan Johor sekarang ini ekonomi johor akan meningkat dengan kedatangan pelancong, jadi nasi lemak makcik pon turut dapat dibeli oleh pelancong itu, orang melayu boleh mendirikan gerai air tebu juga gerai burger di kawasan2 perumahan tersebut, sekaligus memperkayakan ekonomi orang melayu. Sekian.

    Wak Sarkawi
    Macai UMNO
    Kampung Parit Sokronojo

  5. Dekit demi dekit … Satu hari nanti Seluroh Johor Bahru akan dipunyai
    olih warga Singapura, cuma tanah kerajaan aja yg tinggal tu pon klu tak dijual ngan pemaju.

    Nasib MP Johor Baru Datuk Shahril di hujung tanduk kerana penduduk JB kebanyakan nya warga Singapura yg tak layak mengundi…

    Hasil cukai dari mereka ni memang banyak tp bak kata orang
    “Hasil banyak Kampong tergadai” buat apa …

  6. Iyo la …Org Melayu layak bukak gerai topi jalan jo …
    tu yg Wak Sarkawi mau…

    kat mana kemajuaan org Melayu yg di laung2 kan olih kerajaan BN klu takat gerai air tebu jo …hampehh

  7. kesian org johor…nak pindah mana lepas ni?

    lps ni pemain bola johor pun orang….. coach dah orang…..

  8. Biarkan saja senario tu berlaku. Mana-mana org Melayu yg undi BN tu boleh berterima kasih dengan pemimpin pilihan mereka sebab semakin byk hartanah dh dipegang oleh org Singapore tp xde apa-apa sekatan agresif. Sikit hari nanti org Melayu JB boleh buat rumah “atas pokok”. Bila dah duduk “atas pokok”, undi la lagi BN supaya boleh org Singapore boleh conquer satu Johor pulak. Hahahah!

  9. Cukai pintu tinggi dikenakan kepada warga Singapura memang patut disokong. Tetapi fikirkanlah apa yang mereka dapat pula.. contoh subsidi petrol, elektrik, air, makanan dan pelbagai lagi. Ini semua merugikan kerajaan malaysia.

  10. tiada tanah lagi on

    anakcucucicit kroni BN pon jual tebu tepi rumah singaporein pas ni….laku ke dak?

  11. INILAH NATIJAHNYA JIKA MEMILIH PEMIMPIN YANG FASIQ,TAMAK,PENTING DIRI SENDIRI DAN BERNAFSU TINGGI.SANGGUP GADAI NEGARA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.KAMI RAKYAT BAWAHAN TIDAK REDHA DAN MEMAAFKAN KESALAHAN INILEPAS NI WARGA JOHOR FIKIRLAH NAK DUDUK KAT MANA,ATAS POKOK KE ATAU ATAS BULAN…NAU ZUBILLAH..

  12. kat kota damansara pun sama, mana ada projek baru rumah atas tanah yg bawah RM300k??? lembah klang??? bukit subang??? denai alam??? sama aje mcm kat JB…

  13. rumah biru on

    felda ade duk felda sudah..dh penduduk johor rase kerajaan yg sedia ada lebih baik

  14. Salam Sayang,

    Ini semua salah pembangkang. mereka hanya tahu buat perhimpunan haram. Sepatutnya pembangkang membina rumah rakyat mampu milik.

    Akak bangga Johor semakin maju hasil usaha keras pemimpin UMNO/BN. Pembangkang pula nak jadikan Johor negeri komunis.

  15. Apa lagi yang PADI (pendatang asing dengan izin)mahu? on

    Tahniah BN! Hidup umno!

  16. Tengok kak Rosmah, comel tak? on

    130,000 warga asing hampir sama dengan bilangan angkatan tentera malaysia hari ini. Itu belum masuk dengan bilangan warga asing yang memiliki hartanah di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown sejak puluhan tahun dahulu.
    Mungkin penganut umno anggap bilangan ini masih sedikit. Terima kasih umno!!!

  17. Syarikat hartanah dap dan singapore sekarang begitu giat memborong tanah di bahagian pulau pinang sekarang ni..!!!!..terutamanya dibahagian majoriti melayu untuk mengurangkan orang melayu serta membolehkan wakil rakyat melayu dihapuskan terus dari pulau pinang,..!!!!..terutamanya dibahagian balik pulau sebab itulah lim guan eng pegang portfolio tanah,..!!!..kalau kerajaan pusat dan umno tidak bertindak segera membeli tanah dan menyimpan untuk penempatan melayu jangan harap lagilah akan adanya wakil rakyat dari umno di bahagian pulau.. .!!!!…kerajaan pusat perlu mengerah seluruh agensi kerajaan seperti petronas,khazanah dan lain lain memborong semua hartanah yang hendak dijual sebagai simpanan untuk penempatan melayu atau melayu hanya tinggal sejarah dibahagian pulau…!!!! …itulah bezanya melayu dan cina berpolitik ..!!!…melayu berkokok saja lebih ..siang malam..!!!!,…cina .didalam diam.sedang sibuk dengan pelbagai perancangan jahat mereka…!!!!!!..kalau tak percaya cuba buka ilklan hartanah tengok bertapa ghairahnya broker tanah sedang cari tanah di Pulau Pinang….!!!!!..

  18. Nampak ayu,wangi,langsing, jari halus, cantik mongel, tu perumpamaan lelaki pd wanita. Tapi time basuh buntut guna tisu je. Najis masih melekat. Mcm tu sesebuah pentadbiran,nampak pandai mentadbir,tapi rakyat yg ada tu …masih yg glamor dgn program bersamamu, kenapa masih ada mcm tu??????

  19. cucu madey on

    Patutnya artikel-artikel macam ni di print out bagi kat pak cik mak cik kat kampung felda kat johor tu. Biar otak depa berkembang skit. tapi, PRU dah lepas, nak buat macam mana..

  20. setakat naik cukai pintu tuh dorang dengan sengihnye campak duit je bayar..perumahan elit kat jb ni sume dorang conquer..x lama lagi orang2 jb khususnye orang melayu jadik orang gaji jek kat rumah2 dorang..

  21. mak nak susu.. on

    saya ejen hartana,, majority kt kl pun orang cina je yang kongke,, sampai saya pun rasa bahasa cina mcm bahasa rasmi,, satu2 cara saya nk dpt income lbih adalah dgn belajar cina.. nmpak? prumahan jutaan cina ambik.. bahasa sudah tentu cina akan ambik.. yahh,, saya sokong bn, apa cina mahu? tahukah anda cina tongkat malaysia.. tnpa cina ekonomi mlaysia tak kukuh,, bos cina kuli melayu,, ‘memperjuangkan melayu’ so kroni2 hya fikir keuntungan sahaja tanpa fikir kesan masa panjang..

    sekadar pendapat

  22. saya bekerja sbagai property ejen,,mejority yang beli property adalah bangsa cina,, orang melayu rumah flat atau setingan,, yang dududk rumah juta2 boleh di kira,,

    dari situ sya dapat rasa bahasa cina amat penting, untuk komunikasi dgn mereka, tak mustahil bhasa cina akn jd bhasa rasmi,

    so apa cina mahu? untuk pgatahuan cina tongkat malaysia, tnpa cina ekonomi malaysia tak kukuh,, ‘cina bos melayu kuli’

    bn ‘memperjuangkan melayu? , ‘jual nasi lmak dan air tebu tepi jalan? duduk plusuk bandar?, fikir2 lahh,,

    kroni haya fikir keuntungan tnpa fikir ksan masa pnjg kpada negara, ‘dah trhntuk baru terngadah’

    so moral of story, malaysia perlu d rombak walau makan masa dan mendapat halangan dari pelbagai pihak demi anak cucu kita,,

  23. PEMABNGKANG BIJAK on

    Wahai Pemabangkang yang mulia… bawa la isu ini ke Parlimen… Jadilah Pembangkang yag berintegriti dan beretika.. Xpayah la bawa ke jalanan berdemonstrasi bagai.. kamu sebagai pembangkang jalankan tanggungjawab anda di dlm Dewan Parlimen dengan mengusulkan isu ini… rasanya lebih baik.. bukan hanya pandai cakap ..

    Oh ya… bagaimana pula di Pulau Pinang ya? Berapa harga rumahnya? Siapa yang ramai beli ya? xnak ketengahkan isu ini?

  24. Saya penduduk johor menentang habis-habisan konsep pembangunan di Johor sekarang ni! Kadang2 rasa xlogik pulak..xkan ke dorg ni xbleh pk kesan2 pada masa akn dtg? Kalau la bleh jumpe menteri besar sendiri, tanya ape rasionalnya buat pembangunan seperti ini..Kami rakyat ade hak untuk bersuara…

  25. sememangnya kerajaan kena buat sesuatu dalam hal ni,cukai mesti di naikkan,orang singapore tak boleh beli kereta2 di malaysia,orang singapore mesti beli minyak ron 97 sahaja,harga minyak ron 97 mesti di naikkan lagi supaya subsidi minyak ron 97 tidak mereka rasai,(hanya stesen minyak di kawasan j.b sahaja). stesen2 minyak yang lain mungkin boleh di pertimbangkan dengan program ni.

  26. X LAMA LAGI.. MELAYU JOHOR JADI PELARIAN..INI YANG DIBANGGA2 KAN…MUDAH2 HAN ALLAH BUKA MATA N HATI ORANG MELAYU….

    SAMPAI MASA SEMUANYA DA TERLEWAT

  27. tidak lama lagi..orang melayu johor jadi pelarian di tempat sendiri.ini yang dibangga2kan….

    sampai masanya semuanya sudah terlewat…..

  28. aku ada aunty yg dok kat jb area taman tun.. dulu kat kawasan dia mostly ramai melayu, tp sekarang ni semua da tukar.. n aku agree kat sana da ramai bangsa bukan melayu memonopoli kawasan tu.. :)

  29. Ikut aja stail Sarawak, orang luar tak boleh beli Hartanah, macam aku (asal aku johor) Nak beli hartanah kena guna nama bini, Nasib baik bini aku orang Sarawak, apa-apa hal berlaku kat Johor aku ada Hartanah kat Sarawak, Tengok ajalah macamana

  30. Datuk Idris Jauzi MP Batu Pahat Bekas guru Sejarah aku kat SSI JB, tolonglah bawa perkara ini kat Parlimen gu,

  31. Org Islam tak bersatu, ekonomi rapuh, dengki dan hasad, riba dan rasuah jadi darah daging, jahil ilmu. Ini punca org kafir atasi dgn mudah secara total segenap bidang.

  32. Laka Laka Maciam YES! on

    Haiyh.. hari2 bising..Itulah Melayu, Betul Kata T. M.. Melayu mudah lupa.

    Beza Melayu & Cina.
    Melayu – suka meminta,ckp2, tp Usaha? sendiri mau ingat.
    Tak caye? Cer tgk k0men kat atas2, jual tebu pn sembang..
    Kadang2 jual aiskrim dpn sek0lah mampu beli kereta,
    mau ke tidak je nak buat..
    Tu contoh kecil, pendek kata usaha.
    Cakap hidup susah, sendiri yg menyusahkan hidup.

    Cina – Diam je. Tp berusaha. bak kata pepatah, sket2 lama2 jd^_^
    memang tak kaya terus..Orang kata PLAN2..kte susah,mungkin anak2 kaya suatu hari.

    Ikut l0gik, sape2 yg memerintah memang “t0l0ng kwn dulu ma”..kat mane2 pun..

    K0men sini cakap BN & kr0ni je kaya..

    Es0k2, g sh0ping beli spare part..
    Ah Meng ada spare part – rm280..
    Abu ada gak tp -rm30o..
    (dalam hati, baek aku tlg sama melayu, mahal sket je 20).
    Apa beza BN dgn kau?same je k0nsep.

    C0nt0h lain lah, kau ketua kmpg..
    Ada pr0jek kerajaan, kat tanah kampung..buat rumah k0s rendah..t0p list yg apply leh ckap le,mmg nama anak2 dulu, pastu sedara dekat2..
    Thats is life.
    Sedara puji tlg sama sendiri,

    orang kampung nun d huj0ng kampung jarang betemu, mis plak?
    Quota dh full..
    Memang cakap, ter0k betul ketua kmpung ini.

    K0nsep? Sama je.

    Pendek kata, ada duit simpan,buat m0dal ke? Tu pke sendirilah nk buat ape..tak kan hidup nk harap makan gaji kan?
    Harap makan gaji, myk turun,brg turun..same je..

    Memang,setahun 2, nmpak senang,ada perubahan..ringan beban, Tapi, Manusia ini, nafsu sentiasa membuak2,nak itu nak ini..Tipulah ckp taknak..

    Semua nak maju.
    Kerajaan nak maju.
    Rakyat nak maju.
    Aku nak maju.
    Kau kau & kau nak maju.Tapi mana usaha?asyik meminta je..Ubah?Inikalilah? Ubah diri, Ubah pemimpin buat ape, s0ma pemimpin nak negara maju,baru orang gelar dia PEMIMPIN.

    Ni tak, Ubah Ptptn?<= Gov tlg PINJAM duit, baru anak dpt sekolah..kalo pandai, b0leh jd biasiswa,FREE.
    Kalo KURANG pandai, mmg bayar balik.
    Tapi g0longan KURANG pandai ni yg mtk free plak."Mansuh"

    Ni tak, Ubah AES?bodo ke bangang? Ni yg aku salu lihat, "Terimakasih macai Bn, Dapat byr saman AES"
    HAHAHA! Bodo ke? Agak2 mcm mane saman tu leh dpt? Bawa keta tgk meter jangan tgk awek..hahaha!
    Ni tak, Ubah eh..byk la ubah2 ni.

    Inikalilah Ubah DIRI.

  33. MAKCIK Tempurung. on

    T’kasih -artikel yang bernas sekali! TOLONG BANGUN UMNO!

    Bahagian pertama:

    PM dan UMNO harus berhati-hati apabila berurusan dengan rejim Amerika/Barat, yang sebenarnya di bawah kuasa CIA-Mossad. Rejim US/Barat-Zionis sebenarnya adalah dalang dua muka yang amat merbahaya kepada Islam, umat Islam dan negara-negara Islam serta seluruh “Dunia Ketiga“ yang kaya dengan minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian global GM yang diharamkan di Eropah kerana menyebabkan kanser dll).

    Oleh yang demikian segala projek yang melibatkan pengambilan tanah-tanah negeri yang amat luas terutamanya di bawah rejim DAP/PKR (yang merupakan sekutu kuat penjajah Barat-Zionis), untuk projek-projek perumahan mewah, yang semakin menindas dan menghalau Bumiputera Melayu dan Bumiputera lain, serta yang Islam, terutamanya yang miskin, mesti dihalang dan diperbaiki dengan segera. Kerana ini juga merupakan strategi penjajahan Barat-Zionis yang halus, tetapi sangat merbahaya. Ini termasuklah melalui program “Rumah keduaku” yang juga dimonopoli oleh sekutu mereka yang lain dari pro Barat-Zionis iaitu Singapura/Jepun/Korea Selatan/Taiwan, dan seterusnya melalui harga rumah/flat yang terlalu tinggi disyaki dikhaskan untuk penyokong-penyokong DAP-PKR yang kaya, terutamanya yang BukanBumiputera!
    Maka kerajaan BN/UMNO mesti menyiasat latarbelakang syarikat temapatan dan yang asing, demi KESELAMATAN negara, contohnya projek perumahan dan komersial yang mahu dibina kawasan yang terlalu luas ini, di kawasan strategik berhampiran KLIA (syarikat US-barat besar seperti Horizon Group Properties Inc ini selalunya ada terlibat rejim Zionis Israel), seperti di bawah. Dan saya mengesyaki Mainstay Properties Sdn. Bhd adalah sekutu DAP/PKR. Sudahlah P.Pinang di bawah DAP/PKR habis TERGADAI, sekarang Selangor yang juga di bawah mereka, turut tergadai. Sila lihat 1. , Outlet Shoppes gedung beli-belah 17 hektar di KLIA :

    KUALA LUMPUR 7 Jun – Horizon Group Properties Inc dan Mainstay Properties Sdn. Bhd. akan bersama-sama melabur lebih RM180 juta untuk membangunkan fasa pertama ‘The Outlet Shoppes’, sebuah gedung premium di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang…..

    Untuk fasa kedua, kami merancang pembangunan kediaman dan komersil, tetapi masih dalam peringkat perancangan. Fokus kami ialah gedung itu….

  34. MAKCIK Tempurung. on

    Bahagian Kedua:

    Juga lihat penganiayan yang amat merbahaya, yang berterusan terhadap Bumiputera Melayu dan Bumiputera lain, terutamanya yang miskin di:
    , Malaysians and foreigners can still find good bargains for properties in Johor, By MOHD FARHAAN SHAH, May 29, 2013:

    JOHOR BARU: Malaysia Property Expo (Mapex) committee chairman K.K. Wong said …“The price of new housing projects in the state is quite affordable, with prices ranging from RM400,000 downwards, while an apartment is sold for between RM400 and RM1,200 psf depending on the location….The good ties between Singapore and Malaysia had also enabled Johor to experience a booming economy as well as attract more foreign investors to set up their businesses here, said Wong.
    “Besides investors from Singapore, there has been an increase of buyers from Japan, South Korea and Europe. Many of them prefer to buy properties in Nusajaya, Johor Baru and Tebrau, which have lots of commercial activities,” he said….

    2. , COVER STORY: Reviving Rawang, By Khairul Khalid ; 31 May 2013:

    …..property prices are picking up with quality link houses pushing RM400,000 – RM500,000…. Another big boost to Rawang’s property market is the new MRT which is slated for completion in 2017….What types of home buyers are fuelling Rawang’s growth in the property market? Leong admits that currently Rawang’s main investors are locals, with growing numbers of foreign buyers who have increased awareness and knowledge of the location…..

    Tan Lee Koon, Managing Director of Guocoland (Malaysia) Berhad…. that GuocoLand has developed close to 2,000 guarded homes and to date has completed over 30 per cent of its 1,000-acre township…..Rawang’s property market will be given another huge boost with the completion of the MRT in 2017….

    3. , Tropicana Corp launches RM6.3b Tropicana Metropark in Subang Jaya, Published: Friday May 31, 2013:

    KUALA LUMPUR: Property developer Tropicana Corp Bhd is developing 35.6ha of land in Subang Jaya into a mixed development project called Tropicana Metropark, with a gross development value of RM6.3bil spanning 12 years.

    Group CEO Datuk Yau Kok Seng said on Friday the project, with a net floor area of about 743,000 sq m, will be offering a fusion of residential, office space, retail, shopping mall, a four to five-star hotel, entertainment hub and learning and medical centres…..Meanwhile, Asmawi said MPSJ was talking to Keretapi Tanah Melayu Bhd to relocate the nearby Batu Tiga commuter station into the Metropark area to improve connectivity of the development….The two residential towers offered 627 apartment units with three designs studio, two and three-bedroom, with built-up areas from 600 to 1,200 sq ft, priced at RM840 per sq ft.

    “Since the preview two months ago, over 70% of the total units were snapped up, signifying high demand and buyers’ confidence for the development,” Yau added.

    4.

    State Govt Does Not Control Foreign Ownership At World Heritage Site – Penang BN Youth

    GEORGE TOWN, Oct 6 – Penang Barisan Nasional (BN) Youth claims the state government does not have a policy to protect 4,000 premises at UNESCO World Heritage site here.
    Its chief, Oh Tong Keong said the state government should have a plan to control foreign ownership of heritage premises as the position of Penang in world heritage is very important.

    “The state government must control ownership by foreigners. If all premises at George Town Heritage Site are owned by foreigners, it is a great loss to Penang people,” he told reporters here today.
    A Penang BN Youth study found that 82 out of 120 heritage premises are owned by foreigners, mostly Australians and Singaporeans.

    Most of the premises are in the centre of George Town Heritage Site like Love Lane, Lebuh Chulia, Lebuh Armenia, Lebuh Stewart and Jalan Masjid Kapitan Keling….Penang BN Youth deplored the state government statement that of 882 titles that involve transfer of ownership, only 34 lots were owned by foreigners..—

  35. manyak fening bce u punya komen… ini mcm senang waa ckp laaa,,, BN/UMNO sdh tau aa itu melayu aa skit aja fandai berniagaa,, itu BN/UMNO aa bukan mau tlg itu sama melayu,, tp aa tlg sama itu melayu tokey yg suda kaya maa.. Kalo waa aa,, waa talak buat itu mcm sbb wa pn malayuuu,,, waa kasi aa tlg malayu bgi projek konker bandar2 baru kasi tlg sama malayu dulu maaa, 50% mesti malayu punya business sbb apa waaa bule buat? sbb waa pgg kuasa maaa… sekalang sume buleh tenok maa,, ekonomi suma bukan melayu pegang maa, ini negala, negala melayu ke apa?? pemimpin pun olang melayu jugak kn?? haiyaaa ini mcm aa, lama2 buleh mampus sama itu malayuu

  36. sedangkan org cina pun tlg sesama diorang utk maju dlm bisness,, ni kan pemimpin negara BN/UMNO x leh tlg org melayu… kn da tau org melayu x berapa pandai berniaga kasi la pancing baru bule mengail,, tu pun x bleh nk pkr…

  37. Semua tanah bandar pun di punyai oleh mereka. Mereka bertuhankan duit jadi mereka mengumpul sebanyak yang boleh walau dengan cara haram.
    Tu lah bezanya islam dan kafir.

  38. Laka Laka Maciam YES! on

    Apa Lagi Melayu Mahu?

    Apa cer Bn/umn0 xtlg?
    Lagi Ptptn tlg pn nak d suruh mansuh.Es0k2 anak nk sek0lah, nk pinjam al0ng?

    Byk lagi kemudahan, Melayu je MALAS..

    X kan nak tnjuk satu satu?
    Nak suap satu2?
    Tu lah Malay You.

    Usaha, Usaha, Usaha..
    Inikalilah Ubah DIRI.

  39. kan bagus kalau hartanah tu dimiliki rakyat malaysia sendiri terutama orang melayu. takda la tanah bangsa tergadai. dorang ni kalau dah ada tanah kat negara kita takut buat kepala macam dia punya negara pula

  40. bodoh btl la negeri johor dh nak tergadai duk syg najib rosmah lgi… hahaha,, melayu2

  41. sama x serupa on

    Pembeli rumah di Johor adalah cina Singapore, Pembeli di P.Pinang dan Selangor adalah cina Malaysia

  42. tau pun… org melayu duduk flat la……tengok apa jadi( contoh kampung bakar batu dekat bandar JB.semua kena halau pergi flat…kampung amy search tuuu… orang raye balik kampung…ni raye balik flat…hehe.)
    hidup melayu…haha…

  43. bo….doh nye….tu lah….makan bnyk sgt duit haram…..
    kan dah macam anak haram…..
    rakyat pertikaikan hasil negara yg banyak tapi xmerasa bukan nya nak semua free…
    ko faham tak… susah cite dgn org yg sepandai macam lembu macam ko ni…

  44. Kindly refer to facts,

    1) PTPTN on early stage = 3% caj Perkhidmatan x 12 months, which bring total of = 36% caj perkhidmatan / interest per year.
    2) PTPN on current condition = 1% caj perkhidmatan x 12 months, which bring the total of = 12% caj perkhidmatan / interest per year.
    3) Personal Loan i.e. Bank Islam = 3-5% per year for RM10,000 – RM50,0000.

    *Therefore, based on calculation as stated above, resulted PTPTN is the worst financial institution providing loan to Malaysian. Please comment the findings based on facts, not through your emotion or politic based.

  45. kita orang melayu bergaduh, mengejek sesama kita.bila kita nk bersatu. UMNO, PAS dan PKR ramai melayu, jangan berpecah belah.tak kesian ke anak cucu kita merempat di negara sendiri MALAYsia. Renungkan………..

  46. ask Melayu di Johor rata-rata makan gaji sekitar rm 900 mana mampu nak beli rumah harga rm500000 di JB NUSAJAYA,SKUDAI,SETIA TROPIKA banga lain bisnes untung berpuluh ribu ekonomi bangsa lain pegang kita bangsa Melayu rata-rata makan gaji kita Politik kita pegang jadi pengajaran kita bangsa melayu kena berniaga macam bangsa lain beliau mampu sebab berniaga,rumah harga itu kurang-kurang kena bayar rm 2500 sebulan 30 tahun jadi fikir-fikir kan la……..

  47. Ni smua salah kroni BN la ni , tau nk sdap sndiri je. Rakyat Johor da lame sngt berdiam diri.

  48. aku hensem on

    nasib la orang Malaysia khususnya org Johor, ini lah nasib kalau BN perintah..undi la BN semua harta rakyat tergadai… go go BN …

    kalau jadi macam Palestin, angkat kaki berhijrah la… pemimpin kalau tak ambik port hal ni memang sial jadi pemimpin… MB Johor kalau tak atasi dengan kau2 pun kena jual nanti…jad jadi pemimpin bodh dan korup…

  49. Orang Johor datang Kedah makan puas-puas. Katanya Nasi Ayam kat Johor RM6.50 Kat Kedah baru RM3.50. Kat Johor semua harga taruk kaw kaw punya. Kayanya rakyat Johor…orang Johor mana masuk rancangan Bersamamu TV3, Kerajaan Johor menjaga kebajikan rakyatnya…

  50. aper laa banggang mamat sekor nie…nak meyondol pun tengok2 laa…org cerita pasai JB…si banggang nie masuk cerita kat P.pinang plak…patut spm tak lulus bahasa…ishh

  51. hahaaaa……kat Pulau Pinang…..pembeli-pembelinya mat bangla dan nepal….heeheeee

  52. Saya sokong BN. Atas dasar kestabilan negara.

    Tapi salah tetap salah. Ini bukan masalah Cina yang mampu beli. Ini masalah Cina Singapore yang beli banyak!

    It’s time untuk kerajaan negeri Johor pertimbangkan semula masalah tanah ni. Macam mana tanah milik kekal dijual pada pegangan bukan warganegara? Apa langkah kawalan yang dibuat? Mana kuota bumiputera?

  53. Negeri Kelantan juga yang bagus.. nak beli tanah kat Kelantan mesti i/c lahir di Kelantan, kalau tidak memang tak dapat beli.. Kalau hartanah Kelantan tak berkembang pun tak pe, yang penting kepentingan rakyat didahulukan… Harga juta2 tapi org asing yang dapat manfaat baik tak payah… Last2 merempat negeri sendiri…huhuhu….

  54. Bila ditanya… Projek ini akan meningkatkan harga hartanah dan menguntungkan… Persoalannya siapa yang untung? Mereka yang berkepentingan atau rakyat… Kalau ada orang Melayu pun, satu dua sahaja.. yang lain, tengok sahaja… Melayu kena tipu lagi.. kah kah kah kah…

  55. Mat Sondol…. hang memang kaki sondol la …..org dok citer pasal Johor yg hang pi babit pasai Pulau Pinang tu apa pasai pulak …. memang hang nie spesis macai karat tahap gilaa….. yg tanah balik pulau tu org umnogok la yg pi tipu melayu balik pulau hang pi tanya dr.helmi tu ..bandar baru air putih berapa org melayu yg beli umah kat situ ….. bteoi2 hang nie kaki sondoi …. mcm b …… lak…ha..ha….

  56. Melayu Sempadan JB on

    Sekarang lah waktu paling sesuai untuk Cina menguasai bandar2 utama Malaysia melalui penguasaan politik. Tak kira DAP, MCA atau Gerakan, bidang hartanah dan pendidikan adalah keutamaan tanpa mengira fahaman politik. Syarikat2 dan usahawan Cina yang berkait dgn DAP dan PAP dalam diam merancang pelbagai strategi penguasaan tanah2 di bandar melaui proksi2 syarkikat Singapore. Melayu juga yang rugi. Sudah la Melayu pecah kepada 3 – Melayu dalam UMNO, PKR dan PAS. Orang Melayu yang menyokong PKR dan PAS akan memberikan kelebihan kepada DAP kerana calon2 mereka banyak di bandar2. Malangnya, politik tersirat DAP tak dapat dibaca oleh orang Melayu.

  57. Haji Muhammad Abdullah on

    Singapura mempunyai 4-5 universitas dengan jurusan Kedokteran (medicine), Pharmacology (obat), Engineering (rekayasa) dan Science (Ilmu Pengetahuan Alam = Biology, Kimia, Fisika). Singapura sudah menjadi negara termaju di dunia.

    Malaysia mempunyai 20-22 univesitas dengan jurusan Kedokteran (Medicine), Obat (Pharmacology), Rekayasa (Engineering), dan Ilmu Pengetahuan Alam (Science) dan Matimatika. Malaysia akan lebih maju dari pada Singapura 50 tahun yang akan datang, karena penduduk Malaysia lebih banyak dari pada penduduk Singapura

    Indonesia mempunyai 45-50 universitas dengan jurusan Kedokteran, Obat, Rekayasa, dan MIPA (matimatika dan Ilmu Pengetahuan Alam). IN SYA ALLAH Indonesia akan jauh lebih maju dari pada Malaysia dan Singapura dalam waktu 50 tahun sampai 100 tahun yang akan datang, karena penduduk Indonesia jauh lebih banyak dari pada penduduk Malaysia atau penduduk Singapura

    Sebaiknya orang2 Melayu Malaysia dan orang2 Melayu Singapura melabur di Indonesia, atau beli apartment di Jakarta Indonesia, supaya bisa berjaya dan makmur bersama orang2 Melayu di Indonesia

  58. bentar lagi malaysia akan jadi wilayah SINGAPURA
    kerana sebagahagian dari warga melayu sudah punah
    mereka masih dijajah oleh cina, india, singapura.
    cuba liat dalam olahraga kebanyakan yang terkenal adalah keturunan cina seperti : LEE CHONG WEI, DARREN LIEW, KO/TAN, GOH
    dan masih banyak lagi… yang melayunya mana????????????
    saya sarankan kepada kalian warga malaysia supaya tetap
    memilih pemerintah warga pribumi/melayu agar negara kalian utuh.
    cukup singapura sahaja yang pecahan dari malaysia

  59. kerana kalian bentuk pemerintahannya kerajaan
    politiknyapun monoton.
    sehingga politik dikuasai oleh singapura
    cuba liat indonesia …….
    dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat (demokratis)
    pemerintah kami dari rakyat, oleh rakyat dan memimpin rakyat
    tidak seperti kalian pemerintahnya turun temurun (kerajaan)
    sehingga tidak ada perkembangan politik
    aku juga kesian ma kalian, perekonomiannya dikuasai ama warga asing

  60. Save KPK,Save Indonesia on

    Ngapain ngurusin mereka wak,bangsa sendiri msh banyak masalah,ngapain kamu sibuk,biarin saja mereka hancur,itu bkn urusan kita,,

  61. Mungkin ini dinamakan kemajuan negeri Johor?.rumah2 cantik dan mewah hanya milik warga asing..melayu johor duk dirumah pusaka ..xlama lg melayu tinggal dibandar akan dibayar pampasan yang tinggi sehingga juta2 ringgit..melayu gembira kerna duit banyak tpkena keluar dr bandar…tp jgn lupa, sebenarnya pengusiran telah berlaku disitu…so syabas utk melayu johor

Leave A Reply