Pembangunan Hartanah Iskandar Malaysia Melonjak Ke RM50 Bilion! Pelabur China, Warga Asing Bakal Berkampung di Johor?


Pembangunan Hartanah Iskandar Malaysia Melonjak Ke RM50 Bilion! Pelabur China, Warga Asing Bakal Berkampung di Johor?

Projek pembangunan hartanah Iskandar Malaysia sekarang ini sedang rancak “ibarat berlepas roket Soyuz ke ISS”.

hartanah iskandar malaysia

Kerajaan Malaysia umumnya dan kerajaan Johor amnya telah membuka pintu seluas-luas kepada rakyat Malaysia dan pelabur asing contohnya untuk beli tanah di Iskandar Malaysia. Impaknya….

Impaknya, tidak kurang 7 pemaju hartanah berstatus elit dari tanah besar China terlibat dalam pelbagai projek pembangunan bercampur dengan nilai sejumlah lebih daripada RM50 bilion.

Pelaburan Pemaju Hartanah Elit Dari China?

  • Berjaya memperolehi seluas 200 hektar tanah tepi laut yang semuanya berhadapan Selat Johor dan menghadap Singapore.
  • Nilai pelaburan hartanah Iskandar Malaysia sejumlah RM50,000,000,000 (RM50 bilion)
  • Disebabkan ramai nampak peluang pembangunan hartanah Iskandar Malaysia, tanah berharga di Johor kerap kali bertukar tangan oleh “golongan kapitalis dan berkepentingan” bagi mendapatkan tempias limpahan kekayaan di Iskandar Malaysia dan akhirnya dijual antara RM800 – RM1500 bagi setiap kaki
  • Vanke Group, pemaju hartanah kediaman terbesar di China) sedang mengintai peluang membeli tanah di Iskandar Malaysia, Johor dan dipercayai berminat untuk membeli 60 hektar tanah pantai untuk pembangunan dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM4 bilion.
  • Satu lagi syarikat pemaju hartanah China yang telah menjadi salah satu syarikat milik negara China yang terbesar di Shanghai dan juga sebagai sebuah syarikat hartanah yang komprehensif dan terkemuka di China, Greenland Holding Group, di mana telah membeli & terlibat dengan projek-projek hartanah mewah & elit di New York, Los Angeles dan Sydney, juga berminat untuk mendapatkan tanah di Iskandar Malaysia, Johor.
  • Akhir tahun 2013, Pemaju hartanah yang berpangkalan di China Guangzhou R & F Properties Sdn Bhd telah berjaya membeli 6 plot tanah di Johor Baru dengan nilai RM4.5bilion (RM891 setiap kaki persegi) daripada Sultan Johor
  • Kebanyakan projek-projek China disasar kepada pembeli asing termasuk pembeli dari Tanah Besar China juga. Mengapa?

Ini kerana ramai kalau sebut pelancong dari China, mesti kita akan terfikir pelancong PPRT “low class” ataupun China Doll yang menyalahgunakan permit perjalanan mereka.

Tetapi dalam konteks yang sebenar di kaca global, pelancong dari China merupakan “the world’s biggest spenders” yang menjana ekonomi negara asing. Berdasarkan semakan dan kajian Berita Semasa ini antara buktinya….boleha nad semak 8 gambar di bawah ini

  1. China — US$102 billion <======
  2. Germany — US$83.8 billion
  3. United States — US$83.7 billion
  4. United Kingdom — US$52.3 billion
  5. Russian — US$42.8 billion
  6. France — US$38.1 billion
  7. Canada — US$35.2 billion
  8. Japan — US$28.1 billion
  9. Australia — US$27.6 billion
  10. Italy — US$26.2 billion
  11. Singapore — US$22.4 billion <======
  12. Brazil — US$22.2 billion
  13. Belgium — US$21.7
  14. Hong Kong (China) — US$20.5 billion
  15. Netherlands — US$20.2 billion

Pelaburan dan Pembangunan Hartanah Iskandar Malaysia : Kumpulan Elit Asing VS Rakyat Johor @ Malaysia?

Nampak signifikannya di situ sehingga menjadikan hartanah Iskandar Malaysia cukup bernilai di mata pelabur asing. Jikalau dahulu, banyak pemaju hartanah Malaysia (tidak kiralah syarikat Melayu, China ataupun India) di Iskandar Malaysia, Johor. Selepas itu, sedikit demi sedikit pemaju hartanah berjaya beli sedikit demi sedikit hartanah Iskandar Malaysia, semuanya  menjadi “halal” atas nama pelaburan asing dan pembangunan.

Keadaan telah berubah, hari ini pemaju hartanah China PRC pun telah masuk ke Iskandar Malaysia dengan nilai pelaburan yang cukup tinggi dengan membawa kantung duit yang banyak untuk diserahkan kepada golongan yang berkuasa & berpentingan untuk mendapatkan hak mereka dan tanah mereka yang mereka inginkan.

Sebenarnya, Berita Semasa tidak menghalang pelaburan dan pembangunan syarikat Asing di Iskandar Malaysia, Johor ini.

Tetapi biarlah ada kawalan yang ketat daripada pihak-pihak yang berkuasa sehingga mengenepikan hak rakyat Johor amnya dan rakyat Malaysia yang tinggal di bumi Malaysia, akhirnya menyebabkan pada masa akan datang mereka terusir keluar sedikit demi sedikit dari kawasan paling bernilai terutamanya melibatkan pembangunan hartanah Iskandar Malaysia, Johor dan hanya dihuni oleh golongan elit dan kaya-raya sahaja baik dari dalam mahupun pelabur luar negara semata.

Apa respon balas anda pula?