Pembangunan Hartanah Iskandar Malaysia Melonjak Ke RM50 Bilion! Pelabur China, Warga Asing Bakal Berkampung di Johor?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pembangunan Hartanah Iskandar Malaysia Melonjak Ke RM50 Bilion! Pelabur China, Warga Asing Bakal Berkampung di Johor?

Projek pembangunan hartanah Iskandar Malaysia sekarang ini sedang rancak “ibarat berlepas roket Soyuz ke ISS”.

hartanah iskandar malaysia

Kerajaan Malaysia umumnya dan kerajaan Johor amnya telah membuka pintu seluas-luas kepada rakyat Malaysia dan pelabur asing contohnya untuk beli tanah di Iskandar Malaysia. Impaknya….

Impaknya, tidak kurang 7 pemaju hartanah berstatus elit dari tanah besar China terlibat dalam pelbagai projek pembangunan bercampur dengan nilai sejumlah lebih daripada RM50 bilion.

Pelaburan Pemaju Hartanah Elit Dari China?

  • Berjaya memperolehi seluas 200 hektar tanah tepi laut yang semuanya berhadapan Selat Johor dan menghadap Singapore.
  • Nilai pelaburan hartanah Iskandar Malaysia sejumlah RM50,000,000,000 (RM50 bilion)
  • Disebabkan ramai nampak peluang pembangunan hartanah Iskandar Malaysia, tanah berharga di Johor kerap kali bertukar tangan oleh “golongan kapitalis dan berkepentingan” bagi mendapatkan tempias limpahan kekayaan di Iskandar Malaysia dan akhirnya dijual antara RM800 – RM1500 bagi setiap kaki
  • Vanke Group, pemaju hartanah kediaman terbesar di China) sedang mengintai peluang membeli tanah di Iskandar Malaysia, Johor dan dipercayai berminat untuk membeli 60 hektar tanah pantai untuk pembangunan dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM4 bilion.
  • Satu lagi syarikat pemaju hartanah China yang telah menjadi salah satu syarikat milik negara China yang terbesar di Shanghai dan juga sebagai sebuah syarikat hartanah yang komprehensif dan terkemuka di China, Greenland Holding Group, di mana telah membeli & terlibat dengan projek-projek hartanah mewah & elit di New York, Los Angeles dan Sydney, juga berminat untuk mendapatkan tanah di Iskandar Malaysia, Johor.
  • Akhir tahun 2013, Pemaju hartanah yang berpangkalan di China Guangzhou R & F Properties Sdn Bhd telah berjaya membeli 6 plot tanah di Johor Baru dengan nilai RM4.5bilion (RM891 setiap kaki persegi) daripada Sultan Johor
  • Kebanyakan projek-projek China disasar kepada pembeli asing termasuk pembeli dari Tanah Besar China juga. Mengapa?

Ini kerana ramai kalau sebut pelancong dari China, mesti kita akan terfikir pelancong PPRT “low class” ataupun China Doll yang menyalahgunakan permit perjalanan mereka.

Tetapi dalam konteks yang sebenar di kaca global, pelancong dari China merupakan “the world’s biggest spenders” yang menjana ekonomi negara asing. Berdasarkan semakan dan kajian Berita Semasa ini antara buktinya….boleha nad semak 8 gambar di bawah ini

  1. China — US$102 billion <======
  2. Germany — US$83.8 billion
  3. United States — US$83.7 billion
  4. United Kingdom — US$52.3 billion
  5. Russian — US$42.8 billion
  6. France — US$38.1 billion
  7. Canada — US$35.2 billion
  8. Japan — US$28.1 billion
  9. Australia — US$27.6 billion
  10. Italy — US$26.2 billion
  11. Singapore — US$22.4 billion <======
  12. Brazil — US$22.2 billion
  13. Belgium — US$21.7
  14. Hong Kong (China) — US$20.5 billion
  15. Netherlands — US$20.2 billion

Pelaburan dan Pembangunan Hartanah Iskandar Malaysia : Kumpulan Elit Asing VS Rakyat Johor @ Malaysia?

Nampak signifikannya di situ sehingga menjadikan hartanah Iskandar Malaysia cukup bernilai di mata pelabur asing. Jikalau dahulu, banyak pemaju hartanah Malaysia (tidak kiralah syarikat Melayu, China ataupun India) di Iskandar Malaysia, Johor. Selepas itu, sedikit demi sedikit pemaju hartanah berjaya beli sedikit demi sedikit hartanah Iskandar Malaysia, semuanya  menjadi “halal” atas nama pelaburan asing dan pembangunan.

Keadaan telah berubah, hari ini pemaju hartanah China PRC pun telah masuk ke Iskandar Malaysia dengan nilai pelaburan yang cukup tinggi dengan membawa kantung duit yang banyak untuk diserahkan kepada golongan yang berkuasa & berpentingan untuk mendapatkan hak mereka dan tanah mereka yang mereka inginkan.

Sebenarnya, Berita Semasa tidak menghalang pelaburan dan pembangunan syarikat Asing di Iskandar Malaysia, Johor ini.

Tetapi biarlah ada kawalan yang ketat daripada pihak-pihak yang berkuasa sehingga mengenepikan hak rakyat Johor amnya dan rakyat Malaysia yang tinggal di bumi Malaysia, akhirnya menyebabkan pada masa akan datang mereka terusir keluar sedikit demi sedikit dari kawasan paling bernilai terutamanya melibatkan pembangunan hartanah Iskandar Malaysia, Johor dan hanya dihuni oleh golongan elit dan kaya-raya sahaja baik dari dalam mahupun pelabur luar negara semata.

Apa respon balas anda pula?



Share.

26 Comments

  1. abislah Jawa caprut kat Johor. ramai rakyat Johor bermata sepet lepas ni

  2. Johor negeri paling pelik dalam malaysia..

    org melayu plg miskin…

    tapi kutipan zakat tertinggi…

    maksudnya kat sini org melayu tiada aset tapi terpaksa bayar zakat…

    org johor ada gaji 6-7k tp tak mampu beli rumah dan kena bayar zakat

  3. kalu nilai RM1000 kaki persegi.. aku pun jual. masalah org lain tu bukan masalah aku. pandai2 la nak hidup.

  4. Tak tahu nak Komen macam mana,.Kaum China n India tepuk tangan jer lepas..Bukan rasis tapi nie Tanah Melayu sanggupkah anda ianya jadi seperti Petaling Street yang dikenali sebagi Chinese Town dan Brikfields..tak kisahlah kat mana sekalipun…..Jgn last last nanti Malaysia nie pulak digadai….dah terbentuk penjajahan baru…

  5. Kalaulah Kak Ton beli Tanah kat Johor Bahru tu zaman 70-80 an dulu. Paling tidak Kak Ton dah kaya sekarang.

  6. orang timur on

    kadar nisab zakat pendapatan bkn bersandarkan gaji 6k/7k/10k.
    tp berdasarkan 85g emas.

    harap maklum

  7. Klu sejuta org macam ko nie,..alamatnya nak KIAMAT sampaikan tak ambik tahu hal orang lain… Cuba orang tak ambik tahu hal ko time ko tgh kering….Baru ko tahu bukan duit yang akan tolong ko…

  8. hutan mana jer ader lagi.. belah2 mersing nun tempat big foot je ader.. belah2 iskandar dah botak dah

  9. Tengok lah mungkin satu hari nanti Johor tiada lagi dalam peta Malaysia kerana telah dijual kepada Singapura atau Negara lain…

    Kerajaan merasa bangga dapat menjual tanah2 di Johor kepada warga asing…tp impak nya akan dirasai beberapa tahun lagi. Olih kerana nilai mata wang Malaysia merundum berbanding Dollar Singapura yg semakin tinggi Warga asing terutama Singapura berebut-rebut beli tanah di Johor untuk mengembangkan Dinasty nya…
    Mungkin dlm beberapa tahun lagi Imigerisen Singapura akan berpindah dari Woodland ke Bt Pahat atau Muar dan Johor Bahru menjadi ibu Negara Singapura…. Tunggu dan lihat ..

  10. Zakat tu satu kewajipan bagi Orang Islam yang berkemampuan.. Jadi ko tak payah nak persoalkan…Bagi aku lebih baik Bayar Zakat daripada Bayar Cukai Pendapatan, Cukai Pintu dan Cukai yang dibayar kepada kerajaan, Sekurang kurangnya duit tu membantu golongan Asnaf (ko paham tak Asnaf nie golongan tak berkemampuan)..Bayar zakat hidup berkat, tapi Bayar Cukai Hidup jadi berat….So jgn jadi lockluck klu nak bagi komen.Bagal.

  11. Aku tak paham kenapa budak BAGAL nie kaitkan dgn zakat…Zakat kan dah termasuk dalam Rukun Islam,.. Jadi klu dah lepas nisab yang ditetapkan bayar je lah..apa kaitan nya dengan beli rumah..nie klu ko beli rumah kena cukai itu ini takder pulak ko bising…Jgn kerana mulut badan binasa..Klu bab rukun jgn pertikai ZAKAT..ke ko nie org kapiak…

  12. siti situ sana sini on

    Elok sangat orang melayu kena cari tempat lain untuk duduk.. Kisahnya macam singapore.. Nilah ketamakan ahli-ahli politik kita.. Biar semua hartanah orang luar beli, kita rakyat tempatan dianak tiri.. Oh!Hang Tuah benarkah kata kau “Melayu Tak Akan Hilang”.

  13. umno jual tanah pada cina / warga asing?? . . macamana tanah2 rizab melayu..kat johore semua dimonopoli orang2 singapore / china /? melayu johor perlahan2 dipindahkan pprt.. tanah kg melayu-majidee-belantik dibuat projek rumah mewah yang memang melayu x mampu beli..kata perjuangkan melayu..lama lama melayu pindah hutan semula..

  14. Anonymous on

    Habislah tanah melayu bugis, melayu jawa, melayu jakun dll.. bila dah jadi macam bandar maju dan besar seperti NY semua pun mahal waktu tu harga belacan, tempoyak dan tempeh pun dah mahal mengila. Yang kaya orang asing yang miskin orang tempatan. Akhir kata rakyat Malaysia dijajah oleh golongan asing yang kaya raya.

  15. Sapa suwoh x beli tanah on

    Aii x kn wilayah iskandar jer, penang tu ko x nk citer plk… kdg2 sembang memburukan nama bangsa nama negeri bukan men mcm x sekolah.

  16. Isu nie melibatkan semua lah beb..Bukan duk citer JDT jer…Takder niat pun nak burukkan negeri masing masing..Apa yang dibimbangkan adalah nasib anak cucu cicit kita…Macam mana kehidupan mereka pada masa akan dtg..Adakah masih boleh mengecapi kebebasan seperti hari ini ataupun DITINDAS oleh orang kaya yang mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib mendatang rakyat Malaysia khusuSnya yang beragama ISLAM…

  17. Gurkha Pencen on

    Sememangnya berjasa besor bagi pejuang Melayu ni bila membenarkan warganegara lain masuk Malaya ni. Jasa yang paling besor apabila Indon jumpa Nepal cakap Melayu.Bangla jumpa Negro cakap Melayu. Filipin jumpa Myanmar juga cakap Melayu. Itu jasa besor pejuang Melayu ni… Kat Sri Lanka orang islam kena peralau dari negara mereka sendiri..Kat Myanmar pun sama orang Islam kena bunuh dan dihalau dari kampung mereka. Kat Afrika pun sama jugak orang islam kena bunoh.Termasuklah orang Islam kat China…Kat Malaya ni bangsa SriLanka,Myanmar,Nepal,Negro termasuk warganegara lain yang bukan beragama Islam ni boleh masuk cari makan kat sini. Pejuang bangsa ni kena ingat nanti Melayu kena halau kat tanahair sendiri macam mereka yang halau rakyat mereka sendiri apabila mereka dah ramai kat sini.

  18. siti situ sana sini on

    Betul, aku sokong cakap ko Gurkha.. Apa-apa jadi kat M’Sia hanya yang setia pada tanah air akan berjuang mempertahankan tanah air kita. Yang kaya boleh cabut pegi negara lain.. Inipun pemimpin politik kita,ahli ulama kita dok bercakor sesama sendiri..Umat islam kat lain dah banyak kena halau dari tanah mereka sendiri.. Kais pagi makan pagi.. Undang-undang pun tuiihh..tak mampu nak bela nasib mereka.Kita boleh bagi muka kat PATI-PATI duk senang lenang kat negara kita.. PATI nie plak hantar duit ke negeri masing-masing depa plak jadi kaya.. Bukannya dengki tapi bila banyak yang buat onar,fikir sendirilah.Tak mustahil melayu majoriti jadi minoriti.Yelah mcm spore wat dulu-dulu kala.Nak seimbangkan jumlah majoriti kaum depa, pemimpin mereka bagi taraf kerakyatan kepada penduduk tanah besar china..Aku bukan rasis.Bila melayu cakap benda nie kata kita rasis.Kalau melayu rasis dah tentu kita tak terima cina,india,duk sini.Kita semua orang malaysia berpijak ditanah yang sama.Jadi kalau kita tak ada semangat patriotisme untuk malaysia baik pegi cari tempat lain duduk.Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.

  19. Think wisely on

    “Sapa suwoh x beli tanah March 4, 2014, 1:16 pm

    Aii x kn wilayah iskandar jer, penang tu ko x nk citer plk… kdg2 sembang memburukan nama bangsa nama negeri bukan men mcm x sekolah.”

    bodoh dan lembab pemikiran ko, kalau macam tu takyah nak memekak boikot barang dap cina la,penang cina amik alih la sedangkan kerajaan sendiri jual tanah2 kepada warga asing terutama 7 pemaju berstatus elite dari china

  20. ANAK SENAH on

    MELAYU yg mkn gaji akan meningkat usianya,bersara dan membawa bersama pangkat itu ke dalam kubur,sebaliknya CINA yg berniaga itu, dr sehari ke sehari perniagaan makin berkembang..apabila mereka tiada perniagaan akn di wariskan ke anak cucu mereka..anak cucu kaum CINA AKN MEWARISI PERNIAGAAN DATUK NENEK YG MAKIN BERKEMBANG…NUKILAN DR. M..Fikir2 kan lah..

Leave A Reply